1 minute read
Berapa Luaskah Neraka?
suara benda jatuh ke dasar. Nabi SAW bertanya, ‘Tahukah kalian suara apa itu?’ Kami menjawab, ‘ALLAH SWT dan RasulNya lebih mengetahui.’ Baginda bersabda yang bermaksud, “Ini adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru mencapai dasarnya” (Riwayat Muslim).
121. Barangkali terlintas di fikiran kita bagaimana pula neraka berada di bumi sedangkan Nabi SAW melihatkannya berada di langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj? Tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT sama ada neraka berada di langit atau bumi, malah sebahagian ulama mengatakan kewujudan neraka di bumi bersesuaian dengan firman ALLAH SWT dalam surah Ghafir, ayat 46 maksudnya:
Advertisement
“Mereka (orang-orang kafir) didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!”. Namun demikian para ulama berbeza pendapat dalam menentukan di manakah tempatnya neraka sama ada di bumi atau di langit. Pendapat paling selamat menurut Imam Suyuti dengan menyerahkan urusan tersebut kepada ALLAH SWT kerana tiada dalil yang konkrit menyatakan demikian.
BERAPA LUASKAH NERAKA?
122. Luasnya neraka tidak dapat dilakukan perbandingan
dengan luasnya bumi atau dunia kerana neraka sebanyak mana sekalipun dibuang ke dalamnya orang kafir dan orang-orang yang berdosa tidak akan penuh, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah Qaf, ayat 30 bermaksud:
(Peringatkanlah manusia) mengenai hari di mana Kami bertanya kepada neraka Jahannam: “Adakah engkau sudah penuh?” Ia menjawab: “Adakah lagi sebarang tambahan?”.
Daripada ayat tersebut jelas neraka masih tetap boleh diisi oleh penghuni-penghuninya secara terus-menerus dan tidak akan penuh meskipun diisi oleh seluruh jin, orang orang kafir dan manusia yang berdosa dari awal manusia diciptakan-Nya sampai hari kiamat nanti.
123. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA Nabi SAW
76