DoeaJiwa Mei 2023

Page 1

DoeaJiwa DoeaJiwa

SATU

Karya

SEGMEN BARU

Pojok

d DOEAjJIWA
BULAN SATU BUKU E d i s i R a y a E d i s i R a y a
Buya Hamka
SHIE Penu
CikY CERI
berb
Krew DoeaJiwa bersama dengan A.M 01 02 10 11 Cerita Hari Ini bersama dengan penulis berbakat dari Sarawak Kolaj Jiwa Syawal yang tiba Mutiara Kata Satu Bulan Satu Buku Teroesir ( Terusir ) 14 16 Puisi Pojok CikYam 13 17 Ucapan daripada Krew DoeaJiwa
ISI KANDUNGAN

Alhamdulillah, jurnal online tak rasmi DoeaJiwa berjaya diterbitkan untuk keluaran yang kelima, iaitu bulan Mei. Bulan Syawal dan bulan menyambut Hari Ibu Sedunia.

Sempena Syawal yang masih bersisa ini, kami DoeaJiwa membawa anda berkenalan dengan seorang penulis muda yang berbakat besar. Selain itu, saudari Athirah membawa kita belayar menghayati karya Buya Hamka.

Tahun 2023 ini adalah tahun kedua DoeaJiwa menyambut Syawal bersama pembaca. Dahulu, kami menerbitkan podcast untuk berkongsi rakaman musikalisasi puisi dan cerita. Tetapi, atas kengkangan masa dan peralatan rakaman, podcast terpaksa dihentikan Akhirnya, kami membuat keputusan untuk bertemu kembali dengan para pembaca dan pendengar DoeaJiwa melalui jurnal online ini.

Ohya, izinkan saya memperkenalkan seorang ahli baru DoeaJiwa, M.K. Alhamdulillah, bertambah bilangan ahli DoeaJiwa. Dan juga, pada edisi khas ini, kami menjemput CikYam untuk berkongsi rasa dalam Pojok CikYam.

Akhir kata, semoga DoeaJiwa mendapat tempat di hati semua sahabat.

xoxo A.M.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Selamat Hari Ibu!
K R E W D O E A J I W A 01

C E R I T A

Dalam Edisi Raya kali ini, kita

berkenalan pula dengan seorang

penulis muda berbakat besar yang

berasal dari Sarawak, juga

merupakan siswazah Fakulti Sains

Maklumat di UiTM Puncak Perdana,

Shah Alam. Sudahpun mempunyai

novel tulisannya sendiri sebanyak

enam buah.

Antaranya adalah Cincang

Dendam Terbalas, Acang

Merpati, Niqab, Pengiran

Bulan, Memori Nem dan

Blogofobia.

A R
S H I E L D S A H R A N
H
I I N I
02

Shield Sahran

mula berkecimpung dalam dunia penulisan semasa umurnya empat belas tahun. Ketika itu, beliau masih di bangku sekolah lagi Mulanya, beliau hanya ingin mencuba

dengan menghantar karyanya di majalah sekolah Pada usia enam belas tahun, beliau mengikuti sebuah pertandingan menulis. Ia adalah pertandingan pertama yang disertainya. Namun, beliau mula mendapat tempat di hati juri ketika dirinya berusia sembilan belas tahun. Kemenangan pertama beliau adalah dalam pertandingan menulis cerpen untuk majalah sekolah.

Beliau mula serius dalam bidang penulisan pada tahun 2014. Shield menulis cerpen untuk dihantar ke akhbar yang pertama ketika itu. Kata beliau lagi, beliau mengambil masa selama sepuluh tahun

bermula dari tahun 2004 sehingga 2014 sebelum membuat keputusan untuk serius dalam bidang penulisan.

"

Kalau diukur seberapa lama saya menulis, sudah sembilan belas tahun rasanya, tapi jika diukur tempoh keseriusan, sekitar sembilan tahun, " katanya lagi.

Bila ditanya tentang pengalaman sebagai seorang penulis, katanya lagi, semuanya unik. Dalam setiap pertandingan pula, beliau melakukannya dengan sepenuh hati, tidak mengira tentang kalah dan menang.

BLOGOFOBIA adalah karya terbaru beliau yang sudahpun berada di pasaran.

03

Pengalaman paling mahal bagi dirinya pula adalah ketika memenangi

Pertandingan Menulis Cerpen Integriti anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Lebih istimewa, beliau mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi hadiah penghargaan sayembara GAPENA. Beliau memenangi Hadiah Sastera Penulis Sarawak

kategori cerpen tahun 2020/2021. Novel tulisannya yang bertajuk Acang

Merpati adalah yang tersenarai dalam top 10 buku umum untuk pencalonan

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019.

Kenangan manis buat beliau ketika menjuarai

Pertandingan Menulis Cerpen Integriti anjuran

Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2020.

Beliau berkongsi kisah pahit manisnya sebagai seorang penulis kepada DoeaJiwa. Antara cabaran yang ditempuhinya di awal penglibatan dalam penulisan adalah, kurang maklumat tentang medium untuk menghantar hasil karya. Sama ada alamat e-mel editor mahupun alamat akhbar. Pada ketika itu, tiada media sosial untuk hebahan. Beliau hanya bergantung kepada pengumuman sayembara di sekolah. Pada masa yang sama, beliau juga kekurangan ilmu tentang format penulisan yang betul kerana tidak pernah menyertai bengkel penulisan semasa di peringkat awal penulisan

04

" Saya mengambil masa yang agak lama untuk tahu laluan masuk ke dalam bidang penulisan. Tapi, saya bersyukur kerana sepanjang tempoh tersebut, saya belajar banyak perkara. "

Shield Sahran selalu menulis catatan, berkongsi hasil bacaan buku dan mewar-warkan karya yang tersiar atau buku terkini dalam media sosialnya. Beliau mempunyai beberapa akaun media sosial untuk berinteraksi dengan pembacanya di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok dengan nama yang sama iaitu Shield Sahran.

Antara hasil karyanya selain novel-novel yang sudahpun diterbitkan adalah Kumpulan Cerpen Hantu-hantu Penglipur Lara dan sebuah buku kumpulan puisi bertajuk Kumpulan Puisi Epitaf. Setakat ini, beliau pernah menghantar dua puluh tiga cerpen, tiga puluh empat sajak dan sepuluh certot yang tersiar di akhbar dan majalah.

05
Hasil karya Shield Sahran

Selain menulis, beliau giat melukis. Seorang ilustrator yang sangat berbakat dalam lukisan yang unik dan menarik. Setiap lukisannya mempunyai kisah tersendiri.

06
Antara hasil lukisan Shield Sahran

Ketika menjadi jemputan untuk majalah Tunas

Cipta pada April 2021 yang lepas

Sebagai seorang penulis yang telah banyak menyumbangkan karya, beliau membakar semangat untuk menulis dengan sentiasa menyimpan hasrat untuk melihat buku-bukunya dimasukkan dalam sistem kataloging

Perpustakaan Negara Malaysia dan melihat namanya tertera pada kulit buku. Walaupun bidang pekerjaan hakikinya adalah dalam bidang ICT, tidak ada kaitan dengan penulisan kreatif, tetapi, minat yang mendalam

membawa beliau ke dalam penulisan karya kreatif

Kejayaan beliau menempatkan buku terbarunya, BLOGOFOBIA dalam MPH

Weekly Bestsellers, genre novel Melayu pada April 2023 yang lepas, menjadi salah satu kenangan manis.

07

BLOGOFOBIA berjaya menjadi salah satu buku yang tersenarai dalam Weekly Booksellers di MPH.

Untuk karya terbaru, beliau sedang menyiapkan manuskrip novel baru

Beliau juga bercadang untuk memperbanyakkan karya eceran. Sekiranya berkesempatan dari segi masa, tenaga dan wang, beliau akan cuba untuk melahirkan buku swaterbit berkonsepkan 'art and quotes '

08

Kepada saudari Shield Sahran, terima kasih DoeaJiwa ucapkan atas kesudian meluangkan masa untuk ditemubual. DoeaJiwa mendoakan semoga saudari Shield Sahran semakin berjaya dalam dunia penulisan. Berikut adalah kata ucapan daripada beliau sempena Edisi Raya kepada semua pembaca.

Selamat maju jaya buat Shield Sahran!

09

Assalamualaikum dan Salam DoeaJiwa kepada pembaca budiman sekalian. Masih sempat

agaknya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan menahan diri daripada lapar dan dahaga, kita juga menahan diri daripada berbuat perkara yang mungkar. Kini tibanya bulan Syawal di mana umat Islam meraikan kemenangan kerana berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadan.

Pastinya ramai yang sibuk membeli keperluan untuk menyambut lebaran. Tidak dilupakan, inilah kali kedua kita menyambut lebaran setelah pandemik COVID-19 diisytiharkan sebagai endemik pada tahun 2022. Dalam keterujaan kita menyambut

Syawal, jangan lupa untuk menjaga diri memandangkan amaran cuaca panas telah dikeluarkan. Perbanyakkan meminum air kosong untuk hidrasi badan.

Buat para ibu, Mei adalah bulan yang istimewa kerana saban tahun pada tanggal 14 adalah jatuhnya Hari Ibu Sedunia. Pengorbanan seorang ibu mengandungkan anak dan sebagai tiang kepada pembentukan rumah tangga adalah signifikan dan wajar dihargai.

Saya terkenangkan saat-saat saya bersama petugas sukarelawan Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam (ABIM) Sarawak ke wad pediatrik Hospital Umum Sarawak untuk menyampaikan sumbangan daripada orang ramai. Sebagai seorang wanita yang bakal menjadi suri rumah tangga dan juga seorang ibu suatu hari kelak, saya terkesan dengan ketabahan mereka mengharungi ujian ini.

Semoga adik-adik semua cepat sembuh dan membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Kepada para ibu bapa, semoga terus tabah dan mudah-mudahan dipermudah segala urusan. Buat ibu-ibu sekalian, Selamat Hari Ibu kami ucapkan!

Tinta ikhlas daripada,

Athirah

K O L A J J I W A 10

P O J O K C I K Y A M

DUNIA PENULISAN SEMAKIN KEJAM?

Salam sejahtera, Salam DoeaJiwa!

Bertemu kita buat kali pertama dalam majalah online yang diinspirasikan oleh anak muda yang suka menulis namun berjiwa walang dek permainan dunia penulisan. Semuanya disebabkan dunia penulisan yang semakin kejam.

Sejujurnya, bergelumang secara serius dalam dunia penulisan dan penerbitan bahan cetak sejak 2003 dahulu, CikYam sedar ada banyak 'permainan' yang menghimpit penulis. Hal ini dilakukan oleh pihak berkepentingan yang berkemampuan dan berkuasa.

Apa ada pada penulis? Hanya ilham kurniaan Allah dan kebolehan mencipta klausa tanpa kuasa untuk membela nasib sendiri yang dipersenda. Justeru, langkah berdiam dan menghadapi segala 'permainan' itu secara bersendirian telah jadi pilihan.

Ya, penulis memang berupaya untuk menulis. Namun menulis kebenaran di alam nyata boleh jadi padah buat diri sendiri. Semuanya berselindung di sebalik kuasa. Kuasa itulah yang tiada pada diri penulis lebih-lebih lagi penulis tanpa nama. Atas sebab itulah, berdiam jadi keutamaan berbanding membela hak diri.

11

Menulis pojok di DoeaJiwa adalah peluang untuk CikYam bercerita bersama

penulis-penulis lain dalam sebuah majalah online. Memang ada media

sosial sebagai ruang untuk bercerita namun DoeaJiwa adalah cara CikYam

menghargai tenaga dan masa yang diselitkan sebagai usaha barisan penulis

tersakiti yang ingin mencari ruang kebebasan berkreativiti dengan cara tersendiri.

Terima kasih kepada pemilik asal DoeaJiwa yang sudi melamar CikYam

tk t h d k t di P j k CikYam. Semoga mendatangkan

hlah kau menguasai dengan cara

daripada CikYam, penulis yang

ata kesakitan kisah silam. Aku

12
MARYAM ELYAS @ CIKYAM
"Bahwasanya air mata tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh, tidak pula memilih waktu untuk turun."
M U T I A R A K A T A 13
BUYA HAMKA

Assalamualaikum dan Salam DoeaJiwa buat rakan pembaca. Dalam slot

Satu Bulan Satu Buku kali ini, saya akan mengupas sedikit sebanyak tentang

sebuah karya Buya HAMKA yang berjudul Teroesir (Terusir). Tidak dapat

dinafikan bahawa buku ini adalah sebuah bacaan yang sedikit berat untuk

digarap. Tambahan pula, latar belakang Buya HAMKA adalah seorang tokoh

ulama Nusantara dan ahli falsafah Islam.

' . 14 S A T U B U L A N S A T U B U K U

Terusir mengisahkan tentang Mariah, seorang wanita yang diceraikan suaminya kerana fitnah orang ketiga. Sudahlah diceraikan, tidak diizinkan pula oleh suaminya untuk bertemu dengan anaknya. Mariah bersetuju dengan syarat yang telah diletakkan oleh suaminya dengan syarat, anak itu diasuh dan diberi pendidikan, dijaga pula dengan sebaik-baiknya Maka bermulalah segala kembara hidup Mariah.

Awalnya, Mariah bekerja sebagai orang gaji di rumah saudaranya tetapi tidak lama kerana isteri kepada saudaranya itu cemburu orangnya dan Mariah pula seorang jelitawan. Oleh kerana tidak ingin menyusahkan saudaranya, Mariah pun pergi dari rumah itu dan cuba untuk mencari segala pekerjaan yang lain namun hampa hingga akhirnya menyebabkan Mariah terjebak ke lembah kehinaan, yakni menjadi pelacur.

Beberapa tahun kemudian, Mariah menjadi pelacur yang masyur. Namun demikian, dia sentiasa mengikuti perkembangan anaknya yang kian membesar di dada akhbar. Anaknya telah dewasa dan berjaya menjadi seorang hakim yang ternama,

Hingga suatu hari, berlakunya satu kemalangan yang disebabkan oleh Mariah sendiri. Takdir telah mempertemukan dia dan anaknya serta suaminya kembali

Lebih kurang begitulah jalan cerita buku berjudul Terusir yang dikarang oleh

HAMKA. Sebuah perjalanan, sebuah cerita yang membuka ruang fikir kepada satu kehidupan yang kurang diberi perhatian pada satu-satu zaman melainkan hanya kata-kata keji dan nista pandangan yang kita berikan kepada mereka.

Sekian, itu saja nukilan daripada saya pada kali ini. Sampai kita bersua lagi!

' . 15 Athirah
16
P U I S I

Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema seruan takbir yang berkumandang, kuaturkan Salam

Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika ada kata serta khilafku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.

C A P A N D A R I P A D
O E
17
U
A K R E W D
A J I W A
MK
U C A P A N D A R I P A D A
R E W D O E A J I W
18
K
A
A.M.
Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat DoeaJiwa yang menyambut Syawal. Semoga Syawal kali ini memberi kenangan terindah buat kita.

Minal aidin wal faizin

Mohon maaf kalau ada salah kata, salah rindu, salah cinta atau salah menaruh rasa.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN :D

Yasha

19
U C A P A N D A R I P A D A K R E W D O E A J I W A

Assalamualaikum. Salam DoeaJiwa semuanya. Terima kasih kepada pembca budiman yang masih setia bersama kami. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan. Yang lebih itu daripada ALLAH, manakala yang kurang itu daripada kami sendiri.

Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak, tahu! Sekarang ini cuaca panas aje memanjang. Jaga diri, jaga keluarga. Semoga sentiasa dalam

lindungan ALLAH swt.

Take care semuanya! Kita jaga kita, ingat!

Athirah

U C A P A N D A R I P A D A K R E W D O E A J I W A 20

Bil. 5

Edisi Mei 2023

Apps : Canva

Gambar : Canva & Maailma

Rujukan : Shield Sahran

Teroesir ( Terusir ) oleh Buya Hamka

https://doeajiwa.my.canva.site

Instagram : @doeajiwa

TikTok : @krewdoeajiwa

email : doeajiwa@gmail com

Jurnal Online
DoeaJiwa
d DOEAjJIWA

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.