DOEAJIWA
Satu bulan satu buku -
Satu bulan satu buku -
THEBINGKISANHATI THEBINGKISANHATI
love letterlove me or hate me
CERITA HARI INI
Ikuti kisah penulis buku Kutacane -
Hijrah Kasih Tok Wan, Puan Habsah
Othman yang mesra dikenali sebagai
Kak Besah.
J U R N A L O N L I N E
d DOEAjJIWA SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1444H B I L 3 M A C 2 0 2 3
Isi kandungan
Hati wanita bukan kertas yang
mudah direnyuk, tetapi hati
wanita adalah batu yang keras. Namun jika diasah, lama-lama
nanti ia akan terhakis juga.
01 02 07 08 09 10 Krew DoeaJiwa Cerita Hari Ini Love Letter Quote of the day Satu Bulan Satu Buku Puisi
Krew DoeaJiwa Hari Wanita
Assalamualaikum dan Salam DoeaJiwa kepada semua pembaca yang kami hargai. Semoga anda semua dilimpahi rahmat-Nya.
8 Mac 2023, Hari Wanita Sedunia disambut di seluruh dunia dengan berbagai cara. Pada pendapat saya pula, Hari Wanita Sedunia haruslah diraikan setiap hari. Tidak perlu ada hari-hari tertentu untuk merayakan hati wanita , tidak kira siapa pun mereka di samping anda.
Di dalam keluaran Mac, Doejiwa menjemput seorang penulis yang berasal dari Kedah, iaitu Puan Habsah Othman. Beliau baru sahaja menerbitkan buku solonya, Hero Mama baru-baru ini Ikuti kisahnya di dalam segmen Cerita Hari Ini. Terima kasih Puan Habsah, sudi meluangkan masa untuk ditemubual.
Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk berbicara tentang hati wanita Barubaru ini, seorang sahabat saya mengalami masalah peribadi. Masalah yang sangat besar kerana melibatkan kehidupannya Tetapi, alhamdulillah semua sudah selesai Cuma, yang ingin saya sentuh adalah, perasaannya yang sangat hancur, tetapi orang yang paling dekat dengannya langsung tidak memahaminya. Mungkin faham, tetapi tidak memberi tindak balas yang sewajarnya Semakin remuk hati sahabat saya kerana, yang dia perlukan adalah pelukan, bukan ditikam dengan belati tajam.
Hati wanita sangat rapuh Belailah sekiranya dia ditimpa musibah, bukannya meletakkan garam sehingga semakin pedih lukanya. Kasihanilah dia. Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling lemah jiwanya. Bantulah dia, peluklah dia.
Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 1444H. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan-Nya.
Alis Mohd
1
Cerita Hari Ini
Habsah Othman
Salah seorang penulis buku
bergenre Travelog/Kisah
Hidup yang bertajuk
Kutacane : Hijrah Kasih Tok Wan. Diterbitkan pada Mac 2020.
Puan Habsah Othman ataupun lebih mesra dikenali sebagai Kak Besah, adalah penulis yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Alor Setar, Kedah. Kemudian, menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Univesiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Beliau baru sahaja menceburi bidang penulisan setelah bersara dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Bidang penulisan adalah bidang yang sudah lama diminatinya semenjak sekolah menengah. Semasa di tingkatan tiga dan tingkatan enam, Kak Besah pernah menghantar hasil karyanya iaitu cerpen ke majalah sekolah.
Semasa di alam pekerjaan, beliau tidak mempunyai masa untuk menulis. Namun, pada tahun 2010, pihak atasannya menghantar Kak Besah menghadiri kursus penulisan berita dan rencana Ketika menerima berita tersebut, beliau sangat gembira kerana disebabkan kursus penulisan itu, hobi menulisnya seolah-olah bangkit semula Hasil daripada pembelajaran di dalam kursus tersebut, beliau praktikkan untuk menulis laporan tahunan dan yang berkaitan dengan pekerjaannya pada masa itu.
2
Cerita Hari Ini
Pada 2011, Kak Besah dan abangnya memulakan pencarian susur galur keluarga mereka di Acheh, Indonesia. Mereka menjejak keluarga Tok Wan beliau yang terpisah sejak tahun 1950an lagi.
Semasa pencarian, Kak Besah berhasrat untuk menulis buku Kutacane : Hijrah Kasih
Tok Wan dengan harapan, dapat berkongsi
cerita dengan semua ahli keluarganya, jauh dan dekat.
Beliau mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul semua fakta dan akhirnya diabadikan dalam buku sulung beliau,
Kutacane : Hijrah Kasih Tok Wan
Walau bagaimanapun, bukan senang untuk membukukannya kerana ia memerlukan masa dan Kak Besah pula pada ketika itu sibuk dengan kerjayanya
Pada masa yang sama, beliau mendapat bimbingan secara terus daripada Tuan
Zamri Mohammad yang merupakan seorang jurulatih penulis. Tuan Zamri Mohammad
banyak memberi galakan dan bimbingan
sepanjang tempoh penghasilan karya sulung beliau
Selepas sepuluh tahun berlalu, beliau masih belum dapat menyiapkan buku tersebut atas kekangan masa di pihak beliau sendiri.
Akhirnya,berbekalkankecekalanhatidan semangatuntukmembukukankisahkeluarga yangsangatistimewadihatinya,KakBesah berjayamenyiapkanmanuskripselepasempat bulanmenulis BermuladaripadaSeptember2019 sehinggalahDisember2019.
Pengalaman yang beliau kongsikan menjadi lebih bermakna bagi dirinya kerana semua cabaran yang datang dalam menghasilkan sebuah buku dapat diatasi.
"
...saya nak ceritakan pengalaman saya ni kerana saya merasakan walaupun berada di usia yang tua, penulis-penulis muda tidak lekang memberi semangat dan peluang, membuatkan saya rasa diterima dalam bidang penulisan. Saya rasa, penulis-penulis muda pun ramai yang baru mengenali saya. Mereka juga memberi galakan terus bersemangat untuk menulis. Tak kira walau kita berada di usia senja seperti saya ni," kata Kak Besah ketika ditemubual.
Kak Besah minat berkebun pada masa lapangnya
Cerita Hari Ini
Ada cerita menarik di sebalik kelahiran buku
pertama beliau, iaitu Kutacane : Hijrah Kasih
Tok Wan. Selepas buku tersebut berjaya
diterbitkan, Malaysia diuji dengan virus
Covid-19. Jika anda masih ingat lagi, Mac
2020 adalah bulan yang menjadi titik hitam
di dalam sejarah Malaysia. Pada bulan itu, Kak Besah baru sahaja hendak menghantar
salinan naskhahnya ke kilang percetakan.
Mungkin bukan rezeki, ataupun sudah
suratan yang tertulis, kilang percetakan
tidak dapat beroperasi kerana pada 18 Mac
2020, kerajaan Malaysia mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
pertama
Disebabkan itu, buku Kak Besah tidak dapat
dicetak dalam masa yang terdekat Rasa
hampa dalam hati beliau memang tidak dapat
dinafikan lagi Hajat di hati untuk melihat buku
fizikal dalam genggaman bukanlah perkara
yang mudah tetapi Kak Besah menerimanya
dengan hati yang tenang. Setiap cabaran
mestilah ditempuh dengan sabar
Setelah PKP mula dilonggarkan iaitu pada Mei
2020, barulah buku beliau berjaya dicetakkan.
Kesemua buku-buku yang telah dicetak oleh
pihak kilang dihantar kepada Kak Besah
melalui pos. Oleh kerana pada masa itu masih
dalam pandemik, ada garis panduan dan operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
Jadi, buku-buku tersebut tidak dapat dihantar
serta-merta kepada pembeli kerana terpaksa
mematuhi SOP yang telah diberikan oleh pihak pejabat POS.
Kak Besah mengambil peluang itu untuk menandatangani dan menulis sedikit ucapan di dalam setiap buku.
Selepas pihak pejabat POS memulakan semula penghantaran barang, Kak Besah pun mengirimkan semua buku-bukunya kepada pemilik iaitu pembaca Kutacane : Hijrah Kasih Tok Wan.
Kutacane-HijrahKasihTokWan,karya sulungnyaberjayaditerbitkan.Buku travelogkisahhidupyangditulisolehbeliau sendiridanduaoranglagisaudaranya.
Cerita Hari Ini
Sebanyak dua ratus naskhah keluaran pertama berjaya diedarkan Ada yang membeli, dan ada juga yang beliau hadiahkan kepada saudara-mara yang terdekat.
Pada Ogos 2020, Kak Besah telah mencetak untuk kali yang kedua sebanyak lima ratus naskhah. Beliau mempromosikan bukunya di laman sosial dan juga dengan menghubungi sahabat-sahabat lama
Uniknya, apabila ada pembeli yang menghubungi beliau untuk membeli, Kak Besah akan berkenalan terlebih dahulu. Sekiranya beliau merasakan pembeli ikhlas untuk membeli dan membaca bukunya, barulah beliau akan memberi semua maklumat mengenai buku tersebut.
Kak Besah lebih selesa sedemikian kerana beliau perlukan pembaca yang mengenali beliau terlebih dahulu, barulah Kak Besah dapat menulis pesanan dari hati ke hati di bahagian tandatangan Di sini kita dapat lihat, Kak Besah adalah seorang penulis yang sangat mengambil berat terhadap pembacanya.
Apabila ditanya tentang nasihat mahupun saranan untuk penulis-penulis muda yang tumbuh umpama cendawan, Kak Besah memberi kata-kata yang sangat bermakna dan harus diikuti Berikut adalah pesanannya.
" Semenjak kebelakangan ini, kita dapati ramai anak-anak muda berminat untuk berkecimpung di dalam penulisan. Ya, betul. Bakat yang lahir di awal ini, memang elok dididik dan diasah lagi supaya terus berkembang. Langkah pertama, eloklah kita melibatkan diri dalam antologi dahulu. Ini bukanlah menidakkan bakat yang ada, tapi, inilah peluang untuk mengenali selok-belok bidang penulisan. Ya, kita pandai menulis manuskrip, bukan bermakna kita hebat dalam penerbitan. Sebenarnya, banyak cabarannya. Apabila manuskrip sudah siap, kita haruslah menghantar untuk suntingan. Jangan sesekali terlalu yakin, kita telah buat yang terbaik dan tak perlu edit lagi. Silap tu. Inilah peringkat yang perlukan kita untuk teliti dan berhati-hati.
Pemilihan editor atau syarikat untuk proses editing amat penting, Semak dahulu latarbelakang dan pengalaman mereka. Kalau boleh, cuba dapatkan contoh hasil kerja editing mereka. Kita buat perbandingan dahulu, dan jika setuju, barulah kita lantik mereka sebagai editor. Jangan terus percaya kepada sesuatu syarikat atau individu yang menawarkan kerja editing untuk manuskrip kita. Itu satu pesanan daripada saya sebagai penulis yang baru tetapi saya orang veteren yang pernah melalui pengalaman edit kerja-kerja laporan semasa saya bekerja dahulu. Jadi, walaupun saya penulis baru, saya rasa, elok saya pesan kepada penulis muda lain, berhati-hati dalam pemilihan editor. Semoga nasihat saya ini diambil sebagai satu nasihat daripada ibu kepada anak. "
Cerita Hari Ini
Pada Mac 2023, akhirnya, buku solo kedua milik Puan
Habsah Othman sudahpun diterbitkan Berkisahkan
pengalaman beliau sendiri dalam membesarkan lima
orang anak lelaki Nama buku tersebut diberi tajuk
Hero Mama terbitan oleh beliau sendiri.
Berikut adalah karya hasil tulisan Puan Habsah Othman :
Tahun 2020 : Kutacane - Hijrah Kasih Tok Wan (Mac 2020)
Tahun 2021 : Antologi Cerpen Memorabilia 2021
Tahun 2022 : Antologi Anekdot Zaman Kanak-kanak (Julai 2022)
Tahun 2023 : Hero Mama (Mac 2023)
Ada beberapa buah karya lagi menanti di dalam barisan untuk diterbitkan.
Facebook : Habsah Othman
Selamat maju jaya buat Puan Habsah Othman!
Love Letter
" Love me or hate me. Both are in my favor. If you love me, I will always be in your heart. If you hate me, I will always be in your mind."
-William Shakespeare-
I prefer a long walk or a deep conversation. I would love to settle for something rather simple.
You see, people especially the young ones often rush. We rush ourselves for loves, materials and all and in return, we hurt ourselves unknowingly.
I've bear witness of one ' s life came into destruction because of materials and that is more than enough for me to realise. I begun to change my point of view. I begun to cherish what I have in store more and more each day. I have enough and that I'm grateful for it each and every seconds I breath my life.
If you want to walk, walk. If you want to run, run. I'll be here sitting and enjoying at the mere sight of sun, moon and stars; heck the skies even. I'm content with myself and what I owns.
Si Tukang Tulis
7
Quote of the day
Jangan takut jatuh, kerana yang tidak
pernah memanjatlah yang tidak pernah
jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak
pernah gagal hanyalah orang-orang yang
tidak pernah melangkah.
Jangan takut salah, kerana dengan
kesalahan yang pertama kita dapat
menambah pengetahuan untuk mencari
jalan yang benar pada langkah yang kedua.
-Buya Hamka-
8
Karya : TheBingkisanHati
Buku genre motivasi yang sarat dengan puisi diselang-seli dengan ekspresi Setiap bait puisi memberi nasihat dan juga luahan dapat dirasai oleh setiap pembaca.
Uniknya, setiap mukasurat tidak disia-siakan. Ia mengandungi lukisan dan gambar yang penuh dengan warna-warni Menggoda jari untuk membelek sehelai demi sehelai mukasurat yang berjumlah seratus tiga puluh dua helai Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah
sangat mudah untuk difahami dan telus. Buku ini sesuai kepada pembaca yang mencuba untuk mengubati hati yang terluka ataupun jiwa yang kacau. Semua puisi dan ekspresi yang ditulis tetap berpegang pada yang satu, iaitu Allah swt.
Penulis yang dikenali sebagai TheBingkisanHati adalah penulis yang aktif di dalam media
sosialnya iaitu Instagram dengan nama thebingkisanhati. Beliau juga boleh diikuti di Facebook dengan nama TheBingkisan Hati. Selain itu, beliau juga adalah penulis di bawah
naungan Galeri Ilmu Media Group Beliau yang mempunyai lebih daripada lima puluh ribu orang pengikut di dalam laman Instagram, juga telah menerbitkan sebanyak enam buah buku yang bergenre motivasi dan puisi.
SATU BULAN SATU BUKU
9
Puisi
Gambar:Maailma
wanitaku
cantik rupa santun kata
seindah mentari membenamkan diri
hati setiap ratu
bukanlah mudah untuk diubati
ibu...
andai suatu hari terkasar lidahku
segala khilafku
sudilah kau maafkan
kerana engkau wanitaku
luar dan dalam
10
Alis Mohd
Selamat Hari Wanita
DoeaJiwa
Bil. 3
Edisi Mac 2023
Apps : Canva
Gambar : Canva & Maailma
Rujukan : Puan Habsah Othman
Ada Dia di Hatiku (TheBingkisanHati)
https://doeajiwa.my.canva.site
Instagram : @doeajiwa
TikTok : @krewdoeajiwa
email : doeajiwa@gmail com
Jurnal Online
d
DOEA
jJIWA