PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2012 Š Hak Cipta Lembaga Peperiksaan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada: PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
Pengurusan
Pentaksiran
KANDUNGAN
HALAMAN
BAB 1
BAB 2
AKRONIM
vi
PRAKATA
ix
DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0
Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2
1.1
Punca Kuasa
2
1.2
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
4
1.3
Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah
9
1.4
Dokumen Rujukan
13
PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.0
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
16
2.1
Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia - Peringkat Negeri - Peringkat Daerah - Peringkat Sekolah
16
2.2
Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
23
2.3
Penjaminan Kualiti - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan
24
2.4
Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah Definisi Evidens Evidens Pentaksiran Sekolah Evidens Pentaksiran Pusat Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Evidens Pentaksiran Psikometrik
39
ii
BAB 3
PENTAKSIRAN SEKOLAH 3.0
Pentaksiran Sekolah
52
3.1
Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah
53
3.2
Pentaksiran Rujukan Standard
55
3.3
Standard Prestasi
56
3.4
Kerangka Standard Prestasi
57
3.5
Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah
59
Instrumen Pentaksiran Jenis-jenis Instrumen Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran
61
Kaedah Perekodan dan Pelaporan Perekodan Pelaporan
62
3.6
3.7
BAB 4
-
PENTAKSIRAN PUSAT 4.0
Pentaksiran Pusat
64
4.1
Objektif Pentaksiran Pusat
64
4.2
Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah
65
4.3
Prinsip Pentaksiran Pusat
67
4.4
Jenis Instrumen
68
4.5
Tugasan Pentaksiran Pusat
69
4.6
Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
71
4.7
Peranan Pihak yang Terlibat
73
iii
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 5.0
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
76
5.1
Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
76
5.2
Pentaksiran SEGAK
77
5.3
Pentaksiran BMI
78
5.4
Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum
79
5.5
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum
81
5.6
Borang - Borang PAJSK
82
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 6.0
Pentaksiran Psikometrik
88
6.1
Komponen Pentaksiran Psikometrik
88
6.2
Ujian Aptitud Khusus
89
6.3
Ujian Personaliti
90
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) 7.0
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
iv
LAMPIRAN LAMPIRAN 1
-
Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011
LAMPIRAN 2
-
Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011
LAMPIRAN 3
-
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011
LAMPIRAN 4
-
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011
v
AKRONIM
ADD
:
Attention Deficit Disorder
ADHA
:
Attention Deficit Hyperactivity Disorder
BMI
:
Body Mass Index
BPK
:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
BPKhas
:
Bahagian Pendidikan Khas
BPSH
:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
BTP
:
Bahagian Teknologi Pendidikan
DSP
:
Dokumen Standard Prestasi
FPK
:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPM
:
Fail Perkembangan Murid
FS
:
Fail Showcase
GKMP
:
Guru Kanan Mata Pelajaran
HEM
:
Hal Ehwal Murid
ICT
:
Informasi Komunikasi dan Teknologi
IPGM
:
Institusi Pendidikan Guru Malaysia
JERI
:
Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
JK PBS
:
Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah
JNJK
:
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
JPN
:
Jabatan Pelajaran Negeri
KSSR
:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KBSM
:
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
vi
KSSM
:
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KPM
:
Kementerian Pelajaran Malaysia
LD
:
Learning Disabilities
LP
:
Lembaga Peperiksaan
OKU
:
Orang Kurang Upaya
P&P
:
Pengajaran dan Pembelajaran
PAJSK
:
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum
PBS
:
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PIBG
:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PK
:
Penjaminan Kualiti
PMR
:
Penilaian Menengah Rendah
PP
:
Pentaksiran Pusat
PPD
:
Pejabat Pelajaran Daerah
PPsi
:
Pentaksiran Psikometrik
PS
:
Pentaksiran Sekolah
SABK
:
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SEGAK
:
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
SMAN
:
Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR
:
Sekolah Menengah Agama Rakyat
SPP
:
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
SPPBS
:
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SPPK
:
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
Vii
TJPg
:
Tugasan Jangka Panjang
TJPk
:
Tugasan Jangka Pendek
UPSR
:
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
YDP
:
Yang Dipertua
viii
PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan. Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.
Terima kasih.
DR. NA’IMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
vi ix
BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.0
BAB 1
DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah: 1.1 1.2 1.3 1.4
Punca Kuasa Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dokumen Rujukan
1.1
PUNCA KUASA
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: 1.1.1 Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: a.
Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
b.
Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c.
Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
2
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 1
1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan: a.
Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011.
b.
Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
c.
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.
d.
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.
3
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.2
BAB 1
KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
AKADEMIK
Pentaksiran Pusat
BUKAN AKADEMIK
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Rajah 1: Komponen PBS
4
Pentaksiran Psikometrik
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 1
1.2.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. a.
Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b.
Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 1.2.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP. 1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. 1.2.4 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
5
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 1
1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3). BIL
KOMPONEN PBS
PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Pendidikan Seni Visual Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Muzik Bahasa Cina Dunia Sains dan Teknologi Bahasa Tamil Bahasa Arab Matematik Bahasa Cina SK Pendidikan Jasmani Bahasa Tamil SK Pendidikan Kesihatan Bahasa Kadazandusun Pendidikan Islam Bahasa Iban Pendidikan Moral Bahasa Melayu SJK Bahasa Inggeris SJK
a.
Pentaksiran Sekolah
b.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Tiada
c.
Pentaksiran Psikometrik
Tiada
d.
Pentaksiran Pusat
Tiada
Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
6
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 1
Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6). BIL
KOMPONEN PBS
a.
Pentaksiran Sekolah
b. c.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik
d.
Pentaksiran Pusat
PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Pendidikan Muzik Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Pendidikan Seni Visual Bahasa Cina Pendidikan Islam Bahasa Tamil Pendidikan Moral Matematik Sejarah Sains Bahasa Arab Reka Bentuk dan Bahasa Cina SK Teknologi Bahasa Tamil SK Teknologi Maklumat dan Bahasa Kadazandusun Komunikasi Bahasa Iban Pendidikan Jasmani Bahasa Semai Pendidikan Kesihatan Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)
7
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 1
Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3. BIL
KOMPONEN PBS
PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
a.
Pentaksiran Sekolah
b.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Mulai tingkatan 1 tahun 2012
c.
Pentaksiran Psikometrik
Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti
d.
Pentaksiran Pusat
Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 : Bahasa Melayu Pendidikan Muzik Bahasa Inggeris Pendidikan Sivik dan Bahasa Arab Kewarganegaraan Bahasa Cina Pendidikan Jasmani dan Bahasa Tamil Kesihatan Bahasa Iban Kemahiran Hidup Bahasa Kadazandusun Bersepadu Kemahiran Mathematics Teknikal Science Kemahiran Hidup Pendidikan Islam Bersepadu Ekonomi Pendidikan Moral Rumah Tangga Sejarah Kemahiran Hidup Geografi Bersepadu Pertanian Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3
8
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.3
BAB 1
PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
1.3.1 Syarat Pelaksanaan a.
Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.
b.
Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah.
c.
Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
1.3.2 Pengurusan Kes Khas Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas. a.
Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i.
memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.
ii.
melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
iii.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iv.
memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.
9
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
b.
BAB 1
Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
c.
i.
memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.
ii.
memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit.
iii.
melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
iv.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
v.
memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.
Murid Orang Kurang Upaya (OKU). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i.
mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU. Kategori murid OKU adalah seperti berikut: Terencat Akal / Sindrom Down Buta Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD) Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy
ii.
mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut: Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU
iii.
memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.
10
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
iv.
BAB 1
mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:  Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.  Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.
d.
v.
melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
vi.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
vii
menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.
Murid bertukar sekolah. Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i.
mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut.
ii.
memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN.
iii.
memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.
Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i.
memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima.
ii.
mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu.
iii.
melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.
11
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
e.
Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri Masyarakat.
BAB 1
dan Jabatan Kebajikan
Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
f.
i.
memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
ii.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iii.
merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.
Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
g.
i.
memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut.
ii.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iii.
merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.
Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i.
memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.
ii.
melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
12
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
1.4
BAB 1
DOKUMEN RUJUKAN
Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a.
Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i.
LP menghantar buku kepada JPN / PPD.
ii.
JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.
iii.
Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar.
b.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) i.
LP menghasilkan DSP.
ii.
Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.
iii. c.
DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.
Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) i.
LP menyediakan Manual SPPBS.
ii.
Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.
13
BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
2.0
PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah: 2.1 2.2 2.3 2.4
Jawatankuasa PBS Jadual Pelaksanaan PBS Penjaminan Kualiti PBS Penyimpanan Evidens PBS
2.1
JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi
:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
Naib Pengerusi
:
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Setiausaha
:
Pengarah Lembaga Peperiksaan
Ahli
:
Pengarah Bahagian Buku Teks Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan Vokasional Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Pengarah Institut Aminuddin Baki Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
16
BAB 2
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
b. Senarai Tugas i.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian;
ii.
Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian;
iii.
Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
iv.
Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.
2.1.2 Peringkat Negeri a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi
:
Pengarah Pelajaran Negeri
Naib Pengerusi
:
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
Setiausaha
:
Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN
Ahli
:
Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN Semua Pegawai Pelajaran Daerah YDP Majlis Pengetua YDP Majlis Guru Besar YDP Majlis Guru Cemerlang
b. Senarai Tugas i.
Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii.
Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;
iii.
Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;
iii.
Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
iv.
Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
17
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.1.3 Peringkat Daerah a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi
:
Pegawai Pelajaran Daerah
Naib Pengerusi
:
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha
:
Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)
Ahli
:
Semua Pengetua Semua Guru Besar Semua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru
b. Senarai Tugas i.
Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii.
Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;
iii.
Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah;
iv.
Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
v.
Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.
18
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
2.1.4 Peringkat Sekolah a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS i.
Sekolah Rendah
Pengerusi
:
Guru Besar
Naib Pengerusi
:
Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha
:
Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli
:
Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
ii.
Sekolah Menengah (Gred A)
Pengerusi
:
Pengetua
Naib Pengerusi
:
Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha
:
Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli
:
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP yang dilantik (Penyelarasan) GKMP yang dilantik (Pementoran) GKMP yang dilantik (Pemantauan) GKMP yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
19
BAB 2
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
iii. Sekolah Menengah (Gred B) Pengerusi
:
Pengetua
Naib Pengerusi
:
Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha
:
Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli
:
GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio. b.
Senarai Tugas i.
Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii.
Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: •
Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun): -
Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
-
Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.
-
Melantik Pentaksir Sekolah.
-
Menetapkan sistem fail PBS.
-
Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.
-
Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
20
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
-
BAB 2
Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
•
-
Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.
-
Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
-
Hal-hal lain.
Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama): -
Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.
-
Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.
-
Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
•
Hal-hal lain.
Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua): -
Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.
-
Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.
-
Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
-
Hal-hal lain. 21
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
•
BAB 2
Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem) -
Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.
-
Post Mortem Pelaksanaan PBS.
-
Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.
-
Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.
-
Hal-hal lain.
iii.
Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.
iv.
Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.
22
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.2
JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
a.
Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP.
b.
Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.
Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. BIL
PERKARA
TEMPOH
TINDAKAN
i.
Mengedarkan Surat Pekeliling ke JPN.
Mengikut Keperluan
LP
ii.
Mengedarkan Surat Pekeliling ke PPD dan Sekolah.
Mengikut Keperluan
JPN
iii.
Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN.
Disember
LP
iv.
Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah.
Disember
JPN
v.
Mesyuarat Jawatankuasa PBS
Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember
JPN / PPD /
Sekolah
Sekolah
vi.
Pendaftaran SPPBS.
Januari - Februari
vii.
Tempoh pelaksanaan PBS.
Mengikut jadual Sekolah yang ditetapkan oleh LP
viii.
Penjaminan Kualiti:
Sepanjang tahun mengikut keperluan
Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM
Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. ix.
Pengumpulan penguasaan murid dalam SPPBS.
Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasa
Sekolah
x.
Pelaporan murid.
Mengikut keperluan
Sekolah
Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS
23
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
2.3
BAB 2
PENJAMINAN KUALITI
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: 2.3.1 Pementoran 2.3.2 Penyelarasan 2.3.3 Pemantauan 2.3.4 Pengesanan 2.3.1 Pementoran Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. a.
Tempoh Pelaksanaan: Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
b.
Objektif Pementoran: i.
Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.
ii.
Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.
iii.
Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
iv.
Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
v.
Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.
24
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
c.
BAB 2
Jenis Pementoran: i.
Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru.
ii.
Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.
d.
Mentor: i.
ii.
e.
Mentor dalaman terdiri daripada: •
GKMP / Ketua Bidang
•
Ketua Panitia
•
Guru Cemerlang
•
Jurulatih Utama
•
Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS
Mentor luaran terdiri daripada: •
Petugas yang dilantik oleh LP
•
Petugas yang dilantik oleh JPN
•
Petugas yang dilantik oleh PPD
Peranan Mentor: i.
Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
ii.
Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
iii.
Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.
iv.
Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.
v.
Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
vi.
Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.
25
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran. MULA
JK PBS merancang pelaksanaan pementoran
Memberi bimbingan
Menjalankan pementoran
Guru faham mengenai pelaksanaan PBS
Tidak
Ya Menghantar laporan pementoran kepada JK PBS PPD/JPN/LP
TAMAT
Rajah 2 : Carta Alir Pementoran
26
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.3.2 Penyelarasan Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. a.
Tempoh Pelaksanaan: Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
b.
c.
Objektif Penyelarasan: i.
Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
ii.
Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
iii.
Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.
iv.
Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
v.
Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
vi.
Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
vii.
Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
guru
Jenis Penyelarasan: i.
Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.
ii.
Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.
27
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
d.
Personal i.
ii.
e.
BAB 2
Penyelaras dalaman •
GKMP
•
Guru Cemerlang
•
Ketua Panitia
•
Jurulatih Utama
•
Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS
Penyelaras luaran •
Petugas yang dilantik oleh LP
•
Petugas yang dilantik oleh JPN
•
Petugas yang dilantik oleh PPD
Pelaksanaan Penyelarasan: i.
ii.
iii.
Sebelum Penyelarasan: •
JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan.
•
Mengadakan perbincangan mengenai
-
Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.
-
Kesesuaian instrumen yang digunakan.
-
Kefahaman tentang penskoran.
-
Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.
Semasa Penyelarasan: •
Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian.
•
Membanding skor yang diberikan oleh guru.
•
Menyelaras pemberian skor.
Selepas Penyelarasan: •
Menyediakan laporan penyelarasan.
•
Menyelaras skor murid, jika perlu. 28
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman.
MULA
Pengetua / Guru Besar Melantik Penyelaras
Mengadakan Taklimat Penyelarasan
Guru menilai semula hasil kerja murid
Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran
Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP
Tidak
Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP Ya JK PBS mengesahkan skor
Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP
JK PBS menyediakan laporan penyelarasan
TAMAT
Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman 29
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran.
MULA
LP/JPN melantik Penyelaras
Mengadakan Taklimat Penyelarasan
Guru menilai semula hasil kerja murid
Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran
Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP
Tidak
Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP Ya Penyelaras Luaran mengesahkan skor
Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP
Penyelaras Luaran menyediakan laporan penyelarasan unuk dihantar kepada LP
TAMAT
Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran 30
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.3.3 Pemantauan Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. a.
Objektif Pemantauan : i.
Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
ii.
Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
b.
iv.
Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
v.
Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
Pemantau: i.
Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalaman ialah :
ii.
•
Pengetua / Guru Besar
•
Guru Penolong Kanan
•
GKMP
•
Guru Cemerlang
•
Ketua Panitia
•
Jurulatih Utama
• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran ialah: •
Pegawai LP
•
Pegawai JPN
•
Pegawai PPD
•
Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
•
Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP
31
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
c.
BAB 2
Pelaksanaan Pemantauan: i.
ii.
iii.
Sebelum Pemantauan: •
JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.
•
Menyediakan instrumen pemantauan.
Semasa pemantauan: •
Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
•
Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
•
Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.
Selepas pemantauan: •
Melaporkan dapatan pemantauan.
•
Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.
•
Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
32
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman.
MULA
Pengetua / Guru Besar melantik Pemantau
Mengadakan Taklimat Pemantauan
Memberi bimbingan
Menjalankan Pemantauan PBS
Menyediakan laporan Pemantauan
Tidak
PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP
Ya Pengetua / Guru Besar menghantar laporan pemantauan sekolah ke PPD
PPD menghantar laporan pemantauan daerah ke JPN
JPN menghantar laporan pemantauan negeri ke LP
TAMAT
Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman 33
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran. MULA
LP/JPN/PPD menyediakan jadual pemantauan
Memberi bimbingan
Menjalankan pemantauan di sekolah
Menyemak dokumen pelaksanaan PBS
Menyediakan laporan pemantauan
Membincangkan hasil dapatan dengan Pengetua/Guru Besar
Tidak
PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP
Ya Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan
Menghantar laporan pemantauan ke LP
TAMAT
Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran 34
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.3.4 Pengesanan Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. a.
b.
Objektif Pengesanan : i.
Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.
ii.
Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
iii.
Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv.
Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran
Pengesanan: i.
Pengesanan Dalaman Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman:
ii.
•
GKMP
•
Guru Cemerlang
•
Ketua Panitia
•
Jurulatih Utama
•
Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS
Pengesanan Luar Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran: •
Petugas yang dilantik oleh LP
35
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
c.
BAB 2
Pelaksanaan Pengesanan: i.
ii.
iii.
Sebelum pengesanan: •
Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.
•
Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.
Semasa pengesanan: •
Menyenaraikan pentaksiran.
isu
kebolehtadbiran
•
Mencadangkan penyelesaian.
dan
kesesuaian
Selepas pengesanan: •
Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
•
Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
•
Melaksanakan program pengesanan semula.
36
instrumen
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan. MULA
LP Melantik Pegawai Pengesanan
Mengadakan Taklimat Pengesanan
Menjalankan pengesanan instrumen
Penambahbaikan instrumen
Tidak
Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen LP
Ya Menyediakan laporan
Menghantar laporan : - Pengesanan dalaman Pegawai Pengesanan kepada Pengetua / Guru Besar - Pengesanan Luaran Pegawai Pengesanan kepada Pengarah Peperiksaan LP
TAMAT
Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan
37
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS. Aspek Penjaminan Kualiti Pementoran
Penyelarasan
Tempoh
JPN / PPD / Sekolah
Mengikut keperluan Pentaksiran Sekolah: Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS Pentaksiran Pusat: Setelah murid selesai melaksanakan tugasan.
Pemantauan
Pengesanan
Tindakan
Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
Semasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.
LP/JPN / PPD / Sekolah
JPN / PPD / Sekolah
JPN / PPD
Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS
38
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.4.1 Definisi Evidens Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah: a.
Sah
- evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.
b.
Autentik
- murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri.
c.
Kecukupan
- evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.
d.
Semasa
- evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa.
e.
Tekal
- evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.
39
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah a.
Jenis-jenis Evidens PS i.
ii.
Penulisan -
Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.
-
Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.
Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.
iii.
Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. Catatan : Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.
iv.
Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
v.
vi.
vii.
Grafik -
Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
-
Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.
Artifak -
Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.
-
Bahan yang dihasilkan seperti arca.
Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.
viii.
Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar. 40
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
xi.
Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
x.
Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.
xi.
Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.
xii.
Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
41
BAB 2
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
b
BAB 2
Penyimpanan dan pelupusan evidens i.
Penyimpanan Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut: . Fail Perkembangan Murid •
Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid.
•
Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran.
•
Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.
•
Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.
. Fail Showcase
Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.
FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.
FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.
Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. ii.
Pelupusan •
Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.
•
Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.
42
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM. MULA
Guru menyediakan intrumen pentaksiran
Murid mengulangi semula
Guru mentaksir murid
Guru memeriksa evidens murid
Tidak
Evidens murid mencapai tahap penguasaan Ya Guru merekodkan penguasaan murid dalam SPPBS / Rekod Perkembangan Murid
Guru menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.
TAMAT
Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid
43
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
Rajah 9 menunjukkan carta alir FS. MULA
JK PBS sekolah membuat penetapan kaedah pengurusan FS
Panitia membuat pemilihan evidens yang terbaik bagi setiap deskriptor dalam semua band
Panitia menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran
TAMAT
Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase
44
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
PENTAKSIRAN SEKOLAH REKOD PERKEMBANGAN MURID TAHUN/TINGKATAN MATA PELAJARAN
BAND
DESKRIPTOR
1
1
EVIDENS 1
2
3
4
5
√
Buku Latihan
√
Lisan
√
45
6
7
8
9
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1 BIL
MATA PELAJARAN
TAWAR DESKRIPTOR
EVIDENS
BACA/ LISAN
TULIS
1.
Bahasa Malaysia
√
21
32
15
17
2.
Bahasa Inggeris
√
29
30
21
23
3.
Bahasa Cina
4.
Bahasa Tamil
5.
Matematik
√
19
28
1
29
6.
Pendidikan Jasmani
√
12
24
22
5
7.
Pendidikan Kesihatan
√
25
37
12
29
8.
Pendidikan Islam
√
48
52
41
11
9.
Pendidikan Moral
√
84
93
0
93
10.
Dunia Seni Visual
√
28
81
20
8
11.
Dunia Muzik
√
16
66
55
0
12.
Dunia Sains & Teknologi
√
28
28
0
28
13.
Bahasa Arab
√
25
38
26
12
14.
Bahasa Cina SK
15.
Bahasa Tamil SK
16.
Bahasa Kadazandusun
17.
Bahasa Iban
18.
Bahasa Malaysia SJK
19.
Bahasa Malaysia SJK 335
509
213
255
JUMLAH
46
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat a.
Jenis-jenis Evidens PP: i.
ii.
Penulisan -
Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.
-
Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.
Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.
iii.
Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.
iv.
Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
v.
vi.
Grafik -
Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
-
Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.
Artifak -
vii.
Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. Bahan yang dihasilkan seperti arca.
Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.
viii.
Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
ix.
Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual. 47
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
x.
BAB 2
Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.
xii.
Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
b.
Penyimpanan dan Pelupusan Evidens i.
ii.
Penyimpanan. -
Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti.
-
Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti.
Pelupusan -
Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat pelaksanaan tugasan.
-
Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh penyimpanan tamat.
2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum a.
b.
Evidens PAJSK adalah seperti berikut: i.
Borang Rekod SEGAK dan BMI
ii.
Borang Rekod Kehadiran
iii.
Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
iv.
Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum
Penyimpanan dan pelupusan evidens : i.
Penyimpanan -
ii.
Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod dalam aplikasi SPPBS.
Pelupusan -
Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.
-
Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS
48
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
BAB 2
2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik a.
Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid.
b.
Penyimpanan dan pelupusan evidens : i.
ii.
Penyimpanan -
BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling.
-
Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.
Pelupusan -
Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.
49
BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah
3.0
BAB 3
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut: a.
Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid.
b.
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c.
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
d.
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
PS dilaksanakan secara: a.
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.
52
Pentaksiran Sekolah
3.1
BAB 3
Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah
Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia SK Bahasa Malaysia SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Arab Bahasa Cina SK Bahasa Cina SJK Bahasa Tamil SK Bahasa Tamil SJK Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Matematik Dunia Sains Dan Teknologi Pendidikan Islam Pendidikan Moral Dunia Seni Visual Dunia Muzik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR
53
Pentaksiran Sekolah
BAB 3
Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) . BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM
54
Pentaksiran Sekolah
3.2
BAB 3
Pentaksiran Rujukan Standard
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DOKUMEN KURIKULUM
Matlamat Objektif Standard Kandungan Standard Pembelajaran
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENTAKSIRAN
Hasil Pembelajaran
Pernyataan Standard Deskriptor Evidens
Laporan Penguasaan Murid
Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi
55
Pentaksiran Sekolah
BAB 3
Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P. Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 3.3
Standard Prestasi
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi: a.
Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
b.
Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
c.
Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
d.
Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.
Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain.
56
Pentaksiran Sekolah
3.4
BAB 3
Kerangka Standard Prestasi
Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard. BAND
STANDARD
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
2
Tahu dan Faham
1
Tahu Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard
Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard. BAND
STANDARD
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
5
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3
Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard
57
Pentaksiran Sekolah
BAB 3
Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya. PERNYATAAN
TAFSIRAN
Band
Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid.
Standard
Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid.
Pernyataan Standard
Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.
Deskriptor
Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.
Evidens (murid)
Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.
Evidens (bahan)
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.
Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens. BAND
6 5 4 3 2 1
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
Penerangan generik / umum APA yang murid tahu BAGAIMANA murid tentang tahap kemajuan dan boleh buat menunjukkan apa pembelajaran yang mereka tahu dan boleh buat Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens
58
Pentaksiran Sekolah
3.5
BAB 3
Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah
a.
Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.
b.
Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru.
c.
Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal.
d.
Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri.
e.
Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai
f.
Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.
g.
Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
59
Pentaksiran Sekolah
BAB 3
Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.
Guru memilih tajuk yang perlu diajar
MULA
Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran
Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran
Pemulihan Murid belum menguasai tahap penguasaan
Guru menilai prestasi murid Murid menguasai tahap penguasaan Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens
Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya
TAMAT
Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.
60
Pentaksiran Sekolah
3.6
BAB 3
Instrumen Pentaksiran
3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah : a.
Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
b.
Soal Jawab
c.
Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif
d.
Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.
e.
Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
f.
Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.
g.
Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.
h.
Lembaran Kerja
i.
Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi.
j.
Kuiz
k.
Senarai semak
l.
Tugasan rumah
61
Pentaksiran Sekolah
BAB 3
3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran a.
Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum.
b.
Guru merujuk evidens dalam DSP.
c.
Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens.
d.
Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.
3.7
Kaedah Perekodan dan Pelaporan
3.7.1
Perekodan
Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3.7.2
Pelaporan
Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif. a.
Pelaporan Formatif Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid.
b.
Pelaporan Kumulatif Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid.
62
BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat
4.0
BAB 4
PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan. 4.1
OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT
a.
PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS.
b.
PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik.
c.
PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.
64
Pentaksiran Pusat
4.2
BAB 4
MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH
Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
MATA PELAJARAN Bahasa Malaysia SK Bahasa Malaysia SJK Bahasa Inggeris SK Bahasa Inggeris SJK Bahasa Cina Bahasa Cina SK Bahasa Tamil Bahasa Tamil SK Matematik Sains Reka Bentuk Dan Teknologi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Islam Pendidikan Moral Bahasa Arab Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR
65
Pentaksiran Pusat
BAB 4
Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Mathematics Science Pendidikan Islam Pendidikan Moral Sejarah Geografi Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM
66
Pentaksiran Pusat
4.3
BAB 4
PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT
PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 12 menunjukkan prinsip PP. PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT
Format dan tugasan disediakan oleh LP
Pelaporan ditentukan oleh LP
Dilaksanakan di sekolah
Tugasan berbeza setiap tahun
Ditaksir oleh pihak sekolah
Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP
Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi
Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat
67
Penjaminan Kualiti dan Standard dilaksanakan di pelbagai peringkat
Pentaksiran Pusat
4.4
BAB 4
JENIS INSTRUMEN
Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ; a.
Tugasan bertulis Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan.
b.
Kerja amali Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk.
c.
Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan.
d.
Pemerhatian Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
e.
Persembahan Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.
f.
Demonstrasi Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.
g.
Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat.
h.
Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh.
i.
Ujian bertulis Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen ujian objektif atau subjektif.
j.
Ujian lisan Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.
k.
Kuiz Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalansoalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.
68
Pentaksiran Pusat
4.5 a.
BAB 4
TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT Skop Tugasan Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.
b.
Jenis Tugasan Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg)
JENIS TUGASAN
Tugasan Jangka Pendek (Tidak melebihi satu minggu)
Tugasan Jangka Panjang (Tidak melebihi tiga minggu)
Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat i.
TJPk TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.
ii.
TJPg TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi tiga minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu. 69
Pentaksiran Pusat
c.
BAB 4
Skor Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg. Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Penskoran Prestasi i.
Markah Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan.
ii.
Gred Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.
Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP. ISTILAH
TAFSIRAN
Penskoran
Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu.
Pelaporan
Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif.
Pentaksiran semula
Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya.
Autentik
Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar.
Menentusahkan
Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan.
Rubrik
Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai. Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP
70
Pentaksiran Pusat
4.6
BAB 4
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT
Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP. Rajah 14 menunjukkan aktiviti pelaksanaan PP.
MERANCANG Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan
MELAKSANA Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan
MENSKOR Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP
Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP a.
Merancang Merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid.
b.
Melaksana Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi. Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran.
c.
Menskor Guru melaksanakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.
71
Pentaksiran Pusat
BAB 4
Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah. Guru menerima arahan tugasan dari LP
MULA
Penyelarasan tugasan
Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan
Murid melaksanakan tugasan
Guru memberi skor hasil kerja murid Penskoran tidak menepati peraturan penskoran Penyelarasan Skor Penskoran menepati peraturan penskoran Guru merekod prestasi murid berdasarkan skor
TAMAT
Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah
72
Pentaksiran Pusat
4.7
BAB 4
PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT
PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. a.
b.
c.
d.
e.
Pentadbir Sekolah i.
Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP.
ii.
Merancang pelaksanaan PP.
iii.
Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP.
iv.
Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP.
v.
Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.
Guru i.
Melaksanakan pentaksiran.
ii.
Memberi skor.
iii.
Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.
Murid i.
Mengetahui dan memahami tugasan.
ii.
Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan.
iii.
Menghasilkan evidens.
Ibu Bapa i.
Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran.
ii.
Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.
Pihak yang berkepentingan contoh PIBG i.
Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.
ii.
Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.
73
BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
5.0
BAB 5
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.1
KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 16. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum
SEGAK
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
Kokurikulum
Sukan / Permainan
Kelab / Persatuan
Unit Uniform
Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam sukan dan permainan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa
Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam kelab dan persatuan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa
Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam unit uniform: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa
Ektrakurikulum
Mengukur tahap kecergasan
BMI
Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan
Rajah 16 : Komponen PAJSK
76
Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah / di luar sekolah / luar negara / dalam negara
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
5.2
BAB 5
PENTAKSIRAN SEGAK
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". a.
Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
b.
Konstruk yang diukur:
c.
i.
Perkembangan fizikal murid
ii.
Kecergasan
iii.
Senaman
Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: i.
SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.
ii.
Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
iii.
Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini.
iv.
Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.
v.
Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.
77
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
5.3
BAB 5
PENTAKSIRAN BMI
BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. a.
b.
c.
Objektif Pentaksiran BMI: i.
Mengukur BMI murid.
ii.
Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid.
Konstruk yang diukur: i.
Tinggi
ii.
Berat
iii.
Tafsiran BMI
Pelaksanaan Pentaksiran BMI: i.
Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa.
ii.
Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
iii.
Semua murid sekolah rendah Tahap 2 diwajibkan terlibat
iv.
Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.
v.
Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.
78
dan peringkat menengah rendah
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
5.4
BAB 5
PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM
Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Rajah 16 menunjukkan komponen PAJSK) a.
Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur:
b.
i.
Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
ii.
Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
iii.
Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum: iv.
Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN.
v.
Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan diwajibkan terlibat.
vi.
Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.
vii.
Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan.
viii.
Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 15.
79
peringkat menengah rendah
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
BAB 5
Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum seperti dalam Jadual 15. Aspek (110 Markah)
Jawatan
Penglibatan (50 Markah)
Penyertaan (40 Markah)
Prestasi (20 Markah)
Elemen
Elemen
Elemen
Kehadiran
Pencapaian
Nilai Skor
Nilai Skor
40
20
Peringkat
Khidmat Komitmen Sumbangan
Nilai Skor 10
20
10
10
Jadual 15 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
80
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
5.5
BAB 5
PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a.
Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid.
b.
Konstruk yang diukur:
c.
i.
Perkhidmatan
ii.
Anugerah daripada badan-badan lain
iii.
Khidmat masyarakat
iv.
Program NILAM
Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum: i.
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan.
ii.
Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga.
iii.
Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum tandatangan dan cap penganjur.
iv.
Guru kelas merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP di hujung persekolahan.
v.
Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan.
vi.
Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM.
81
murid
hendaklah
dibuat
melalui
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 16. Aspek
Elemen
Skor
Perkhidmatan
Jawatan
10
Anugerah
Rujuk Dokumen Anugerah
10
Khidmat Masyarakat
Komitmen
10
NILAM
Rujuk Dokumen NILAM
10
Jadual 16 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstrakurikulum 5.6
BORANG-BORANG PAJSK
5.6.1 Borang Rekod SEGAK dan BMI 5.6.2 Borang Rekod Kehadiran 5.6.3 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum 5.6.4 Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum
82
BAB 5
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan KokurikulumBAB 5BAB 5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan dan Kokurikulum
BORANG SEGAK DAN BMIBMI BORANGREKOD REKOD SEGAK DAN
(BORANG HENDAKLAH HENDAKLAH DIISI GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN (BORANG DIISIOLEH OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI) JASMANI)
KELAS
NAMA MURID
NAMA MURID
KELAS
PENGGAL 1
PERKARA
PENGGAL 1
PERKARA
BODY MASS INDEX BODY (BMI)MASS INDEX
PENGGAL 2
BERAT
BERAT
BADAN (kg)
BADAN (kg)
BERAT
BERAT
(BMI)
BADAN (kg)
BADAN (kg)
Tarikh:
Tarikh:
Tarikh:
Tarikh:
UJIAN NAIK TURUN BANGKU
UJIAN NAIK TURUN BANGKU
Tarikh:
Tarikh:
UJIAN NAIK TURUN BANGKU
UJIAN NAIK TURUN BANGKU
Tarikh:
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
UJIAN TEKAN TUBI
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
SEGAK
Tarikh:
Tarikh:
UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA
SEGAK
UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA
UJIAN RINGKUK TUBI
UJIAN RINGKUK TUBI
Tarikh: SEPARA
Tarikh: SEPARA
UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR
UJIAN JANGKAUAN Tarikh: MELUNJUR
UJIAN JANGKAUAN Tarikh:
UJIAN JANGKAUAN Tarikh:
MELUNJUR Tarikh:
.................................................. Tanda tangan murid (
.................................................. Nama Murid Tanda tangan murid Catatan: *Murid berkeperluan khas
( * sila tanda jika berkenaan Nama Murid
Catatan: *Murid berkeperluan khas
* sila tanda jika berkenaan
MELUNJUR Tarikh:
............................................................... Pengesahan Guru Mata Pelajaran Jasmani
)
)
PENGGAL 2
Pendidikan
( ) ............................................................... Nama dan Cap Guru
Pengesahan Jasmani
dikecualikan
Guru
( Nama dan Cap Guru
83
dikecualikan 83
Mata Pelajaran )
Pendidikan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
BAB 5
BAB 5
BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM
BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM TAHUN…………….
TAHUN……………. NAMA SEKOLAH
NAMA SEKOLAH KATEGORI KATEGORI KEGIATAN KEGIATAN JAWATAN JAWATAN NAMA MURID
NAMA MURID Bil
Bil 1 2 3 4 5 6
1
TINGKATAN/KELAS T.T.Guru TINGKATAN/KELAS
Aktiviti
Tarikh
Aktiviti
Tarikh
2 3 4 5 6 7 8
7 9 8 10
9 11 10 12 11 13 12 14 13 15 14 16 15 17 16 18 17 19 18
NAMA GURU PENASIHAT
19
1 2
NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3
3 4 5
4 5 84
84 84
Penasihat / T.T.Guru Penganjur
Penasihat / Penganjur
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
85
BAB 5
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
86
BAB 5
BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Pentaksiran Psikometrik
6.0
BAB 6
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsi. 6.1
KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17. Pentaksiran Psikometrik
Aptitud
Aptitud Am
Personaliti
Aptitud Khusus
Tret
Rajah 17: Komponen dalam Pentaksiran Psikometrik
88
Minat Kerjaya
Pentaksiran Psikometrik
6.2
BAB 6
UJIAN APTITUD KHUSUS
Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu. ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. iii. Membantu murid mengenal potensi diri. iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya. b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus: i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (pintar alam semulajadi): keupayaan mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
seseorang
individu
vi. Kinestatik – Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. viii. Intrapersonal (pintar kendiri): keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. c.
Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus: i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.
89
Pentaksiran Psikometrik
BAB 6
ii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh LP. iii. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah. 6.3
UJIAN PERSONALITI
Ujian Personaliti ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. Ujian personaliti terbahagi kepada dua inventori iaitu inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya. a. Objektif Ujian Personaliti: i. Membantu guru mengenal pasti personaliti murid supaya dapat menggunakan strategi P&P yang sesuai. ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri. iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu. b. Instrumen i.
Inventori Tret Personaliti Konstruk dalam Inventori Tret Personaliti yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di Malaysia.
ii.
Inventori Minat Kerjaya Konstruk dalam Inventori Minat Kerjaya yang ditaksir adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland.
c.
Pelaksanaan Ujian Personaliti: i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan tidak berjadual. ii. Inventori Tret Personaliti diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. iii. Inventori Minat Kerjaya diwajibkan untuk murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga dan Tingkatan 5. iv. Instrumen disediakan oleh LP dan ditadbir oleh sekolah. v. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah.
90
Pentaksiran Psikometrik
BAB 6
Rajah 18 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Tret Personaliti. Konstruk
Keterangan
Intelektual
Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.
Kreatif
Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu dan asli.
Kepelbagaian
Individu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan.
Struktur
Individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.
Analitikal
Individu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Menolong
Individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.
Ekstrovert
Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.
Kritik Diri
Individu beranggapan bahawa orang lain adalah lebih baik daripada dirinya.
Autonomi
Individu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
Agresif
Individu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.
Pencapaian
Individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada persaingan.
Resilien
Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.
Mengawal
Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.
Wawasan
Individu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain
Kejujuran
Individu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Rajah 18 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Tret Personaliti
91
Pentaksiran Psikometrik
BAB 6
Rajah 19 menunjukan konstruk dan keterangan Inventori Minat Kerjaya Konstruk Realistik (Membuat)
Keterangan Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot. Ciri-ciri personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.
Investigatif (Memikir)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik. Ciri-ciri personaliti: analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris, jitu dan pemerhati.
Artistik (Mencipta)
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Contoh pekerjaan: arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek. Ciri-ciri personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetik, emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan idealistik.
92
Pentaksiran Psikometrik Sosial (Menolong)
BAB 6
Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari / pramugara dan pemandu pelancong. Ciri-ciri personaliti: suka bersosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Enterprising (Memujuk)
Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan. Ciri-ciri personaliti: kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert berkomunikasi.
Konvensional (Mengurus)
daya pujuk meneroka bercita-cita dan bijak
Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan. Ciri-ciri personaliti: berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin.
Rajah 19 : Konstruk Dan Keterangan Inventori Minat Kerjaya
93
BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
7.0
BAB 7
SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan bagi melihat perkembangan murid secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, selaras dengan konsep ICT sebagai pengupaya, LP telah menyediakan sistem aplikasi SPPBS bagi tujuan merekod dan menyimpan data akademik dan bukan akademik. Data-data yang disimpan dapat diautomasikan dengan cekap dan berkesan bagi penghasilan pelaporan sama ada di peringkat sekolah, PPD, JPN atau KPM.
Panduan penggunaan sistem ini boleh dimuat turun sama ada melalui laman web LP http://www.moe.gov.my/lp atau pada menu BANTUAN di dalam sistem SPPBS. Lembaga Peperiksaan juga telah mewujudkan Meja Bantuan peringkat pertama yang bertanggungjawab sebagai ’Single point of contact’ berkaitan aplikasi SPPBS kepada pengguna. Meja Bantuan SPPBS boleh dihubungi melalui:
• • •
helpdesk.sppbs@moe.gov.my Telefon 03-8884 3158 Faks 03-8884 3156 96
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4