Buletin Jakim Mac 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 129

• MAC 2010 • RABIULAWAL - RABIULAKHIR 1431 H JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PM Seru Hayati

PERCUMA

Konsep Wasatiyah www.islam.gov.my

Mac 2010 |


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Meja Pengarang Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham

D

Fitnah Sana Sini i mana-mana sahaja kita terdedah dengan pelbagai sumber maklumat sama ada lisan

mahupun dalam bentuk tulisan yang memerlukan kita menentukan kesahihannya

terlebih dahulu, termasuklah fitnah. Fitnah secara umumnya merujuk pada tuduhan

atau khabar angin yang diada-adakan bagi memburukkan seseorang. Ia melibatkan perkataan

yang menyakitkan hati serta niat jahat berikutan rasa dengki dan iri hati. Zaman canggih sekarang ini tidak terhad pada penyebarannya melalui percakapan, malah ia turut tersebar melalui e-mel, SMS, televisyen, radio, laman web, blog dan sebagainya.

Sedar tidak sedar, seolah-olah menjadi budaya, kita selalu forward e-mel atau SMS yang tidak pasti kebenarannya. Jika perkara tersebut tidak benar, maka tersebarlah fitnah yang

memungkinkan kita mendapat ‘saham’ daripada fitnah tersebut. Eloklah diperiksa atau hubungi

pihak yang berautoriti terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat. Jangan disebabkan tindakan tersebut, orang lain menanggung malu dan kerugian gara-gara sikap kita.

PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani

Suasana di pejabat juga turut tidak terlepas dengan situasi ini. Gosip dan berita keburukan

JURUFOTO Jamal Ibrahim

banyak pula versi ceritanya. Terpulang kepada kita untuk menyaring maklumat-maklumat liar

PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

seseorang tidak terlepas daripada kita sebagai pendengar. Makin ramai kawan kita, makin seperti itu. Jangan jadi seperti talam dua muka yang bersifat hipokrit, menghasut orang serta mengadu domba. Akibatnya, lambat laun ia akan memakan diri, dibenci semua orang.

Dek kerana impak fitnah yang boleh memecah-belahkan masyarakat, tidak hairan ia diibaratkan

lebih buruk daripada membunuh. Kita tidak terlepas daripada menghadapi cabaran ini kerana manusia merupakan makhluk sosial yang memerlukan kita berhubung dengan orang lain.

Oleh itu, penilaian dan ilmu menjadi perisai kepada penyebaran fitnah. Kita mampu mengawal penyebarannya sekiranya kita prihatin dan sedar akan dosa penyebarkan fitnah.

ATUR HURUF / REKA BENTUK

Visual Print Sdn. Bhd. Percetakan

Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Kandungan • PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah

3

• Rugi Seandainya Terlepas Menonton Program Adik-adikku

10

• Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah

4

• Jakim Ketuai Pembangunan Metodologi Analisis Halal

11

• Isu Sebat: Golongan Penentang Adalah Pelampau

5

• Sistem E-Halal Baru Mesra Pengguna

11

• Retreat Agensi-agensi di Bawah Yb Menteri di jpm

6

• Malaysia Kongsi Pengalaman Isu Wanita dengan Afghanistan

12

• Retreat Bengkel Penilaian Pelan Strategik Pelaksanaan

6

• Jakim Terima Sekolah Lagi

12

• KP Jakim Kunjung Hormat ke Atas Tun Abdullah

7

• Ilim Lebarkan Sayap ke Wilayah Timur, Besut

13

• DQ Lahirkan Generasi Huffaz

14

• Sekalung Tahniah

14

• Selamat Bersara

14

• Senarai Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai

15

- Dato’ KP Jakim

Pendekatan Hadhari Ahmad Badawi

• Kunjungan Muhibah Ketua Jabatan Perangkaan

7

Malaysia ke Jakim

• Berita Bergambar • Perjumpaan KP Bersama Kakitangan Jakim Sarawak 2

| Mac 2010

8-9 10

Jakim Februari 2010


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah

P

erdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menyeru umat Islam supaya menghayati dan mengamalkan konsep wasatiyah yang akan melahirkan satu ummah yang progresif. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada 5 Februari 2010. Katanya, wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan se­ imbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Beliau menambah, dalam merealisasi­

kan gagasan 1Malaysia yang lebih memfokuskan hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku. Turut hadir pada majlis tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, ketua-ketua agensi agama, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, para mufti, ulama, dan pegawai kerajaan. Dato’ Sri Mohd Najib turut melancarkan gagasan dan logo 1Malaysia 1Ummah peringkat agensiagensi agama seluruh Malaysia. Turut diadakan satu sesi dialog tertutup dengan ulama pada majlis berkenaan. Mengenai isu semasa yang berkait dengan umat Islam seperti penggunaan kalimah Allah, cubaan membakar gereja dan surau serta kejadian meletak kepala babi di perkarangan masjid, Dato’ Sri Mohd Najib berkata, ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan dan hubungan kaum di negara ini. Bagaimanapun, dengan bermodalkan penerimaan sesama bangsa, pelbagai cabaran agama dan kaum itu berjaya ditangani secara berhemah. Terdahulu, tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu, “Langkah yang Diambil Kerajaan dalam Memartabatkan Institusi Mahkamah Syariah di Malaysia” oleh Ketua Hakim Syarii, YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, “Ulama’ dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?” oleh Penyandang Kerusi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, dan “Hubungan Antara Ulama’ dan Umara’ dalam Memperkasa Pembangunan Ummah” oleh Timbalan Dekan ISTAC UIAM, Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, serta Ustaz Nidzamuddin Zakaria (USIM) bertindak sebagai moderator. Mac 2010 |

3


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Wacana

Pendidikan Fatwa:

Penggunaan Lafaz Allah

J

akim telah menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah pada 28 Januari 2010 bertempat di Auditorium D8, Putrajaya. Program ini telah menarik minat lebih 1,200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jakim, Jabatan Mufti, Jabatan dan Majlis Agama Islam seluruh negara, imam dan guru agama Wilayah Persekutuan, wakil agensi kerajaan sekitar Putrajaya serta pelajar IPT. Objektif utama wacana ini adalah untuk memberi maklumat dan penerangan yang tepat dari sudut Islam dan undang-undang negara mengenai penggunaan lafaz Allah kepada masyarakat Islam. Perasmian wacana ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Mufti Negeri Sabah, SS Dato’ Haji Ahmad Alawi Haji Adnan. Dalam ucapan perasmian, Dato’ Haji Wan Mohamad menegaskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan amat berkait rapat dengan akidah Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama, bersikap terlalu terbuka dengan membiarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat berbahaya. Beliau menambah, pandangan para ilmuwan Islam diraikan walaupun berbeza dengan keputusan fatwa. Namun dalam sistem pentadbiran Islam, rakyat wajib menerima keputusan pemerintah walaupun pandangan tersebut mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Asas utama pendirian Jakim selari dan selaras dengan syariat serta selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang termaktub satu nama agama iaitu Islam dan tidak disebut agama lain. Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan, iaitu “Keabsahan Penggunaan Nama Allah Hanya untuk Orang Islam” oleh Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri, “Hikmah di Sebalik Isu Lafaz Allah: Satu Analisa” oleh Ustaz Haji Zamihan Mat Zin (ILIM), “Implikasi Penggunaan Lafaz Allah Oleh Orang Bukan Islam Terhadap Pemikiran Orang Islam” oleh Ustaz Mohd. Aizam Masod (Jakim), dan “Penggunaan Lafaz Allah dari Aspek Perundangan” oleh Tuan Haji Mahamad Nasir Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah), Jabatan Peguam Negara. Wacana telah dipengerusikan oleh Ustaz Iszam Padil dari Bahagian Dakwah Jakim.

4

| Mac 2010


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Isu Sebat:

Golongan Penentang Adalah Pelampau

S

ebatan syariah ke atas tiga wanita di Penjara Kajang yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein mengundang pelbagai reaksi. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sisters in Islam (SIS) mengutuk langkah itu kerana berpendapat ia boleh menjatuhkan maruah wanita dan tidak berkesan menyedarkan pesalah terbabit dengan jenayah kekerasan dan seks. Sebagaimana dijelaskan, hukuman sebat dalam Islam adalah berbeza dengan sebatan sivil. Dalam Islam, tujuan sebatan antara lain adalah menghindarkan masyarakat daripada melakukan jenayah dan menjadikan sesiapa yang dihukum atau menyaksikannya berasa takut dan gerun. Menurut Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, pihak yang menentang ini mempunyai kaitan dengan tahap kefahaman dan kesedaran, dan mungkin faham namun tidak cukup sedar. “Bagi yang kurang memahami mereka terbelenggu dengan dakyah dan propaganda yang dipupuk dari perspektif bukan Islam. Yang sebenarnya ia melibatkan faktor sejarah. Terhadap pihak ini tanggungjawab kita ialah memberi ruang supaya tahap pemahaman mereka perlu diperluas.” Katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Mingguan Malaysia pada 20 Februari lalu. Ditanya mengapa hukuman tersebut tidak dilaksanakan di depan khalayak, Dato’ Haji Wan Mohamad menjawab, “Umumnya undang-undang tentang keseksaan dalam sistem perundangan negara didasari oleh beberapa tujuan. Dari segi Islam ia adalah untuk menegakkan keadilan dan juga menjaga kepentingan umum. Lebih-lebih lagi, dalam konteks kesalahan yang melibatkan pihak kedua dan ketiga atau komuniti masyarakat. Orang yang minum arak sampai ke tahap memabukkan memberi mudarat kepada keselamatan awam. Dalam Islam, walaupun tidak mabuk, minum arak tetap haram. Mungkin tidak sampai ganggu keselamatan awam tetapi sudah mula masuk wilayah yang bawa mudarat besar.” “Realiti pelaksanaan sebat bagi kes syariah ia mesti dilaksanakan di dalam penjara. Ia mengikut seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no. 8 Tahun 2002. Orang ramai tidak dibenar menyaksikannya.” Wan Mohamad berkata, undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 yang digazetkan pada 1986. Ia memperuntukan hukuman maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000. Oleh itu kata

beliau, tidak wajar mempersalahkan Mahkamah Syariah ataupun mempertikaikan keputusan hakim sebab tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali. Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang,” tambahnya lagi. Wan Mohamad juga berkata dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada hadhad (hudud) Allah.” “Namun, saya pelik apabila ada ahli undang-undang sendiri yang pertikaikan perkara ini. Seolah-olah mereka tidak iktiraf akta ini. Sepatutnya mereka termasuk Majlis Peguam kena didik masyarakat agar memahami perkara ini,” katanya lagi. “Soalnya, jika isu begini dimulakan oleh orang yang jahil kita boleh faham, tetapi kalau ia dibawa oleh orang undang-undang atau syariah ini satu keganjilan yang besar. Sebab itu saya kata orang yang menentang ini sebagai pelampau,” kata beliau. Turut diajukan soalan mengapa Kartika Sari Dewi Sukharnor yang dihukum sebat oleh mahkamah pada Julai 2008 masih belum disebat sehingga sekarang? Dato’ Haji Wan Mohamad menjelaskan kes tersebut di bawah bidang kuasa negeri. Ia tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memutuskan perkara tersebut. Bagaimanapun, setakat ini 10 lelaki dan tiga wanita telah dihukum sebatan syariah iaitu tujuh kes di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan (5) dan Penjara Penor, Pahang (1). Dato’ Haji Wan Mohamad menganggap kelompok ‘Islam’ seperti SIS merupakan satu cabaran kepada cendekiawan Islam untuk memberi fokus kepada aktiviti pendakwahan dan mengabaikan perkara khilafiah serta melupakan perkara yang memacakkan bendera pemikiran dan mazhab yang diimport. Lebih banyak perkara besar yang perlu diberi tumpuan. Hal berkaitan dengan agama kalau tidak dirujuk kepada pihak yang berautoriti, masyarakat akan jahanam. Sumber: Mingguan Malaysia, 21 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut berkaitan isu sebat, sila layari http:// www.islam.gov.my/portal/hukuman_sebat.php

Mac 2010 |

5


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Retreat Agensi-agensi di Bawah Menteri di Jpm pelaksanaan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Retreat yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Haji Ibrahim. Semua 12 ketua agensi di bawah YB Menteri bersama-sama dengan dua orang pegawai kanan masing-masing telah hadir dalam

R

etreat Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2010 di Awana Hotels & Resorts, Genting Highlands. Retreat yang diurussetiakan secara bersama oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jakim ini diadakan bagi tujuan membuat semakan ke atas visi, misi dan skop portfolio hal ehwal Islam khususnya program-program strategik utama 2010 agensi di bawah YB Menteri, menilai semula bidang tugas dan bidang kuasa agensi selaras dengan kehendak stakeholders serta mengenal pasti program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi bagi mendokong

retreat ini. Sepanjang mesyuarat berlangsung, setiap jabatan dan agensi telah membentangkan visi, misi dan skop portfolio hal ehwal Islam di samping tumpuan kepada pembentangan program-program strategik utama 2010 setiap jabatan dan agensi tersebut. Terdahulu, satu majlis makan malam dan perutusan YB Menteri di JPM telah diadakan pada 17 Februari 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan bersama-sama dengan isteri/ suami masing-masing. Dalam perutusannya, YB Menteri telah mengutarakan key performance indicators (KPI) yang perlu dilaksanakan oleh setiap agensi dan perlu dijadikan sebagai fokus utama tahun 2010.

Retreat Bengkel Penilaian Pelan

Strategik Pendekatan Hadhari

P

ada 25 hingga 27 Januari 2010, program Retreat Bengkel Penilaian Pelan Strategik Pelaksanaan Pendekatan Hadhari di kementerian (2006-2010) telah diadakan di Pusat Latihan Sarawak. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menilai dan membincangkan isu-isu berhubung pelaksanaan Pendekatan Hadhari Kementerian di samping menghasilkan satu pendekatan yang lebih efektif dalam melaksanakan program dan aktiviti hadhari pada masa hadapan. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai kader di kementerian dan kakitangan Jakim Cawangan Sarawak. Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Tuan Haji Abd. Halid Sintol telah

6

| Mac 2010

mempengerusikan sesi perbincangan manakala Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusoff Haji Othman, dan Tuan Haji Wan Abd. Hamid Wan Teh, karyawan tamu di Institut Islam Hadhari UKM bertindak selaku fasilitator program. Bengkel ini turut diserikan dengan dua sesi pembentangan daripada pihak MAMPU dan SPRM iaitu “Hadhari dan 1Malaysia: Transformasi Minda’’ oleh Encik Mohd Zabri Yusoff (MAMPU) dan “Keutuhan dalam Pengurusan Organisasi’’ oleh En. Norazlan Mohd Razali (SPRM). Acara kemuncak yang paling mendapat perhatian peserta bengkel adalah sesi amanat dan diskusi bersama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam ucapannya, beliau menyarankan program Pendekatan Hadhari pada tahun ini dilaksanakan secara lebih kreatif dengan melibatkan kerjasama semua pihak di peringkat kementerian, negeri, agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam serta pertubuhan bukan kerajaan. Beliau juga berharap agar program Excecutive Talk dan Intellectual Discourse berhubung Pendekatan Hadhari dapat diperhebatkan.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

K Kp Jakim Kunjung Hormat ke Atas Tun Abdullah Ahmad Badawi

etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjung hormat ke atas YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri di pejabat beliau di Persiaran Perdana, Persint 3, Putrajaya pada 8 Februari 2010. Selain untuk bertanya khabar, tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menyampaikan hasrat Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili, ulama’ terkenal di

peringkat antarabangsa yang juga merupakan tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 2008M/1430H yang menyampaikan beberapa buah buku hasil karangan beliau kepada Tun Abdullah melalui Dato’ Haji Wan Mohamad. Pada pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu juga, YABhg. Tun sempat memberi pandangan beliau mengenai beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia kepada Dato’ Haji Wan Mohamad.

Kunjungan Muhibah Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia ke Jakim

P

engurusan Tertinggi Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz pada 17 Februari 2010 bertempat di Dewan Syura Jakim. Dato’ Haji Wan Mohamad mengalu-alukan kedatangan Ketua Perangkawan dan rombongannya. Jakim turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan pengarah-pengarah bahagian. Dalam pertemuan itu, Dato’ Haji Wan Mohamad menerangkan fungsi dan peranan Jakim sebagai agensi agama peringkat persekutuan. Rombongan Jabatan Perangkaan diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan merangkap Ketua Perangkawan, Dato’ Hjh. Wan Ramlah Wan Abdul Raof, dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial/Demografi), Tuan Haji Ismail Yusof, dan pegawai kanan Jabatan Perangkaan. Kunjungan ini merupakan kunjungan balas susulan daripada kunjungan hormat pengurusan tertinggi Jakim yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim kepada Ketua Perangkawan, pada 23 September 2008 di Jabatan Perangkaan Malaysia, Kompleks C, Putrajaya. Ketua Perangkawan menjelaskan satu projek besar pada tahun 2010 ialah Projek Banci Penduduk dan Perumahan Negara pada 2010. Sehubungan dengan itu, Jakim dimohon untuk membantu projek tersebut terutamanya melibatkan publisiti iaitu melalui Khutbah Jumaat dan bahan terbitan Jakim. Dato’ Haji Wan Mohamad menyatakan akan membantu pihak Jabatan Perangkaan memberi publisiti bagi projek tersebut melalui bahan-bahan terbitan Jakim seperti buletin, majalah, radio Jakim (Salam FM), program-program terbitan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran di RTM, khutbah Jumaat dan forum-forum yang bersesuaian.

Mac 2010 |

7


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Berita B Majlis Taklimat Khas Pendaftaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) SMAN/SMAR Negeri Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah pada 30 Januari 2010.

Audit pematuhan terhadap tiga badan pensijilan halal dan sembilan rumah sembelihan (abattoir) di Australia pada tahun lalu.

Malaysia telah menghantar wakil qari dan qariah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bangkok pada 26 hingga 28 Disember 2009.

Kunjungan hormat Pengarah Jakim Sabah ke Pejabat Setiausaha MKN Sabah pada 9 Februari 2010.

8

| Mac 2010

Taklimat MS1500: 2009 disampaikan oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Sydney, Australia pada 9 Disember 2009. Lawatan kajian mengenai kaedah pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan menggunakan pisau mekanikal pada 11 Februari 2010 di Baiada Poultry Pty. Ltd., Ipswich, Brisbane, Australia. Kunjungan kerja Bahagian Dakwah Jakim ke Unit Agama, Bahagian Rawatan dan Pemulihan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 28 Januari 2010.

Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah anjuran Jakim Cawangan Sarawak Unit Miri pada 7 Februari 2010.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

e r g am b a r Kursus Penerapan Nilai Murni dan Pengukuhan Integriti Pasukan Beruniform khusus kepada Jabatan Kastam, Jabatan Penjara dan JPJ Sabah anjuran Pusat Latihan Islam Kundasang pada 8 hingga 10 Februari 2010.

Jakim menghulurkan bantuan sebanyak RM42 600 kepada Masjid Raya Lohong Sungai Limua, Padang Pariaman yang roboh akibat gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September 2009.

Ziarah Prihatin Kesuma ke Rumah Nur City Centre iaitu rumah bagi penghidap HIV pada 7 Februari 2010.

Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja Peringkat Kebangsaan di Bachok, Kelantan pada 7 Februari 2010.

Bengkel Pemantapan Sahsiah Da’ie diadakan pada 26 hingga 28 Januari 2010 di Pusat Latihan Islam Kundasang.

Bahagian Kesuma melancarkan aktiviti temuseru dengan golongan terpinggir khususnya pekerja seks sekitar KL pada 4 Februari 2010.

Lawatan Kerja Rasmi oleh Bahagian Kesuma ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 28 Januari 2010.

Pusat Pemantapan Akidah telah berjaya menganjurkan dua siri Kursus Kefahaman Akidah pada Februari lalu.

Mac 2010 |

9


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Perjumpaan kp Bersama Kakitangan Jakim Sarawak

B

ertempat di Bilik Mesyuarat Jakim Cawangan Sarawak, telah berlangsung Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz bersama kakitangan Jakim Cawangan Sarawak pada 26 Januari 2010. Majlis ini diatur bersempena dengan kedatangan Ketua Pengarah ke Majlis Diskusi Program Retreat Bengkel Pelan Strategik Pelaksanaan Pendekatan Hadhari Kementerian (2006-2010) yang diadakan di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching. Dalam amanatnya, beliau menekankan betapa pentingnya menilai kembali program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini sama ada adakah ia menepati kehendak jabatan dan memberi kesan positif kepada pelanggan atau sebaliknya. Selain itu juga, beliau juga menyeru agar semua pegawai dan kakitangan Jakim Cawangan Sarawak supaya peka tentang isu-isu semasa yang berlaku di tanah air.

ton n o n e M s a p e Rugi Terlku - Dato’ KP Jakim Adik-adik

tiap episod aran bagi se si h po m te ngan ertandingan 30 minit. P Haji Wan de o’ a at m D la , se m ki h Ja itu Pusingan adalah etua Pengara 5 pusingan ia Abdul Aziz ra h ca ik se gkat he S an ak o’ at n diad u Akhir, Perin Mohamad D ar penghasila Peringkat Suk Separuh Akhir 2 ag a, at m sr ta ha er P an menyuarak ir 1, Peringkat ikku” mampu aliti “Adik-ad una kepada Separuh Akh khir. re n ga an A ranc berg g dan Peringkat mesej yang ramai 20 oran memberikan gkat akhir, se a rin ul pe m ke se . uk ng on nt nt U pu berkam para peno ku nak-kanak ik ka ad km di la A V Is T a realiti akan pesert Institut Latihan Rancangan aktiviti yang sesi latihan di pada 13 hingga 16 k tu tu sa un , an at nak berbak ini merupak jid (ILIM), Bangi 20 kanak-ka indah ke Mas di Malaysia r sebelum berp mengumpulkan mpinan yang terpilih pu m 10 Lu 20 ac la M ua kepi tuan K rta telah ku se se pe er berkarisma P au a al ar P W h . terbaik. m Wilaya 19 Mac 2010 serta kalangan yang bulan di Institut Latihan Isla pe ula 16 hingga g rm an be or t se am a pa en m menda , hanya an un dididik sela ng ap de an ringkat im gi pe ga an ke M), B ik ba terpilih Malaysia (ILI tua) iaitu Enc ng layak dan ge ya en ja (P ha s ai sa R ri bi bimbingan da a orang murab n attah dan lim i akhir. F av ul R bd id A ku ini disiarka ar in F ih Far am Adik-adik 1 staz Mohd gr V U ro T P itu di n ia u h, ra ) la gg ia ng S jung min Tee Abdul (pembimbi hu i an al hu cu id ke R ga ri d ng ha hi Moh Badrul Sani setiap ruari jam 6.30 Abdullah, Dr. nuldin, Ustaz a pada 15 Feb siaran ulangannya ai ul Z r. rm ri so be an am M Z Ustaz sni Abu ga ng, manakala n Ustazah A mulai 29 7.00 peta kan hari pada jam 9.30 hing an Baharudin da ak ad di h ok la te es ke an da . ng pa 09 Sesi bimbi Disember 20 09 hingga 23 .00 pagi. Jakim turut November 20 ada 400 10 rip da h bi le ua Pengarah n, et aa t K ul , rm itu pe n ai at ga Sel ngan semanga 9 hing Pada peringk sa kagum de rumur antara i ra be ug an R ng irk a. ya ah ek ng a el rt er ya m pada m uji bakat a orang pese si ad se iri ng ad n ya to t gh on men . dan baka alan untuk men hun yang lalu 14 tahun telah penghujung ta a 20 orang sekiranya kita ketingg ik seperti ini. da pa an ak diad hany n yang menar lah tersebut, itu me­ g peserta rancanga an or Daripada jum m na telah diatur E h. ng ili ya rp te ia ng ed ng ya m dari keduaSidang at akhir sahaja ya g tokoh utama an a ke peringk or ar a m an du k ew tu an D lk un nampi 10 di a iaitu Ketua dipilih ng bekerjasam da 18 Mac 20 ersekutuan ya h pa si ng en su ag ng a du berla h P Ketua Pengara kim bersama Masjid Wilaya Ja am , al h a. m na ra hy gu ga 00 Ya ba en 9. m P er hi S jam aran, Dato’ Ibra r, Jalan Duta Jabatan Penyi Kuala Lumpu enerusi TV1. m ng su ng la ra disiarkan seca nak ini V kanak-ka T iti al re elalui TV1 Rancangan 25 episod m ak ny ba se disiarkan

K

10

| Mac 2010


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

J

Jakim Ketuai Pembangunan Metodologi Analisis Halal

akim dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) pada dasarnya bersetuju Jakim mengetuai pembangunan metodologi analisis halal di negara ini. Persetujuan ini dicapai dalam satu perbincangan antara Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JKM, Tuan Haji

Bahagian Hab Halal. Perbincangan yang berasaskan ukhuwah ini bersetuju supaya kerjasama Jakim dan JKM akan dimantapkan dan disusuli dengan beberapa kerjasama baru, antaranya saintis JKM dialukanalukan dalam sesi pengauditan premis sebagai pendedahan; JKM bersedia bekerjasama untuk membantu Jakim dalam pengauditan premis di dalam

dan luar negara; Jakim akan membantu mempromosi analisis halal oleh JKM dan menawarkan untuk slot analisis halal untuk rancangan Hanya Halal di TV1; dan JKM dijemput dalam kempen Satu Malaysia dan Satu Halal. Rombongan turut dibawa melawat makmal dan diberi penerangan mengenai kaedah analisis DNA serta beberapa kaedah analisis yang dijalankan oleh JKM.

Ahmad Ridzuan Ibrahim dan Pengarah Bahagian Hab Halal, Puan Hjh. Saimah Mukhtar yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim dalam satu Majlis Kunjungan Hormat pada 14 Januari 2010 di JKM. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan JKM dan enam orang pegawai

Sistem E-Halal Baru

B

Mesra Pengguna

ahagian Hab Halal telah mengadakan bengkel Business Process Reengineering (BPR) bagi sistem e-halal dan penyelarasan maklumat Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) pada 11 hingga 13 Januari 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan hasil BPR oleh MAMPU mengenai pensijilan halal Malaysia, memurnikan hasil BPR dengan prosedur dan dasar pensijilan, menghasilkan prosedur pensijilan yang strategik berdasarkan hasil BPR serta

menyelaraskan maklumat dengan MPPHM.

berkaitan

Bengkel ini bermula dengan pembentangan hasil BPR sistem e-halal bersama MAMPU yang dibentangkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jakim, Tuan Haji Kamarudin Haji Dolmoin. Turut sama membuat pembentangan ialah En. Nizam, vendor e-halal yang memberi penerangan tentang sistem e-halal baru. Sistem e-halal yang mesra pengguna ini menyediakan perkhidmatan seperti payment gateway, semakan status halal permohonan halal melalui e-mel

dan SMS, database ingredient halal dan tiada pengisian borang e-halal bagi pembaharuan sijil serta pelbagai lagi. Di samping itu, semakan halal diperluaskan lagi kepada semua jenis carian seperti carian produk, jenama, syarikat, tradename, barcode, tempat dan sebagainya melalui laman web dan SMS. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Seramai 22 orang peserta terdiri daripada pegawai di Bahagian Hab Halal telah menghadiri bengkel.

Mac 2010 |

11


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Malaysia Kongsi Pengalaman Isu Wanita dengan Afghanistan

I

su memperkasa golongan wanita dalam penyelesaian konflik, keadilan serta kesedaran berkaitan keganasan terhadap wanita merupakan inti pati perbincangan antara Jakim dan delegasi Afghanistan pada satu pertemuan bertempat di Dewan Syura Jakim pada 25 Januari 2010. Pertemuan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan turut dihadiri wakil-wakil bahagian Jakim. Delegasi seramai 12 orang terdiri daripada pegawai Jabatan Haji

dan Hal Ehwal Agama Afghanistan dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Afghanistan, termasuk beberapa orang pegawai dari United Nations Development Programme (UNDP). Dalam ucapan Mr. Ahmaduddin selaku ketua delegasi, beliau menyatakan kerajaan Afghanistan sedang dalam usaha meningkatkan pendidikan dan pemerkasaan golongan wanita. Antara yang dibahaskan dalam sesi dialog ialah isu kesamaan gender, penyelesaian konflik, keberkesanan program-program yang dilaksanakan di

Malaysia, perceraian, hak-hak wanita dan sebagainya. Kunjungan ini merupakan salah satu agenda delegasi dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia selama seminggu di bawah Projek Kesamaan Gender, UNDP. Pihak delegasi merakamkan penghargaan atas layanan kerajaan Malaysia sepanjang mereka berada di sini dan kedua-dua pihak berharap jalinan kerjasama antarabangsa yang lebih erat dapat dijalin menerusi program-program dua hala khususnya dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Jakim Terima Sekolah Lagi

J

akim telah menerima sebuah lagi Sekolah Rendah Agama di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JKR Wilayah Persekutuan KL, Encik Azmi Che Kop kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Encik Mohd Noor Abd Hamid, seterusnya kepada wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Jawi, Encik Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman.

12

Blok baru sekolah ini terdiri daripada satu unit blok empat tingkat yang berbentuk L, satu pondok pengawal dan satu rumah sampah. Pada asalnya | Mac 2010

sekolah ini mempunyai dua blok bangunan setingkat dan hanya berdindingkan papan. Projek di bawah RMK-9 ini bermula pada 26 Julai 2007 yang diterajui oleh kontraktor utama iaitu KS Cemerlang Sdn. Bhd.. Walaupun tertangguh berikutan masalah tapak yang sempit serta harga barang yang meningkat, namun ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada 10 Jun 2009. Projek ini menelan kos sebanyak RM3.2 juta dan memulakan proses pengajaran dan pembelajaran pada 4 Januari 2010. Encik Mohd Noor dalam ucapannya berharap pihak pengurusan sekolah dapat mengurus dan menyelenggara serta menjaga keindahan serta kebersihan sekolah, di samping melengkapkan ilmu kepada anak-anak.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Ilim Lebarkan Sayap ke Wilayah Timur, Besut

P

ada pertengahan pelaksanaan RMK-8, Jakim telah mengemukakan permohonan tanah kerajaan di atas Lot PT 6092, Bukit Kluang Besut berkeluasan 65 ekar untuk tapak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan permohonan ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Cadangan pembinaan projek ILIM Wilayah Timur ini telah dikemukakan untuk dilaksanakan dalam RMK-9 dengan anggaran awal memakan belanja sebanyak RM 15 juta. Majlis pecah tanah disempurnakan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh pada 9 Jun 2007. Cita-cita tinggi ini akhirnya menjadi suatu realiti apabila institut ini diserahkan kepada Jakim pada 11 Februari 2010 yang lalu. ILIM, Besut atau lebih dikenali dengan ILIM Wilayah Timur terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jertih dengan keluasan lebih kurang 26.5 hektar.

