1 minute read

Tempat Tinggal

aqidah Islam. Lantaran itu apabila berlaku letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun tersebut, Lampong ditenggelami air laut tidak ubah seperti peristiwa tsunami yang melanda Aceh beberapa tahun dahulu. Peristiwa Lampong Karam dijadikan filem oleh pengarah S.Kadarisman pada tahun 1967. Ayahanda kepada Ahmad Lampong pula berkahwin dengan orang dari Lampong, Indonesia. Dari sinilah ‘Lampong’ diabadikan menjadi sebahagian namanya. Darah keluarganya masih ada di Lampong. Bapanya juga berkahwin dengan seorang perempuan keturunan Saudi. Pasangan inilah yang melahirkan anak lelaki yang kemudian dikenali sebagai Sheikh Ahmad Lampong. Ringkasnya Sheikh Ahmad Lampong adalah berketurunan Morocco daripada sebelah bapanya dan berketurunan Saudi daripada sebelah ibunya. Sheikh Ahmad Lampong berkahwin dengan seorang wanita Saudi. Pasangan bahagia ini dikurniakan seramai enam orang cahaya mata, empat perempuan, dua lelaki serta 15 cucu terdiri dari lima orang perempuan dan sepuluh orang lelaki. Keberkatan sumber pendapatannya daripada hasil pengendalian haji dalam membesarkan anak-anaknya begitu terserlah. Anak-anaknya satu demi satu telah melakar kejayaan dalam pelajaran dan bidang kerjaya masing-masing. Anak sulungnya seorang perempuan berkelulusan Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang sains daripada universiti di London. Anak keduanya juga seorang perempuan, yang merupakan seorang doktor pakar dalam bidang sakit puan (keluarga). Anak ketiganya juga perempuan keluaran universiti dari London yang bekerja sebagai seorang doktor gigi. Anaknya yang keempat seorang perempuan berkelulusan Sarjana dalam bidang Sejarah. Anaknya yang kelima adalah lelaki, merupakan seorang doktor pakar bedah dan anak bongsunya juga lelaki, seorang doktor gigi.

TEMPAT TINGGAL

Advertisement

Halaman rumahnya di Mekah, dipenuhi dengan pokok-pokok yang ada di Malaysia, seperti pisang emas, mangga, ciku dan lainlain yang hidup subur serta mengeluarkan buah. Pokok-pokok ini semuanya berasal dari Malaysia, sebahagiannya dihadiahkan oleh penulis yang mengendalikan umrah dan haji sehingga kini. Ahmad Lampong juga pada tahun 2010, telah membina sebuah hotel berkapasiti melebihi 400 orang tetamu di kawasan bersebelahan rumah beliau di Mekah. Penulis mula mengenali Ahmad Lampong dari tahun 1984, iaitu

189

This article is from: