2 minute read
Perhimpunan Agung UMNO Bulan Dua Belas 2015
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BULAN DUA BELAS 2015 Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh
Dunia ibarat sebuah pentas Pentas drama pentas berbahas Pentas berbahas ada yang berkelas Yang mendengar turun naik nafas
Advertisement
Perhimpunan Agung UMNO bulan dua belas Berduyun-duyun datang ada yang naik bas Puteri, pemuda, wanita, UMNO empat hari berbahas Menyingkap kemelut dan hala tuju Melayu pasti jelas
Setiap tahun perhimpunan ada rajin datang ada yang malas Membahas ucapan Presiden mesti dibalas Melihat riak muka perwakilan dan pemerhati cukup jelas Ada yang kata Melayu rajin ada yang malas
Semangat menurun naik menjadi panas Ambil mikrofon sangat pantas Berhujah berbahas berbalas-balas Dalam dewan semangat berkobar-kobar pasti jelas
Tepukan gemuruh dari bawah sampai ke atas Keluar dewan balik rumah cukup pantas Semangatnya mula layu ditiup angin budaya malas Di kedai kopi umpat mengumpat kata berbalas
Wahai Melayu wakil rakyat yang punyai tugas Amanah rakyat mesti digalas Jangan pandai bercakap tetapi tak pandai menjalan tugas Hukum ALLAH di dunia dan akhirat pasti berbalas
Kita rakyat di bawah merasai tempias Rakyat mahu tahu pendirian pemimpin mesti jelas Laungan merdeka 58 tahun sudahlah jelas Yang rajin orang Melayu atau Cina, India mesti dijelas Siapa yang merdeka, Cina, India, Melayu atau kita yang malas Kekayaan hari ini yang pasti Cina, India tetapi Melayu tidak jelas
178
Melayu berbahas memang berkelas Antara Asar Maghrib kadang-kadang terlepas Antara kumpulan kuning dan merah, ekonomi Cina yang mantap sudah jelas Antara kumpulan merah dan kuning maruah Melayu tak tercabar kata Pak Lah nampak jelas Contohi kumpulan lebah khasiat madunya bila dimakan memang panas Kumpulan langau menghurung bangkai khasiatnya tiada, sudah jelas
Ubahlah sikap dari katak bawah tempurung ke katak dalam gelas Melihat bangunan tinggi gedung besar siapa punya sudahlah jelas Wahai Melayu berhijrahlah dari negara ke negara cari pengalaman biar pantas Segera katak dalam gelas, segera melompat keluar jangan malas Agar cucu cicit, anak-anakmu nanti jadi bangsa “first class”
Kita akan berhadapan PRU empat belas Ingat-ingatlah wahai Melayu jangan kita menjadi hampas Melayu UMNO, Melayu Keadilan, Melayu Amanah, Melayu Pas Bersatulah Melayu dengan pantas Agar bangsa Melayu bangsa yang ada kelas Kalau lambat akan terbabas Ambil contoh pemimpin yang lepas-lepas Negara makmur macam orang berbuka puasa minum air bergelasgelas sampai puas
Pemimpin kita cakap jangan berseloka dan berkias Yang mendengar terbahak-bahak ketawa hampir putus nafas Peristiwa 13 Mei perlu dihayati dan dikupas Jangan jadi Melayu, Melayu “second class” dan “third class” Peristiwa 13 Mei janganlah berulang yang mungkin menjadi lebih buas dan ganas
179