1 minute read
Kemunculan Al-Jabariyyah
termasuklah dalam solat, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan banyak lagi.
KEMUNCULAN AL-JABARIYYAH
Advertisement
203. Jabariyyah atau lebih tepat lagi Jabriyyah ( ) berasal dari kata jabara yang membawa maksud memaksa. Di dalam kamus Munjid dijelaskan bahwa nama Jabariyyah berasal dari kata jabara yang mengandung arti memaksa dan mengharuskannya melakukan sesuatu. Salah satu sifat dari ALLAH SWT adalah al-Jabbar yang bererti ALLAH SWT Maha Memaksa. Dalam aqidah istilah Jabariyyah merujuk kepada aqidah menolak adanya perbuatan dari manusia dan menyandarkan semua perbuatan tersebut kepada ALLAH SWT. Dengan kata lain manusia mengerjakan perbuatan dalam keadaan terpaksa (majbur) ibarat bunga lalang yang ditiup angin ada ketikanya condong ke kanan dan condong ke kiri, ke atas dan ke bawah. Bilakah munculnya aliran Jabariyyah dalam sejarah tidak dapat dikenal pasti secara jelas, namun demikian menurut Muhammad Abu Zahra fahaman ini mula muncul sejak zaman sahabat dan pemerintahan Bani Umayyah. Pada ketika itu para ulama mengupas tentang masalah Qadha/Qadar dan kekuasaan manusia ketika berhadapan dengan kekuasaan mutlak Tuhan. Maka lahirlah suatu pendapat yang dikemukakan oleh Jahm bin Safwan seorang ahli teologi berasal dari Khurasan yang berpegang dengan pendapat bahawa manusia itu dipaksa dalam tindakannya seperti bulu-bulu yang ditiup angin.
204. Dalam sejarah aliran Jabariyyah mempunyai beberapa kelompok antaranya Jabariyyah Khalisah (Tulen) dan Jabariyyah Mutawassitah (Pertengahan/Sederhana). Jabariyyah Khalisah merupakan kelompok paling ekstrem yang menolak seratus peratus perbuatan hamba datangnya dari hamba tersebut, begitu juga kekuasaan bagi perbuatan tersebut, semua perkara datangnya daripada ALLAH SWT. Manakala Jabariyyah Mutawassitah pula menetapkan manusia mempunyai kuasa atas perbuatannya, namun ianya tidak memberi sebarang kesan. Justeru itu, aqidah Jabariyyah amat melampau dalam masalah takdir sehingga menganggap bahawa manusia tidak memiliki kehendak dan tidak memiliki pilihan untuk berbuat sesuatu. Segala perkara telah ditentukan dan dipaksa oleh ALLAH SWT, sepertimana gerakan tubuh yang menggetar akibat kesejukan yang tidak dapat dikawal oleh pemiliknya.
135