10 minute read

Saya Berbangga Dengan Kereta Nasional

SAYA BERBANGGA DENGAN KERETA NASIONAL Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

“Saya berbangga kereta nasional berada di pasaran luar negara”. “Saya nampak kereta nasional di Bedford City United Kingdom sahaja, di atas jalan raya tidak kelihatan”.

Advertisement

Penulis dan Proton Gen2 di Bedford City Proton WAJA di Bedford City

AWAL Mac 2017 lalu saya ke London dan Bedford City selama 10 hari atas urusan peribadi. Saya amat teruja apabila ternampak sebuah kereta Proton Gen2 warna merah diletakkan di tempat parkir di Bedfort City. Saya sekali lagi teruja dan merasa bangga pada satu hari lain apabila ternampak sebuah lagi kereta nasional Proton Waja terletak di satu kawasan perumahan di Bedford City juga. Rasa bangga saya itu cuma seketika saja bila saya lihat di jalanjalan raya setiap masa dipenuhi dengan kereta buatan Jepun, Korea dan China selain dari jenama Eropah. Sebuah kereta buatan Malaysia pun tidak kelihatan. Saya berfikir adakah kereta kita tidak mendapat tempat di pasaran antarabangsa? Padahal Proton telah beroperasi lebih 30 tahun dalam bidang automotif, seusia dengan China dan Korea. Saya pernah melawat Darwin Australia satu masa dulu. Ketika melawat sebuah ladang buah-buahan yang begitu besar 10,000 hektar (24,710.5 ekar) diusahakan oleh keluarga anak beranak bangsa Australia itu sendiri tanpa melibatkan pekerja asing, berbanding bangsa Melayu 3 ekar tanah pun belum tentu dapat diusahakan, kalau ada yang usahakan ialah pekerja asing, itu sebab tanah terbiar begitu banyak di seluruh negara hari ini. Mana perginya Melayu?. Saya juga tidak menyangka Proton pick-up ada digunakan

180

di ladang tersebut. Saya bangga lihat Proton. Ini yang kita mahu, iaitu jenama Proton sampai ke merata ceruk rantau jalan dan lorong di seluruh dunia. Kenapa kereta Korea dan China dapat menembusi pasaran antarabangsa dan tidak Proton? Adakah mereka mempunyai kelebihan dari segi kualiti dan harga? Saya rasa jawapannya sudah tentu “Ya”. Pengguna biasanya memilih kereta yang berkualiti, reka bentuk dan style yang mengikut trend semasa, dilengkapi IT seperti GPS, airbags, penjimatan minyak dan harga yang berpatutan. Jangan jadi macam telefon bimbit Nokia yang mulanya terkenal tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tidak mempunyai ciri terkini yang diperlukan oleh pengguna. Akhirnya jenama lain yang muncul dengan teknologi terkini. Pada tahun 2018 ada cadangan Proton mengadakan kerjasama strategik dengan sebuah syarikat dari China iaitu Geely Automobile Holding Ltd, saya mempunyai dua perasaan. Pertama gembira kerana akhirnya kereta nasional kita mungkin dapat dipasarkan ke luar negara dengan kemasukan modal dari China apabila 49% ekuiti pemilikan modal diambil oleh Geely melalui kerjasama tersebut. Perasaan risau juga wujud di hati saya kalau-kalau Proton akhirnya ditelan oleh Geely. Adakah perkongsian ini menyebelahi Proton atau menyebelahi Geely. Sekiranya Proton dapat mengekalkan 51% dan 49% lagi dipegang oleh Geely, bermakna kita masih ada kuasa penentu walaupun tidak begitu kuat. Satu persoalan timbul apabila pakatan Proton-Geely ini dilaksanakan iaitu apakah jenama kereta Proton masih kekal? Persoalan juga timbul mengenai vendor tempatan yang ada sekarang, apakah ia diteruskan atau vendor lain yang lebih berdaya maju akan dilantik? Siapa vendor baru? Adakah orang tempatan atau didatangkan dari China? Kita sedar barang-barang ganti China lebih murah harganya dan digemari walaupun kualitinya tidak seperti yang original. Tidak kurang kerisauan saya ialah mengenai pekerja Proton yang ada sekarang akan dikekalkan atau digantikan dengan pekerja mahir dari China? Kerisauan saya itu bersebab kerana ada ceritacerita yang kurang menyenangkan dikatakan menjadi amalan China apabila mereka melaksanakan sesuatu projek di luar negara China, mereka bukan sahaja membawa modal wang, tetapi juga modal manusia (human capital) dan bahan-bahan mentah turut dibawa bersama. Saya berdoa supaya perkara ini tidak berlaku. Sebenarnya ramai di kalangan kita berada di zon selesa. Justeru itu kita mungkin mengabaikan aspek R&D menyebabkan

181

orang kita ketinggalan dalam bidang teknologi automotif ini walaupun sudah lama bermula dan pesaing-pesaing Korea dan China yang sezaman telah meninggalkan kita jauh di belakang. Kalau pekerja kita dapat mengikut rentak dan budaya kerja mereka, kita akan berjaya. Dengan fenomena ‘Dunia Tanpa Sempadan’, WTO, globalisasi, liberalisasi perdagangan dan lainnya, kita terdedah kepada kemasukan barang pengguna dari luar negara, sedangkan kita hanya mampu mengeksport bahan mentah. Kalaupun ada, ianya adalah produk keluaran syarikat gergasi multinasional yang beroperasi di negara kita. Seperti yang kita ketahui China merupakan negara yang kaya berbanding negara maju yang lain. Mereka telah menubuhkan bank di Zimbabwe sehingga bank-bank tempatan di sana terpaksa ditutup. Matawang China digunakan dengan meluas di sana. Apakah perkara ini tidak akan berlaku di Malaysia?. Di negara kita sudah ada Bank of China yang beroperasi di Kuala Lumpur, Muar dan Pulau Pinang. Kenapa ditubuhkan di sini? Baru-baru ini pula ditubuhkan sebuah bank Pembinaan China (CCB). Apa akan berlaku kepada bank-bank tempatan nanti. Dapatkah mereka bersaing? Apa dasar Bank Negara mengenai perkara ini?. Walau apapun saya mempunyai pemikiran yang positif dalam kerjasama Proton-Geely ini sebagai perjanjian serampang dua mata iaitu jenama Proton sebagai ‘Duta Pelancongan’ dan Malaysia mencapai negara Maju, dengan syarat kita yang menentukan supaya terma-terma kerjasama ini tidak berat sebelah dan merugikan kita nanti. Tetapi janganlah pula dari segi pemindahan teknologi yang besar ini, anak tempatan akan tersisih, tertinggal dan tidak diambil kira, sebab di situlah tempat untuk melonjakkan kemampuan anak Malaysia yang boleh membuat sesuatu dalam bidang ini. Dari peringkat pengurusan tertinggi, kewangan, R&D, pembangunan teknologi dan pemasaran, anak tempatan hendaklah dilibatkan di semua peringkat. Kita tidak mahu anak tempatan menjadi penonton dan berada di zon selesa sahaja. Malaysia melalui acara perlumbaan Formula One dan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang telah dapat menarik pelancong antarabangsa datang menyaksikan perlumbaan F1. Pada peringkat awal banyak bantahan disuarakan kerana ia melibatkan kos yang amat tinggi. Saya pernah memberi ulasan melalui akhbar terhadap bantahan tersebut, kerana dari segi pelancongan ia tidak merugikan malah selaras dengan objektif serampang dua mata; membawa banyak pelancong datang dan nama Malaysia lebih

182

dikenali. Ini dapat dilakukan melalui siaran langsung acara berprestij itu ke seluruh dunia dengan paparan iklan “VISIT MALAYSIA”. Bilangan pelancong bertambah dan pendapatan negara juga bertambah. Masa tahun 70an, 80an dan awal 90an, iklan ‘Visit Malaysia’ hanya melalui poster yang ditampal pada bas-bas dan papan iklan di luar negara, melibatkan perbelanjaan yang besar. Tetapi melalui acara tahunan perlumbaan kereta Formula One di Sepang iklan secara tradisi itu tidak diperlukan lagi. Dalam industri pelancongan, kereta boleh jadi satu tarikan. Kereta boleh menjadi satu produk pelancongan yang dapat mengiklankan negara. Orang akan tahu kita sebuah negara maju. Kita sokong kerjasama ini sebab kita mahukan kemajuan berteknologi tinggi. Memang kita rasa rugi tetapi perjanjian ini akan beri manfaat kepada kita. Saya tidak tahu ianya berat sebelah atau win-win. Kalau pekerja yang ada ditukar dengan pekerja dari China kita tidak mendapat apa-apa faedah. Kita perlu kekalkan pekerja yang ada. Mereka keluar modal dan berikan teknologi baru. Dulu kereta nasional kita tidak ada airbag sekarang sudah ada. Kita nak pelbagaikan kereta. Misalnya Jepun mengeluarkan kereta Alphard yang lebih baik daripada Mercedes, kerana boleh bawa penumpang yang lebih ramai, banyak digunakan oleh VIP. Kita tidak mahu projek-projek yang dibuat di negara kita banyak melibatkan pekerja-pekerja dari negara China sama ada kolar biru atau kolar putih seperti teknikal dan konsultan diambil dari sana. Ada juga projek pembangunan yang sedang dilaksanakan anak tempatan tidak diambil kira. Konsultan juga tidak diambil kira. Apakah ini juga berlaku dalam Proton? Saya petik daripada akhbar, bukan saya yang bercakap. Kita kena ingat terdapat 60,000 orang bergantung rezeki kepada Proton seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Bagi Proton, kita tidak mahu terjadi seperti apa yang berlaku kepada Perodua yang dikatakan tidak boleh dieksport kereta mereka kerana ada halangan iaitu perjanjian antara Perodua dan Daihatsu. Apakah kereta Proton nanti dibuat di sini tetapi dijual di negara China sahaja atau negara-negara lain, sebab kereta buatan China telah ada di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, negara Jepun tidak ambil kereta China sebab mereka sudah ada jenama mereka sendiri di pasaran luar negara mereka. Dan Jepun mempunyai egonya sendiri. Pada bulan Mei 2019 yang lalu ketika melawat Jepun, saya sempat melawat bangunan tempat simpanan kereta 10 tingkat, menempatkan ribuan kereta terpakai pelbagai jenama untuk dieksport secara lelong terbuka ke negara-negara Arab, Afrika,

