1 minute read

Sejarah Munculnya Khawarij

SEJARAH MUNCULNYA KHAWARIJ

189. Dari sudut bahasa arab, perkataan khawarij/ ialah kata jamak bagi kharijah/ dan al-Khariju/ ialah orang yang bertindak keluar. Khawarij dalam sejarah awal Islam merupakan aliran pemikiran yang suka mengambil sikap membantah dan menentang arahan ketua. Sebelum wujudnya aliran ini dalam bentuk kumpulan ianya bermula lebih awal bahkan mendahului Syiah itu sendiri. Perkara ini terbukti daripada tindakan Zul Khuwaisirah yang membantah keputusan Rasulullah SAW ketika perang Hunain, seperti mana dalam riwayat Abu Sa’id al-Khudri RA katanya: Ketika kami bersama Rasulullah SAW di suatu ketika beliau sedang membahagi bahagikan beberapa pembahagian daripada harta rampasan perang. Datanglah kepada baginda Zul Khuwaisirah dari Bani Tamim dan berkata: Wahai Rasulullah SAW berlaku adillah! Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Celaka engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, dosalah aku dan merugilah jika aku tidak berlaku adil. Maka Saidina Umar al-Khattab RA berkata : Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk memenggal lehernya. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya”. [Riwayat

Advertisement

al-Bukhari, Muslim dan Ahmad]

190. Menurut Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis, Zul Khuwaisirah merupakan Khawarij pertama yang muncul dalam sejarah Islam. Zul Khuwaisirah tidak mengangkat senjata terhadap Rasulullah SAW? Namun apa yang dilakukan hanyalah menghasut secara halus agar membenci dan membantah tindakan Nabi SAW yang bersifat adil. Justeru itu, golongan ahli bid’ah yang melakukan bid’ah yang pertama kalinya dalam sejarah Islam adalah lahir daripada pemikiran Khawarij.

191. Kemunculan Khawarij dalam bentuk kumpulan besar berlaku rentetan daripada perang besar di antara tentera Saidina Ali RA dengan tentera Muawiyah RA di medan Siffin yang terletak berhampiran dengan sungai Furat, Iraq. Di akhir pertempuran

126

This article is from: