3 minute read

Sejarah Syiah

Rekonsiliasi) yang terjadi pada masa Khalifah al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib RA dengan Muawiyah bin Abi Sufyan. Dari situ, istilah ini terus berkembang, walaupun ada pasang surutnya, dan menjadi rebutan kelompok-kelompok tertentu sehingga ke hari ini kerana berebut untuk menyatakan bahawa kelompoknyalah yang paling benar.

159. Walaupun ada sedikit sebanyak perbezaan pendapat tentang sejarah kemunculan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun apa yang jelas dan pasti ialah istilah ini muncul di zaman Mutakallimin, zaman di mana para ahli kalam melalui ranjau perdebatan yang cukup dalam dan parah dalam masalah aqidah dan cabang-cabangnya, yang meninggalkan sejarah hitam kepada umat Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah muncul sebagai reaksi (tindak balas) kepada pendapat-pendapat yang diketengahkan oleh kelompok Mu’tazilah dan Jabariah mengenai persoalan qadha’ dan qadar yakni persoalan mengenai kehendak dan perbuatan manusia dan beberapa persoalan lainnya.

Advertisement

160. Salah seorang tokoh terkemuka dalam aliran yang menggelar diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Abu Hassan al-Asy’ari (L-260 H /W- 324 H). Beliau mendirikan aliran yang dikenali sebagai al-Asy’ariyyah di mana beliau dahulunya adalah pengikut aliran Mu’tazilah. Gurunya, sekaligus orang yang mempengaruhinya hingga masuk ke Mu’tazilah ialah al-Juba’iy. Namun, setelah perdebatannya dengan gurunya, beliau keluar daripada aliran Mu’tazilah dan mula mengetengahkan pendapat pendapat yang menentang kedua-dua aliran yang wujud sebelumnya iaitu Mu’tazilah dan Jabariah. Begitu juga dengan seorang tokoh Mutakallimin pada era tersebut Abu Mansur al-Maturidi (L-233H /W-247 H), daripada kalangan anak murid Abu Hanifah yang turut sama menentang pemikiran Mu’tazilah.

SEJARAH SYIAH

161. Syiah adalah sebutan untuk aliran dalam ilmu kalam yang menjadi pengikut Saidina Ali bin Abi Talib RA. Dari sudut bahasa Syiah berasal bererti pembela atau pengikut seseorang. Kemudiannya istilah Syiah diguna pakai kepada satu kelompok muslimin yang menganggap pengganti Nabi Muhammad SAW atau khalifah merupakan hak istimewa yang dimiliki keluarga Baginda SAW (ahlul bait). Pada mereka Saidina Ali RA berhak menggantikan tempat Rasulullah SAW bukan yang lain.

96

162. Munculnya kumpulan Syiah dikaitkan dengan kemunculan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam dengan tujuan membawa fitnah. Dia adalah orang yang bertanggungjawab menyalakan api fitnah terhadap Saidina ‘Uthman RA mendakwa Saidina ‘Ali RA sebagai pemegang wasiat Rasulullah SAW dan bersifat ketuhanan serta memulakan cacian terhadap Saidina Abu Bakar RA, Saidina ‘Umar RA, Saidatina ‘A’ishah RA dan para Sahabat RA yang lain. Dia juga disebut sebagai punca kepada tertubuhnya Syiah dan perang Jamal. Ketika keadaan negara menjadi lebih tegang apabila Saidina ‘Uthman RA dibunuh dan sebahagian sahabat mendesak Saidina Ali RA selaku khalifah perlu menangkap dan melaksanakan qisas kepada pembunuh Saidina Uthman RA. Para sahabat yang berpandangan bahawa hukuman atas pembunuh Saidina ‘Uthman RA perlu disegerakan telah berkumpul di Basrah di kalangan mereka adalah Saidatina ‘A’ishah RA, Talhah RA, al-Zubayr RA dan ramai lagi. Saidina ‘Ali RA juga bergerak ke sana untuk memperbaiki keadaan dan menyatukan umat serta tidak ada sebarang azam di kalangan mereka untuk berperang atau melakukan fitnah. Melalui wakil Saidina ‘Ali RA bernama al-Qa’qa’ bin ‘Amr yang bertemu dengan ketiga-tiga para sahabat tersebut, akhirnya mereka semua bersetuju untuk menyerahkan urusan tersebut kepada Saidina ‘Ali RA dan memberi masa yang cukup serta hasil perdamaian tersebut diberitahu kepada orang ramai.

163. Malangnya persetujuan perdamaian ini disabotaj oleh Abdullah bin Saba’ (Ibn al-Sawda’) dan beberapa orang lain. Pada awalnya mereka membuat perancangan untuk membunuh Saidina ‘Ali RA yang kemudiannya bertukar kepada mencetuskan pertelingkahan sesama para sahabat perlu dilakukan. Akhirnya sekitar 2000 orang yang tidak dikenali menyelinap masuk ke penempatan rombongan Saidina ‘Ali RA dan juga Talhah RA sebelum Subuh dan melakukan serangan secara serentak. Kedua-dua belah pihak merasa terkejut dan menyangka mereka dikhianati oleh pihak yang lain sedangkan ianya sabotaj daripada pihak pelaku fitnah. Maka tercetusnya pertembungan bersenjata antara tentera Saidina ‘Ali RA sebanyak 20,000 orang dan tentera Saidatina ‘A’ishah RA sebanyak 30,000. Dalam peperangan tersebut ramai di kalangan para sahabat gugur syahid, ada yang meninggal di

97

This article is from: