MENJADIKAN SMK BANDAR TASEK MUTIARA
SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG KONDUSIF DAN BERFOKUS KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
KONSEP KONDUSIF
Memastikan semua keperluan asas yang mencukupi termasuk bilangan guru mengikut hak keperluan tahun semasa, bilangan bilik darjah, perabot, bukubuku-buku teks, keperluan di makmalmakmal-makmal sains, bukubukubuku rujukan di pusat sumber, peralatan sukan, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Memastikan semua kemudahan di sekolah selesa untuk suasana pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Suasana yang bersih dan ceria di bilikbilik-bilik darjah, bilikbilik-bilik khas, tandastandas-tandas dan penjagaan padang dengan baik untuk bersukan dan sebagainya.
Memastikan semua keperluan murid dan guru dapat berfungsi dengan baik. Semua lampu dan kipas angin di setiap bilik, singki dan pam di tandastandas-tandas, komputerkomputer-komputer di makmal, alatalat-alatan bersukan, bahanbahan-bahan pengajaran dan sebagainya dijaga dan diselenggara dengan baik.
Memastikan persekitaran pembelajaran sentiasa selamat. Semua aktiviti sekolah dikawal -selia oleh guruguruguru, semua panduan dan peraturan dipatuhi termasuk ketika berada di bilik darjah, bilik -bilik khas dan makmal sains, padang, kantin, dan sekitar kawasan sekolah.
Memastikan muridmurid-murid berasa selamat “emosi” iaitu disiplin terkawal dan guruguru-guru prihatin terhadap perkembangan dan kebajikan muridmurid-murid.
KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Meningkatkan keupayaan dan minat muridmurid-murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Membentuk ketrampilan dan keperibadian muridmurid-murid secara menyeluruh dan bersepadu melalui pemantapan kurikulum, pemantapan progam kokurikulum, pemantapan program sukan, pembudayaan adab dan budi bahasa, pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) dan pengukuhan disiplin murid.
Memantapkan dan memperbaiki sistem pentaksiran dan penilaian murid.