2 minute read
Sebahagian Bentuk-Bentuk Dosa Besar Dan Balasannya
layaklah mereka menjadi penghuni neraka yang disediakan untuk membalas perbuatan melampaui batas ketika di dunia.
151. Terdapat banyak sekali nas dan dalil menceritakan tentang dosa dan maksiat yang dapat menjerumus orang beriman ke dalam neraka. Namun, masuknya mereka ke neraka bukan untuk selama-lamanya. Hanya ALLAH SWT yang berhak menentukan tempoh masa mereka diazab di sana kemudiannya keluar menuju ke syurga dengan syafaat atau keampunan ALLAH SWT. Sekecil-kecil dosa yang dilakukan oleh seorang hamba melayakkan dirinya untuk diazab dalam neraka dan begitulah keadaannya dengan sebesar-besar dosa. Namun dosa yang berada dalam kategori dosa besar azab seksaannya juga turut sama berat. Dosa-dosa ini dikategorikan sebagai Kabair dalam erti kata dosa besar yang ALLAH SWT akhiri dengan ancaman neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa. Setiap kategori dosa besar yang tidak terhitung banyaknya diberikan ancaman khusus dengan azab tertentu pada hari kiamat. Nabi SAW mengingatkan umatnya agar tidak melakukan tujuh perkara, ibu segala dosa besar. Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap ALLAH SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh ALLAH SWT kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina”. (Riwayat
Advertisement
al-Bukhari dan Muslim)
152. SEBAHAGIAN BENTUK-BENTUK DOSA BESAR DAN BALASANNYA:
1. Membunuh orang beriman yang mengesakan ALLAH SWT dengan sengaja dan menganggap halal perkara tersebut, membawa kepada laknat ALLAH SWT dan kekal selama lamanya di dalam neraka. Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa ayat 93 maksudnya: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan ALLAH SWT murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.” 2. Memakan harta manusia secara batil dan zalim, ancaman
91
balasan azab neraka amat pedih bagi golongan ini.
Firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa ayat 29-30
maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya ALLAH SWT sentiasa mengasihani kamu [29] Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi ALLAH SWT [30]”
3. Menuduh wanita mukminah melakukan zina, firman
ALLAH SWT dalam surah an-Annur ayat 23-25
maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh ALLAH SWT) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar; [23] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan [24] Pada hari itu ALLAH SWT akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang setimpal dengan dosa yang dilakukan dan mereka pula akan mengetahui bahawa ALLAH SWT ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya [25]”.
4. Hakim yang tidak berlaku adil, daripada Buraidah bin al-Hashib RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Para qadi terbahagi kepada tiga golongan: satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadi di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Qadi mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam menghukum maka dia dalam neraka. Qadi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka” (Riwayat Abu Daud).
153. Kesimpulannya, selama mana pun penghuni neraka di kalangan orang beriman berada di dalam neraka pasti akan dikeluarkan
92