1 minute read
Pengertian Hudud
bahaya ataupun mudarat kepada pihak lain seperti rasuah, menyebarkan hadis palsu, merompak, mencuri, mengedar dadah, merogol, pecah amanah dan seumpamanya. Dosa ini bukan sahaja antara hamba dengan ALLAH SWT, tetapi ia boleh mengancam pihak lain. Kategori kedua ini memberikan kemudaratan kepada pihak lain, maka kita boleh mendedahkannya untuk memelihara keselamatan dan kemaslahatan pihak lain. Walaupun pelaku dosa dalam kategori kedua bertaubat sekalipun dan menyesal dengan bersungguh-sungguh serta memohon keampunan ALLAH SWT ianya tidak akan berakhir di situ sahaja. Urusannya dengan ALLAH SWT terserah kepada ALLAH SWT untuk menerima taubatnya, namun urusannya dengan manusia wajib diadili sebaik sahaja kesnya dibawa kepada pihak berkuasa berlunaskan undang-undang yang diperakukan syara’ bagi mengembalikan keadilan ke tempatnya dan memberi pengajaran kepada pihak lain agar tidak melakukan perbuatan jenayah tersebut.
97. Islam memberi perhatian berat terhadap pelaku jenayah dengan menggariskan hukum yang perlu diselesaikan di dunia dan hukumnya di akhirat terserah kepada ALLAH SWT, supaya nyawa dan harta terpelihara dan keselamatan terjamin. Aspek perundangan Islam merupakan salah satu jalan keluar daripada kerosakan nilai dan jenayah yang berlaku. Matlamat perundangan Islam adalah untuk mencapai asas kemaslahatan dalam kehidupan yang bersumberkan ketetapan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya SAW. Implimentasinya adalah menurut kesesuaian dan kemaslahatan semasa, melalui mekanisme ijtihad dan ijmak yang merupakan sebahagian daripada elemen pembentukan syariah Islam yang luas. Justeru itu, bagi mencapai matlamat tersebut undang-undang jenayah Islam dikuatkuasakan semenjak zaman Nabi SAW dengan membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan iaitulah Hudud, Qisas dan Ta’zir.
Advertisement
PENGERTIAN HUDUD ( )
98. Hudud dari sudut bahasa berasal daripada bahasa Arab merujuk kepada perkataan jamak (plural) daripada perkataan had yang bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan. Dalam istilah syarak hudud merujuk kepada hukuman yang
62