1 minute read

Balasan Azab Bagi Pendosa-Pendosa Di Kalangan Orang Beriman

149. Dahsyatnya azab neraka sehingga menyebabkan orang-orang kafir berharap agar mereka tidak dibangkitkan daripada kubur untuk mengadap ALLAH SWT. Mereka mengandaikan alangkah baiknya menjadi tanah daripada diseksa dalam neraka kerana mereka akan berkekalan di dalamnya selama-lamanya.

Firman ALLAH SWT dalam surah al-Naba’ ayat 40

Advertisement

maksudnya: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.

BALASAN AZAB BAGI PENDOSA-PENDOSA DI KALANGAN ORANG BERIMAN

150. Neraka adalah tempat yang ALLAH SWT cipta buat manusia yang ingkar perintahNya sama ada beriman ataupun sebaliknya. Penghuni neraka di kalangan orang yang tidak beriman dan berbuat syirik akan kekal selama-lamanya di dalamnya. Di kalangan manusia yang beriman kepada ALLAH SWT didapati ianya melakukan dosa, tidak mahu memohon keampunan daripada ALLAH SWT dan ianya tidak akan dianugerahkan rahmat keampunanNya atau syafaat Nabi Muhammad SAW juga adalah golongan menempah tempat di neraka buat sementara waktu. Hanya dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada termasuk dalam golongan ahli neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 48 maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.

Setiap dosa akan diampuni ALLAH SWT sekiranya diri hamba yang bertaubat nasuha melakukannya itu kembali bertaubat dan tidak mengulangi lagi kesilapan silam. Siapa sahaja di kalangan hamba ALLAH SWT yang tidak memohon keampunan daripadaNya adalah golongan yang tidak mengiktiraf keesaanNya bahkan takabbur dan sombong dengan diri sendiri, maka

90

This article is from: