SHOUT Q4 2017 - BM

Page 10

ISU BULETIN

PANGGIL AN PALSU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI MEREKA! Oleh kerana kita semakin bergantung pada telefon pintar, penjahat dan pencuri mengambil kesempatan menggunakan platform ini untuk melakukan perbuatan jahat mereka serta cuba untuk memisahkan kita dengan wang yang kita telah peroleh hasil usaha kita. Kini, kita hidup pada zaman di mana kita tidak boleh mengabaikan panggilan masuk daripada orang yang kita tidak kenali dan berharap ia akan berakhir.

Incoming call

Unknown 123-456-7890

SCAM

ALERT

!

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketara bagi jumlah rungutan dan aduan daripada pengguna mudah alih mengenai spam dan panggilan palsu yang mereka terima. Ia nampak seperti terdapat kenaikan mengejut mengenai panggilan yang tidak diminta ke nombor telefon pengguna iaitu daripada orang yang cuba untuk menjual sesuatu sehingga kepada mereka yang berpura-pura menyamar sebagai pihak bank atau pihak berkuasa dan meminta kita bertindak untuk perkara yang melibatkan undang-udang yang serius. Daripada kita menjadi mangsa “sembelihan” sindiket penipuan, kita perlu mengambil inisiatif untuk melindungi diri kita daripada “penjahat digital” ini dan SHOUT! akan berkongsi cara untuk anda melakukannya. Oleh: Ahmad Izham Khairuddin

A PA YA N G P E R L U A N D A TA H U D A N A M B I L B E R AT ! Kadangkala sukar untuk kita membezakan antara panggilan yang benar dan palsu. Walau bagaimanapun, jika si pemanggil bercakap dengan anda mengenai salah satu perkara seperti di bawah, anda berhak untuk berasa curiga. • Meminta data peribadi anda (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identiti anda. • Mengarahkan anda untuk menghubungi mereka semula ke nombor yang berlainan dan bukannya nombor yang terpapar di ID Pemanggil. • Memaklumkan kononnya anda telah memenangi hadiah, pertandingan, atau barang berharga yang lain tetapi anda perlu memberikan maklumat akaun bank atau membuat pembayaran untuk memudahkan proses tuntutan. • Memaklumkan kononnya anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman yang anda perlu bayar pada hari yang sama untuk mengelakkan tindakan undang-undang. • Meminta anda mengesahkan kod PIN yang dihantarkan ke telefon anda walaupun anda tidak melakukan sebarang kemas kini akaun, servis, atau profil.

A PA YA N G P E R L U A N D A L A K U K A N J I K A M E N E R I M A PA N G G I L A N M E N C U R I G A K A N ! Kadangkala sukar untuk mengetahui panggilan yang benar atau panggilan palsu. Walau bagaimanapun, ambil perhatian terhadap petunjuk berikut: • Jangan sekali-kali mendedahkan butiran peribadi atau butiran dari mana-mana akaun anda kepada orang lain walaupun atas tujuan untuk mengesahkan identiti. Sebaliknya, maklumkan kepada pemanggil yang anda akan menghubunginya semula bersama butiran berkaitan. Hal ini bertujuan untuk memberikan anda masa untuk memastikan yang anda menghubungi nombor telefon yang sah, sama ada menerusi laman web rasmi penyedia perkhidmatan atau daripada kontrak atau bil yang ada bersama anda.

10

SUKU KEEMPAT 201 7

• Elakkan dari menyebut perkataan “ya” apabila ditanyakan soalan sebaliknya jawab dengan menggunakan ayat penuh kerana kebanyakan panggilan seperti ini dirakam dan mereka mungkin akan menggunakan rakaman itu sebagai bukti persetujuan anda terhadap sesuatu langganan atau pembelian. • Pastikan anda merakam perbualan telefon menggunakan telefon pintar anda sebagai bukti jika berlaku sebarang masalah. Telefon pintar anda boleh melakukannya melalui tetapan telefon atau anda juga boleh muat turun aplikasi yang berkaitan untuk tujuan ini.

• Tanya nama dan jawatan mereka, termasuk nama organisasi mereka yang lengkap. • Minta butiran lengkap mengenai sebab mereka menghubungi anda; jika ia berkaitan hutang tertunggak, minta nombor kontrak, bila ia ditandatangani, berapakah jumlah bayaran, apakah alamat yang disenaraikan di dalam kontrak, dan lain-lain yang berkaitan. • Jika anda yakin bahawa ia adalah panggilan palsu, buat laporan polis dan sediakan rakaman telefon atau sebarang nota yang telah anda catat untuk memudahkan siasatan pihak polis.

• Perkara paling penting ialah untuk mengawal daripada rasa tertekan untuk memberikan butiran peribadi anda atau maklumat berkaitan, walaupun anda seakan diugut untuk melakukannya. Tegas dengan pendirian anda untuk menghubunginya semula bersama dengan maklumat yang diperlukan. • Sentiasa peka tentang berita sindiket penipuan terkini dan beri perhatian terhadap pesanan k hidmat masyara kat at au makluman daripada pihak penyedia perkhidmatan anda.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.