1 minute read
Rujukan
3. Kalau berkawan dengan pencuri, lama-lama kamu akan menjadi pencuri; 4. Kalau berkawan dengan peminum arak, lama-lama kamu akan menjadi pemabuk; 5. Kalau berkawan dengan pemain judi, lama-lama harta kamu akan habis dan kamu akan berpakaian tidak senonoh; 6. Kalau selalu menghampiri dan berdampingan dengan orang berniaga, lama-lama akan jadi kaya; 7. Kalau kamu keluar dari rumah pergi ke tempat orang atau negara orang, jadilah ayam betina bukan ayam jantan; 8. Jangan suka berhutang kerana akibatnya kamu akan menjadi daki dunia. 9. Kamu hendaklah menceburkan diri dalam bidang perniagaan jika mahu maju dan berjaya dalam hidup. (Bapa penulis pun berniaga secara kecilan di kampung dengan menjual buluh dan kayu untuk dibuat bubu ikan dan dijual di Pantai Rombang (Pantai Puteri) semasa hayatnya. Sebelah petang 2 minggu sekali penulis dengan bapa menjual ikan laut naik basikal keliling kampung. Bapa penulis digelar oleh orang kampung “Yusoh Buluh” sebab dalam kampung ada dua Yusoh. Pesanan-pesanan ini selaras dengan kata-kata bijak pandai bahawa kalau kita berkawan dengan tukang besi, kita akan mendapat bahang panas dan percikan apinya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat bau yang harum.
RUJUKAN
Advertisement
1) Al-Quran Al-Karim. 2) Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. 3) Tafsir al-Jami’ Li Ahkam al-Quran (Tafsir al-Qurtubi) - Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi, Muasasah al-Risalah. 2006. 4) Tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran (Tafsir al-Tabari) - Muhammad bin Jarir al-Tabari. 5) Tafsir al-Sha’rawi: Khawatir Imaniyyah - Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi. 6) Mausu’ah al-Mu’jam al-Mufahris Li Alfaz al-Hadis al-Nabawi al-Syarif. 7) Media Online. 8) Media Massa Arus Perdana.
161