Ar-Risalah - Isu 43

Page 1


AR-RISALAH ISU 43

ISLAM DAN KELESTARIAN ALAM

AR-RISALAH

Isu 43 (Mei – Aug 2024)

ISSN 2424-8207

Editor

Ustaz Dr Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff

Pembaca Pruf

Ustazah Maisurah Binti Mohamed Rafii

Penyumbang Makalah

Dr Mohammad Yusri Yubhi Bin Md Yusoff

Ustaz Faheem Ahamad Bin Syed Muhammad

Ustaz Muhammad Aiman Bin Omar

Ustaz Muhammad Fairuzee Bin Salihudin

Arahan Seni & Pereka Grafik

A. Haikal Bin Haron

Penerbit

Persatuan Ulama dan Guru-Guru

Agama Islam Singapura (Pergas)

448 Changi Road

Wisma Indah

#03-01

Singapura 419975

Tel: 6346 9350

Fax: 6346 3450

Email: info@pergas.org.sg

Connect with us

fb.com/Pergas.Singapore IG: @pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

Get in touch www.pergas.org.sg

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein.

Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether re-drawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.

KANDUNGAN

01.

K ALAM EDITOR

Ms 1

03. EKONOMI ISLAM

Ms 16 – Poor or Wealthy? Which is better as a Muslim?

02. FOKUS

Ms 3 – Peranan Muslim Dalam Memelihara Kelestarian Alam Serta Perubahan Iklim

Ms 8 – Lessons from the Qur'ān & Ḥadīth on water consumption

04. K ENALI ASATIZAH

Ms 19 – Ustaz Muhammad Aiman Bin Omar

05.

BELASUNGKAWA

Ms 27 – Ustaz Mohd Jakfar Bin Hj Embek

06. A KTIVITI PERGAS

Ms 27 – Diari Kegiatan Pergas (May - Aug 2024)

07. T INTA ILMU: KUPASAN BUKU

Ms 37 – Kompas Anbiya’

KALAM EDITOR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, Ahli Keluarganya dan Para Sahabat serta setiap yang mengikuti perjalanan mereka

Assalamualaikum wr. wb.

Para Pembaca yang dikasihi sekalian,

Ar-Risalah kali ini akan membincangkan tentang satu isu yang sangat genting bukan sahaja kepada umat Islam, tetapi juga buat penduduk dunia sejagat. Isu yang bakal dikupas dalam edisi kali ini, jika tidak ditangani dengan baik bakal membawa kepada kerosakan kepada tempat tinggal kita di dunia ini. Kesan kerosakan ini bukan hanya untuk kita pada hari ini, tapi juga untuk generasi selanjutnya. Isu yang saya maksudkan di sini ialah kesedaran tentang kelestarian alam dan perubahan iklim.

Mungkin timbul persoalan kepada para pembaca, mengapakah tema ini dipilih? Di manakah relevannya diskusi tentang tema kelestarian alam ini kepada masyarakat Islam Singapura dari sudut keagamaan? Pastinya ia sangat relevan, kerana penjagaan alam sekitar sebahagian daripada agama dan lantaran itu, ia merupakan perkara yang perlu menjadi keprihatinan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim. Namun, tidak kurang juga yang menganggap isu kelestarian alam dan perubahan iklim ini merupakan satu perkara yang remeh, dan langsung tiada kaitannya dengan keimanan kita sebagai seorang Muslim.

Maka dengan itu, Ar-Risalah akan cuba mengubah tanggapan ini dengan membawakan dua artikel yang mengaitkan kepentingan penjagaan kelestarian alam ini dalam ruangan ‘Fokus’. Bagi artikel pertama yang disumbangkan oleh pihak editor

sendiri yang bertajuk, Peranan Muslim Dalam Memelihara Kelestarian Alam Serta Perubahan Iklim, cuba mengubah persepsi sebahagian umat Islam terhadap penjagaan alam sekitar, bahawa menjaga kelestarian alam merupakan sebahagian daripada iman dan sesuatu yang boleh meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita sebagai seorang Muslim. Malah sebagaimana perbuatan baik lain, menjaga alam sekitar juga merupakan suatu kebajikan dan bakal mendapat pembalasan yang setimpal pada hari akhirat.

Bagi tulisan kedua pula, merupakan artikel daripada Ustaz Faheem Ahamad Bin Syed Muhammad, yang merupakan lulusan sarjana muda dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Jordan. Beliau kini merupakan eksekutif kanan, Dakwah dan Pembangunan Belia di Masjid Abdul Gafoor. Artikel berbahasa Inggeris beliau yang bertajuk, Lessons from the Qurʾan and Hadith on Water Consumption, menyentuh tentang peranan air kepada ibadah dan kehidupan

daripada perspektif Quran dan Sunnah.

Dalam artikel yang sama ini juga, penulis

mengajak kita untuk lebih menghargai

kurniaan agung Allah ini yakni air, dengan mengelakkan pembaziran dan sentiasa menggunakannya dengan penuh hemah.

Beliau juga menyeru agar umat Islam dapat membantu pihak-pihak yang tidak bernasib

baik dengan menyumbangkan tenaga mahupun kewangan agar nikmat air ini juga dapat diraih oleh golongan lain yang memerlukan.

Seterusnya pada edisi kali ini, Ar-Risalah

turut membawa para pembaca mengenali

Ustaz Muhammad Aiman Bin Omar yang kini bertugas sebagai pensyarah di Institut

Pendidikan Islam Pergas (IPIP). Ustaz

Aiman merupakan bekas pelajar Madrasah

Aljunied Al-Islamiah dan juga lulusan

sarjana muda Usuluddin dalam bidang

Hadith dan Ilmu Hadith di Universiti AlAzhar. Pada masa yang sama, beliau juga telah menyelesaikan pengajian sarjana dalam jurusan ilmu Hadith di Kuliah Ulum Islamiyah, Universiti Al-Azhar. Bertepatan dengan isu yang dibincangkan pada edisi kali ini, Ustaz Aiman juga turut berkongsi peranannya sebagai pensyarah dalam membimbing para pelajar mengamalkan pelestarian alam melalui sikap jimat cermat dan tidak melakukan pembaziran dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.

Beliau juga turut berkongsi bagaimana insitusi pendidikan Islam seperti IPIP boleh

menyumbang kepada gerakan global dalam melestarikan alam dan perubahan iklim.

Kami berharap dengan terbitan Ar-Risalah kali ini yang berkisar tentang Islam dan kelestarian alam ini ini bakal memberikan kesedaran akan peranan kita sebagai khalifah Allah dan penghuni bumi. Sebagai khalifah, menjadi peranan kita menyumbang kepada kesejahteraan alam dan melestarikannya dengan penuh cermat. Ia merupakan satu amanah kepada kita sebagai umat pilihan untuk memimpin muka bumi ini. Inilah dia pendekatan wasatiyyah, yakni adil, terbaik dan seimbang dalam menangani isu ini.

Akhir kalam, kita perlu jelas dan sedari bahawa segala perkara yang bersangkutan dengan alam sekitar dan kelestariannya adalah sesuatu yang perlu sentiasa dekat di hati kita. Dengan semua penduduk bumi memainkan peranan masing-masing, InshaAllah, kita harapkan perubahan iklim akan lebih terkawal dan lestari, dan kehangatan bumi akan lebih terpelihara agar segala makhluk dan umat sejagat dapat hidup seiringan, aman, damai dan harmoni.

Salam hormat, Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Editor, Ar-Risalah.

Peranan Muslim Dalam Memelihara Kelestarian Alam Serta Perubahan Iklim

Oleh: Ustaz Dr. Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff

Ustaz Dr Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff merupakan ahli bersekutu Jawatankuasa Fatwa serta ahli Lembaga Rayuan Muis. Beliau juga merupakan perunding konten agama dan pembangunan keluarga di YusriYusoff Consulting (yusriyusoff.com).

Mungkin dewasa ini apabila kita melungsuri berita di media aliran perdana atau melalui media sosial, jika kita peka, pastinya kita akan terbaca mengenai berita kesan perubahan iklim global, suhu bumi semakin panas, serta kesannya terhadap penduduk dunia dan ancamannya terhadap ekosistem di daratan mahupun marin.

Negara kita, Singapura contohnya, tidak terlepas dari kesan perubahan iklim. Menurut dapatan Sekretariat Perubahan

Iklim Kebangsaan (NCCS, purata suhu tahunan iklim Singapura telah meningkat dari 26.9°c kepada 28.0°c dalam masa 40 tahun. Paras laut di selat Singapura juga telah meningkat daripada 1.2mm kepada 1.7mm dalam jangkamasa tahun 1975 hingga

2009. Malah kadar hujan yang turun juga meningkat kepada kadar purata 67mm setiap dekad dari tahun 1980 hingga 2019.

Apakah impak dari kesan kesemua perubahan iklim ini kepada Singapura?

Sebagai sebuah negara pulau, kenaikan paras laut merupakan ancaman terbesar Singapura kerana kedudukannya yang berada pada kadar agak rendah. Manakala perubahan cuaca yang ketara bakal memberikan kesan besar kepada Singapura dari sudut banjir kilat apabila berlaku hujan lebat, begitu juga cabaran besar terhadap pengurusan sumber air jika berlaku kemarau.

Malah ketika artikel ini ditulis, sedang berlangsung Konferen Perubahan Iklim

Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang ke28, yang juga dikenali sebagai COP28 di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 November hingga 12 Disember 2023. Konferen ini merupakan wadah bagi pemerintah, penggubal dasar, pertubuhan antarabangsa dan juga para aktivis alam sekitar untuk bersama-sama membincangkan huraian bagi isu perubahan iklim yang semakin meruncing kehidupan manusia di dunia.

Tanggungjawab Muslim Dalam Menjaga

Kelestarian Alam

Dengan semakin rapuhnya alam sekitar sekarang, umat Islam sewajarnya mula

sedar bahawa mereka juga sebenarnya mempunyai peranan yang besar dalam penjagaan kelestarian alam. Umat Islam perlu mempertingkatkan langkah penjagaan alam sekitar ini sama seperti penduduk dunia yang lain. Untuk ke arah itu, umat Islam perlu faham bahawa menjaga alam sekitar sebenarnya merupakan tanggungjawab kita selaku khalifah di muka bumi ini. Dalam hal ini, umat Islam seharusnya mengubah persepsi mereka terhadap tanggungjawab penjagaan alam sekitar ini juga sebagai

satu bentuk takwa dan tanda keimanan kita terhadap Allah.

Mengapa saya memperkatakan sedemikian? Ini kerana sesetengah kita menganggap bahawa penjagaan alam sekitar bukanlah hal ‘agama’. Bagi saya, sudah sewajarnya kita mengubah tanggapan bahawa penjagaan alam sekitar merupakan sesuatu yang bukan ‘agama’ atau sesuatu yang tiada kena mengena dengan iman dan takwa. Sebaliknya, ia suatu perkara yang ‘sangat-sangat’ sebahagian dari agama dan antara kesedaran penting yang mampu meningkatkan keimanan kita sebagai seorang Muslim. Malah sebagaimana perbuatan baik lain, menjaga alam sekitar juga merupakan

suatu kebajikan dan bakal mendapat pembalasan yang setimpal pada hari akhirat.

Tanggungjawab Manusia Terhadap

Alam Sekitar

Sebagai khalifah Allah dan penghuni bumi, manusia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan alam sekitar terpelihara. Sebagai khalifah, menjadi peranan kita bukan sahaja menerima segala manfaat alam, tapi juga menyumbang

kepada kesejahteraannya dan memeliharanya dengan penuh cermat. Ia merupakan satu amanah kepada kita sebagai umat pilihan untuk memimpin muka bumi ini.

Dalam era moden ini contohnya, kita

sangat bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik di mana-mana, baik di rumah, sekolah mahupun di tempat kerja.

Namun tahukah kita, dengan bersikap jimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik

dapat mengurangkan penghasilan gas

Karbon Dioksida (CO2) yang merupakan sebahagian daripada gas rumah hijau atau greenhouse gases (GHGs). Ini kerana dengan

lebih banyak tenaga elektrik digunakan, lebih banyak pembebasan karbon berlaku. Dengan itu, semakin kurang tenaga elektrik yang digunakan semakin kuranglah CO2

dibebaskan. Ini sangat signifikan, kerana pertambahan kadar pelepasan CO2 merupakan antara punca kemusnahan kepada alam sekitar utama yakni dari sudut perubahan iklim dunia.

Dengan suhu dunia kini semakin meningkat, sebarang penambahan suhu walaupun sedikit bakal memberikan kesan kepada bumi

kita. Dengan itu, sebarang usaha walaupun

minimal bagi memelihara alam amat sangat membantu. Dengan kefahaman yang baik tentang penjagaan alam sekitar, kesedaran diri yang mula timbul ini patut kita perluaskan kepada keluarga, teman-teman mahupun rakan kerja bagi mengurangkan polusi alam dari sudut penggunaan gas CO2 sebagai contoh.

Penggunaan kenderaan yang bersumberkan petrol merupakan antara penyumbang terbesar peningkatan GHGs di dunia. Lantaran itu, dari semasa ke semasa kita akan dapat lihat kempen-kempen bebas dari kenderaan di jalan-jalan raya utama di seluruh dunia, mahupun polisi-polisi tertentu alam sekitar bagi sesetengah negara yang mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar. Perkara yang sama sebenarnya, boleh kita implementasikan terhadap diri

sendiri dan keluarga. Jika kita mempunyai

kenderaan, mungkin kita boleh wajibkan

diri sendiri sehari pada setiap minggu untuk menggunakan kenderaan awam. Jika kita

mempunyai teman-teman sekerja yang mempunyai destinasi yang sama ke tempat kerja, kita boleh silih berganti berkongsi

kenderaan. Dengan itu, secara tidak langsung

dapat mengurangkan kenderaan di jalan raya serta emisi karbon dan penggunaan GHGs.

Begitu juga dengan penjimatan dalam penggunaan elektrik dalam kehidupan

seharian kita baik di rumah mahupun

pejabat seperti penggunaan alat hawa dingin contohnya. Pengurangan beberapa suhu darjah alat hawa dingin sebenarnya memberikan kesan yang amat ketara kepada alam sekitar. Katakan, kita biasa meletakkan alat hawa dingin di rumah atau di pejabat

pada kadar suhu 17 ºc atau 18ºc, maka naikkanlah kepada kadar suhu 21ºc atau

23ºc. Malah andainya, cuaca terlalu panas, selepas seketika meletakkan suhu penghawa dingin pada kadar suhu yang rendah seperti pada kadar 20 ºc contohnya, naikkanlah suhu tersebut kepada kadar kadar suhu 23ºc atau 24ºc apabila suhu bilik sudah kembali dingin. Pastikan juga suis ditutup sebaik sahaja alat hawa dingin tersebut tidak digunakan.

Ia nampak kecil, tapi impaknya sangat besar kepada alam sekitar. Bayangkan, jika setiap dari kita memainkan peranan

tersebut, pastinya beribu atau beratus ribu kilogram karbon dapat dijimatkan, dan bumi tempat tinggal kita akan lebin dingin dan sejahtera. Malah bil elektrik pastinya dapat turut dijimatkan. Ingatlah, segalanya, bukan hanya untuk diri kita, tapi juga untuk generasi selanjutnya, generasi anak cucu-cicit kita juga.

Kesimpulan

Pada akhirnya, kita perlu jelas dan sedari bahawa segala perkara yang bersangkutan dengan alam sekitar dan kelestariannya adalah sesuatu yang perlu sentiasa dekat di hati kita. Kita perlu mengambil berat akan hal ini, kerana ia sebahagian dari perkara yang boleh menjejaskan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Sebagai khalifah Allah, kita mempunyai misi menjaga dan memelihara bumi dan alam sekitarannya sebagai tempat tinggal kita, agar ia lebih sejahtera dan diberkati.

Dengan semua penduduk bumi memainkan peranan masing-masing terutamanya kita selaku seorang Muslim dan Mukmin selaku khalifah Allah, InshaAllah, kita harapkan perubahan iklim akan lebih terkawal, dan kehangatan bumi akan lebih terpelihara agar segala makhluk dan umat sejagat termasuk haiwan ciptaanNya dan kita umat manusia dapat hidup lebih harmoni dan lestari.

Lessons from the Qur'ān & ∙ Had¯th on water consumption

Of the beauties of Islam are its perpetual relevance and its allencompassing nature. The blessed Prophet Muḥammad SAW was not only sent to enlighten humankind with guidance pertaining to the interpersonal, intrapersonal, and spiritual aspects of their lives, he SAW was also sent to guide us on how to interact with the environment and all that is part of it; Animals, greenery, and resources of all kinds. Indeed, he SAW was sent a mercy to all the worlds:

“And We have not sent you but as mercy for all the worlds”.1.

From amongst these resources, the blessed Prophet SAW as increasingly spoken about water, a core and indispensable blessing which births, nurtures, and safeguards all life. The Qur'ān acknowledges water as the origin of life itself, emphasising its fundamental role in creation:

1.Sūrah al-ʾAnbiyāʾ, verse: 107

“And We created from water every living thing”.2.

Water is a paramount creation of Allāh SWT. This verse from the Qur'ān illustrates the essentiality of water in a profound manner; Water is the crux of all life, and life is absent in its absence. Moreover, water is a blessing which ramifies into many other forms of blessings and sustenances. The Qur'ān, across many verses, informs us on the various blessings which are derivative from water:

1. Water can be consumed to sustain human life

“He is the One Who sends down rain from the sky, from which you drink”.3.

Water is absolutely essential for it can be consumed, resulting in hydration, which directly affects and influences bodily functions. The aforementioned verse highlights the divine nature of the gift of rain, for it is a form of blessing and sustenance from Allāh SWT to aid us in the sustenance of our body through consumption. This per se is a profound

blessing, for neither I will be able to write nor you will be able to read this article if not for water sustaining us. Exalted is Allāh SWT, who blessed humankind with water; The crux of all life.

2.Water is a vital instrument for physical purification and spiritual preparation

“And He sent down rain from the sky to purify you”.4.

This verse emphasises the significance of water as a symbol of purification in Islamic teachings.

In Islam, water plays an important role in ritual purification; Ablution, before prayer. Performing the ablution involves washing specific parts of the body with clean water to attain the necessary purity for us to perform our prayers, submit, and communicate with Allāh SWT. This act is a combination of both physical and spiritual cleansing, which makes us deserving of standing before Allāh SWT in prayer with a clean body, as well as a pure heart and mind. Indeed water is a blessing from Allāh SWT, for Allāh SWT decreed for it to be a purifying purity.

2.Sūrah al-ʾAnbiyāʾ, verse: 30

3.Sūrah an-Naḥl, verse: 10

4.Sūrah al-ʾAnfāl, verse: 11

3.Water utilised during ablution, can alleviate sins

The blessed Prophet SAW said:

“ When a Muslim, or a believer, washes his face in the course of ablution, every sin he contemplated with his eyes will come forth from his face along with the water, or with the last drop of water; when he washes his hands, every sin they wrought will come forth from his hands with the water, or with the last drop of water; and when he washes his feet, every sin towards which his feet have walked will come out with the water, or with the last drop of water, with the result that he will come forth pure from offences”.5.

4.Water is essential for the growth of greenery, which is in turn essential for the growth of cattle and livestock

“With that water We bring forth every kind of plant, eat therefrom and pasture your livestock”.6.

5.Muslim Ibn Ḥajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, Dār Ṭaybah, p. 130, Ḥadīth 244 | Grade: Ṣaḥīḥ.

6.Sūrah Ṭaha, verses: 53-54

Water plays a crucial role in sustaining the cycle of life on Earth, for it nurtures greenery, which forms the cornerstone of ecosystems. The Qur'an beautifully illustrates the importance of water in maintaining the cycle of life by mentioning how water births the emergence of various plants essential for sustenance and nourishment and how these plants then provide food for humans and contemporaneously serve as grazing grounds for animals and livestock, and how these animals and livestock once again provide food for humans. This symbiotic relationship is wholly dependent on water, for it impacts the growth of greenery, which impacts the livelihoods of animals and livestock and in turn impacts the livelihoods of us humans. Ultimately, water is truly a paragon of a blessing from Allāh SWT, which fosters the growth and sustenance of humans by ensuring the thriving existence of both flora and fauna alike. Exalted is Allāh SWT

4. Water is essential for the growth of greenery, which is in turn essential for the growth of cattle and livestock

The blessed Prophet SAW said:

“Fever is from the heat of Hell, so abate fever with water”.7.

Water has innate cooling properties, which has been recognised as a main source of remedy for treating illnesses such as fevers, as noted in the teachings of the blessed Prophet SAW mentioned in the earlier narration. Conversely, it can also be heated to provide relief for illnesses such as colds and flu.

Further, water is the key ingredient to attain hydration for those diagnosed with ailments, and hydration is crucial in facilitating all healing processes. In addition to this, water is also a key component in most medicines and remedies, both traditional and modern.

All in all, water is an indispensable blessing for mankind in managing, treating, and healing illnesses.

Further, as time, science, and technology progress, humankind only stumbles upon more and more blessings of water. One such example is the discovery of the blessing of hydroelectricity, a renewable energy source that is clean in nature, cost-effective, and environmentally friendly. The truth is, the blessings of water are indeed innumerable, and the aforementioned points are merely a humble and futile attempt at quantifying them.

“ If you tried to count 'Allāhʼs blessings, you will never be able to enumerate them”.8.

7. Muḥammad Ibn ʾIsmāʿīl al-Bukhārī, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, Dār Ibn Kathīr, p. 1450, Ḥadīth 5725 | Grade: Ṣaḥīḥ.

8. Sūrah Ibrāhīm, verse: 34.

That being said, it is quintessential to recognise that all these forms of blessings and sustenances which ramify from the existence of water illustrate the paramount stature of water. Resultantly, this recognition necessitates that we sincerely express gratitude to Allāh SWT for it. Allāh SWT addresses us, probing us to ruminate upon water and its paramount nature in the Qur'ān, and upon the essentiality of us servants expressing gratitude to Him SWT for it:

“And have you seen and considered the water that you drink?, Is it you who brought it down from the clouds, or is it We who bring it down?, if We so will, We can make it bitter in taste. So why do you not offer gratitude? ”.

Moreover, Allāh SWT says:

“ If you are grateful, I will certainly give you more, but if you are ungrateful, surely My punishment is severe”.9.

This means that Allāh SWT is willing to bless us with more water and more blessings which derive from water, granted we express gratitude to Him SWT for it.

Through expressing gratitude to Allāh SWT for water, not only will we fulfil our duty of being grateful servants to Allāh SWT, rather, we will also be blessed with more blessings revolving around water. Exalted is Allāh SWT.

Naturally, this then begs the question of how. How do we sincerely express gratitude to Allāh SWT for the blessing of water?

I believe that above all else, expressing gratitude to Allāh SWT begins with planting and cultivating the three seeds of consciousness regarding the nature of water;

1)Water is a blessing from Allāh SWT

2)Water is a finite community resource.

3)The abundance of water is a blessing bestowed upon a selected few and not all.10.

Navigating the first seed of consciousness: Water is a blessing from Allā h SWT

The consciousness of water being a blessing which Allāh SWT bestowed upon us not only necessitates the utterance of “Alḥamdulillāh” to thank Him SWT verbally, but more importantly, it necessitates the exemplification of that which

9. Sūrah Ibrāhīm, verse: 7.

10.The awareness of these three matters is requisite to us expressing gratitude to Allāh for the blessing of water, for failure in being conscious of these natures of water results in failure to express gratitude to Allāh for it.

“Alḥamdulillāh” demands; Expressing sincere gratitude to Allāh SWT through interacting with water the way He SWT wills for it to have interacted. This very way has been demonstrated by the blessed Prophet SAW in a variety of his SAW narrations.

“Allāh's Messenger SAW warned against drinking water whilst standing ”.11.

“If any of you drinks water, do not breathe into the cup, and if he wants to continue drinking, let him move the vessel away – in order to breathe –then bring it back, if he wants”.12.

“The Messenger of Allāh SWT used to drink in three breaths. When he would place the vessel to his mouth, he would say “Bismillah”. After drinking, he would say “Alhamdulillah”. He would do this three times”.13.

When the Messenger of Allāh SAW ate or drank, he SAW said:

“Praise be to Allāh Who has given food and drink and made it easy to swallow, and provided an exit for it”.14.

“ When any one of you intends to eat, he should eat with his right hand, and when he intends to drink, he should drink with his right hand, for the Satan eats with his left hand, and drinks with his left hand”.15.

These narrations enlighten us by educating us on the etiquettes of interacting with water, and in our strive to express sincere gratitude to Allāh SWT for the blessing of water, it is imperative that we inculcate these characters and etiquettes in ourselves and radiate it to those around us.

Navigating the second seed of consciousness: Water is a finite community resource

The blessed Prophet SAW was fully aware of water ʼs finite nature. This awareness is apparent in a narration which mentions his interaction with his companion Saʿd;

11. Muslim Ibn Ḥajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, Dār Ṭaybah, p. 973, Ḥadīth 2024 | Grade: Ṣaḥīḥ.

12. Muḥammad Ibn Yazīd al-Qazwīniyy Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, Dār Iḥyāʾil-Kutub al-ʿArabiyyah, vol. 4, p. 492, Ḥadīth 3427 | Grade: Ṣaḥīḥ.

13. Sulaymān Ibn Aḥmad aṭ-Ṭabrānī, Al-Muʿjam al-Awsaṭ, Dār al-Ḥaramayn, vol. 1, p. 257, Ḥadīth 840 | Grade: Ḍaʿīf.

14. Abī Dāwūd Sulaymān Ibn al-ʾAshʿath, Sunan Abī Dāwūd, Dār ar-Risālah al-ʿĀlamiyyah, vol. 5, p. 659, Ḥadīth 3851 | Grade: Ṣaḥīḥ.

15. Muslim Ibn Ḥajjāj, Ṣaḥīḥ Muslim, Dār Ṭaybah, p. 972, Ḥadīth 2022 | Grade: Ṣaḥīḥ.

“The Messenger of Allāh SAW passed by Saʿd when he was performing ablution, and he said: “What is this excessive use?” He said: “Can there be any excess in ablution?” He said: “Yes, even if you are on the bank of a flowing river”.16.

Allāh SWT says:

“And eat and drink, but be not excessive. Indeed, He likes not those who commit excess”.17.

In essence, the Prophet Muhammad SAW embodied this Qur'ānic guidance in his daily life, educating his companions and Ummah on the sheer importance of moderation and abstaining from wastefulness in all aspects, including the use of water. It is imperative that we emulate his noble conduct by consuming and utilising resources responsibly and in moderation, thereby honoring the principles of stewardship and sustainability inherent in Islamic teachings.

Further, water is a community resource; The blessed Prophet SAW said:

“The Muslims are partners in three things: water, pasture, and fire”.18.

Thus, we Muslims should treat it as one and must not possess any sense of ownership when it comes to water, for it is a shared resource to which everyone in the community has an equal right. This means that we should use water responsibly and considerately, thinking about the needs of others in addition to ours.

Navigating the third seed of consciousness: The abundance of water is a blessing bestowed upon a selected few and not all

This seed of consciousness pushes us to be aware of the disparity in access to water resources globally. In Singapore, where water is abundant and accessible, we are considered extremely privileged and blessed as compared to regions in which water scarcity poses major issues. The blessed Prophet SAW, when approached by a companion whose mother had passed and was questioned pertaining to what he should offer in charity in dedication to her answered:

“Providing drinking water”.19.

16. Muḥammad Ibn Yazīd al-Qazwīniyy Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, Dār Iḥyāʾil-Kutub al-ʿArabiyyah, vol. 1, p. 272, Ḥadīth 425 | Grade: Ḍaʿīf.

17. Sūrah al-Aʿrāf, verse: 31.

18. Muḥammad Ibn Yazīd al-Qazwīniyy Ibn Mājah, Sunan Ibn Mājah, Dār Iḥyāʾil-Kutub al-ʿArabiyyah, vol. 3, p. 527, Ḥadīth 2472 | Grade: Ṣaḥīḥ.

19. Aḥmad Ibn Shuʿayb an-Nasāʾī, As-Sunan al-Kubrā, Muʾassassatur-Risālah, vol. 6, p. 166-167, Ḥadīth 6460 | Grade: Ḍaʿīf.

As a people blessed with the abundance of water, it is crucial that we empathise with those facing water scarcity who do not have access to sufficient potable water. The answer of the blessed Prophet SAW earlier inherently contains a reminder to us that we should contribute in whichever manner – be it monetary or not – to humanitarian efforts which address the issue of access to water sources through the construction of wells, water fountains, and water filtration systems across the globe.

In conclusion, Islam views water as a divine blessing with profound significance encompassing physical sustenance, spiritual purification, ecological harmony, and humanitarian empathy. Resultantly it is absolutely pertinent that we express gratitude to Allāh SWT for this priceless resource, by following the exemplary conduct of the blessed Prophet Muhammad SAW, who emphasised moderation, gratitude, and community stewardship in his SAW interactions with water. May Allāh SWT grant us the required wisdom and resolve to be grateful for, and to protect this precious resource, Āmīn.

Poor or Wealthy? Which is better as a Muslim?

Bachelor degree in Islamic Jurisprudence, Al-Azhar University, Cairo, Egypt Freelance educator & Financial Advisor

Have you ever heard about this prophetic hadith:

“The poor Muslims will enter Paradise before the rich by half of a day, the length of which is five hundred years.”

At a glance, this may lead people to think being poor is better than being wealthy in Islam. Some even put off the idea of being wealthy as to them, it will not benefit them in the Hereafter.

From what I have seen, this mindset of “better be poor” has been embraced by some Muslims.

Thus, comes my ultimate question, is being poor better than being rich?

Meaning Of The Hadith And Its Equivalent

It was narrated from Abu Hurairah that the Messenger of Allah SAW said:

“The poor Muslims will enter Paradise before the rich by half of a day, the length of which is five hundred years.” 20.

Narrated by Usama, the Prophet SAW said:

“I stood at the gate of Paradise and saw that the majority of the people who had entered it were poor people, while the rich were forbidden (to enter

20. Sunan Ibn Majah Vol. 5, Book 37, Hadith 4122.
Photo Contributor: John Wreford

along with the poor, because they were waiting for the reckoning of their accounts); besides, the people of the Fire had been ordered to be driven to Hell.” 21.

From these two prophetic hadiths, we learned about the virtues of being poor.

In a time where the rich were superior and the poor were being oppressed, the Prophet SAW brought good news to the poor that despite all the challenges that they had been facing in this earth, they will be rewarded for their patience and perseverance and will enter paradise. However, it does not mean that being poor is better than being rich.

These two hadiths only serve as a warning to the wealthy people so that they will utilize their wealth correctly and not spend them as they want.

The evidence to this is another prophetic hadith enlightening us of the virtues of the rich.

Virtues Of Rich People In Hadith

Prophet Muhammad SAW said:

“The upper hand is better than the lower one (the upper being the one which bestows and the lower one which begs).” 22.

21.Sahih Al-Bukhari Vol. 8, Book 76, Hadith 555.

22.Mishkat Al-Masabih Book 6, Hadith 70.

In another hadith, when the poor amongst the poor Muslims who migrated from Makkah to Madinah came to the Prophet SAW and said,

“O Messenger of Allah! The possessors of great wealth have obtained the highest ranks in Paradise and the lasting bliss.” (Because of their acts of worship, charity and alms-giving)

Prophet SAW said:

“This is Allah's grace which He gives to whom He wishes.” 23.

From these two hadiths, it clearly shows that Prophet Muhammad commended the wealthy people for their charity and helping people.

23.Sahih Muslim Book 4, Hadith 1240.

Some of the companions are also wealthy and rich such as Khadijah Bte Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Al-Khattab, Uthman Bin Affan.

One of the wealthiest businessmen in his era, Abdul Rahman Bin Auf, is actually being given the good news of being one of the ten companions who are confirmed to enter Paradise.

So now, at a glance, there seems to be a contradiction between being rich and being poor in Islam. Or is it?

Resolving The Contradiction

Allah and the Prophet commended the poor and rewarded them Paradise for their hard work, perseverance, and patience in facing the harrowing struggles in the world.

However, be aware that if people experiencing poverty are not patient and persevering, they may succumb themselves into disbelief.

As the Prophet had said:

“Poverty almost leads to disbelief.”

Allah and the Prophet commended the rich for their charity, relieving othersʼ debts [with their own wealth], and giving during tragedies, hence placing them in the highest ranks in Paradise and the lasting bliss. But, if they used their wealth irresponsibly, then Allah will surely judge them thoroughly.

Conclusion

By now, you would have realized there is no definite answer to the ultimate question "Is being poor better than being rich?".

It depends on the situation and circumstances.

My advice to all will be to strive and work hard and leave the result to Allah.

Whether we become wealthy or poor, both have their virtues.

Being rich will not cause trouble to others financially. Instead, you will have more opportunities to help others in need.

Our beloved Prophet SAW said:

“The most beloved people to Allah are those who are most beneficial to people. The most beloved deed to Allah is to make a Muslim happy, or to remove one of his troubles, or to forgive his debt, or to feed his hunger.” 24.

If you are not rich and wealthy, please rejoice and know that you will be rewarded for your patience and perseverance.

Rich or Poor, let us all be responsible people whom Allah SWT and Prophet Muhammad SAW are proud of.

24.Jami' at-Tirmidhi, Book 27, Chapter 49, Hadith 1956.

Ustaz Muhammad Aiman Bin Omar Kenali Asatizah

1

Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang pengajian anda? Bidang apa yang anda fokuskan dan kenapa anda memilih bidang tersebut?

Perjalanan pengajian saya bermula di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, dari darjah 1 hingga pra-U 2. Setelah itu, saya melanjutkan pengajian di Universiti AlAzhar Al-Sharif, di mana saya telah meraih ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin dengan pengkhususan dalam ilmu Hadith. Di samping itu, saya turut mempelajari

subjek-subjek lain seperti Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Adab, Balaghah, dan sebagainya.

Kini, saya telah melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Kuliah Ulum Islamiyah, Universiti Al-Azhar Al-Sharif, juga dalam jurusan ilmu Hadith. Tesis saya tertumpu kepada takhrij hadith-hadith yang terdapat

dalam Tafsir “Ruh al-Bayan” oleh Imam

Ismail Haqqi Bursevi, khususnya bagi surah Al-Zukhruf hingga surah Al-Jathiyah.

Pada awalnya, saya memilih jurusan hadith kerana tiada pelajar lelaki dalam kohort saya yang menceburi bidang tersebut. Justeru, untuk menunaikan “fardhu kifayah”, saya memutuskan untuk mendalaminya. Lamakelamaan, ilmu hadith menjadi satu bidang yang sangat saya minati, terutamanya kerana falsafahnya yang unik dan mendalam.

2

Sebagai penerima biasiswa Kiayi

Ahmad Zuhri Mutamim daripada

Pergas, anda diperlukan berkhidmat

sebagai pensyarah di Institut

Pendidikan Islam Pergas (IPIP).

Boleh kongsikan skop tugasan serta

subjek pengajian yang ditugaskan

buat anda?

Skop utama kerja saya adalah sebagai pensyarah sepenuh masa untuk pengajian yang dijalankan di Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP. Saya berkhidmat untuk semua peringkat, namun fokus diberikan kepada peringkat Sijil Pengajian Islam (SPI dan Sijil Lanjutan Pengajian Islam (SLPI.

Subjek yang saya ajarkan merangkumi

bidang Usuluddin, seperti Hadith, Ulum Hadith, Tafsir, Ulum Al-Qur'ān, Akidah, dan lain-lain lagi. Namun, terdapat beberapa situasi di mana saya turut ditugaskan untuk mengajar subjek dari bidang Syariah, seperti Fiqh dan Usul Fiqh.

Di samping itu, saya juga bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan pembelajaran (LMS, portal TheCN, Vimeo, serta platform digital lain yang berkaitan dengan pembelajaran.

Bertetapan dengan tema Ar-Risalah

kali ini, sebagai pensyarah di IPIP, bagaimana kita boleh mengamalkan pelestarian alam dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim?

Sebagai seorang pensyarah, peranan mendidik pelajar untuk mengamalkan pelestarian alam adalah penting. Hasil langit dan bumi ini merupakan nikmat dari Allah SWT kepada manusia selaku makhluk yang ditanggungjawabkan untuk memakmurkan bumi.

Allah SWT berfirman:

“ ”

Ertinya:

“Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya, oleh itu mintalah ampun kepada Allah kemudian kembalilah kepadaNya”

(Hud, 11:61)

Juga firman Allah SWT:

Ertinya:

“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi?”

(Luqman, 31:20)

Nabi SAW juga berpesan:

Ertinya:

“Sesungguhnya dunia ini hijau dan indah, dan Allah telah menjadikan kamu pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.”

(Riwayat Muslim)

Kita boleh mengamalkan perkara-perkara berikut dalam kehidupan seharian:

Kurangkan pembaziran:

Gunakan kertas secara bijak, amalkan penggunaan teknologi untuk mengurangkan bahan cetak, dan menggalakkan pelajar untuk mengurangkan pembaziran.

Pemuliharaan sumber alam:

Didik pelajar tentang pentingnya berjimat dalam penggunaan air dan elektrik dengan memberi contoh di bilik darjah.

Penerapan etika Islam dalam alam sekitar:

Ajar pelajar tentang konsep menjaga amanah Allah SWT dalam alam sekitar.

Penggunaan produk mesra alam:

Galakkan pelajar menggunakan produk yang lebih mesra alam seperti botol air yang boleh diguna semula.

Boleh anda terangkan konsep “Israf ” (pembaziran) dan bagaimana ia berkaitan dengan pemeliharaan alam sekitar? 4

Israf merujuk kepada pelampauan dalam sesuatu perkara, seperti pembaziran atau penggunaan berlebihan tanpa sebab yang munasabah. Dalam konteks alam sekitar, israf adalah satu bentuk kerosakan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan ekosistem. Pembaziran sumber seperti air, makanan, atau tenaga bukan sahaja membazirkan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT tetapi juga mengganggu keseimbangan alam.

Allah SWT berfirman:

Ertinya:

“Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”

(Al-A’raf 7:31)

Juga firman Allah SWT:

Ertinya:

“Dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang nyata (26) Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan,

sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya (27)”

(Al-Isra’, 17:26-27)

Pembaziran adalah satu bentuk kekufuran terhadap nikmat Allah SWT, dan ia bertentangan dengan prinsip pemeliharaan alam sekitar yang ditekankan dalam Islam.

Untuk menjaga alam sekitar, kita perlu mengelakkan israf dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya:

Air

Menggunakan air dengan hemat, mengelakkan pembaziran ketika berwuduk.

Tidak membeli makanan lebih dari keperluan, dan juga tidak membuang makanan yang masih boleh dimakan.

Makanan

Tenaga

Kurangkan penggunaan elektrik yang

berlebihan. Matikan alat-alat yang

tidak dipakai, dan gunakan alat-alat yang mesra alam.

Barang keperluan harian

Gunakan semula beg plastik, botol dan kotak yang masih baik.

5

Bagaimanakah institusi Islam, seperti

Pergas, Masjid dan Madrasah, boleh menyumbang kepada gerakan global menentang perubahan iklim?

Institusi Islam seperti Pergas, masjid, dan madrasah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap masyarakat terhadap alam sekitar. Mereka boleh menyumbang dalam gerakan menentang perubahan iklim melalui cara-cara berikut:

Kesedaran dan pendidikan:

Mengadakan khutbah, ceramah, dan kelas tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan hubungan antara Islam dan pemeliharaan bumi.

Amalan hijau di masjid:

Masjid boleh menerapkan amalan mesra alam seperti penggunaan tenaga solar, sistem pengumpulan air hujan, dan mengurangkan penggunaan plastik.

Kempen hijau komuniti:

Pergas atau masjid boleh memimpin kempen membersihkan kawasan sekitar, menanam pokok, dan mempromosikan amalan lestari dalam komuniti.

Fatwa atau panduan:

Pergas dan institusi ulama boleh mengeluarkan panduan yang mendorong umat Islam untuk lebih prihatin terhadap perubahan iklim dan menjaga alam sekitar.

Bahkan, Pergas telah menunjukkan contoh yang baik dalam usaha ini dengan menubuhkan Pergas Green Space (PGS).

PGS memainkan peranan penting dalam menjadikan Singapura lebih mesra alam melalui pelbagai aktiviti pendidikan dan rekreasi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menerapkan ajaran Islam dalam menjaga alam sekitar.

Sebagai langkah untuk menjayakan usaha ini, PGS telah menganjurkan bengkelbengkel kehidupan mesra alam berlandaskan ajaran Islam. Aktiviti seperti bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman di kawasan

tersebut turut melibatkan kerjasama dengan sekolah-sekolah dan badan-badan seperti Greendale Primary School, 4PM, serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP). Bengkel ini juga dijalankan bersama madrasah-madrasah, masjid-masjid, dan badan-badan lain sebagai sebahagian daripada projek kemasyarakatan.

Tanaman di kawasan PGS dipantau dan dijaga oleh sukarelawan yang terdiri daripada asatizah Pergas, staf Pergas, dan masyarakat umum. Seramai 50 sukarelawan, yang diketuai oleh Ustazah Nur Khadijah Ramli, telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan PGS.

Kami berharap dapat terus meraih sokongan yang kukuh daripada institusi dan badan-badan Islam setempat agar PGS dapat terus berkembang dan maju dalam usaha menyatukan alam, masyarakat, dan keimanan.

Belasungkawa Ustaz Mohd Jakfar Bin Hj Embek

Latar Belakang pendidikan:

Beliau telah meraih diploma (Pengajian Islam)

dari Ibnu Sina Institute of Islamic Studies & Technology, Kuala Lumpur Malaysia.

Pada 2007/2008 beliau telah dianugerahkan geran biasiswa kewangan oleh MUIS dan Pergas untuk menyambung pengajian, Sijil

Lepasan Siswazah dan Ijazah Sarjana dalam

Pengajian Komuniti Muslim di Markfield Institute of Higher Learning (MIHE) di Leicestershire, UK.

Latar belakang pekerjaan:

Mohd Jakfar b Hj Embek adalah pengasas

dan CEO untuk Madani Institute PL. Beliau telah terlibat bersama Pergas dari tahun 2003 -2014. Beliau telah menjadi Ketua bahagian

Perkhidmatan Korporat pada tahun 2013 untuk Pergas. Beliau juga seorang penulis bebas dan kolumnis akhbar Melayu, Berita Minggu.

Pada tahun 2016 beliau adalah Ketua

Pegawai Operasi (COO) untuk Akademi

Sinergi Sdn Bhd daripada berpangkalan di Bangi. Beliau juga telah memegang

jawatan sebagai Penguji Biometrik Berlesen dan Bertauliah, Perunding dan Jurulatih Antarabangsa untuk Pemprofilan Personaliti

Kecerdasan Genetik untuk Singapura dan Asia Pasifik. Pada tahun 2016, beliau dipilih untuk menjadi ahli majlis Lembaga Biasiswa

Kenangan Maulud. Dari tahun 2022 hingga 2024 beliau merupakan Ahli Jawatankuasa

Persatuan Bawean Singapura.

Sumbangan:

Semasa berkhidmat di Pergas, beliau telah memulakan penyelidikan dan dokumentasi untuk Jurnal Dakwah, Obor Ummah –

Sejarah Tokoh Agama Islam di Singapura, dimana atas usaha tersebut, Pergas kini telah berjaya menerbitkan 4 siri Obor Ummah yang mendokumentasikan sebanyak 80 ulama keseluruhannya dan usaha ini akan diteruskan pada setiap 4 tahun.

Beliau juga telah merealisasikan kelahiran

Perpustakaan Rujukan Syed Ahmad Semait (SASRL) dan Galeri Memoir Syed Ahmad Semait dengan pembiayaan awal daripada

Pustaka Nasional Pte Ltd. Perpustakaan tersebut telah berjaya mengumpulkan

sebanyak 2000 naskhah buku dan juga 45 buku thesis daripada Asatizah yang telah menerima ijazah dari pelbagai universiti yang berbeza. Buku-buku tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan untuk orang awam, asatizah dan juga pelajar-pelajar dari Universiti yang berbeza, IPIP, Andalus dan sebagainya.

Beliau telah menubuhkan IMPIAN (Ittihad Mahasiswa Pengajian Islam Antarabangsa, Singapura) yang kini lebih dikenali sebagai (YAA) Young Asatizah Assembly. IMPIAN ini ditubuhkan dan berperanan sebagai badan induk bagi semua persatuan pelajar Singapura yang sedia ada, di institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Luar Negara Singapura. Idea ini telah dikemukakan awalnya oleh Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan pada tahun 1993, kemudian di bawah penyeliaannya adalah Ustaz Saiful Adli Ayob dan anggota Kepimpinan Majlis Tertinggi IMPIAN pada ketika itu terdiri daripada 6 orang anggota dan salah satu dari anggota majlis tertinggi itu adalah Ustaz Jakfar sendiri yang pada ketika itu beliau sedang menuntut di Institut pengajian Ibnu Sina.

Beliau telah melakukan hampir 1,000 ujian biometrik dan perundingan kepada belia dan dewasa di Singapura, Malaysia dan Indonesia serta telah melatih pelatih di Melbourne, Australia, Cebu, Filipina juga Kemboja dalam bidang perundingan pemprofilan personaliti genetik. Ujian biometrik dinamakan personaliti genetik yang menggunakan kaedah alat penilaian

biometrik iaitu STIFIn untuk mengenalpasti potensi dan bakat semula jadi individu dengan mengenalpasti SATU kekuatan dominan dan ujian ini boleh dibuat dari umur seawal 2 tahun keatas.

Kami percaya dalam memperkasakan pemimpin masa depan (belia) dalam memaksimumkan potensi mereka mengikut fitrah (bakat semulajadi) mereka untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan bermatlamat.

Ustaz Jakfar selalu mengingatkan bahawa “manusia diciptakan dengan potensi besar sejak lahir (fitrah) untuk memegang amanah menjadi seorang pemimpin di muka bumi” dengan kata-kata yang mereka pegang “hidup dalam sukses dan kemuliaan”.

Penulisan:

Pada tahun 2007, sebuah buku bertajuk “Menunggak Nilai, Melurus Faham” telah diterbitkan akibat daripada sumbangan rencana beliau dalam Berita Minggu. Setelah itu, pada tahun 2017 pula, beliau mengarang dan menerbitkan buku keduanya, bertajuk “Berani Berimpian Tinggi, Membina Legasi Melepasi Kehidupan” yang kini sudah habis dijual. Buku suntingan ketiga beliau ialah manuskrip yang diberikan oleh penulis, bertajuk “Potensi Genetik Manusia – Hadiah Tuhan Sejak Lahir Untuk Hidup Lebih Bermakna” oleh Agung Purnomo diterbitkan oleh Madani Institute PL (2023). Beliau banyak menyumbangkan renungan dan pemikirannya dalam Majalah Ar-Risalah, Jurnal Dakwah dan Wasat Online.

Diari PergaKegiatan s Mei – Ogos 2024

5 Mei 2024

Majlis Eid Pergas

Majlis ini diadakan pada 5

Mei 2024 dan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah dan silaturrahim antara asatizah, Pergas dan ahlinya, serta individuindividu yang telah menyokong atau menyumbang kepada Pergas dalam pelbagai cara.

16 Mei 2024

Program Pemasaran IPIP

Webinar diadakan pada 16

Mei 2024 yang disampaikan oleh Ustazah Zahratur Rofiqah Mochamad Sandisi.

Memasarkan Program Pengajian

Al-Qur'ān & Bahasa Arab melalui

FB, IG, MPP, Masjid & Badanbadan Agama Islam.

JUN

6 Jun 2024

4 Jun 2024

Program Radio Pergas bersama DJ Hos Ustaz Syed

Matiin bersama Asatizah Undangan, Ustazah Siti

Zubaidah Binte Mohamed yang telah membincangkan tentang mengapa Zulhijjah dikenali sebagai bulan haram.

Terdapat juga segmen Sentuhan Silam yang telah

disampaikan oleh Ustaz Farhan Elyas, dengan perkongsian bertajuk “Peristiwa Penting di dalam Sejarah Islam”, pada jam 12:40 tengah hari, dibawa khas oleh Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dengan kerjasama Pergas. Segmen Renovasi Qalbi pula telah

disampaikan oleh Ustaz Azman Ahmad Danial, dengan perkongisan bertajuk “Kelebihan 10 awal Zulhijjah” pada jam 1.45 petang.

Program Radio Pergas bersama DJ Hos Ustaz Syed Matiin bersama Asatizah Undangan, Ustaz Farhan Elyas yang telah berkongsi cerita tentang mengapa Nabi Ibrahim A.S mengorbankan anaknya.

Terdapat juga segmen Sentuhan Silam yang telah disampaikan oleh Ustaz Farhan Elyas, dengan perkongsian bertajuk “Peristiwa penting di dalam Sejarah Islam”, pada jam 12:40 tengah hari, dibawa khas oleh Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dengan kerjasama Pergas. Segmen Renovasi Qalbi pula telah disampaikan oleh Ustazah Siti Zubaidah Mohamed, dengan perkongisan bertajuk “Kemuliaan Hari Arafah” pada jam 1.45 petang.

5 Jun 2024

Lantera Hikmah E-Hadith secara LIVE di Facebook bersama Ustazah Dr Sakinah Saptu pada 5 Jun 2024 yang telah menjelaskan Hadith ke-27 mengenai hukum hakam agama yang telah ditetapkan Allah s.w.t.

8 Jun 2024

Majlis Fi Rihabi Rahmah yang telah dijalankan pada hari Sabtu, 8 Jun 2024, dari 6 petang hingga 8 malam di Masjid Sultan, anjuran oleh Pejabat Mufti dan disokong oleh Pergas dan Masjid Sultan. Diserikan dengan para tetamu undangan, – Sohibus

Samahah Mufti Ustaz Dr Nazirudin

Mohd Nasir, Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid, Ahli Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Fathurrahman Bin Hj M Dawoed, Johan Qari MTTQ 2023

Kategori Kanak-Kanak, Muhammad Uwais Qarni Bin Hezrul Iskandar.

11 Jun 2024

Panduan agama – Tarikan Sesama Jenis dalam Perspektif Islam telah berjaya diterbitkan pada tarikh 11 Jun 2024 untuk para Asatizah, pelajar-pelajar Madrasah, Pertubuhan-Pertubuhan

Melayu Islam dan anggota-anggota masyarakat Islam untuk mendapatkan pandangan daripada panduan agama ini.

11 Jun 2024

Program Radio Pergas bersama

DJ Hos Ustaz Syed Matiin bersama

Asatizah Undangan, Ustazah Siti Raudhah Shahbudin yang telah berkongsi tentang pengorbanan yang dilakukan untuk perpaduan sosial.

Terdapat juga segmen Sentuhan

Silam yang telah disampaikan oleh

Ustaz Nuzhan, dengan perkongsian

bertajuk “Sejarah dan Manasik Hajj”, pada jam 12:40 tengah hari, dibawa khas oleh Masjid Jamiyah

Ar-Rabitah dengan kerjasama

Pergas. Segmen Renovasi Qalbi pula telah disampaikan oleh Ustaz Azman

Ahmad Danial, dengan perkongisan bertajuk “Penjelasan Takbir Mutlaq & Takbir Muqayad” pada jam 1.45 petang.

13 Jun 2024

Program Radio Pergas bersama DJ Hos Ustaz Syed Matiin bersama Asatizah Undangan, Ustaz Azman Ahmad Danial yang telah berkongsi tentang pengorbanan yang sebenar pada zaman ini.

Terdapat juga segmen Sentuhan Silam yang telah disampaikan oleh Ustaz Nuzhan, dengan perkongsian bertajuk “Renungan Haji”, pada jam 12:40 tengah hari, dibawa khas oleh Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dengan kerjasama Pergas. Segmen Renovasi Qalbi pula telah disampaikan oleh Ustaz Azman Ahmad Danial, dengan perkongisan bertajuk “Penjelasan Takbir Mutlaq & Takbir Muqayad” pada jam 1.45 petang.

17 Jun 2024

22 Jun 2024

Program Pemasaran IPIP (BIRKH)

Sesi previu bersama Al-Misbah Academy pada 22 Jun 2024.

25

Jun 2024

Sesi previu bersama Darul Arqam pada 25 Jun 2024.

Solat Hari Raya Aidiladha anjuran Masjid Kassim dengan sokongan oleh Pergas yang telah dilaksanakan pada Hari Isnin, 17 Jun 2024 di Masjid Kassim dan diimamkan oleh Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Bin Abdul Wahid untuk sesi kedua pada jam 8.45 pagi.

27 Jun 2024

Mengadakan sesi previu di Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah bagi memasarkan program BIRKH pada 27 jun 2024.

29 Jun 2024

JUN&JUL

Majlis Pelajar Pergas (MPP)

Acara: Maulid, Usrah MPP

Program Usrah pertama tahun ini telah diadakan dengan pembacaan Maulid dan tazkirah ringkas oleh Al-Fadhil

Ustaz Muhammad Hasyim Bin Masnin. Tujuan pembacaan Maulid adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada tradisi pembacaan Maulid, yang merupakan bahagian penting dalam perkembangan rohani bagi pelajar Islam.

1 & 3 Julai 2024

Sesi taklimat bagi kohort baru, Program BIRKH dan kelas Arabic Placement Test, telah diadakan pada 1 dan 3 Julai 2024.

3 Julai 2024

Lantera Hikmah E-Hadith secara LIVE di Facebook bersama Ustazah Dr Sakinah Saptu pada 3 Julai 2024 yang telah menghuraikan Hadith ke-35 mengenai larangan dan anjuran Islam mengenai persaudaraan sesama Muslim.

4 Julai 2024

Belasungkawa

Majlis bacaan Tahlil khas untuk

Almarhumah Cikgu Zubaidah Abdul Ghani telah diadakan pada 4 Julai 2024.

Dihadiri oleh Staf IPIP, Asatizah dan pelajar IPIP (Rujuk IG IPIP).

8 Julai 2024

Diskusi Ilmiah

Sesi perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menyelidik lebih mendalam isu yang berkaitan dengan topik yang akan dibincangkan. Selain daripada merujuk kepada kitab-kitab, para pelajar diberi peluang berinteraksi dan berbincang bersama Asatizah ataupun pakar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Berikut adalah sesi-sesi yang telah berlangsung pada Mei-Ogos:

Usul Fiqh: Proses Pengeluaran Fatwa

Di Singapura

Pada sesi ini, para pelajar diajak untuk menganalisa maksud sebenar ayat-ayat Nusyuz di dalam Al-Quran, khususnya ayat 34 & 128 dalam Surah An-Nisa. Para pelajar akan membuat perbandingan akan maksud nusyuz yang pelbagai dan akan mengenalpasti fahaman dan tafsiran yang wasatiy terhadap ayat-ayat tersebut.

Sehubungan dengan itu, para pelajar juga akan diajak untuk mengkaji isu keganasan domestik dalam rumahtangga hari ini. Mereka akan didedahkan dengan fakta serta kajian terkini berkaitan isu tersebut.

JUL

13 Julai 2024

Majlis Hari Orientasi Pelajar Pergas

Majlis Hari Orientasi Pelajar Pegas (HOPe)

bagi Sijil Pengajian Islam Remaja (SPIr) dan Program Takrif Islam (PTI) telah diadakan pada 13 Julai 2024. Program tersebut diadakan pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari secara fizikal (SPIr) dan atas talian (PTI). Taklimat program menyentuh hal ehwal pentadbiran dan akademik pengajian. Acara ini telah dihadiri seramai 57 pelajar.

18 Julai 2024

Lawatan Ilmiah

Perbincangan bersama Jannah Travel Agensi mengenai lawatan ilmiah telah diadakan pada 18 Julai 2024.

17 Julai 2024

Rahat Pelan Strategik IPIP

Pertemuan bersama ‘Asian leaders Institute’ bersama pihak pengurusan bagi perancangan Rahat Pelan Strategik IPIP 2024 pada 17 Julai 2024.

JUL

20 - 24 Ogos 2024

Program Sijil Kemahiran Asas Kaunseling Islam

Program Sijil Kemahiran Asas Kaunseling Islam yang telah dijalankan setiap hari Isnin dan Sabtu bermula dari 20 Julai dan telah berakhir pada 24 Ogos, merupakan program yang penuh dengan maklumat dan sangat bersifat pengalaman, direka khas untuk asatizah yang mempunyai sedikit atau tiada latar belakang dalam kaunseling.

Program ini telah memberikan pencerahan kepada peserta tentang isu-isu yang sering dihadapi oleh klien Muslim dalam konteks tempatan. Peserta juga boleh memahami cara menjalankan kaunseling sambil menggabungkan kerohanian Islam dalam proses terapi.

Topik-topik yang telah dibincangkan dalam program ini termasuk:

1.Pengenalan kepada Kaunseling dan Bekerja dengan Klien

2.Kemahiran Kaunseling

3.Teori dan Teknik Kaunseling

28 Julai - 4 Ogos 2024

Penulisan Artikel

Hasil daripada bengkel yang telah diadakan bersama Berita Harian dengan tujuan untuk menonjolkan penulisan oleh Asatizah telah mendapat sambutan oleh beberapa Asatizah untuk menyumbang penulisan mereka kepada Berita Minggu. Artikel kedua Asatizah ini telah diterbitkan pada 28 Julai dan 4 Ogos 2024.

23 & 30 Julai 2024

YAA Program: “Arabic Intensive Course”

Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 23 dan 30 Julai 2024 (hari Selasa) dari pukul 9.30 pagi hingga 2.00 petang di Pergas. Ia disampaikan oleh Ustaz Hamzah Nordin, pengasas Natiq SG.

Program ini dihadiri oleh 26 pelajar, graduan dari pelbagai madrasah, yang sedang melanjutkan pengajian di institusiinstitusi Islam yang berbeza.

JUL&OGOS

3 Ogos 2024

Sekumpulan asatizah, pelajar dan relawan daripada PERGAS merupakan

antara peserta yang muncul juara Piala

Pekebun Singapura atau Singapore

Gardeners’ Cup pada 3 Ogos 2024.

16 Ogos 2024

Belasungkawa

Majlis bacaan Tahlil khas untuk Almarhum

Ustaz Jakfar Bin Embek telah diadakan

pada 16 Ogos 2024. Dihadiri oleh Staf IPIP, Asatizah dan pelajar IPIP (Rujuk IG Pergas).

Bacaan yasin juga turut dibaca khas untuk

Almarhumah Ustazah Fatimah Bte Musroom yang pada ketika itu beliau sedang sakit tenat.

7 Ogos 2024

Lantera Hikmah E-Hadith secara LIVE di Facebook bersama

Ustazah Dr Sakinah Saptu pada 7 Ogos 2024 yang telah menghuraikan Hadith ke-36 mengenai ganjaran apabila kita meringankan kesusahan orang lain, serta menutup aib mereka.

17 Ogos 2024

Penerbitan IPIP (Terbitan Buku Teks IPIP)

Buku teks IPIP – ‘Menjejak Wahyu Ilahi’ penulisan dari Ustaz Dr

Muhd Yusri Yubhi Md Yusoff. Digunakan oleh pelajar di peringkat Diploma Pengajian Islam Pergas. Dicetak pada 17 Ogos 2024.

OGOS

KUPASAN BUKU

Kompas Anbiya’

Oleh: Muhammad Aiman Bin Omar

Sarjana Muda Dalam Usuluddin, Pengkhususan

Hadith dan Ilmu Hadith, Universiti Al-Azhar

Al-Syarif, Mesir

Pensyarah, Institut Pengajian Islam Pergas

Pengenalan Buku

Buku yang akan dibincangkan kali

ini adalah karangan gabungan

antara dua asatizah yang terkenal

dalam bidang tadabbur Al-Qur'ān. Beliau

kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia dan terlibat secara aktif juga dalam medan dakwah, seperti

dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9 dan rancangan Tafsir Al-Qur'ān Radio IKIM.

Ustaz Muhammad Syaari Bin Ab. Rahman

memiliki Sarjana Muda dalam Bahasa

dan Sastera Arab dari Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia, serta Sarjana dalam

Pengajian Al-Qur'ān dan Al-Sunnah dari

Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah

mengarang beberapa buku popular yang bertemakan tadabbur Al-Qur'ān, seperti

Kompas 114, Perempuan Baik-baik dalam Al-Qur' an, Lelaki yang Hebat-hebat dalam Al-Qur' an, dan lainlain. Kini, beliau merupakan pengarah urusan

bagi syarikat Paradigma Ibrah Sdn. Bhd., serta menjadi jurulatih utama bagi Tadabbur Centre Sdn. Bhd.

Penulis kedua adalah Ustazah Nur Hanani Fadzilah Ab. Khalid, lulusan Sarjana Muda

dari Universiti Jordan, Amman, dan juga salah seorang asatizah Dreamteam Tadabbur Centre.

Inspirasi Pemilihan Judul Buku

Al-Qur'ān, dari sudut isi kandungan dan maknanya, adalah seperti samudera yang tiada penghujungnya. Oleh itu, seorang pembaca memerlukan panduan dan “Kompas” agar bahtera tadabbur yang dilayari sampai tepat ke tujuan yang diinginkan.

