Buletin Jakim Mei 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 131

• MEI 2010 • JAMADILAWAL - JAMADILAKHIR 1431 H

PERCUMA

www.islam.gov.my


Meja Pengarang Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

M

B

la dan S lat

usim Piala Dunia bola sepak datang lagi, sudah pasti peminat dan kaki bola menunggu saat ini. Pastinya seronok melihat perlawanan bola bersama rakan-rakan di kedai mamak pada skrin besar sambil meneguk teh tarik. Sorakan bersama rakan sekali sekala memecah keheningan malam. Tentu ada antara kita sanggup berjegil dan bersengkang mata dari malam hingga awal pagi takut-takut terlepas pasukan kesukaan mereka beraksi. Tanya sahaja siapa penyerang, pemain tengah, penyerang atau penjaga gol, pasti secara spontan kita boleh sebutkan satu persatu. Harap-harapnya kita juga mengingati 99 nama-nama Allah. Adakalanya, pasukan kita beraksi pada lewat malam atau awal pagi. Jika kita sanggup tidak tidur kerana bola, apalah salahnya jika kita luangkan masa lima hingga 10 minit ‘berjumpa’ dengan Allah. Mungkin sebelum atau selepas perlawanan tersebut, kita tunaikan solah sunat tahajjud, membaca sebaris dua ayat Quran dan sebagainya. Barulah malam kita tidak sia-sia begitu sahaja. Bertaruh atau judi? Sudah terang lagi bersuluh perkara tersebut haram di sisi Islam. Simpan sahaja duit ke dalam bank atau belanja barang rumah. Bukan cara kita umat Islam untuk menjana duit melalui judi atau pertaruhan. Biarlah pasukan mana yang menang, sebagai peminat jangan melampaui batas-batas agama.

ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd. Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Kandungan • Majlis Menghafaz al-Quran, Bukan Sekadar Menghafaz 3

• ILIM Wilayah Timur Mula Dibuka untuk Orang 10

• DQ Bakal Menjadi Insitusi al-Quran Terulung - TPM 4

• Jakim Jalin Persaudaraan Antara Imam Serantau 11

• Jom Berambeh di Beladin

4

• Muzakarah Khas JKF

11

• Jakim Kekalkan Kedudukan Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM 2010 13

• Hospital KKB Terima Habuan RM37,000 5

• Wacana Pendidikan Fatwa Bakal Diadakan di Negeri-negeri 12

• Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri 5

• Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Berkunjung ke Jakim 12

• Bersantai Sambil Berdakwah di Pasar Seni 6

• Pelancaran Penubuhan PerWEP

• KP Jakim Rai Pelajar Khatam Hafazan 7 • Budayakan Kenangan dalam Kenangan - KP Jakim 7

2

| Mei 2010

• Kebocoran di Masjid Putra Sudah Diperbaiki 13 • Persaraan Ketua Pengawal Keselamatan Jakim, Tuan Syed Adanan 13

12

• Penguasaan ICT Memperkasa Institusi Tahfiz - TKPO Jakim 14 • Persidangan KPNCR Seluruh Malaysia Kali Ke-22 14 • Audit Pemantauan Rumah Sembelihan Bersama TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia 14 • Senarai Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim April 2010 15


Majlis Menghafaz Al-Quran,

Bukan Sekadar Menghafaz

P

ada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan dalam Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke31, iaitu hafazan dari 1 hingga 10 juzuk beserta tarannum, selain dua kategori lain, iaitu 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk beserta tafsir. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang. Majlis yang telah berlangsung bermula 21 hingga 25 April 2010 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka ini menampilkan 73 orang huffaz seluruh Negara. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam pada 21 April 2010. Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, YABhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah Ab. Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan isteri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir YABhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Kassim, Dato’ Seri Haji Jamil Khir dan isteri, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Dato’ Dr. Mashitah dan suami serta dif-dif kehormat yang lain.

Kategori 1 hingga 10 juzuk (lelaki)

Johan : Ahmad Tirmizi Hj. Ali (Terengganu) Naib Johan : Muhammad Haikal Mohd Aris (Melaka) Ketiga : Muhammad Naazir Sheikh Alaudeen (Selangor) Kategori 1 hingga 10 juzuk (perempuan) Johan : Farihah Zulkifli (Wilayah Persekutuan) Naib Johan: Siti Hajar Nabilah Mohd Darha (Selangor) Ketiga : Zainab Sapiuddin (Sabah) Kategori 1 hingga 20 juzuk (lelaki) Johan : Mohd Iqram Niyaz Ahmad (Kelantan) Naib Johan : Mohamad Fida’iy Zainal Abidin (Kedah) Ketiga : Muhamad Khairul Razikin Abdul Razak (Sabah) Kategori 1 hingga 20 juzuk (perempuan) Johan : Farah Nabilah Amindin (Selangor) Naib Johan : Khairunnisah Zaini (Johor) Ketiga : Nur Amalina Azharuddin (Melaka) Kategori 1 hingga 30 juzuk (lelaki) Johan : Ahmad Mujahid Salleh Sani (Wilayah Persekutuan) Naib Johan : Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin (Kelantan) Ketiga : Mohd Labib Mohamad Anuar (Selangor) Kategori 1 hingga 30 juzuk (perempuan) Johan : Siti Nadhira Mohd Shafie (Selangor) Naib Johan : Mazian Abu Bakar (Wilayah Persekutuan) Ketiga : Siti Farhana Zainudin (Melaka)

Keputusan para pemenang diumumkan oleh Dato’ Haji Wan Mohamad selaku Pengerusi Jemaah Hakim. Pemenang bagi ketiga-tiga kategori hafazan seperti berikut:

Mei 2010 |

3


DQ Bakal Menjadi Insitusi al-Quran Terulung - TPM

D

arul Quran (DQ) telah menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di kampusnya di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Lawatan bersejarah ini telah diadakan pada 16 April yang lalu dan beliau telah diraikan dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DQ yang di Dewan Muktamar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Pengarah DQ, Tn. Hj. Che Ibrahim Che Man.

merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti atau kolej universiti dalam tempoh dua tiga tahun akan datang. Selain itu, beliau turut menyarankan tenaga pengajar DQ dapat melengkapkan diri melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) selaras dengan keperluan institusi pengajian tinggi. Menurut beliau lagi, DQ juga perlu menawarkan bidang profesional lain dalam usaha melahirkan para profesional yang mampu menguasai ilmu al-Quran. Jika DQ lengkap dengan semua bidang pengajian ini, beliau yakin DQ akan menjadi sebuah institusi al-Quran terulung di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin dalam ucapannya, menyatakan DQ perlu bekerja lebih keras bagi

JOM Berambeh di Beladin J

akim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Betong telah menyertai Program Hari Bersama Pelanggan bersempena dengan Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran

4

| Mei 2010

Program ‘Jom Berambeh’ di kawasan Parlimen Batang Lupar yang diadakan di Stadium Mini Kampung Beladin, Pusa Betong Sarawak pada 20 April 2010. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Industri Asas Tani Malaysia ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak. Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Menteri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen

Batang Lupar, YB Datuk Hajah Rohani Karim, Menteri Perumahan dan Pembanggunan Bandar Sarawak, YB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Hj. Openg, dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Tuan Md Yahya Basimin.


Hospital Kkb Terima

Habuan RM37,000

Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

B

ahagian Kesuma Jakim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah telah mengadakan Program Penjelasan Isu Semasa Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 4 April 2010 di Hotel Sungai Petani Inn, Kedah. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran di luar jangkaan, iaitu mencecah 800 orang peserta yang terdiri daripada Imam dan juga guru takmir peringkat negeri Kedah. Program ini diadakan bagi menyediakan ruang kepada YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) berkongsi hasrat dan amanat berkaitan isuisu dalam negara dan isu-isu pengurusan dan pengimarahan masjid.

H

ospital Kuala Kubu Bharu (KKB) menerima sumbangan berupa peralatan hospital dan buku-buku bernilai RM27,000 daripada Yayasan Taqwa MAIWP dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) sebanyak RM10,000 bersempena lawatan Dato’ Seri Jamil Khir ke hospital berkenaan pada 15 April 2010. Penyerahan replika cek sebagai simbolik telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Jamil Khir kepada Pengarah Hospital KKB, Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh dan turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Pengurus Besar Yayasan Taqwa, En. Ahmad Ayob Ibrahim. Program Ziarah Ukhuwah dan Penyampaian Sumbangan kepada Pesakit Hospital KKB ini bertujuan meringankan beban pesakit di samping menjalin ukhuwah bersama para pemimpin.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Seminar Pengukuhan Integriti Kakitangan Awam (PIPA) telah diadakan di Darul Quran. Seminar bermula pada pukul 2.00 petang ini menampilkan dua pembentang kertas kerja iaitu Tn. Hj. Mat Radzi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapannya telah menyentuh mengenai cabaran Imam dan guru takmir yang dihadapi masa kini menuntut pengorbanan yang amat besar selari dengan perubahan semasa. Beliau turut menyampaikan amanat kepada para Imam dan guru takmir agar bekerja dengan bersungguhsungguh untuk menggerakkan masyarakat dan bangsa.

