1 minute read
Neraka Daripada Ilmu Yaqin Kepada Ainul Yaqin Seterusnya Haqqul Yaqin
membawa kepada kekufuran yang akhirnya nanti penolaknya ditolak masuk ke dalam neraka. (Kami berlindung dengan ALLAH SWT daripada perkara tersebut). Menurut al-Tahawi dalam kitab Aqidah al-Tahawiyah syurga dan neraka kedua-duanya makhluk ciptaan ALLAH SWT seperti kita manusia yang diberikan keistimewaan oleh ALLAH SWT tidak akan ada penghujungnya seperti manusia dalam erti kata berkekalan selama-lamanya. Penciptaan syurga dan neraka bermula lebih awal sebelum daripada manusia diciptakan oleh ALLAH SWT. Buktinya Nabi SAW telah melihat dengan mata kepala baginda sendiri ketika berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.
NERAKA DARIPADA ILMU YAQIN KEPADA AINUL YAQIN SETERUSNYA HAQQUL YAQIN
Advertisement
110. Berita kewujudan neraka secara yakin kita perolehi daripada al-Quran al-Karim dan daripada mulut Nabi SAW dan kita beriman dengan informasi tersebut walaupun kita tidak pernah melihatnya sendiri. Dalam masa yang sama keyakinan ini bertambah-tambah dan memasuki fasa ‘Ainul yaqin dan Haqqul yaqin walaupun kita tidak pernah melihat dan merasainya sendiri kerana perkara tersebut sudah menjadi pengetahuan dan keyakinan umum dan tidak dapat ditolak lagi. Ini kerana Nabi SAW dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj telah diperlihatkan kepada baginda syurga dan neraka dengan mata kasar baginda sendiri. Isra’ dan Mikraj itu
menjadi kewajipan kepada kita dan sebahagian daripada aqidah untuk beriman kepada ALLAH SWT. Justeru itu, syurga dan neraka adalah Haqqul Yaqin ciptaan ALLAH SWT yang tidak boleh diragui lagi kewujudannya sama sekali.
111. Neraka merupakan tempat kekal menanti penghuni-penghuninya dari kalangan orang-orang yang kafir, menyekutukan ALLAH SWT, murtad, munafik dan musuh ALLAH SWT, mendustakan para nabi dan tempat persinggahan sementara orang-orang beriman yang melakukan maksiat, fasiq, berbuat dosa dan melanggar perintah ALLAH SWT ketika di dunia, sebagai lambang kehinaan kepada mereka. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Taubah ayat 63 maksudnya: “Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah perintah) ALLAH SWT dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalam nya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar”.
71