Penamaan buku ini sebagai “Kompas” bukan sahaja menunjukkan kesinambungan antara buku ini dan buku sebelumnya, Kompas 114, tetapi juga menjelaskan fungsi buku ini sebagai “kompas” pembaca dalam melayari bahtera mencari dan memahami kisah-kisah para Anbiyaʼ di dalam Al-Qur'ān. Setelah sampai ke destinasi kisah Nabi yang diinginkan, terpulang kepada pembaca untuk menyelami seberapa dalam yang diinginkan. Hal ini bergantung kepada pembacaan tafsir dan renungan bagi kisah tersebut.

Tujuan Penulisan Buku

Allah SWT berfirman di dalam Surah Hud, ayat 120:

Ertinya:

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya, dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.”

Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa tujuan kisah-kisah para Anbiyaʼ di dalam AlQur'ān adalah sebagai pemangkin semangat Nabi Muhammad SAW, sekali gus menjadi pengajaran serta peringatan untuk juru dakwah setelah pemergian Baginda SAW. Dengan membaca buku ini, pembaca dapat menanam rasa cinta dan budi kepada sirah Baginda SAW.

Selain itu, buku ini bertujuan memudahkan pembaca mendapatkan jawapan-jawapan yang pantas dan ringkas bagi persoalanpersoalan yang mungkin terdetik di benak fikiran mereka sepanjang menelusuri kisahkisah Anbiya itu. Oleh itu, buku ini diisi dengan fakta-fakta dan informasi yang separa ilmiah.

Metodologi Pengarang

Buku ini bermula dengan pembentangan carta pai yang mengandungi peratusan

jumlah ayat-ayat yang mengandungi kisah para Anbiyaʼ. Daripada carta pai ini, penulis menyimpulkan bahawa kisah-kisah para Nabi merangkumi 1/5 daripada keseluruhan

ayat-ayat Al-Qur'ān. Penulis juga

memuatkan peratusan jumlah ayat bagi kisah setiap Nabi dan Rasul yang disebut di dalam

Al-Qur'ān. Ini dijelaskan dalam contoh jadual berikut:

Ayat Nabi Adam AS

Carta ini diikuti dengan jadual para Anbiyaʼ yang disebutkan namanya atau kisahnya di setiap surah. Contoh jadual: Surah

Nabi yang disebutkan kisahnya / Nabi yang disebutkan namanya sahaja

Al-Fatihah -

Al-Baqarah

Nabi Nuh AS

Ali Imran

Nabi Hud AS

Nabi Soleh AS

Nabi Ibrahim AS

An-Nisaa

Al-Maidah

Nabi Adam AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS …

Nabi Adam AS, Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS …

Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS, Nabi Ishak AS …

Nabi Adam AS, Nabi Musa AS, Nabi Daud AS, Nabi Isa AS

Nabi
Peratusan

Seterusnya, buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama:

Jadual Kisah Para Nabi Mengikut Turutan Surah

Sebagai contoh, kisah Nabi Yahya AS pada mulanya dibentangkan dengan sinopsis secara umum. Baginda disebut sebanyak

lima kali di dalam Al-Qur'ān. Baginda juga merupakan anak kepada Nabi Zakaria AS dan menjadi pemimpin kaumnya selepas

kewafatan Nabi Zakaria, serta pembawa legasi ajaran Allah SWT

Bahagian ini disusuli dengan sinopsis kisah

Baginda dalam setiap surah nama Baginda disebut, iaitu Surah Ali Imran dan Maryam.

Surah Ali Imran (Ayat 39):

Ertinya:

“Lalu ia (Nabi Zakaria AS) diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya):

“Bahawasanya Allah memberi

khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan terpelihara dari dosa, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.”

Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa Allah SWT menyampaikan berita gembira kepada Nabi Zakaria AS dengan kedatangan Nabi Yahya AS. Baginda disifatkan dengan empat ciri utama:

• Beriman dan membenarkan mukjizat kedatangan Nabi Isa AS

• Menjadi pemimpin kaumnya selepas pemergian Nabi Zakaria AS

• Sentiasa terpelihara dari dosa dan nafsu yang diharamkan

• Bakal diutus menjadi seorang Nabi

Surah Maryam (Ayat 12-15):

Ertinya:

“Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak (12) dan (Kami mengurniakan) rahmah

dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya, dan ia seorang yang bertaqwa (13) Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka (14)

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula.”

Daripada ayat-ayat ini, dapat difahami bahawa Nabi Yahya AS adalah seorang pemimpin yang bijaksana sejak kecil, dilimpahi rahmat dari Allah SWT, bersifat taqwa, dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Baginda tidak sombong atau derhaka, serta dilimpahi dengan kesejahteraan sepanjang kehidupannya, dari hari kelahiran, kematian, dan kebangkitan semula di hari akhirat.

Jadual Para Nabi Mengikut Kategori Pengkisahan

Mari kita lihat Surah Al-Hijr sebagai contoh. Allah SWT memuatkan kisah

sebanyak empat orang Nabi, iaitu Nabi

Adam AS, Nabi Soleh AS, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Lut AS. Seterusnya bahagian ini dilanjutkan dengan sinopsis surah dan sirah penurunan.

Sinopsis Surah:

Surah ini mengisahkan tentang pertembungan dan perbalahan antara kaum pendusta dan para Rasul yang diutuskan kepada mereka.

Setiap Rasul menghadapi tentangan daripada kaumnya, bermula dari zaman Nabi Adam AS yang ditentang oleh Iblis. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam AS walaupun diperintahkan oleh Allah SWT.

Selain itu, surah ini menegaskan bahawa ciptaan alam semesta adalah bukti keesaan Allah SWT, yang menunjukkan bahawa hanya Dia satu-satunya yang layak disembah.

Sirah Penurunan:

Surah Al-Hijr adalah surah Makkiyyah, diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan tekanan fizikal dan boikot yang amat dahsyat daripada orang Quraisy. Rasulullah SAW berada dalam keadaan yang sangat “letih” akibat tekanan tersebut.

Untuk memujuk dan memberikan suntikan motivasi kepada Baginda SAW, Allah SWT

menurunkan surah ini, yang memuatkan

kisah-kisah para Anbiyaʼ yang juga berhadapan dengan tekanan dari kaum mereka. Di samping menjadi penguat hati Baginda SAW, ia juga merupakan peringatan serta pengajaran kepada umat Islam.

Rumusan

Daripada apa yang telah dibentangkan, dapat kita ketahui bahawa buku ini bukanlah sebuah karya berbentuk cerita atau bacaan ringan. Ia adalah penulisan yang separa ilmiah. Dengan penggunaan gambar rajah, statistik, dan peratusan kisah setiap Nabi, diikuti dengan sinopsis setiap kisah bagi setiap Nabi dalam setiap surah, serta sinopsis secara umum dan sirah penurunan surah, kemudian pendapatan yang disusun mengikut kronologi

penurunan para Anbiyaʼ, tidak dinafikan penulisan buku ini memerlukan kajian yang menyeluruh terhadap Al-Qur'ān.

Namun, buku ini tidaklah terlalu berat hingga hanya sesuai untuk pengkaji akademik sahaja. Gaya penyampaian fakta dan maklumat dimudahkan agar orang awam juga dapat meraih faedah dan mengenali kisah-kisah para Anbiyaʼ di dalam Al-Qur'ān.

Menurut hemat saya, buku ini telah mencapai fungsi dan tujuan ia ditulis, iaitu untuk memudahkan pengkaji dan pembaca

mencari kisah-kisah para Anbiyaʼ di satu tempat yang tersusun. Ini merupakan satu kelebihan bagi buku ini. Kisah Nabi Musa AS, sebagai contoh, paling banyak disebut di dalam Al-Qur'ān, dengan nama baginda diulang sebanyak 136 kali dalam 34 surah. Maka, peneliti Al-Qur'ān boleh menghadapi kesukaran untuk mencari kisah-kisah tersebut jika tidak dibantu oleh buku ini.

Dengan adanya buku Kompas Anbiyaʼ ini, pembaca diharapkan dapat mendalami kisah-kisah para Anbiyaʼ secara lebih teratur dan mudah difahami. Buku ini menyediakan panduan yang jelas, fakta yang padat, serta sinopsis yang ringkas namun penuh pengajaran, sesuai untuk menjadi rujukan awal dalam memahami kisah-kisah para Anbiyaʼ di dalam Al-Qur'ān.

Semoga Allah SWT memberkati penulisan dan juga kedua-dua pengarangnya, serta memberikan mereka taufiq agar dapat melahirkan lebih banyak karya penting seperti ini.

Daftar sekarang untuk

Program-Program IPIP bagi tahun 2025

Pendaftaran telah dibuka bagi:

Program Takrif Islam

3 atau 6 bulan (Blended / Online)

Sijil Pengajian Islam Remaja

4 tahun

Sijil Pengajian Islam

1 atau 2 tahun

Sijil Lanjutan Pengajian Islam

1.5 atau 3 tahun

Diploma Pengajian Islam

2 atau 4 tahun

Imbas kod QR ini atau lungsuri ipip.sg untuk maklumat lanjut

Pengajian Al-Quran

Pengajian Bahasa Arab KURSUS SINGKAT

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.