2 minute read

Kampung Baharu Cina

Next Article
Kampung Melayu

Kampung Melayu

Kampung baharu merupakan penempatan yang diperkenalkan pada era pemerintahan British bermula tahun 1950. Ia adalah sebahagian daripada Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, yang bertujuan untuk menghalang Gerakan Min Yuen daripada penyokongnya dalam kalangan rakyat awam semasa Darurat Tanah Melayu.

Oleh itu, tujuan asal penubuhan perkampungan ini untuk memisahkan penduduk kampung berbangsa Cina daripada mempunyai hubungan dengan Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang diterajui Parti Komunis Malaya.

Secara tidak langsung, penduduk-penduduk Cina bermastautin di kampung-kampung baharu ini. Antara penempatan kampung baharu yang terkenal termasuklah Jinjang di Kuala Lumpur, Kampung Tengah di Johor dan Seri Kembangan di Selangor.

Kampung-kampung baharu ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas. Contohnya, terdapat kemudahan sekolah, tokong Cina dan kedai-kedai. Tokong-tokong Cina ini lazimnya mengekalkan seni bina tradisional Cina. Pada musim perayaan, penduduk bersembahyang di tokong-tokong Cina.

Estet India

Kaum India pada zaman ini biasanya bekerja sebagai penoreh getah. Jadi, mereka tinggal di estet getah. Secara tidak langsung, petempatan kecil terbentuk di kawasan sekitar estet getah.

Pekebun getah pada masa dahulu menjual hasil pokok getah dalam bentuk getah keping dan skrap atau ‘pok getah’. Selain kerja menoreh dan memungut susu getah, mereka juga memproses susu getah menjadi getah keping sebelum dijual untuk mendapat hasil jualan.

Orang India amat berpegang teguh kepada agama dan adat resam mereka. Kaum India di Malaysia lazimnya menganut agama Hindu. Antara adat resam yang paling unik ialah perkahwinan Hindu.

Perkahwinan Hindu juga dikenali sebagai Vivaha ialah upacara perkahwinan tradisional bagi penganut Hindu. Majlis perkahwinan sangat berwarna-warni dan majlis ini berlangsung selama beberapa hari.

Rumah pengantin lelaki dan perempuan di bahagian pintu masuk, dinding, lantai dan bumbung akan dihias dengan bunga yang berwarna-warni serta diletakkan daun pokok pisang.

Antara warisan paling unik di Sarawak termasuklah rumah panjang. Rumah panjang ialah pusat kehidupan bermasyarakat bagi kaum Iban di Sarawak. Terdapat lebih kurang 4,500 rumah panjang di Sarawak.

Kebanyakan rumah dibina berhampiran dengan sungai yang menjadi laluan utama bagi masyarakat berkenaan. Biasanya, sebuah rumah mempunyai bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 hingga 80 bilik.

Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang. Rumah ini dibina menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian dari Kepulauan Borneo.

Kaum Bidayuh turut mempunyai rumah tradisi yang tersendiri yang dikenali sebagai rumah baruk. Baruk mempunyai seni bina yang unik seperti rumah bulat dan menjadi nadi kepada musyawarah kaum Bidayuh. Baruk dikategorikan sebagai rumah ibadat. Segala upacara keagamaan serta tradisi kaum Bidayuh berlaku di sini. Di dalam Baruk juga akan diletakkan tengkorak-tengkorak kepala musuh yang dipenggal suatu waktu dahulu untuk dipamerkan.

Perayaan yang paling utama di Sabah ialah Kaamatan atau dikenali sebagai Pesta Menuai. Semangat padi disembah selepas padi dituai selama setahun. Perayaan ini disambut oleh kaum Kadazan dan jatuh pada bulan Mei.

Setiap tahun, Tamu Besar, iaitu sejenis pasar terbuka yang besar akan diadakan di Kota Belud, Sabah. Para petani dan nelayan akan berkumpul di pasar terbuka ini untuk menjual pelbagai hasil pertanian, kraf tangan, barangan keperluan harian dan seumpamanya.

Tarikan utama pasar terbuka ini termasuk perarakan penunggang-penunggang kuda kaum Bajau yang berpakaian berwarnawarni dan kuda mereka dipakaikan kain seperti penunggang.

Tarian tradisional yang paling terkenal di Sabah ialah tarian Sumazau. Tarian Sumazau ialah sejenis tarian tradisional kaum Kadazan yang ditarikan oleh sepasang atau lebih pasangan lelaki dan wanita.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung.

Kebiasaannya, tarian ini diiringi dengan paluan tujuh atau lapan gong dan dipersembahkan semasa upacara serta majlis yang meriah, seperti perkahwinan.

Foo menunjukkan anugerah yang beliau terima dari

‘Malaysia Book of Records’ pada September 2021 sebagai ‘First Cross-Cultural Handcrafted Diorama Centre’.

This article is from: