2 minute read
Bagaimana Sheikh Ahmad Lampong Mendapat Dan Menguruskan Jemaah
tempoh selama berada di Tanah Suci. Dengan menggunakan peti sarah yang dibuat khas, diisi beras, minyak, ikan kering, kelapa dan lain-lain keperluan, bahkan ada yang membawa kayu api bagi keperluan memasak. Kebanyakan jemaah pada ketika itu terdiri daripada kalangan orang tua-tua. Itulah kefahaman umum yang menjadi pegangan pada ketika itu, di mana untuk mengerjakan haji perlu menunggu usia tua. Haji dinilai sebagai perintah untuk golongan tua. Sedangkan ibadat haji memerlukan orang yang sihat, penuh tenaga agar dapat melakukan ibadat dengan sempurna. Sihat tubuh badan (istita’ah) adalah antara syarat wajib haji. Bagaimanapun antara sebabnya juga ialah, mereka terpaksa mengumpul wang sedikit demi sedikit yang disimpan di rumah. Keadaan inilah yang mendorong Profesor Diraja Ungku Aziz membuat kajian yang akhirnya mencadangkan untuk menubuhkan sebuah institusi kewangan Islam yang ketika ini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji yang sangat berwibawa, yang menjadi lambang kecemerlangan dan kemegahan sistem ekonomi Islam. Sebenarnya, mengapa kebanyakan jemaah haji Malaysia pada ketika itu menunggu hari tua untuk pergi menunaikan ibadah haji? Ini kerana pada usia itulah, baru mereka mempunyai kemampuan. Tabungan mereka yang disimpan sedikit demi sedikit itu baru mencukupi keperluan untuk menunaikan haji. Terdapat juga sebahagian jemaah, yang menjual tanah semata-mata untuk mengerjakan haji, walaupun perbelanjaannya hanya sekitar RM 1,500 sahaja. Begitulah gigihnya mereka bagi memenuhi seruan ALLAH SWT untuk menjadi tetamuNya. Benarlah, pergi haji adalah menyahut seruan ALLAH SWT bagi mereka yang dijemput menjadi tetamunya. Justeru mereka tidak kira di mana tempat tinggalnya, susah atau senang, jauh atau pun dekat, golongan berada atau pun tidak berada, yang mendapat jemputan mesti akan sampai ke Tanah Suci. Inilah jaminan ALLAH SWT kepada hambanya. Perintah seruan yang ditujukan kepada Nabi Ibrahim AS kepada umat manusia, kemudian disambut oleh jemaah-jemaah melalui ucapan talbiah yang tidak putus-putus, menjadikan Kaabah sentiasa dikelilingi manusia untuk bertawaf, kecuali berhenti seketika apabila didirikan solat fardu pada tiap-tiap waktu.
BAGAIMANA SHEIKH AHMAD LAMPONG MENDAPAT DAN MENGURUSKAN JEMAAH
Advertisement
Melalui seorang ketua kampung bernama Haji Salleh dari
192
Kampung Jawa Klang yang pernah mengerjakan ibadat haji bersama bapanya, Sheikh Ahmad mendapat maklumat tentang jemaah yang hendak mengerjakan haji. Seterusnya, maklumat yang disampaikan melalui mulut ke mulut dari semasa ke semasa, oleh jemaah-jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan Sheikh Ahmad, merupakan kaedah yang berjalan dan digunakan bagi mendapatkan jemaah.
Tempoh untuk mengerjakan haji pada ketika itu mengambil masa yang begitu lama, meliputi perjalanan pergi dan balik termasuk Mekah dan Madinah. Jemaah akan mula berangkat sebelum atau dalam bulan Ramadan lagi. Jelasnya mereka berpuasa dalam perjalanan. Ini bermakna jemaah akan berada dalam ihram sekurangkurangnya selama dua bulan sepuluh hari. Bayangkan, mereka yang dalam keadaan berihram, tidak bercukur, tidak memotong kuku dan rambutnya tidak berminyak selama tempoh itu. Maka benarlah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW bahawa orang yang berihram dalam tempoh yang lama sebagai dalam keadaan ‘kusut masai’. Namun hakikatnya di sisi ALLAH SWT itulah bukti penyerahan diri daripada seorang hamba kepada penciptanya. Biar pun “hodoh” pada pandangan manusia, tetapi cantik pada pandangan ALLAH SWT. Dalam usaha mendapatkan jemaah, Sheikh Ahmad akan datang dan berkunjung ke beberapa buah negeri di Malaysia. Secara umumnya setelah terlibat dalam urusan mengendalikan haji, dalam setahun Sheikh Ahmad akan berada
Dokumen-dokumen perjalanan Sheikh Ahmad Lampong ketika berumur 20 tahun mengambil jemaah haji dari Tanah Melayu.
193