2 minute read
Inisiatif Kaunseling Kepada Pengikut Syiah
INISIATIF KAUNSELING KEPADA PENGIKUT SYIAH
188. Pihak berwajib (berkuasa) perlu peka dan mengambil inisiatif segera dalam merangka satu perundangan yang lebih konkrit, tegas dan berkesan bagi membendung berleluasanya fahaman Syiah di negara ini. Pemimpin serta pengikut-
Advertisement
pengikut Syiah ini perlu segera diberi kaunseling, pengajaran serta didikan untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum pula inisiatif-inisiatif berikut perlu dipergiat dan diperluaskan iaitu kekerapan mengingatkan bahaya ajaran Syiah ini melalui teks khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap hari Jumaat, pengajaran melalui kuliah oleh guru-guru takmir semasa mengadakan sesi kuliah di masjid-masjid, memasuki satu slot mengenai bahaya fahaman Syiah ini di dalam modul pendidikan di sekolah-sekolah, ceramah ceramah agama, nasihat serta pedoman supaya tidak terjerumus dengan ajaran Syiah ini melalui media sosial iaitu Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain lagi.
Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara Syria, Iraq, Lebanon, Yaman malah di Iran sendiri di mana ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dikongkong dan diawasi sepenuhnya tanpa diberi ruang untuk dikembangkan ajarannya.
Negara Syria boleh dijadikan contoh bagaimana fahaman
ajaran aliran Syiah ini bergerak dan berkembang secara halus dan licik dengan golongan Syiah ini yang walaupun minoriti,
berjaya menguasai tampuk pemerintahan negara, yang majoriti rakyatnya golongan Sunni (Ahli Sunnah Wal
Jamaah). Perang Syria yang tercetus pada tahun 2011 merupakan perang saudara yang disebabkan konflik
dalaman antara parti Pemerintah dengan rakyat Syria yang berbagai fahaman serta aliran agama.
Menurut Prof. Raymond Hinnesbush, daripada kajian
yang telah dibuatnya, negara Syria pada tahun 1991 yang rakyatnya majoriti beragama Islam, terdiri 85% berfahaman Sunni manakala baki 15% terdiri daripada lain-lain aliran fahaman serta agama. Tetapi pada tahun 2017 (Laporan Wikipedia) rakyatnya yang berfahaman Sunni telah menurun kepada 68.4% manakala golongan Syiah 12.0%, Kristian 16.6%, Druze 1.2% dan lain-lain 1.8%. Pengurangan rakyat Syria daripada golongan Sunni disebabkan ramai yang terbunuh dalam perang saudara ini
123
serta penghijrahan beramai-ramai sebagai pelarian perang ke negara-negara lain bagi mengelakkan kekejaman rejim Basyar Al-Assad (berfahaman Syiah). Dianggarkan lebih 4 juta rakyat Syria (dari fahaman Sunni) yang menjadi pelarian perang ini yang telah berhijrah keluar. Fahaman Syiah yang diterajui oleh pemimpin utama Syria ini menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya dari golongan Sunni sehingga ada yang mengharuskan untuk membunuh muslimin Sunni pada perang saudara di Syria ini. Malah dalam rejim kepimpinan Basyar Assad, tiada langsung jawatan dalam Kerajaan Syria dipegang oleh golongan Muslim Sunni. Pada penulis, peristiwa dan kejadian inilah yang perlu kita rakyat Malaysia jadikan sebagai satu iktibar agar fahaman Syiah ini tidak merebak di negara tercinta kita ini. Kemusnahan yang dahsyat boleh terjadi dengan merebaknya fahaman ini, bak petikan ucapan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)…. “Kita yang beragama Islam perlu berpegang teguh sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak sekeras-kerasnya ajaran Syiah serta ajaran-ajaran ekstrem yang lain yang bercanggah dengan Islam”.
Petikan ucapan dalam ‘Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 1970’.
124
125