1 minute read

Kisah Semut Hitam Boleh Dijadikan Iktibar

Firman ALLAH SWT surah Al-Isra’ ayat 16 yang bermaksud:

“Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.”

Advertisement

Juga firman ALLAH SWT Surah ‘Al Araf ayat 97 dan 98 yang

bermaksud: Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?

KISAH SEMUT HITAM BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR

Suatu kisah semut hitam boleh dijadikan iktibar, di mana seorang pemuda bertanya seorang mualim kerana ingin tahu tentang pengertian bala atau musibah. Mualim tersebut meminta pemuda itu keluar mengembara selama tiga bulan untuk mencari dan memahami makna musibah. Di sepanjang tempoh tersebut, pemuda itu hanya menemui satu pengalaman, iaitu semasa dalam perjalanan pulang ia menemui sebatang pokok yang rendang lalu berhenti untuk berehat kerana kepenatan, lalu tertidur. Semasa tidur, beliau bermimpi dihurung semut hitam sehingga mengaduh kesakitan kerana ada semut-semut yang menggigitnya. Pemuda itu bertindak membunuh semut-semut tersebut, hingga terselamat daripada hurungan dan gigitan semut tersebut. Beliau kemudian terjaga daripada tidurnya. Sekembalinya daripada perjalanan itu beliau menceritakan pengalaman mimpinya kepada mualim. Mualim menjelaskan bahawa apa yang berlaku dalam mimpi pemuda itulah erti bala atau musibah. Bukan sahaja semut yang menggigit terbunuh, malah semut-semut lain yang tidak menggigit pemuda itu juga turut terkorban. Apabila datang bala atau musibah di sesuatu tempat yang berpunca daripada kemurkaan ALLAH SWT kerana bermaharajalelanya kemungkaran, orang yang baik serta taat pun tidak terkecuali akan turut terkena kesusahannya. Bahkan mungkin mereka yang ingkar dan jahat pula yang akan terselamat atau yang disebut istidraj, iaitu mereka yang beroleh kenikmatan walaupun dalam keadaan maksiat yang menjadikan seseorang itu bertambah jauh lagi daripada ALLAH SWT.

154

This article is from: