1 minute read

Terima Kasih

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penghasilan ‘Malaysia - Menelusuri Keindahan

Sejarah Negara’.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ke atas pasukan artis yang diketuai oleh Puan Helen Chua dalam penghasilan diorama sepanjang 17 meter yang merupakan sumber kepada penerbitan naskah ini.

Pasukan artis tempatan ini banyak membantu saya untuk melahirkan satu karya seni dalam bentuk diorama miniatur. Diorama miniatur ini mencerminkan kehidupan dan budaya rakyat pelbagai bangsa di Malaysia pada zaman prapenjajahan.

Miniatur dalam diorama ini kebanyakannya diperbuat daripada olahan tanah liat mengunakan kemahiran tangan dan imaginasi artis terlibat tanpa sebarang acuan mahupun mesin.

Keunikan hasil tangan ini menjadikan diorama ini satu-satunya karya seni yang mempunyai identiti tersendiri.

Akhir kata, saya amat berharap penerbitan naskah ini dapat menjadi kenangan masa lampau dan juga sebagai inspirasi kepada generasi muda tentang keindahan sejarah negara kita.

Foo Loke Kee

PENGASAS

WCO Holdings Sdn Bhd

Ilustrasi miniatur hanya ilham seni daripada artis. Tidak semestinya fakta dan ukuran yang sebenar.

Rujukan https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jamek,_Kuala_Lumpur https://www.buletinfm.audio/koolhiburan-suka-tengok-wayang-ini-asal-usul-panggung-wayang/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_baru_Cina https://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_Kulit https://katamalaysia.my/culture/perkahwinan-masyrakat-india-yang-unik/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban https://api.hmetro.com.my/node/197071 https://sumatra93.wordpress.com/2014/03/26/mengenali-kaum-bajau/ http://parrotred.blogspot.com/2016/03/rumah-tradisi-kaum-bidayuh.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Pen

This article is from: