![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/66d7abfbfa8ba751ea1577bc9a141933.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
2 minute read
KANDUNGAN
Bangunan Sultan Abdul Samad Mercu Tanda Kuala Lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka ialah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.
Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor semasa bangunan ini dibina. Ia dibina pada tahun 1894.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/29b91c66213d7879d4f3ffd8972f06b6.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Di hadapan bangunan yang indah ini, beberapa peristiwa yang bersejarah telah berlaku. Di sinilah tempatnya bendera Union Jack diturunkan dan pada tarikh yang sama, iaitu 31 Ogos 1957, bendera Jalur Gemilang dikibarkan.
Peristiwa ini menunjukkan berakhirnya era penjajahan dan bermulanya era masyarakat yang merdeka. Semenjak itu, bangunan ini menjadi latar belakang perarakan kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan sambutan malam Tahun Baharu pada setiap 31 Disember.
Masjid Jamek Kota Kebudayaan Islam
Masjid Jamek atau nama penuhnya Masjid Jamek
Sultan Abdul Samad merupakan salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur.
Masjid ini direka oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.
Masjid ini dibina pada tahun 1909. Ia terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan boleh diakses melalui Jalan Tun Perak.
Masjid ini dibina berhampiran dengan pusat pentadbiran, iaitu Bangunan
Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.
Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.
Seni bina Masjid Jamek menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.
Masjid ini menjadi masjid utama bagi solat
Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.
Masjid ini tidak dapat diperbesar kerana kedudukannya terletak di antara Sungai
Klang dengan Sungai Gombak.
Beberapa lapis tangga dibina di dalam sungai untuk memudahkan orang ramai mengambil air sembahyang.
Tanah Melayu Pusat Perdagangan
Tanah Melayu telah menjadi pusat perdagangan selama berabad-abad. Pelbagai barang seperti porselin dan rempah telah didagangkan secara aktif semasa era
Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka menguasai Selat
Melaka dari penubuhannya pada tahun
1402 hingga 1511, sebelum jatuh ke tangan Portugis.
Selepas itu, Tanah Melayu dijajah oleh
Belanda dan British sehingga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1957.
Sebelum wujudnya kompleks beli-belah, rakyat biasanya membeli barangan di kedai. Kedai-kedai ini lazimnya diusahakan oleh kaum Cina dan bertumpu di kawasan bandar.
Barang-barang yang dijual termasuklah barangan keperluan sehari-hari seperti makanan dan pakaian. Di samping itu, terdapat aneka gerai yang menjual makanan di tepi jalan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari.
Menariknya gerai pada zaman ini, kebanyakan penjaja berjalan kaki sambil memikul, menolak atau menarik barang mereka dan menjual dari satu tempat ke tempat yang lain.
Antara lokasi yang paling terkenal untuk membeli-belah termasuklah Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Selama bertahun-tahun, Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan yang mengekalkan tradisi serta budaya masyarakat Cina di Malaysia.
Dari awal pagi hingga lewat malam, penjaja menjual barangan mereka di tepi jalan dengan harga yang berpatutan.
Kaum Melayu dan India pula bertumpu di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Terdapat banyak deretan kedai dan gerai yang menjual pelbagai jenis tekstil dan perhiasan diri di sini.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/223a259b697d4a42de978a284189ce01.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/9f65713b1fcaa5c2fbd6f963f9643f16.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/1b0c49a2cbfce9ba91f946d22fc0a637.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/9e70bcf63089648c94af3d58d26a1ade.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/93bb777517aa34521ee92a5692f10222.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/165d726fca837eb6697fd46e0bb6c705.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/c4e739482b1c6a1c549cb55ca09c25a0.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/30b68a29d1c0a021c8ab602d74b5193d.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/237b654d1437025cf5133d07d7899b35.jpeg?width=720&quality=85%2C50)