5 minute read

Sistem Pengendalian Haji

meliputi rukun, wajib dan sunat-sunatnya. Waktu inilah jemaah melaksanakan wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah, melontar Jamrah Aqabah, bergunting, melontar ketiga-tiga Jamrah, bermalam di Mina dan seterusnya pulang ke Mekah untuk tawaf dan saie. Musim haji bermula dari hari Tarwiah, apabila jemaah bergerak menuju Arafah pada 8 Zulhijjah hinggalah selesai pekerjaan haji sepenuhnya pada 12 Zulhijjah (Nafar Awal) atau 13 Zulhijjah (Nafar Thani), bergantung kepada masa seseorang jemaah. Pada 8 Zulhijjah yang dikenali sebagai perjalanan Arafah, untuk membawa semua jemaah mengerjakan wukuf, bermalam di Muzdalifah serta bermalam dan melontar Jamrah di Mina dan balik semula ke Mekah, memerlukan sehingga enam kali berulang alik. Pada masa itu, tahun-tahun 50an 60an jumlah semua jemaah haji Malaysia dianggarkan seramai 1,000 hingga 2,000 orang sahaja. Manakala jumlah jemaah haji Indonesia pada masa itu hanya seramai 10,000 orang. Jumlah jemaah haji Malaysia pada masa ini ialah seramai 28,000 hingga 30,000 orang, manakala jemaah haji Indonesia ialah seramai 240,000 orang. Oleh sebab itulah ujian semasa mengerjakan ibadat haji tetap dialami, walaupun dalam zaman yang serba serbi ada kemudahan, serta sentiasa dipertingkatkan. Kalau dahulu banyak berpunca daripada kemudahan dan prasarana yang tidak mencukupi. Pada hari ini kerana jumlah jemaah yang berlipat kali ganda ramainya.

SISTEM PENGENDALIAN HAJI

Advertisement

Sistem pengendalian haji sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Sistem Sheikh berakhir pada tahun 1983, di mana tahun berikutnya 1984 bermulanya sistem muassasah. Bagi jemaah swasta, sistem perumahan mereka disediakan tetapi makanan diuruskan atau dimasak sendiri oleh jemaah. Pada awal tahun 1990an, sistem konsortium pula dijalankan iaitu gabungan empat syarikat dalam satu konsortium yang menyediakan tempat penginapan dan makan minum kepada jemaah. Kemudian pada tahun 2000 pula dimulakan sistem PJH atau Pengelola Jemaah Haji yang menyediakan penginapan dan makan minum dengan cara yang lebih teratur. Taraf PJH ini diberikan khas kepada syarikat-syarikat yang terpilih sahaja bagi memberi peluang kepada jemaah membuat pilihan. Syarikat-syarikat yang terpilih ini disenaraikan sebagai syarikat yang diluluskan oleh Tabung Haji. Syarikat-syarikat terpilih ini menawarkan tempat-tempat tinggal yang selesa, lebih dekat dengan masjid yang boleh menjadi pilihan jemaah, khususnya yang tua-tua atau berkemampuan dari segi wang ringgit, walaupun

196

syarikat mengenakan harga yang lebih tinggi. Bagi melancarkan perjalanan jemaah antara Arafah, Muzdalifah dan Mina sistem Taraddudiah (Shuttle bus) diperkenalkan kepada jemaah haji Asia Tenggara pada musim haji tahun 2002. Seterusnya pengangkutan LRT dimulakan pada musim haji tahun 2011 di laluan tertentu bagi sebahagian jemaah haji. Daripada sumber maklumat yang diperolehi, projek menaik taraf Masjidil Haram dan pembangunan sekitarnya dijangka akan memakan masa hingga tahun 2025. Bagaimanapun kemudahan ini bukan suatu jaminan kepada jemaah tidak akan menghadapi kesulitan, kerana fitrah ibadat haji khususnya tetap ada ujian, sebagai mengambil iktibar daripada ujian yang dialami oleh Nabi Ibrahim AS, juga keluarganya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS. Kalau hendak dibandingkan berapa peratuskah nisbah ujian yang dialami oleh mereka berbanding dengan kesulitan yang dialami oleh jemaah pada masa ini? Selain itu ujian yang diterima bukanlah semata-mata untuk menyusahkan, tetapi akan menjadi ukuran kepada seseorang tentang ibadatnya. Selain jaminan untuk mendapat haji mabrur, doa-doanya diangkat ke langit, sabar menghadapi ujian juga akan menggugurkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang telah lalu. Perjalanan mengerjakan haji amat berbeza dan tidak sama dengan perjalanan untuk tujuan melancong atau melawat sesuatu tempat atau negara. Haji untuk tujuan ibadah manakala melancong biasanya untuk mencari keseronokan bagi melapangkan fikiran,

Dari kiri Sheikh Ahmad Lampong, Datuk Mohamad Din Yusoh (tengah) dan Mohd Ghazi Fatani.

197

melihat kemajuan dan sosio-budaya serta kesan-kesan sejarah negara yang dilawati atau membeli belah. Oleh itu urusan perjalanan, tempat penginapan dan program atau itinari kedua-duanya amat berbeza. Ibadah haji bertumpu kepada satu tempat iaitu Mekah atau Madinah dengan ketibaan jemaah dari seluruh pelusuk dunia hampir serentak pada masa yang telah ditentukan. Tujuan perjalanan ke Tanah Suci Mekah dan Madinah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menunaikan ibadat wajib yang menjadi rukun Islam kelima bagi orang Islam yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Kedatangan jemaah ke Mekah adalah sebagai tetamu ALLAH SWT yang telah menggerakkan hati seseorang untuk bertekad dan berniat mengerjakan ibadah tersebut. Dalam menunaikan ibadat haji terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap jemaah. Cabaran pertama ialah perjalanan ke Mekah yang penuh dengan ujian daripada ALLAH SWT, di mana pengalaman yang dilalui oleh jemaah tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain dan mempunyai hikmah tertentu. Orang dulu-dulu susah untuk pergi haji tetapi senang untuk mengerjakan haji. Orang sekarang pula senang untuk ke Mekah tetapi susah untuk mengerjakan haji. Perjalanan daratnya dari Jeddah ke Madinah menggunakan unta mengambil masa beberapa hari amat mencabar. Ada yang mengatakan 2 minggu dan ada yang mengatakan lebih. Perjalanannya hanya dilakukan pada waktu malam kerana di waktu siang cuacanya sangat panas. Pada zaman lampau, di Arafah dan Mina tidak ada kemudahan tandas. Jemaah membuang air kecil dan air besar ikut sempat sahaja. Sebab itulah kebanyakan jemaah membawa payung, selain untuk berteduh daripada cuaca panas, payung berfungsi untuk berlindung semasa qada’ hajat. Kesusahan yang dihadapi mengajar jemaah untuk bersabar. Namun begitu untuk mengerjakan syarat rukun serta wajib haji sangat mudah kerana bilangan jemaah tidak ramai seperti hari ini. Untuk bertawaf, bersaie dan melontar amat mudah dilakukan. Pada masa ini perjalanan ke Mekah begitu selesa menggunakan kapal terbang yang memakan masa hanya 8 atau 9 jam. Pengangkutan darat pula menggunakan bas berhawa dingin. Makan minum disediakan dan tempat penginapan juga amat selesa berhawa dingin. Namun untuk mengerjakan syarat rukun serta wajib haji dan umrahnya sangat susah kerana bilangan jemaah yang begitu

198

ramai. Itulah hakikat ibadat haji pada masa kini berbanding dengan zaman lampau. Dalam kesesakan dan keramaian manusia di musim haji sedikit sebanyak menjadi ujian kepada ketabahan hati jemaah, sama ada mereka dapat bersabar menerima cabaran atau tidak sabar. Bagi yang faham mungkin tidak ada masalah tetapi bagi yang kurang faham sudah tentu ianya menjadi bahan mereka menyalahkan itu ini. Dalam suasana dan cuaca di Tanah Arab yang panas dan kering itu sudah tentu mempengaruhi seseorang yang melibatkan emosi dan kefahaman yang mereka ada. Hal ini menyebabkan jemaah mudah terikut-ikut dengan jemaah-jemaah lain, memberi keutamaan perkara-perkara fadhilat berbanding berkata perkara-perkara syarat, adab dan kaifiat (cara). Berborak-borak kosong semasa dalam ihram dan lain-lain. Bukankah haji diwajibkan antara lain supaya umat Islam dapat merasai bagaimana keluarga Nabi Ibrahim diuji. Nabi Ibrahim AS diuji berkahwin, tetapi lambat mendapat zuriat. Diuji lagi untuk membawa dan meninggalkan anak dan isterinya yang dikasihi di suatu tempat yang pada zahirnya tidak sesuai untuk membina kehidupan. Diuji lagi supaya membina Kaabah serta menyeru umat manusia agar mengunjunginya dalam keadaan yang tidak ada kemudahan telekomunikasi. Diuji lagi yang kalau mengikut fikiran sebagai tidak munasabah, iaitu diminta untuk menyembelih anak kesayangan yang sedang meningkat dewasa, yang sudah boleh dijadikan teman dan diminta pertolongan. Begitu juga Siti Hajar yang ditinggalkan bersama anaknya. Ismail AS yang tabah dan reda apabila menerima cadangan daripada ayahnya, untuk menyembelihnya. Saksikanlah hasilnya, balasan ALLAH SWT di dunia lagi kesan daripada keikhlasan melaksanakan pengorbanan sebagai mentaati dan mematuhi perintah ALLAH SWT. Ambillah iktibar daripada perjalanan haji dahulu, cabarannya jauh lebih besar berbanding sekarang. Daripada peringkat mengumpul duit, urusan, perjalanan, kemudahan, tempoh masa yang diperlukan hingga kepada kerja-kerja melakukan ibadat. Sudah tentu kerana ia lebih fokus, keikhlasannya lebih tinggi dan tempohnya lebih lama menyebabkan perubahannya terserlah. Perubahan inilah antara tanda hajinya diterima, sebagai haji mabrur.

199

This article is from: