1 minute read

Rujukan

dan masuk ke syurga. Ketika itu tidak ada lagi seorang pun penghuni neraka di kalangan orang beriman. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud RA Nabi SAW menceritakan orang yang terakhir keluar dari neraka dengan sabdanya yang bermaksud: “Aku mengetahui orang yang terakhir daripada neraka dan terakhir masuk ke syurga. Orang yang terakhir keluar daripada neraka dalam keadaan merangkak, ALLAH SWT berfirman kepadanya: Pergilah kamu ke syurga dan masuklah ke dalamnya. Apabila dia pergi ke sana, ALLAH SWT menunjukkan kepadanya bayangan bahawa syurga itu sudah penuh dan terus mengadu kepada ALLAH SWT, lalu diperintahkan pergi semula ke syurga. Namun diberi gambaran lagi akan tiadanya kekosongan di sana dan kembali mengadu kepada ALLAH SWT. Kemudian selepas diperintahkan oleh ALLAH SWT untuk pergi ke syurga untuk kali ketiga dan berkata kepadanya bahawa dia akan mendapati keluasan di dalam syurga ialah seperti sepuluh kali keluasan dunia. Hamba itu berkata: Adakah kamu mempermainkan aku, ya ALLAH? Tatkala pada saat itu sambil bersabda, Rasulullah SAW ketawa sehingga menampakkan gigi gerahamnya kerana sesungguhnya orang itu adalah yang paling rendah darjatnya tetapi dimasukkan juga ke dalam syurga.” Amin Ya Rabbal Alamin. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Semoga kita dipelihara dari kemurkaan ALLAH SWT dan azab api neraka..Amin.

RUJUKAN

Advertisement

1) Al-Quran al-Karim. 2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 3) Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi al-Quran al-Azim - Mahmud al-Alusi, Dar Ihya’ al-Turaht al-Arabi. 4) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) - Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006. 5) Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) - Muhammad bin Jarir al-Tabari. 6) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah - Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi. 7) Ensiklopedia Akhirat Azab Api Neraka- Mahir Ahmad Ash-Syufiy. 8) At-Takhwif Min al-Nar wa At-Ta’rif bi Hal Ahli al-Bawar- Ibnu Rajab al-Hanbali. 9) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif.

93

This article is from: