1 minute read
Indeks Rasuah - Transparency International Tahun 2020
INDEKS RASUAH - TRANSPARENCY INTERNATIONAL TAHUN 2020
10 negara terbaik dunia 10 negara paling tinggi rasuah dunia
Advertisement
Denmark
New Zealand
Finland
Singapore
Switzerland
Sweden
Norway
Netherland
Luxembourg Somalia
Selatan Sudan
Syria
Yemen
Venezuela
Guinea
Libya
Korea Utara
Republik Congo
Germany Haiti
34
tidak kira sesiapa pun atau apa jua martabat mereka.
62. Diambil contoh negara Singapura, yang menduduki tangga ke-4 negara bersih rasuah dunia dan tangga pertama di Asia dan Asia Tenggara, struktur dan sistem memerangi rasuah serta penguatkuasaan atas perasuah telah lama dipraktikkan oleh kerajaannya tidak kira kedudukan atau siapa jua mereka itu. Pesalah rasuah tetap akan diadili dan dihukum sekeras- kerasnya dengan undang-undang negara yang ada. Kerajaan tidak sesekali campurtangan atas kes rasuah yang berlaku dan menyerahkan kepada Institusi Mahkamah untuk mengadilinya.
63. Justeru itu, dengan pemerintahan kerajaan yang memiliki politik yang stabil, pentadbiran yang cekap, telus dan bertanggungjawab serta memerangi rasuah sepenuhnya, telah dapat mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni dan pemerintahan yang stabil dan saksama. Ini melahirkan negara- negara maju dan kaya dengan rakyatnya terbela seperti negara Denmark, New Zealand, Finland, Singapura dan sebagainya. Negara-negara ini bukan sahaja berada dalam keadaan aman damai, harmoni serta memiliki kehidupan yang kondusif dan maju, malah negara-negara tersebut juga dihormati dan di pandang tinggi oleh negara-negara lain di dunia ini.
64. Manakala 10 negara paling tinggi rasuah di dunia mengikut senarai TI ialah Somalia, Selatan Sudan, Syria, Yemen, Venezuela, Guinea, Libya, Korea Utara, Republik Congo dan Haiti. Ironinya di sini, daripada data yang disenaraikan, dapat dilihat majoriti negara-negara yang sangat tinggi rasuahnya merupakan negara-negara termiskin dunia, tahap pendidikan rakyatnya masih rendah, struktur pentadbiran negara amat lemah dengan tahap penguatkuasaan undang-undang hampir sifar manakala sistem politiknya kerap kucar-kacir dan dibolot sepenuhnya oleh golongan Oligarki politik yang disokong oleh kumpulan ahli perniagaan yang berkepentingan. Ini dapat dilihat daripada senarai negara-negara paling korup di dunia seperti Somalia, Selatan Sudan, Korea Utara, Libya dan beberapa lagi. Rakyat jelata menjadi kumpulan marhaen yang menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang rasuah ini. Juga majoriti negara-negara yang tinggi tahap rasuahnya merupakan negara-negara Islam.
35