1 minute read
Di Manakah Terletaknya Neraka?
kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir)”. Api dunia adalah cebisan kecil daripada api neraka yang telah dilemahkan kekuatan dan keupayaannya untuk keperluan manusia. Api dunia ketika kecil boleh dijadikan kawan tetapi apabila besar gulung menggulung menjadi lawan yang sukar dikalahkan. Begitulah gambaran api di dunia yang sukar dikawal apabila marak membakar rumah dan hutan belantara berbulan-bulan untuk dipadamkan. Api neraka berlipat kali ganda lebih dahsyat daripada itu. Dalam satu riwayat daripada Jisr bin Farqad, daripada al-Hasan daripada Anas, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Api dunia yang kamu semua panaskan satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka Jahannam. Seandainya api tersebut tidak dicelup di lautan sebanyak dua kali sudah pasti kamu tidak dapat mengambil manfaat daripadanya. Bahkan api dunia tersebut berdoa kepada ALLAH SWT supaya tidak dikembalikan lagi ke dalam neraka” (Riwayat Hakim).Dalam satu lagi riwayat daripada Ibn Abbas RA yang bermaksud :
“Api ini telah disiram dengan air laut sebanyak tujuh kali. Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.”
Advertisement
DI MANAKAH TERLETAKNYA NERAKA?
120. Neraka sifatnya makhluk ciptaan ALLAH SWT yang
mengambil tempat dalam mana-mana ruang sama seperti manusia. ‘Athiyyah meriwayatkan daripada Ibn Abbas RA
dengan katanya yang bermaksud: “Syurga terletak di langit ke tujuh dan ALLAH SWT menempatkannya pada hari kiamat sesuai kehendakNya. Manakala neraka Jahannam berada di lapisan bumi ketujuh.” (Riwayat Abu Nuaim).
Dalam satu riwayat lain daripada Ibnu Mandah yang meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Yahya al Qattat,
daripada Mujahid, dengan katanya yang bermaksud: “Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Di manakah syurga itu berada? Dia menjawab: Di langit ketujuh. Aku bertanya lagi: Di manakah letak neraka? Dia menjawab: Di bawah lapisan laut ketujuh”. Terdapat juga riwayat yang mengatakan
neraka berada di bumi seperti dalam sebuah hadis riwayat
Abu Hurairah RA katanya yang bermaksud: “Kami pernah bersama Nabi SAW tiba-tiba beliau mendengar seperti
75