Pembinaan ILIM Wilayah Timur ini menggunakan siling peruntukan sebanyak RM27.4 juta yang telah diluluskan dalam RMK-9. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 25 bulan bermula 3 Disember 2007 hingga 31 Disember 2009. Institut ini dijangka akan memulakan operasinya pada April tahun ini dan sasaran utama pesertanya adalah pegawai jabatan kerajaan khususnya agensi agama, guru KAFA, takmir imam, AJK masjid dan lain-lain. Program-program yang diatur dijangka dapat mengukuhkan lagi permuafakatan serta meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat

dan dapat melahirkan para profesional dalam pengurusan hal ehwal Islam yang unggul berketerampilan dan mampu berhadapan dengan cabaran ummah. Dengan tertubuhnya ILIM Wilayah Timur ini, selari dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan Modal Insan. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dalam ucapannya semasa majlis penyerahan tersebut berkata, “Lokasi tapak ILIM Wilayah Timur ini dikelilingi dengan kawasan peranginan dan riadah Pantai Bukit Keluang dan juga berdekatan dengan jeti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang mana menjadi tempat tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.�

Institut ini dilengkapi komponenkomponen utama yang lengkap seperti bangunan pentadbiran dan hal ehwal pelajar termasuk kafeteria, bangunan akademik, bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mampu menampung 100 orang peserta dalam satu-satu masa, surau, pondok pengawal dan rumah penginapan pengawal serta rumah tetamu. Mac 2010 |

13


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

DQ Lahirkan Generasi Huffaz

D

arul Quran (DQ) telah meneruskan tradisi kecemerlangannya pada tahun ini apabila berjaya melahirkan 222 orang pelajar yang telah berjaya menghafaz al-Quran 30 juzuk selama tiga tahun bagi program diploma. Para pelajar tersebut telah diraikan di dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran 2010 yang bertempat di kampus induk DQ, Kuala Kubu Bharu pada 22 Januari 2010. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan lahirnya para huffaz di bumi DQ ini dan mengingatkan para pelajar supaya sentiasa meningkatkan keazaman

untuk melanjutkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di DQ. Dua orang pelajar telah dianugerahkan pelajar cemerlang iaitu Muhammad Ilyas Md. Yusoff dan Nabilah Mohd Ali.

Sekalung Tahniah

T

ahniah diucapkan kepada Ustaz Zakuan Sawai, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma) atas pengurniaan pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-82 pada 21 Januari 2010. Upacara berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar. Tidak ketinggalan kepada Ustaz Zakaria Othman, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2010 di Istana Negara. Istiadat Pengurniaan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Semoga dengan pengurniaan ini dapat memberi semangat untuk memberi sumbangan dengan lebih cemerlang untuk jabatan dan negara.

14

| Mac 2010

Selamat Bersara

S

dalam berkhidmat etelah selama awam perkhidmatan Ustazah Zainab hampir 27 tahun, ah a Penolong Pengar binti Othman, Ketu h ya ila Agama Islam W (Kanan), Jabatan a, jay Cawangan Putra Persekutuan (Jawi) dari untuk bersara tiba masanya perkhidmatannya. perpisahan dan Persaraan Majlis suasana lam kan da beliau telah diada penuh pi ta te rhana yang cukup sede yuarat es M dengan makna bersempena 2010 ri ua br Fe pada 12 Pengurusan Jawi apan uc h ole n juga yang turut diserika oleh n aa rg ha n peng terima kasih da Che ji Ha ’ to Jawi, Da Pengarah Pengarah liau be a, ny an lam ucap Mat bin Che Ali. Da lah te b ina Za h Ustaza menyatakan bahawa da pa ke a jas banyak menyumbangkan an ak as ay ek er dalam m Jawi terutamanya kim Ja ga ar W  trajaya. Jawi Cawangan Pu at bersara kepada lam se mengucapkan urah gala jasa yang dic beliau. Semoga se T. SW lah Al i h di sis dikira sebagai ibada


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim Februari 2010 BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47.

TUAN HAJI ZAKARIA BIN ISA TUAN HAJI ABDUL MALEK BIN SALEH TUAN HAJI ABDUL NASIR BIN AHMAD TUAN HAJI ABDULLAH BIN HJ. ABD. RAHMAN DR. MOHD MOHADIS BIN MD. YASSIN ZAINAB BINTI ABD RAHMAN MAHDI AL-HILMY BIN ARSHAD NASRODDIN BIN MAT DAUD KHAIRUNNA’IM BIN RAMLI MOHD AJIB BIN ISMAIL ISMAIL HASHIM BIN JUNAIDI ZULFAQAR BIN MAMAT JAFRI BIN ABDULLAH ZALEHA BINTI EMBONG MOHD SODRI BIN ABDULLAH NORAWI BIN ENDUT UMMIATON BIN KORONAY HAMID BIN MOHAMAD SHAIFUL IZAM BIN MOHD NOOR RABIATON ADAWIYAH BINTI AB RAHMAN NURUL FAKRI BIN SURIP NURRUL AKHMAR BINTI HASSAN SAUFI BIN HIM FAUZI BIN HOSNI ISA BIN SUKRI AZHARI BIN JAAFAR MUHD SYAMSUL RIDHWAN BIN RAHIM MOHAMAD SYAHMEE BIN ZAHID SAPIAN NOR AZARUDDIN BIN AHMAD MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD MOHD LUTHFEE BIN ALIAS NOR ZALITA BINTI MAT LAZIM @ MANSOR AIDARUSLINA BINTI MOHADI MOHD NAJIB BIN HASAMALDIN KALSOM BIN MOHAMAD NOR MOHD NAHAR BIN A. KASSIM MOHD NOR BIN AHMAD BADOR BIN JALIL MOHAMAD ZAHIR BIN JUSOH @ YUSOFF JEFFRI BIN BUJANG WAN MAKHTAR BIN ISMAIL MUNIRAH BINTI ABDUL RAHMAN JUNAINAH BINTI OTHMAN RAHIMAH BINTI ABDULLAH RABIDI BIN OMAR NUR DZALILAH BINTI MOHD ALI Y.M RAJA ZAINALABIDIN BIN RAJA MOHD SALLEH MOHAMMAD AKMAL BIN AHMAD PUAN ZURAINI BINTI IBRAHIM TUAN SHAIFULLAH BIN TUAN MUSTAPHA NIK ZAKIAH BINTI ABD WAHID

S52 S52 S48 S48 S48 S48 S44 S44 S44 S44 S44 S44 S44 S44 S44 S44 S27 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17 S17

PEJ. MUFTI KL JAWI JAWI PENYELIDIKAN JAIS DAKWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN KPKT KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN DAKWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI ILIM, BANGI JAWHAR KEMENTERIAN KESIHATAN PENYELIDIKAN BAKA, SABAH JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI JAWI MASJID NEGARA MASJID NEGARA MASJID NEGARA MASJID NEGARA JAWI, PUTRAJAYA JAWI JAWI JKM JAWI

MASJID WILAYAH PEJ. MUFTI KL DAKWAH JAWI ILIM, BESUT JAWI KEMENTERIAN KESIHATAN KEM.. WILAYAH PERSEKUTUAN KEMENTERIAN PERTANIAN, INDUSTRI & ASAS TANI KEM. PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN DAKWAH JAKIM JAKIM JAWHAR ILIM, BESUT ILIM, BESUT ILIM, BANGI JKM JAB. PENJARA ILIM, BANGI JKM HAB HALAL ILIM, BANGI PENERBITAN JAB. PENJARA JAB. PENJARA JAB. PENJARA HAB HALAL JKM AADK AADK KBS JKM KESUMA HAB HALAL AADK JKM KESUMA MASJID NEGARA MASJID NEGARA MASJID NEGARA MASJID TUANKU MIZAN ILIM, BANGI ILIM, BANGI JKM PDRM PDRM

TARIKH KUAT KUASA 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 1.2.2010 2.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 17.2.2010 1.2.2010 1.2.2010 1.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010 16.2.2010

S17 S17 S17 S17

JKM MASJID AL-MIZAN ILIM, BANGI IPK, TERENGGANU

PDRM ILIM, BESUT ILIM, BESUT ILIM, BESUT

16.2.2010 1.2.2010 1.2.2010 1.2.2010

48. 49. 50. 51.

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Guna Sama Jakim Februari 2010 BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

NAMA PEGAWAI MOHD PAKHRUDDIN BIN ABDULLAH ZURAIDA BINTI JALAL WAN SAJIRAH BINTI WAN AHMAD WAN MASNIZA BINTI WAN NOOR NORIZAN BINTI JEMAIN SAZALI BIN SAMSUDIN ROHALAH BINTI TARMIZI ROSIAH BINTI KASIM MAZLAN BIN MOHAMAD MOHD BUKHARI BIN YUSOF MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAHMAN TUAN HAJI MOHD HASERI BIN ISMAIL NORSHAHRUL EFENDI BIN BAHARUDIN AHMAD HAZIMIN FAROUQ BIN ABDUL AZIZ AHMAD KHAIRUHAFIZI BIN MOHD MAZLAN AZLINDA BINTI AB WAHAB

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

DG41 M48 W17 N17 N17 N17 N17 N17 R3 R3 R3 H27,M32 KP11 KP11 KP11 KP11

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR BARU KEWANGAN BPSM BARU BARU BPSM BARU BARU PENYELIDIKAN BARU BARU BARU BARU BARU BARU

DARUL QURAN BPSM ILIM, BESUT ILIM, BESUT DARUL QURAN ILIM, BESUT ILIM, BANGI PERHUBUNGAN PENYELIDIKAN ILIM, BESUT DARUL QURAN ILIM, BESUT ILIM, BESUT ILIM, BESUT ILIM, BESUT ILIM, BESUT

16.2.2010 2.2.2010 1.2.2010 1.2.2010 3.2.2010 3.2.2010 17.2.2010 9.2.2010 9.2.2010 1.2.2010 19.2.2010 18.2.2010 22.2.2010 22.2.2010 22.2.2010 22.2.2010

Mac 2010 |

15


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Kenangan Bersama Jakim Indah Jalan Lembah Dakwah 915 Dakwah 498 Dakwah 903 Dari Semenanjung menyeberangi Laut China Selatan Ikmas/PLS Kg. Jemukan Berambeh di Kg. Darul Iman Tebedu Kg. Bedup Sg. Buluh Serian Dari Kuching ke Sibu Menyusuri Sg. Rajang Taman Negara Simalajau Bintulu Twin Auter ke Limbang dan Lawas Cuaca buruk melimpasi Brunei Darussalam melalui jalan darat Untuk pulang ke Kuching Kini saya puas anak didik saya mengganti tempat saya di Jakim sekarang Jawi mengajar erti kesabaran Berhadapan berbagai-bagai ragam manusia Jakim tetap dikenang sampai bila-bila Selamat maju jaya Jakim juga warganya. Nukilan, Ummu Hana Dedikasi daripada Ustazah Zainab Othman sempena persaraan beliau.

16

| Mac 2010


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.