1 minute read

Pengendalian Haji Yang Berwibawa

bila bermulanya sistem muassasah, di mana masa itu syarikat Utas Travel & Tours menempatkan jemaah haji kurang 50 meter dari tempat melontar. Perkara ini berlarutan hingga tahun 2006, iaitu dengan mengambil perkhidmatan khemah yang berdekatan dengan tempat melontar disediakan oleh Sheikh Ahmad Lampong. Itu sebabnya jemaah haji Utas ada kalanya mencecah sehingga 1,400 orang, kerana jemaah memilih tempat yang berdekatan dengan Jamrah, apatah lagi Utas juga menempatkan jemaahnya di kawasan berdekatan dengan Masjidil Haram (jarak 50 meter sahaja). Sama juga pada hari ini, Utas menyediakan tempat kediaman jemaah di kawasan berhampiran dengan Masjidil Haram iaitu kurang dari 200 meter. Hubungan penulis dengan Sheikh Ahmad Lampong terjalin begitu mesra dari tahun ke tahun ibarat seorang adik dengan abang, sehingga penulis pernah tidur bermalam di rumah beliau atas pelawaannya pada musim haji. Jarang sekali orang Arab membenarkan orang luar tidur di rumah mereka. Begitulah sikap Ahmad Lampong terhadap penulis. Memang setiap tahun ketika mengerjakan umrah di luar musim haji, penulis akan berkunjung ke rumah Ahmad Lampong untuk bertanya khabar dan berbual mesra. Kali terakhir penulis menziarahi beliau ialah pada 12 Februari 2017, bersama anak bongsu penulis. Pada lawatan itu penulis dapati Ahmad Lampong dalam keadaan sangat uzur. Beliau mengadu kepada penulis dengan linangan air mata katanya, “Haji Din, saya dah tak dapat sembahyang Jumaat pada minggu lepas”. Beliau biasanya dipimpin ke masjid oleh pemandunya. Kini tidak lagi. Saya sempat bergambar bersamanya buat kali terakhir. Beliau seorang yang warak dan zuhud, baik hati budi, pernah bertanyakan kawan-kawan lain yang pernah menyewa khemah beliau, kenapa mereka tidak datang bertanya khabar. Beliau sedih kerana semasa sihat mereka ada bersama, tetapi semasa sakit tiada siapa yang menziarahi beliau.

PENGENDALIAN HAJI YANGBERWIBAWA

Advertisement

Bermula pada tahun 1949, ketika berusia 20 tahun Sheikh Ahmad buat pertama kalinya datang ke Tanah Melayu (Malaysia) bagi mengendalikan jemaah haji seramai 25 orang. Selepas itu, pada tahun-tahun berikutnya, bilangan jemaah haji yang dibawa oleh Sheikh Ahmad Lampong bertambah dari tahun ke tahun. Jemaah dibawa daripada Tanah Melayu ke Tanah Suci dengan menggunakan kapal Kargo Malampus yang dikenali juga sebagai kapal Serombong

190

This article is from: