1 minute read
Suasana Kemuncak Haji
Beberapa ciri daripada maksud hadis:
Kembali sebagai orang baru yang bersih daripada dosa, ibarat besi yang berkarat telah disepuh (dibakar) dan ditempa semula menjadi besi yang baru. Bersih daripada dosa seperti anak yang baru dilahirkan.
Advertisement
Memandangkan di tempat tinggalnya tidak ada kemudahan air, jemaah mendapat air dengan cara mengupah orang dengan bayaran antara satu ke dua gurush untuk dua tin yang dipikul dan dihantar ke tempat tinggal. Jemaah terpaksa berjimat dalam menggunakan air. Air diperolehi daripada sumber ‘Ain Zubaidah yang disalurkan menggunakan palung sepanjang 20 km. Palung tersebut masih dapat dilihat ketika jemaah haji melalui jalan Arafah, Muzdalifah dan Mina, tetapi tidak lagi berfungsi. Selain tiada kemudahan air, tempat tinggal jemaah juga tidak ada kemudahan api elektrik. Dalam cuaca yang begitu panas, jemaah akan lebih suka untuk berada di masjid. Bagi jemaah yang ada kemampuan akan mengupah orang untuk mengipasnya bagi mengurangkan kepanasan. Suhu panas di Mekah ada kalanya melebihi 50 darjah celsius. Contohnya pada tahun 1951, ramai jemaah haji meninggal dunia ketika berada di Mina akibat cuaca panas. Sesungguhnya segala-galanya menguji kesabaran. Dataran di sekeliling Baitullah belum bersimen dan bermar-mar. Yang ada hanya pasir halus yang diratakan, yang bercampur dengan najisnajis burung merpati yang begitu membiak dan menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat tinggalnya. Antaranya ada kepercayaan daripada sebahagian jemaah yang suka bersedekah dengan memberi makanan kepada burung. Keadaan ini masih dapat kita lihat pada hari ini baik di Mekah mahu pun di Madinah. Najis burung yang ada tidak dapat diatasi, kerana burung-burung bebas terbang atau hinggap dan mengeluarkan najis tanpa kawalan.
SUASANA KEMUNCAK HAJI
Hari-hari kemuncak pekerjaan haji merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh setiap jemaah. Perasaan suka bercampur baur dengan bimbang, cemas menyelubungi pemikiran. Kemuncak haji merupakan waktu yang paling sibuk dan mencabar. Ini kerana pada waktu yang sama dan singkat serta tempat-tempat yang jauh antara satu sama lain, jemaah terpaksa melakukan beberapa perkara pekerjaan haji yang
195