1 minute read

Masuk Rumah Orang Melalui Pintu Depan Dan Beri Salam

bermaksud: “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasak bagi bumi?” Dan dalam surah al-Anbiya ayat 31 yang bermaksud: “Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung- ganang (bukit bukau) yang menetapnya (tidak bergoncang), supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani”.

ALLAH SWT Yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa menurunkan musibah mempunyai tujuan tertentu. Antaranya ialah:

Advertisement

i. Untuk menaikkan darjat serta martabat para anbiya’ dan solihin. Malah musibah kepada para Rasul jauh lebih dahsyat lagi, kemudian pengikut-pengikutnya hingga akhir zaman. Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW amat bertuah, kerana melalui syafaat Nabi Muhammad SAW, musibah yang kita terima hanya sedikit berbanding dengan musibah yang diterima umat-umat terdahulu.

ii. Untuk menghapuskan dosa manusia. Musibah berlaku sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Juga sebagai teguran dan peringatan akibat daripada bermaharajalelanya kemungkaran, agar manusia kembali ke pangkal jalan.

MASUK RUMAH ORANG MELALUI PINTU DEPAN DAN BERI SALAM

Pembangunan negara adalah penting dan Alhamdulillah melalui usaha-usaha yang dijalankan, negara kita telah, sedang dan akan terus mencapai pembangunan yang pesat bagi kesejahteraan rakyat. Satu persoalan yang perlu kita akui, seiring dengan pembangunan dan kemajuan yang kita capai ialah berlakunya “kebanjiran” nilai yang bertentangan dengan norma-norma bangsa kita dan bercanggah dengan asas-asas Agama Islam. Ekoran daripada itu berlakulah gejala sosial di kalangan anggota masyarakat dan pengaruhnya mudah mendapat tempat, terutama di kalangan generasi muda. Pergaulan bebas, amalan-amalan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) berleluasa. Fahaman-fahaman liberalism dan pluralism turut menyerap pemikiran pihak-pihak tertentu yang memperjuangkan kebebasan untuk mengamalkan

147

This article is from: