1 minute read
Mendirikan Solat Hajat Untuk Merosakkan Pihak Lain Atau Antara Sesama Hamba ALLAHSWT
kemenangan yang berselindung di sebalik kebenaran. Perdebatan yang kadangkala menggunakan istilah muzakarah bukan bertujuan mencari titik persamaan daripada kebenaran. Adab dan etika perbezaan diperdebatkan. Perpecahan semakin parah, hingga memberi kesan besar terhadap survival masa depan ummah. Keadaan ini telah mendorong kegiatan-kegiatan yang mempersendakan kesucian agama oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan kerana mendapat restu daripada mereka yang bersekongkol atas nama dakwah, persefahaman dan keharmonian. Kejadian mempersenda agama ini, walaupun bersifat tenggelam timbul mengikut masa, tetapi ia semakin berani dan kerap dilakukan. Tindakan-tindakan menanganinya juga sentiasa menemui jalan buntu yang berpunca daripada masalah teknikal dari segi penguatkuasaan undang-undang atau di luar bidang kuasa dan tidak ada punca kuasa yang jelas. Atas nama strategi, “konsep matlamat menghalalkan cara” digunakan secara meluas bagi meraih sokongan. Akibatnya khalayak ramai turut terheret dan terjebak dalam konflik sesama mereka. Yang fanatik dengan secara mudah menghukum mereka yang tidak sealiran. Yang berkecuali menjauhkan diri daripada komuniti beragama, hidup secara menyendiri.
MENDIRIKAN SOLAT HAJAT UNTUK MEROSAKKAN PIHAK LAIN ATAU ANTARA SESAMA HAMBA ALLAH SWT
Advertisement
Satu perkara lagi ialah cara menggunakan doa dan solat hajat oleh golongan tertentu ke atas golongan tertentu yang bertujuan untuk memudaratkan diri golongan yang tertentu supaya impian mereka mudah tercapai. Sebagai contoh ada orang bermusuhan dengan jiran sebelah rumah tidak bertegur sapa berpuluh-puluh tahun sebab isu yang tidak diketahui, begitu juga dengan keluarga yang terdekat sebab merebut harta peninggalan kedua orang tua yang tidak ada wasiat, hibah dan mereka tidak bersepakat untuk menerima kaedah faraid tentang pembahagian harta. Begitu juga kenapa marah dengan orang yang bukan Islam “ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar” dan ada kemungkinan kerajaan yang memerintah kalau tidak disukai mungkin solat hajat juga digunakan untuk ALLAH SWT turunkan bala, musibah atau bala bencana. Solat hajat dan doa yang dilakukan ini apakah tidak akan makan diri sendiri dan diri orang lain. Dalam hal ini ada teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ketika menyampaikan dakwah di Taif. Baginda menolak saranan malaikat agar penduduk Taif
149