1 minute read
Rasulullah SAW Melaknat Pemberi Rasuah Dan Penerima Rasuah
masa akan datang. Apabila mereka telah memasuki alam pekerjaan sama ada di sektor swasta mahu pun kerajaan, silibus ini perlu dikembangkan sesuai dengan alam pekerjaan agar mereka sentiasa peka dengan ancaman rasuah, bahkan patut berterusan sampai ke usia pencen. Para penjawat awam hendaklah diberikan kursus secara berkala di pusat-pusat latihan milik kerajaan seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), begitu juga para guru takmir yang berperanan menyampaikan dakwah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara, mereka perlu diberikan pendedahan dan latihan berkala di pusat-pusat latihan milik kerajaan supaya mereka turut berperanan dalam memberikan pengisian tentang bahaya rasuah. Pada waktu itu barulah kita dapat membanteras rasuah dan masalah ini dapat diatasi dengan cara yang terbaik. Tidak cukup melahirkan kesedaran melalui lagu-lagu anti rasuah dan kempen-kempen seumpamanya seperti yang banyak berlaku pada ketika ini. Ini kerana kesedaran lahir daripada pendidikan peringkat awal dalam erti kata apabila anak-anak terdidik semenjak kecil dengan melihat pembalut makanan untuk memastikan makanan tersebut bebas daripada unsur babi, anak ini juga akan terdidik untuk tidak memberi dan mengambil rasuah. Mendidik ketika usia masih kecil dan dilaksanakan secara berterusan merupakan tuntutan agama Islam agar segala yang diajarkan sentiasa melekat kemas dalam kepala dan tidak mudah dilupakan. Dalam pepatah Arab ada disebutkan tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad ( ) bahkan dalam pepatah Arab yang lain turut menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negeri China ( ). Justeru itu biarlah pendidikan kesedaran membasmi rasuah bermula dari buaian ( ) sampai ke liang lahad ( ) selagi dunia belum kiamat dan kerajaan mana pun yang memerintah perkara tersebut perlu dilaksanakan.
RASULULLAH SAW MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH
Advertisement
7. Perbuatan rasuah iaitu menerima sesuatu habuan atau salah guna kuasa daripada jawatan yang disandang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni yang melibatkan harta dan kepentingan awam. Bentuk-bentuk rasuah adalah seperti menerima wang, harta benda dan hasil pulangan daripada salah guna kuasa. Contohnya penerimaan wang haram daripada
6