Hj. Mat Ali dengan tajuk kertas kerjanya “Keluarga Bahagia Ke Arah Kecemerlangan Prestasi Kerja,” dan Ustaz Shahrulkarnain Mohd Nasir dengan kertas kerjanya bertajuk “Integriti dalam Perkhidmatan Awam Menurut Perspektif Islam.”

Program ini juga turut diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Mohd Aizam Mas’od dari Bahagian Penyelidikan dengan tajuk “Penjelasan Isu Semasa yang Menggugat Kekuatan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.” Pada majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir turut sudi menyempurnakan Majlis Penyerahan Buku Rujukan kepada Guru-guru Takmir Negeri Kedah sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan yang ditaburkan kepada masyarakat. Mei 2010 |

5


Bersantai Sambil Berdakwah di Pasar Seni Santai Sambil Berhibur Bersama Remaja yang dianjurkan oleh Bahagian Kesuma di Pasar Seni Kuala Lumpur pada 17 April 2010 lalu. Diskusi dengan tema ‘Menggaris Hiburan Seni,

Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Turut hadir, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Pengarah

S

eni merupakan sesuatu yang indah kerana selain daripada menghiburkan hati, ia turut menguatkan jiwa dan menyentuh perasaan. Namun ia perlu dibatasi agar tidak menjadi keterlaluan dan lalai. Bagi penggiat seni, mereka perlu berwawasan dan berilmu kerana menjadi ikon terutama pada remaja. Ilmu yang dibajai dengan iman akan menguatkan seseorang itu terutama anak seni untuk terus kuat membuat satu perubahan ke arah kebaikan dalam dirinya yang seterusnya menjadikannya ikon kepada masyarakat. Demikian antara kesimpulan yang disimpulkan dalam diskusi santai oleh beberapa orang personaliti dalam program

6

Cakna Ikon Remaja Masa Kini’ dipengerusikan oleh Ustaz Nabil Ahmad, dan menampilkan ahli panel Pn. Erma Fatima, Pn. Wardina Safiyah dan En. Farihin Abdul Fatah. Program khusus untuk remaja ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan

| Mei 2010

(Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Antara objektif program ialah sebagai satu medan kepada Jakim, agensi kerajaan dan NGO untuk menggembleng tenaga dan idea menangani masalah sosial di kalangan remaja dan sebagai pendekatan

dakwah yang bersifat turun padang dan lebih bervariasi. Apa yang menariknya program ini telah diacarakan dalam pelbagai bahasa selain Melayu, iaitu Mandarin, Tamil, Inggeris dan Arab. Selain diskusi, pertunjukan fesyen remaja muslimah juga sempat diperagakan pada petang tersebut. Beberapa pameran yang disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan juga NGO turut diadakan. Pengisian lain ialah persembahan kumpulan nasyid In Heart, penampilan mencuit hati juara Adikadikku, Wajih Zakwan dan Amin serta puisi drama yang menyentuh perasaan oleh Pesona Seni Kuala Lumpur. Program diteruskan pada sebelah malam dengan persembahan dikir barat yang ceria dan berwarna warni serta bacaan mengingati rasul melalui selawat dan qasidah yang menampilkan kumpulan al-Mawlid. Program ini telah dirakamkan oleh Bahagian Media Jakim dan telah disiarkan dalam sorotan rancangan Persada Jurnal di TV1.


KP Jakim Rai Pelajar Khatam Hafazan

B

ertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran (DQ), telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran, Program Persijilan Tahfiz Al-Quran 2010. Majlis yang merupakan agenda tahunan itu diadakan bagi meraikan seramai 123 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 18 bulan di DQ.

sentiasa meningkatkan keazaman untuk melanjutkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di DQ. “Peranan para pensyarah amat besar dalam melahirkan para huffaz yang cemerlang. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pensyarah yang komited terhadap pencapaian akademik pelajar,” tambah beliau.

Dalam pada itu, DQ turut menganugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada dua orang pelajar yang mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Pengarah DQ, Tn. Hj. Che Ibrahim Che Man.

Majlis khatam yang dipimpin oleh Ust. Shuib Abu Al-Hafiz itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan lahirnya para huffaz di bumi DQ dan beliau mengingatkan para pelajar supaya

Budayakan Kenangan dalam Kenangan – KP Jakim

K

etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata orang yang mulia ialah orang yang sentiasa mengenang jasa. Beliau menggesa supaya warga Jakim membudayakan kenangan dalam kenangan yang termaktub di dalamnya banyak komponen tafsiran seperti kasih sayang, rasa hormat, rasa bangga dan mewarisi nilainilai mulia. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan April 2010 di Auditorium D8, Putrajaya pada 28 April 2010.

Dato’ Haji Wan Mohamad menambah, jika hendak menjadi seseorang yang mulia, kita mestilah merujuk al-Quran dengan sifatnya al-karim, iaitu mulia. Begitu juga dengan memuliakan golongan yang menjunjung, beramal dan menghafaz al-Quran, sebenarnya kita memuliakan Rasulullah SAW. Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan sijil kepada rais, murabbi dan penaja dalam menjayakan racangan realiti TV Adikadikku. Antara yang hadir ialah rais, Encik Farihin, dan murabbi, Ustaz

Ridzuan Tee dan Ustazah Asni Mansor. Menurut Dato’ Haji Wan Mohamad rancangan akhir Adik-adikku mendapat rating penonton yang tinggi iaitu 948,000 orang menonton rancangan tersebut. Beliau turut berpesan kepada bahagian Dakwah supaya tidak terlepas pandang kepada peserta-peserta Adik-adikku dalam program yang dilaksanakan kerana mereka telah membuktikan potensi dan minat mereka.

Mei 2010 |

7


Berita Bergambar 2

3

4

5

7

8

1 1. Brigedier Jeneral Haji Kamarudin Haji Mamat, Pengarah Kagat, Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera, Kuala Lumpur telah membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Jakim Cawangan Sabah pada 25 Mac 2010. 2. Kursus Tahsin Bacaan alQuran Peringkat Zon Utara Tahun 1431H/2010M telah diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara (Intura), Sungai Petani, Kedah pada 28 hingga 31 Mac 2010. 3. Bahagian Dakwah Jakim melalui Unit Belia (KFI) dan Unit Anak Yatim (UKH) telah menganjurkan seminar bagi pelajar Sekolah Menengah Tun Sakaran, Semporna, Sabah pada 13 Mac 2010. 4. Bahagian Dakwah telah melaksanakan ziarah dakwah ke tiga pulau di daerah Semporna Sabah pada 13 Mac 2010 yang lalu. 5. Ziarah Ukhwah oleh Jakim ke Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Kelantan (Yaatim) pada 27 Mac 2010 di Pengkalan Chepa, Kelantan. 6. Bahagian Kesuma Jakim menjayakan program temuseru anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diadakan pada 24 Mac lalu. 7. Jakim dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengadakan Program Seminar Pengukuhan Integriti Perkhidmatan

8

6

9

10

11

12 Awam kepada pegawai-pegawai kastam di Akademi Kastam Malaysia (Akmal) Cawangan Langkawi. 8. Bahagian Hab Halal Jakim telah mengadakan Kursus Kefahaman Penguatkuasaan Halal pada 27 hingga 30 Mac 2010 di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Sungai Air Tawar, Selangor.

| Mei 2010

9. Pada 13 hingga 15 Mac 2010, Pusat Latihan Dakwah Kudat, Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan program Kem Kepimpinan kepada pelajar sekitar Sikuati. 10. Pusat Pemantapan Akidah Jakim dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiyyah, Paroi, Seremban telah menganjurkan Kursus Kefahaman Akidah kepada saudara muslim pada 22 hingga 24 Mac 2010. 11. Pada 9 April 2010 yang lalu, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kajang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jakim. 12. Pada 6 hingga 10 April 2010 telah diadakan Program Ekspedisi Kasih bermotosikal jelajah Perkampungan Orang Asli di lima perkampungan Orang Asli di Pahang dan Perak.


13 13. Kadi Daerah Pontian, Johor bersama 20 orang Penolong Pendaftar Nikah Daerah Pontian, Johor telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jakim pada 13 April 2010. 14. Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim telah mengadakan Lawatan Kajian ke Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Johor pada 14 April 2010. 15. Wakil Jakim muncul juara dalam Pertandingan Bowling Puspanita JPM pada 16 April 2010 di Alamanda, Putrajaya. 16. Bahagian Kesuma Jakim dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan 2 siri Seminar Hak-hak Suami Isteri Menurut Perundangan Islam Peringkat Negeri Sabah pada 13 dan 14 April 2010. 17. Jakim Cawangan Sabah dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah untuk kakitangan RELA dan Jakim Cawangan Sabah pada 13 dan 14 April 2010. 18. Program Pelan Tindakan Manual Islam HIV/AIDS Muslim yang dianjurkan oleh Bahagian Kesuma, Jakim diadakan pada 14 April lalu di Felda Pasak Kota Tinggi.

14

15

16

17

18

21

19

20

19. Forum Perdana Ehwal Islam diadakan di padang umum Felda Pasak Kota Tinggi, Johor pada 14 April lalu bersempena dengan program Pelan Tindakan Manual HIV/AIDS Muslim. 20. Jakim Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab Intensif kepada pegawai dan kakitangannya pada 19 hingga 21 April 2010 di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air Kuching. 21. Seramai 200 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah mengikuti program Khemah Ibadah anjuran bersama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan pihak sekolah pada 16 April 2010. 22. Pusat Pemantapan Akidah Jakim dengan kerjasama Bahagian Dakwah dan Pos Malaysia telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Kefahaman Akidah kepada pegawai kanan warga pos pada 9 hingga 11 April 2010. 23. Bahagian Kesuma Jakim mengadakan ziarah ke pusat komuniti di Pusat Perlindungan Dignity, Larkin, Johor Bahru pada 15 April 2010. 24. Pada 28 April 2010, sekumpulan staf sokongan bukan akademik, Kolej Matrikulasi, Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jakim.

22

24 23

Mei 2010 |

9


Ilim Wilayah Timur

Mula Dibuka Untuk Orang Ramai

D

engan keluasan tanah 65.5 ekar, ILIM Wilayah Timur tersergam indah dengan kapasiti kemudahan yang lengkap seperti pejabat pentadbiran yang telah dihuni oleh 21 orang kakitangan dan mula dibuka untuk orang ramai menghadiri program di sini. Kompleks yang bersebelahan dengan pantai peranginan Bukit Keluang, berjiran dengan Institut Perguruan, Kem Bina Semangat dan sebuah padang golf yang bakal siap telah menggamit minat pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti di kompleks ILIM Wilayah Timur ini. Selain itu, turut disediakan dua bilik seminar yang boleh memuatkan 100 orang peserta dan empat bilik kuliah memuatkan 50 orang setiap bilik. Selain itu, turut tersedia dua bilik mesyuarat utama berkapasiti 30 orang setiap bilik dan empat bilik perbincangan yang memuatkan 10 orang setiap bilik. ILIM Wilayah Timur menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada para peserta dengan 50 bilik asrama. Penginapan adalah secara berkongsi dua orang sebilik dapat memuatkan 100 orang peserta dalam satusatu masa. Selain itu, surau juga disediakan yang mampu menampung 300 orang jemaah yang bakal diimarahkan oleh peserta kursus serta para penduduk setempat terutama untuk menjalankan aktiviti dakwah. Tanggal 3 April 2010, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Malaysia merangkap Ahli Parlimen Besut, Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin, telah menyempurnakan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena pembukaan ILIM Wilayah Timur. Majlis tersebut telah dihadiri lebih 600 orang tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, guruguru KAFA, penduduk-penduduk setempat serta kakitangan ILIM dan pengarah-pengarah bahagian Jakim. Para tetamu telah diundang buat pertama kali untuk menyaksikan kompleks ILIM Wilayah Timur yang baru dibina di jalan Peranginan Bukit Keluang, Besut, Terengganu. YB Dato’ Dr. Abdullah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jakim dan ILIM Wilayah Timur kerana berjaya menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat yang dapat mengumpulkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan kompleks ILIM ini yang bakal menjadi peneraju latihan Islam bertaraf global. Sebelum itu, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dalam ucapan aluannya mempelawa penduduk kampung untuk sama-sama merasai nikmat pembangunan ILIM Wilayah Timur dengan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan ukhuwah dan perkenalan dengan pihak pentadbiran ILIM Wilayah Timur seperti menggunakan kemudahan padang permainan, surau dan lain-lain.

