1 minute read

Pengertian Qisas

tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh ALLAH SWT dalam al-Quran dan Sunah. Hudud dianggap sebagai hak ALLAH SWT dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim. Hukuman hudud melibatkan kesalahan zina (persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan). Bagi kesalahan berzina pesalah yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi pesalah yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

Qazaf (menuduh wanita yang mukhsanat melakukan zina) dalam erti kata melemparkan tuduhan zina tanpa bukti yang mencukupi terhadap orang yang baik. Bagi kesalahan qazaf pesalah hendaklah disebat 80 kali. Sariqah (mencuri) yang bermaksud mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi dengan syarat-syarat tertentu. Bagi kesalahan mencuri hukuman potong tangan diperuntukkan. Hirabah (merompak) dalam erti kata mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman. Bagi kesalahan merompak sekiranya melibatkan pembunuhan penjenayah hendaklah dihukum bunuh. Jika hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang berulang. Jika tindakan perompak hanya mengganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara. Minum arak dalam erti kata minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Bagi kesalahan minum arak sebat 40 kali hendaklah dilaksanakan. Murtad (keluar seseorang Islam daripada agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan). Hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman bunuh setelah diberi tempoh untuk bertaubat. Dalam Islam hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat.

Advertisement

PENGERTIAN QISAS ( )

99. Qisas dari sudut bahasa merupakan perkataan Masdar (kata terbitan) bermaksud memotong. Dari segi istilah syarak Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW dalam kes-kes jenayah yang melibatkan hak manusia secara individu seperti jenayah pembunuhan dan mencederakan anggota tubuh badan. Jika penjenayah terbukti bersalah dalam kes seperti ini balasan

63

This article is from: