DOEAJIWA DOEAJIWA







Mac berlalu meninggalkan jejak-jejak kenangan. Layu bersama waktu yang tidak akan kembali. Menjentik hati agar terus menghayati bahawasanya semalam adalah semalam dan tidak akan pernah ada untuk esok. Dan hari esok, sentiasa berlalu meninggalkan semalam.
Selamat Datang, April
Athirah F.
311655H Mac 2023
Kuching, Sarawak
atau dengan nama sebenarnya, Agung Ahmad Widarta adalah seorang penulis dan pereka grafik yang berumur tiga puluh tahun. Beliau yang mesra dipanggil Widarta, berasal dari Palembang, Indonesia. Beliau berketurunan Sunda - Betawi - Minang - Melayu Jambi. Beliau menyambung pelajarankeperingkatlebihtinggidi Universitas Sriwijaya dan sekarang adalah pekerja swasta di salah sebuahsyarikatdiIndonesia.
Apabila ditanya tentang pengalaman mahal, katanya, tidaklah banyak. Tetapi beliau pernah diuji dengan impian yang tidak kesampaian. Beliau dihubungi oleh Development Executive Wattpad Studio Indonesia untuk mencari sendiri syarikat penerbitan. Tujuannya adalah untuk menghidupkan penulisannya di Wattpad menjadi sebuah filem ke layar perak. Tetapi, watak pembunuh di dalam novel tersebut dilakukan oleh watak kanak-kanak di bawah umur yang menghidap penyakit multiple personality disorder iaitu kecelaruan identiti. Katanya, di Indonesia cerita sebegini masih tidak dapat diterima. Akhirnya, projek tersebut tergendala.
Pahit getir yang dilalui menjadi memori yang mencuit hatinya. Pernah dihubungi oleh seseorang yang seperti mahu mengambil kesempatan di atas kebaikannya, iaitu menulis puisi secara berterusan tanpa apa-apa tujuan.
Pengalaman yang paling menarik pula mendapat sahabat-sahabat baru dan respon yang baik daripada pembacanya, walaupun kadang-kadang ada komen yang tidak masuk akal.
Selama menulis, Widarta mempunyai dua buah buku kumpulan puisi yang
bertajuk Matahari Dua Arah dan Laugh a Paint! Kedua-duanya dijual di atas
talian iaitu di platform Amazon, www.amazon.com . Kedua-dua buku
tersebut boleh didapati di dalam bentuk paperback dan versi digital (Kindle)
Jika mahu membaca novelnya secara atas talian, bolehlah singgah di Wattpad, www.wattpad.com yang berjudul Sneak A Peak , Siblings dan Stitches . Terdapat beberapa hasil tulisannya masih tengah diusahakan.
Widarta sangat aktif dalam laman Instagram. Banyak hasil tulisan puisinya dikongsi dalam akaun peribadinya itu.
Selain aktif menulis, beliau mempunyai kerja sampingan, iaitu mereka kulit buku, risalah , sepanduk, logo dan lain-lain. Beliau juga menerima pesanan untuk melukis ilustrasi digital. Widarta memiliki studio kecil yang diberi nama
StudioAAW yang bertapak dalam laman Instagram. Order yang diterima hanyalah soft copy, bukannya dalam bentuk fizikal. Untuk pengetahuan semua, hasil kerja Widarta sangat unik dan cantik. Jangan lupa ya, singgah di @studioaaw dalam Instagram.
Widarta adalah pereka kulit buku yang dipilih oleh penulis DoeaJiwa untuk
mereka kulit buku mereka iaitu Awan Kelabu Baldu Biru yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Apabila ditanya berkenaan dengan pengalaman yang beliau boleh kongsikan ru ini, ini jawapannya.
" Pengalaman menarik nih kak. Sebelumnya hanya sekedar cakap-cakap dengan beberapa penulis dari negeri seberang, macam Pattani. Tapi, kali ini malah dapat kesempatan untuk buat desain cover dan halaman buku penulis Malaysia nih Pengalaman menarik, sebab untuk desain cover sendiri, saya hanya punya pengalaman dengan penulis Indonesia. Di awal, saya takut terkendala oleh sebab bahasa Malaysia dan Indonesia ni macam serupa tapi tak sama. Tapi alhamdulillah, berjalan lancar. Banyak saya dapat pengalaman dari desain cover buku ini. Semoga kedepan saya diberi kesempatan lagi untuk menambah pengalaman di bidang ini."
Semasa temubual ini berlangsung, buku terbaru beliau baru sahaja diterbitkan. Bukan sahaja diterbitkan, tetapi sudah boleh dibeli di Amazon. Tarikh istimewa bagi Widarta, 30 Mac 2023, novel Sneak A Peak versi bahasa Inggeris boleh didapati dalam platform Amazon. Jangan lupa dapatkan ya!
Tahniah diucapkan kepada Widarta di atas kelahiran buku terbarunya. Semoga semakin berjaya dalam kedua-dua bidang yang diminati iaitu penulisan dan reka bentuk grafik.
Tahniah sekali lagi!
Lukisan pengenalan Widarta dalam setiap puisinya.Instagram : @a.a.widarta
Instagram untuk reka grafik : @studioaaw
Wattpad : @aawidarta
Selamat maju jaya buat A.A. Widarta!
Akhirnya, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia telah tiba. Namun begitu, hari pertama Ramadan pastinya terasa lebih indah buat mereka yang meluangkannya bersama keluarga yang tersayang. Bagi yang berjauhan dari keluarga, usahlah merasa begitu sedih.
Dalam ruangan Love Letter kali ini, mari kita sama-sama meraikan kasih sayang bersama keluarga. Ketika di awal penglibatan saya dalam penulisan, seringkali rakan-rakan menganggap penulisan saya berkisar tentang cinta. Bila dikenang semula, mencuit hati sungguh! Penulisan saya pada ketika itu sekadar luahan kata yang telus dari hati.
Kedua-dua orang tua saya bekerja dan jurang di antara saya dengan adik-beradik pula membuatkan saya terasa janggal hendak meluah. Betapa saya begitu dahagakan kasih sayang kedua-dua ayah dan ibu saya. Saya belajar untuk menerima pahitnya pengorbanan ibu bapa dalam keharusan untuk bekerja mencari rezeki.
Maka, saya memilih untuk menulis sebagai jalan damai. Saya menulis dengan harapan agar pemikiran saya tidak terlalu jauh melayang tentang perkara yang bukan-bukan. Benar saya lembut, tetapi saya juga seperti remaja yang lain, jiwanya bergelora dan mudah untuk memberontak.
Tahu apa yang berlaku? Saya diamkan semuanya dalam nukilan kata. Kekecewaan, harapan dan sebak semuanya disamarkan dalam puisi. Bertahun-tahun memendam rasa kerana masalah keluarga. Bukanlah saya mengeluh, saya malah bersyukur kerana saya masih punya keluarga walaupun tidak seindah khabar.
Ketika saya menulis ini, kedua-dua orang tua saya tidak lagi bersama. Sedih tetapi apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya bukan? Rencana Allah S.W.T. itu malah lebih indah daripada apa yang telah kita rancangkan bertahun-tahun.
Walau kedua-dua orang tua saya tidak lagi bersama, saya doakan mereka agar sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah selalu. Teruntuk kalian, hargailah walau mutiara berubah menjadi kaca. Berbeza nilai tetapi biarlah kita menjadi insan yang bertanggungjawab menjaga amanah. Dalam konteks ini, tanggungjawab kita sebagai anak kepada kedua-dua orang tua kita.
Cukuplah nukilan saya sampai di sini saja. Hingga kita bersua lagi!'
" MALU KEPADA DIRI SENDIRI
LEBIH HEBAT DARI MALU KEPADA
ORANG LAIN. MALU KEPADA
ORANG LAIN BOLEH JUGA
MELARIKAN DIRI, TAPI MALU
KEPADA DIRI SENDIRI KE
KUBURLAH HABIS RIWAYAT. "
Shahnon Ahmad
untuk matamu oleh Kharisma P. Lanang
'untuk matamu' adalah buku puisi karya seorang penulis dari Surabaya, Indonesia. Beliau aktif menulis dalam Twitter dan Instagram. 'untuk matamu' banyak berkongsi perihal kehidupan dengan yang tersayang, diterbitkan pada tahun 2019. Buku yang mempunyai mukasurat berjumlah dua ratus lima puluh tujuh ini juga mempunyai puisi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa yang digunakan adalah bahasa mudah difahami dan telus.
' Mencintaimu, membuat tubuhku melahirkan banyak tanya, dan mungkin aku akan tetap memilih terus bertanya-tanya, karena aku takut, bukan kau jawabannya. ' - ( k. p )
Buku 'untuk matamu' boleh didapati dalam Shopee.
Twitter & Instagram : @karizunique
Bil. 4
Edisi April 2023
Apps : Canva
Gambar : Canva & Maailma
Rujukan : A.A. Widarta
untuk matamu ( Kharisma P. Lanang)
https://doeajiwa.my.canva.site
Instagram : @doeajiwa
TikTok : @krewdoeajiwa
email : doeajiwa@gmail com