![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/6c28bf5ec5c5e9f81ac72a6f649dacbc.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
1 minute read
Kampung Melayu
Orang Melayu menetap di kampung dan melakukan aktiviti sosioekonomi seperti bertani, bersawah dan menternak. Mereka menternak ayam, kambing, lembu dan kerbau. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara kecil-kecilan atau bersifat sara diri.
Pada masa lapang, kanak-kanak di kampung bermain permainan tradisional seperti permainan wau, tarik upih dan congkak. Wau adalah sejenis layang-layang Melayu yang mempunyai pelbagai bentuk dan corak. Wau yang paling terkenal ialah Wau Bulan.
Selain itu, tarik upih merupakan sejenis permainan yang menggunakan upih pinang. Permainan ini mesti dimainkan oleh dua orang atau lebih. Seorang menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk di atas upih.
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/bcc49d8cd5ac21b47a17630218749a3d.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
![](https://assets.isu.pub/document-structure/230129223939-d4170fc848bfa1bac45a1ba920d775d3/v1/03445084b21a86f28c45feb5ba23bd1c.jpeg?width=720&quality=85%2C50)
Untuk permainan congkak pula, permainan ini biasanya menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah, dan menggunakan biji getah atau guli sebagai buah congkak.
Pada waktu senggang, anak-anak muda berlatih silat. Silat merupakan sejenis seni mempertahankan diri yang berasal dari Alam Melayu. Falsafah Silat Melayu sebahagian besarnya berasaskan kerohanian Islam.
Pada waktu malam pula, penduduk akan berkumpul di panggung wayang kulit untuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang, iaitu individu yang menggerakkan patung kulit.
Dalang juga menjadi narator dialog watak-watak wayang sambil diiringi oleh muzik gamelan. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu satu lapisan yang dibuat daripada kain putih.
Pada bahagian belakang dalang disorotkan lampu elektrik atau lampu minyak agar para penonton yang berada di hadapan dapat melihat bayangan wayang yang terbentuk di kelik.