1 minute read
Isu Rasuah Telah Disentuh Oleh Penulis Dari Tahun 2014
menerima rasuah” [Riwayat al-Tirmizi]. Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram (rasuah), api neraka lebih utama baginya” [Riwayat Ahmad]. Daripada Abdullah bin Umar RA katanya: Nabi SAW bersabda maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh daripada as-suht maka neraka lebih layak untuknya”. Dikatakan kepada baginda: Apakah itu as-suht: Jawab Nabi: “as-suht iaitu memberi rasuah dalam urusan kehakiman”. [Riwayat al-Hakim]. Bahkan pihak ketiga yang menjadi perantara dalam urusan rasuah juga termasuk dalam kategori golongan yang dilaknat oleh ALLAH SWT dan RasulNya, dalam hadis riwayat Thauban RA katanya :
Advertisement
“Nabi SAW melaknat orang yang memberi, menerima dan menjadi perantara dalam rasuah” [Riwayat al-Hakim].
ISU RASUAH TELAH DISENTUH OLEH PENULIS DARI TAHUN 2014
3. Penulis terpanggil untuk menulis tajuk tentang rasuah, kerana dalam siri-siri ceramah, penulis telah melontarkan perkara-perkara yang berkait dengan isu rasuah dari sudut Islam sama ada mereka yang memberi, menerima atau menjadi orang tengah dalam isu tersebut, seperti yang telah disentuh dalam puisi “Gaza Bermandi Darah, Negara Menerima Musibah” pada tahun 2014 halaman 166. Puisi ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian halaman 9 perenggan pertama seperti yang dilampirkan di akhir artikel ini berbunyi “elakkan diri dari najis dadah dan budaya rasuah”, “elakkan diri dari berbaris-baris berduyun-duyun ke mahkamah”. Puisi “Musibah dan Muhasabah” juga disentuh tentang isu rasuah dan najis dadah pada tahun 2015 halaman 162, begitu juga buku “Menyingkap Kegelisahan Orang Melayu dan Masalah Masa Depan Mereka” isu rasuah ini disentuh pada halaman 128 yang ditulis pada tahun 2018. Isu rasuah juga disentuh dalam buku Covid-19 halaman 72 cetakan pertama hingga cetakan kelima pada tahun 2020 dan 2021. Justeru itu, isu rasuah ini bukan sahaja melibatkan orang Islam atau bukan Islam, malah sesiapa sahaja yang terlibat adalah salah dari sudut undang-undang iaitu memakan harta batil (harta yang salah). Isu ini lebih menekankan orang Islam yang memahami tentang syurga dan neraka yang ALLAH SWT jadikan di mana orang beriman yang melakukan amalan soleh atau berbuat baik
3