2 minute read
Penghuni Neraka Diberi Minum Air Danur Atau Darah Yang Bercampur Nanah
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH SWT (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH SWT, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
PENGHUNI NERAKA DIBERI MINUM AIR DANUR ATAU DARAH YANG BERCAMPUR NANAH
Advertisement
38. Perihal azab neraka yang disediakan kepada orang-
orang yang ingkar kepada perintah ALLAH SWT termasuk pemakan harta batil pada hari kiamat nanti tidak tergambar dengan akal. Begitu banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang menyifatkan bagaimana makanan dan minuman ahli neraka. Antaranya firman ALLAH SWT dalam surah
al-Muzammil, ayat 12-14 yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,[12] Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.[13] (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah. [14]
Dalam surah Ibrahim, ayat 16-17 firman ALLAH SWT
lagi yang bermaksud: “Di belakangnya disediakan neraka Jahannam, dan ia akan diberi minum dari air danur iaitu minuman ahli neraka (darah bercampur nanah) yang keluar dari tubuh ahli neraka.[16] Ia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana terlalu busuknya), dan ia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang ia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu); dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat”.[17]
Dalam surah al-Kahfi, ayat 29 firman ALLAH SWT lagi
yang bermaksud: “Kami telah menyediakan bagi orang orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi merekalaksana khemah; dan jika mereka meminta
23
pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang (beristirehat)”.
39. Al-Quran tidak lupa memberikan gambaran buruk kepada bakal ahli neraka yang kufur, ingkar perintah, tidak pernah puas bergelumang dengan noda dan dosa termasuk memakan harta batil daripada sumber rasuah, riba, penipuan, berjudi dan lain lain. Banyak ayat memberikan gambaran bagaimana bentuk seksaan ke atas batang tubuh yang dibanggakan ketika di dunia berbalut pakaian mahal, perhiasan mewah, wangi wangian berjenama mahal dan kenderaan serba mewah.
Dalam surah al-Nisa, ayat 56 firman ALLAH SWT lagi yang
bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH SWT adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
40. Bakal penghuni neraka mereka dipanggil dengan musuh
ALLAH SWT dan azab mereka juga setimpal dengan perkataan tersebut. Dalam surah Fussilat, ayat 19-22
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh ALLAH SWT untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.[19] Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. [20] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit badan mereka menjawab: “ALLAH SWT yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).” [21] “Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran
24