183

Amerika Latin, Eropah, Asia, Asia Tenggara dan lain-lain. Dengan kerjasama Proton-Geely, apakah penjualan kereta Proton juga akan berlaku seperti ini?. Apa yang penting ialah apabila kereta nasional kita dieksport ianya dapat melambangkan kemajuan negara kita. Bila ada orang menggunakan kereta buatan Malaysia, orang lain akan bertanya kereta ini dari mana, buatan mana. Bila diketahui ianya buatan Malaysia, mereka akan tahu Malaysia adalah sebuah negara membangun dan ingin dilawati, kerana selain dari negara membangun, Malaysia juga menawarkan banyak tempat peranginan menarik, pantai yang cantik, bangunan bersejarah dan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna. Jika diambil contoh negara Korea, sebelum mereka mengeluarkan kereta, tidak ramai orang berkunjung ke sana. Korea pada mulanya terkenal dengan pembinaan kapal telah muncul sebagai pengeluar elektronik seperti televisyen, hand-phone, penghawa dingin dan sebagainya dapat mengatasi produk kegunaan negara lain dan dapat bersaing dengan Jepun misalnya. Akhirnya mereka dapat mengeluarkan kereta. Mereka dapat menjadi sebuah negara maju dan barang-barang elektronik mereka menjadi popular. Melalui kereta dan alat elektronik, jenama Korea dengan sendiri dapat menarik minat orang untuk melancong ke Korea kerana kemajuan yang dicapai selain ingin melihat keindahan Korea. Akhirnya saya teringat cerita awal kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, bagaimana sikap orang Melayu yang pemurah dan baik hati pada mulanya memberi kebenaran kepada orang Cina menumpang di atas tanah mereka secara percuma. Orang Cina yang menumpang tadi mula menanam sayur secara kecilan dan hasilnya turut diberikan juga kepada tuan tanah sebagai membalas budi. Orang Melayu tidak perlu lagi bersusah payah menanam sayur. Akhirnya kesemua tanah orang Melayu itu diusahakan dengan tanaman termasuk padi. Tuan tanah gembira dan berpuas hati kerana dapat merasai hasil tanaman daripada orang Cina itu tanpa bersusah payah. Dari pertanian orang Cina itu turut memulakan ternakan secara kecil-kecilan ayam dan itik. Akhirnya menjadi semakin besar dan orang Melayu tuan tanah dapat merasa hasil ternakan itu. Mereka juga merasa seolah-olah tuan kepada orang Cina. Pada akhir cerita orang Cina yang sudah beberapa tahun tidak merasai daging babi, meminta izin untuk ternak babi bagi makanan sendiri. Akhirnya ternakan semakin maju dan dijadikan komersial pula. Orang Melayu terpaksa berpindah jauh ke darat dan pedalaman kerana tidak tahan dengan bau tahi babi dan takut terkena najis babi,

184

sehingga sanggup meninggalkan tanah yang mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi. Kita hanya merasai nikmat sementara tanpa usaha sebab kita sudah berada dalam zon selesa, sedangkan tanah sudah berpindah menjadi milik orang Cina. Kita tidak boleh marahkan mereka kerana mereka adalah bangsa yang rajin berusaha bekerja. Adakah sifat ini selari dengan budaya kerja kita orang Melayu? Sampai hari ini, berapa banyak tanah-tanah dan sawah-sawah terbiar yang dipunyai oleh orang Melayu diusahakan oleh orangorang Cina, di mana perginya Melayu, sampai bila orang Melayu hendak menjadi Tuan; saya teringat semasa saya sekolah rendah dulu pada tahun 1950an, saya menanam sayur-sayuran, ubi, pisang dan lain-lain, seminggu sekali saya akan jual hasil tanaman itu di kampung, pembelinya selain daripada orang Melayu termasuklah orang Cina dan Cina Peranakan; sayur yang disukai mereka ialah kangkung. Semasa sekolah rendah saya dilatih oleh guru menanam sayur 1 jam sebelum kelas bermula. Hari ini di sekolah subjek berkebun itu sudah tiada, setiap sebulan sekali saya akan bawa baja tahi ayam untuk membajai tanaman. Kumpulan saya itu termasuk seorang murid Cina. Hari ini kawan saya itu masih hidup, bila anak saya berkahwin saya jemput keluarganya sekali dalam majlis tersebut. Ketika saya belajar di Kolej Islam Klang, masa cuti saya akan pergi ke Singapura bekerja dan mencari wang saku, dalam perjalanan naik kereta api melalui Kluang Johor, waktu Subuh lebih kurang 5 pagi kelihatan orang-orang Cina menanam sayur. Mereka memasang beberapa lampu gasolin, itulah pandangan saya setiap tahun cuti ke Singapura, apakah ini ada dalam darah orang Melayu. Dalam sekolah rendah, semasa saya darjah 3 ke 6, sebelum ke sekolah 5.30 pagi menolong abang mengutip getah sekerap dan bawa pelita untuk abang menoreh pokok getah. Hari ini saya masih lagi minat berkebun hasil daripada didikan guru saya. Buah-buahan yang dipetik mengikut musim yang boleh dituai akan dikomersialkan. Kata orang tua-tua “berbudi pada tanah sudah tentu ada hasil pulangannya tetapi berbudi pada orang belum tentu dapat labanya.” Terima kasih cikgu, Al-Fatihah..........

185

This article is from: