6 minute read

Kesesatan Syiah

medan perang dan Saidatina ‘A’ishah RA sendiri terjatuh dari untanya. Peperangan ini dinamakan perang Jamal kerana nisbah kepada unta yang dinaiki oleh Saidatina ‘A’ishah RA yang berlaku pada tahun 36H.

KESESATAN SYIAH

Advertisement

164. SYIAH - “Kita yang beragama Islam perlu berpegang teguh sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sekeras kerasnya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran ekstrem yang lain yang bercanggah dengan Islam” (Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia semasa Perasmian Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat Antarabangsa 1970, merangkap Setiausaha Sekretariat Pertubuhan negara-negara Islam (OIC).

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa 1970.

98

165. Menurut Muhammad Thalib Al Yamani ada 17 protokol Syiah yang selalu mereka sembunyikan daripada pengetahuan umat Islam berfahaman ASWJ sebagai langkah taqiyyah (menyembunyikan aqidah Syi’ahnya) seperti berikut:

1. Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syiah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya daripada siapa yang dikehendakinya. (al-Kulainî, Ushûlul Kâfi, hlm. 259, cet. India). Protokol ini jelas bertentangan dengan firman ALLAH SWTdalam surah al-A’râf, ayat 128 yang bermaksud: “Sesungguhnya bumi ini semua milik ALLAH SWT, dan diwariskanNya kepada sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hambaNya.” Kepercayaan Syiah seperti ini merupakan kemuncak kebatilan dan sudah pasti adalah syirik.

2. Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA yang dianggap sebagai imam Syiah yang pertama dan gelar sebagai sebagai zat yang pertama dan terakhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surat al-Hadîd, ayat 3: “ALLAH SWT lah yang ada sebelum yang lain ada, yang tetap kekal setelah yang lain musnah, yang tampak ciptaanNya, dan yang tidak tampak DzatNya.” (Rijâlul Kashi hlm. 138).

3. Para imam Syiah merupakan wajah ALLAH SWT, mata ALLAH SWT, dan tangan-tangan ALLAH SWT yang membawa rahmat bagi para hamba ALLAH SWT(Usul al-Kafi hlm. 83).

4. Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Talib RA menurut Syiah menjadi wakil ALLAH SWT dalam menentukan syurga dan neraka, memperolehi sesuatu yang tidak diperolehi manamana manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara terperinci perkara yang telah lepas dan akan datang (Usul al-Kafi hlm. 84).

5. Keinginan para imam Syiah adalah keinginan ALLAH SWT juga (Usul al-Kafi hlm. 278).

6. Para imam Syiah mengetahui bilakah datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematian kerana

99

jika imam tidak mengetahui hal-hal seperti itu, maka sudah tentu ia tidak berhak menjadi imam (Usul al-Kafi hlm. 158).

7. Para imam mengetahui segala yang tersembunyi, dapat mengetahui dan menjawab apa sahaja jika kita bertanya kepada mereka kerana mereka mengetahui hal ghaib sebagaimana dalam pengetahuan ALLAH SWT (Usul al-Kafi hlm. 193).

8. ALLAH SWT itu bersifat bada’ iaitu baru mengetahui sesuatu perkara sesudah berlakunya perkara tersebut, akan tetapi para imam Syiah mengetahuinya terlebih dahulu sebelum terjadi perkara tersebut (Usul al-Kafi hlm. 40).

9. Para imam Syiah merupakan gudang ilmu ALLAH SWT dan juga penterjemah ilmu ALLAH SWT. Para imam bersifat maksum (bersih daripada kesalahan dan tidak pernah lupa apa lagi berbuat dosa). ALLAH SWT menyuruh manusia untuk mentaati imam Syiah, tidak boleh mengingkarinya dan mereka menjadi hujjah ALLAH SWT atas langit dan bumi (Usul al-Kafi hlm. 165).

10. Para imam Syiah sama dengan Rasulullah SAW (Usul al-Kafi hlm. 165).

11. Yang dimaksud para imam Syiah adalah ‘Ali bin Abi Talib RA, Husein bin ‘Ali, Hasan bin ‘Ali, dan Muhammad bin ‘Ali (Usul al-Kafi hlm. 109).

12. Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi, dan ditambah (Usul al-Kafi hlm. 670).

13. Menurut Syiah, al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad SAW ada 17,000 ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Usul al-Kafi hlm. 671).

14. Abû Bakar, ‘Umar, Utsman bin Affan, Muawiyah, ‘Aisyah, Hafshah, Hindûn, dan Ummul Hakâm adalah makhluk yang paling kotor di muka bumi dan mereka ini adalah musuh- musuh ALLAH. Barangsiapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada ALLAH, RasulNya, dan imam-imam Syiah (Haqqul Yâqîn hlm. 519 oleh Muhammad Baqîr al-Majlisî).

100

15. Menghalalkan nikah mut’ah, bahkan menurut doktrin Syiah orang yang melakukan kawin mut’ah empat kali darjatnya sama tingginya dengan Nabi Muhammad SAW (Tafsîr Minhajush Shâdiqîn hlm. 356, oleh Mullah Fathullah Kasanî).

16. Menghalalkan tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, Imam Ja’far berkata kepada temannya, “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku” (Al-Istibshar III hlm. 136 oleh Abû Ja’far Muhammad Hasan ath-Thûsî).

17. Rasulullah SAW dan para sahabat RA akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi akan dibangkitkan sebelum hari kiamat dan dia akan membongkar kubur Abû Bakar dan ‘Umar yang ada di samping kubur Rasulullah SAW. Setelah dihidupkan, kedua orang ini akan disalib. (Haqqul Yaqîn hlm. 360 oleh Mulla Muhammad Baqîr al-Majlisî).

166. Ajaran Syiah juga jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam banyak perkara di antaranya; menolak kewajipan solat Jumaat. Pada mereka solat Jumaat hanyalah wajib dilaksanakan apabila Imam Mahdi dibangkitkan suatu hari nanti. Pegangan seperti inilah yang dilaksanakan di negara Iran yang beraliran Syiah Imamiah berbeza dengan aliran Zaidiah yang mewajibkan solat Jumaat.

167. Penulis melalui pengalaman peribadi sekitar awal 90an, pernah berkunjung ke bandar Isfahan di Iran bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur dan rombongan seramai 15 orang. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) waktu itu memilih penulis selaku ketua rombongan yang menguruskan kunjungan mereka ke sana. Apa yang berlaku semasa di Isfahan kebetulan pada hari Jumaat, kami turut serta bersolat Jumaat di saf pertama di belakang imam. Selesai sahaja solat Jumaat 2 rakaat imam meneruskan sembahyang Asar 4 rakaat yang dilakukan dalam waktu Zohor. Perkara ini menyebabkan kami semua keliru sehingga ada ahli rombongan di sebelah saya bertanya: “Solat apakah ini?”, saya hanya berdiam diri sahaja pada waktu itu bagi menghormati tuan rumah. Saya teringat

101

bahawa orang Syiah Imamiah 12 atau pun Ja’fariah menunaikan solat Asar dijamakkan selepas solat Jumaat. Pada mereka juga apabila selesai melaksanakan solat Zohor bererti waktu Zohor sudah tamat dan masuknya waktu Asar. Atas sebab itu mereka melaksanakan solat Asar selepas solat Zohor dilaksanakan.

168. Sekembali kami ke hotel penginapan, saya memberikan taklimat kepada ahli rombongan dan meminta mereka menunaikan solat Zohor dengan Asar secara Jamak dan Qasar semula. Penganut Syiah hanya menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid utama dalam wilayah-wilayah Iran seperti Isfahan, Qum dan lain-lain sebagai lambang solidariti Islam (mungkin wilayah-wilayah ini bermakna negeri-negeri di Malaysia seperti Johor, Pahang dan sebagainya). Di Tehran solat Jumaat hanya dilaksanakan di Masjid Universiti Tehran. Ianya tidak dilakukan di daerah daerah dan kampung-kampung. Di tempat kita surau-surau dijadikan tempat solat Jumaat untuk kemudahan orang ramai.

169. Menurut fahaman aliran Syiah Imamiah solat Jumaat hukumnya wajib secara pilihan, dalam erti kata harus bagi penganutnya menunaikan sembahyang Jumaat atau Zohor secara pilihan. Hukum ini hanya berubah menjadi wajib secara fardhu ain dengan tiada pilihan lain, apabila datangnya (muncul) Imam Mahdi yang merupakan Imam ke 12 di kalangan mereka.

170. Pengalaman kami ini jelas menyaksikan mereka yang berfahaman Syiah ini yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat amat menyeleweng aqidah dan ibadatnya serta bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah anutan Imam 4 yang muktabar iaitu Imam Hanafi, Hanbali, Malik dan Syafie. Juga kewajipan menunaikan solat Jumaat jelas

seperti mana yang diwajibkan di dalam Islam seperti firman ALLAHSWT di dalam al-Quran yang bermaksud seperti

berikut: “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati ALLAH SWT dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”. [al-Jumu’ah 62:9]

171. Kewajipan mengerjakan sembahyang Jumaat ini juga, terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Solat Jumaat itu satu kewajipan yang mesti

102

This article is from: