1 minute read
Kewajaran Institusi-Institusi Islam Di Malaysia
Nota : Jadual di atas ialah perbandingan antara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan syiah disediakan dalam bentuk brochure/risalah dalam suatu muzakarah yang diberikan kepada penulis, namun tarikh dan tempatnya penulis sudah lupa. Perbandingan jadual ini amat baik untuk dimanfaatkan dan dijadikan rujukan kepada golongan yang tidak memahami persoalan tersebut. Semoga pihak yang menyerahkan kepada saya diberikan ganjaran di sisi ALLAH SWT.
KEWAJARAN INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM DI MALAYSIA
Advertisement
185. Kebelakangan ini dapat dilihat beberapa usaha secara licik yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu di negara ini untuk merobek, mencemuh dan merosakkan integriti dan nama Institusi yang mempunyai kaitan dengan agama Islam seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Mahkamah Syariah dan sebagainya. Antaranya membawa isu-isu perundangan dalam kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, kes Sulaiman Takrib lawan Majlis Agama Islam Terengganu dan beberapa lagi. Di dalam soal mempropaganda dan menyebarkan fahaman Syiah umpamanya, terdapat beberapa tokoh Aktivis Sosial negara seperti Dr. Chandra Muzaffar, Kamil Zuhairi Abd. Azizi (Pengerusi Syiah Malaysia) dan beberapa yang lain telah mempersoalkan kewajaran Institusi-institusi Islam di negara kita ini dalam mengharamkan ajaran Syiah di negara ini. Pada mereka kebebasan agama seperti termaktub di bawah perkara tiga Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan dibenarkan dan ini termasuklah penyebaran fahaman ajaran Syiah. Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy telah membuat keputusan bahawa Perkara tiga Perlembagaan Persekutuan tidak sahaja sekadar mengatakan Islam agama Persekutuan tetapi maksud Islam dalam perkara tiga tersebut
120