2 minute read

Kepentingan Diri Dan Pengekalan Kuasa Itulah Falsafah Kebanyakan Ahli Politik Kebanyakan Negara Di Dunia Ini

Hayatilah rangkap puisi di bawah:

Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata, Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa.

Advertisement

Sebab tamak keturunan binasa Sebab kerakusan rakyat binasa Sebab kekayaan keluarga dihina Sebab kurang integriti maruah binasa Sebab sayangkan anak dimanja-manja Sebab sayangkan isteri ikut apa saja

Akhir Marcos tersungkur di pentas dunia Akibat kerenah Imelda yang durjana Maruah tidak boleh dibeli dengan kekayaan dunia Begitulah nasib Marcos dan Imelda tak dilupai di seluruh dunia.

KEPENTINGAN DIRI DAN PENGEKALAN KUASA ITULAH FALSAFAH KEBANYAKAN AHLI POLITIK KEBANYAKAN NEGARA DI DUNIA INI

67. Persoalan yang sentiasa membelenggu pemikiran rakyat di kebanyakan negara ialah mampukah sistem politik negara berubah demi kebaikan dan kemajuan negara? Atau adakah harapan rakyat akhirnya menjadi debu yang berterbangan, melihat kepada sikap pemimpin politik yang menerajui sesebuah negara kekal rakus dengan sifat pentingkan diri sendiri dan kegilaan mengekalkan kuasa dengan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan yang digembar-gemburkan selama ini.

Bagi kita hamba yang beriman kepada qada dan qadar ALLAH SWT ambillah panduan daripada ayat al-Quran di bawah ini sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Ra’d ayat 11:

Maksudnya: “...Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH SWT menghendaki untuk menimpakan

37

kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”. Ayat ini jelas memberikan pengajaran kepada semua bahawa pilihan untuk tidak melakukan jenayah rasuah atau bersekongkol dengan mana-mana pihak yang melakukan rasuah sebenarnya ada di tangan masing-masing. Kita tidak terdesak untuk melakukan rasuah kerana ALLAH SWT menjamin rezeki setiap hambanya untuk kelangsungan hidup, dan ALLAH SWT juga menganugerahkan sumber kekayaan dan rezeki yang amat luas kepada negara kita Malaysia. Malahan juga, kita tidak akan mati kebuluran jika tidak mengambil rasuah, bahkan hidup akan lebih tenang dari belenggu noda dan dosa yang lambat laun akan terbongkar juga. Setiap manusia tidak

boleh lari daripada kematian kerana kematian suatu yang pasti sebagaimana ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 185:

Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”. Mati bererti bercerai nyawa dari badan dan berpisah jasad dari roh, bukan itu sahaja bahkan mati juga terpisah daripada segala kesenangan, kekayaan, kemewahan, orang yang tersayang, dan harta dunia yang tidak boleh dibawa bersama ke alam barzakh (alam selepas mati). Hanya amal soleh atau kebaikan yang boleh membantu seseorang hamba ALLAH SWT ketika di dunia sebagai peneman abadi bila keseorangan dalam alam barzakh. Kebiasaannya di negara kita Malaysia selepas sahaja solat jenazah dilaksanakan imam akan menoleh kebelakang lalu bertanya dengan suara yang lantang “Apa kita saksikan ke atas mayat ini?” lalu dijawab oleh para makmum serentak “baik” sebanyak tiga kali. Ketika itu sanjungan dan kesaksian orang hidup belum tentu dapat menyelamatkan dirinya daripada azab ALLAH SWT kerana ALLAH SWT maha mengetahui dengan segala amalannya. Akhirnya jasad disemadikan

ke dalam tanah hanya bertemankan tiga lembar kain kafan yang dililit pada tubuh badan dengan harganya yang tidak seberapa, tidaklah ratus, ribu, juta atau pun bilion. Renungrenungkanlah dan berfikir dengan mata hati yang mendalam.

38

This article is from: