1 minute read
Gunung-Ganang (Bukit Bukau) Adalah Pasak Bumi Yang ALLAH SWTJadikan
rasional iaitu kerosakan alam sekitar dan sistem ekologi akibat daripada perbuatan manusia yang rakus. Atas nama pembangunan, laut yang ALLAH SWT jadikan di dunia ini sebagai takungan air setiap tahun akan menyempit daripada keluasannya dengan ditambak untuk membuat pembangunan begitu juga daratan sawah-sawah dan sungai-sungai ditimbus dan ditambak atas alasan yang sama, ini semua terpalit balik kepada kita semua. Pengusaha balak, pertanian yang tidak terkawal dan berbagai lagi, menyebabkan keadaan muka bumi telah berubah. Pokok-pokok ditebang tanpa kawalan yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan hakisan. Bukit bukit ditarah sewenang-wenang yang menyebabkan sungai sungai semakin tohor, kotor, kayu balak melanggari satu sama lain sampah sarap berlonggokkan maka terjadilah mendapan tanah dan kawasan-kawasan tadahan air semakin berkurangan. Hal ini ditambah lagi dengan fenomena kitaran alam dan musim yang sentiasa silih berganti, seperti air pasang besar, puting beliung dan kadar nisbah purata hujan yang tinggi akibat pemanasan global di dalam Surah ar Rum ayat 41, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
GUNUNG-GANANG (BUKIT BUKAU) ADALAH PASAK BUMI YANG ALLAH SWT JADIKAN
Advertisement
2. Sebab yang tidak mudah difahami yang memerlukan keimanan dan pancaindera rohani iaitu kejadian banjir dan bencana alam seumpamanya adalah suatu musibah yang melanda umat manusia kerana kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Ini dijelaskan oleh ALLAH SWT melalui firmanNya ayat 59 surah al-Qasas yang bermaksud : “Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.”
Dalam surah al-Naba’ ayat 7 firmanNya lagi yang
146