10

| Mei 2010


Jakim Jalin Persaudaraan Antara Imam Serantau

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dalam ucapan pada majlis penutup, menyatakan beliau cukup gembira dan bersyukur kerana Jakim dan ILIM mewakili Malaysia telah menganjurkan program yang melibatkan imam-imam negara serantau. “Pastikan program ini berterusan sampai bila-bila,” ujar beliau. “Sekalipun berlainan negara, namun kita bersaudara kerana agama Islam,” tambahnya lagi.

Muzakarah Khas JKF

S

I

LIM telah mengadakan satu program Kursus Profesionalisme Imam Peringkat Serantau pada 20 hingga 30 Mac 2010 yang disertai Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Kemboja dan Myanmar yang melibatkan 56 orang imam. Para peserta telah didedahkan dengan kaedah-kaedah pengurusan dan pengimarahan masjid, pengurusan kewangan masjid, iventori dan peranan masjid dalam pembangunan. Kursus ini membuka peluang kepada para peserta mendalami peranan dan tanggungjawab imam, teknik pembacaan doa rasmi, teknik penyampaian khutbah yang berkesan, kepentingan ilmu tajwid, tahsin qiraat serta kaedah hafazan yang cepat.

eramai 11 orang Sahibus Samahah mufti-mufti, tiga orang wakil mufti dan lima orang ahli dilantik oleh Majlis Raja-Raja hadir pada Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang berlangsung di Dewan Syura Jakim pada 14 April 2010. Muzakarah ini dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abd. Shukor Hj. Husin. Selepas tamatnya sesi Muzakarah Khas tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli muzakarah bagi membincangkan isu penubuhan Jawatankuasa Antara Agama. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Dato’ Dr. Ismail Ibrahim dan Ketua Pengarah IKIM, Dato’ Nik Mustafa Nik Hasan.

Peserta turut dibawa melawat ke Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Kampung Pauh (masjid contoh peringkat daerah), Masjid As-Syakirin KLCC dan Masjid Al-Azim, Melaka. Selain itu, mereka turut berpeluang melawat ke Jakim, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Pusat Pemantapan Aqidah Jelebu, Muzium Kesenian Islam, Darul Quran dan lawatan sosial sekitar Kuala Lumpur. Hasil daripada kursus ini, peserta dapat meningkatkan keterampilan dan profesionalisme sebagai seorang imam. Selain daripada menjalin silaturrahim antara negara serantau, peserta dapat berkongsi pengalaman di negara masing-masing. Melalui kursus ini juga, mereka dapat membincangkan pelbagai isu-isu semasa serta merangka aktiviti-aktiviti pada masa akan datang.

Mei 2010 |

11


C

Wacana Pendidikan Fatwa Bakal Diadakan di Negeri-negeri

adangan untuk menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa secara bersama antara jabatanjabatan mufti dan Jakim di negeri-negeri merupakan antara isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF) Kali Ke-2 yang telah diadakan pada 19 April 2010 ILIM, Bangi. Wacana tersebut diadakan bagi tujuan menyebar dan mendidik masyarakat mengenai isu-isu yang telah

dikeluarkan pandangan hukum dan fatwa oleh JKF dan juga jabatan mufti negeri. Isu lain yang turut dibincang ialah mengenai tindakan susulan terhadap Pelan Strategik Jabatan Mufti: 2010-2014 yang telah siap digubal pada bulan Februari 2010 yang lalu. Mesyuarat bersetuju supaya pelan strategik tersebut dijadikan sebagai Pelan Strategik Jabatan Mufti masingmasing dan juga pelan induk bersama antara Jabatan Mufti dan Jakim dalam

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia Berkunjung ke Jakim

usaha memartabatkan institusi fatwa di negara ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan dihadiri oleh timbalan dan pegawai kanan Jabatan Mufti seluruh Malaysia serta pegawai Jakim. Sempena mesyuarat pada kali ini juga, satu taklimat berkaitan dengan tatacara permohonan perjawatan bagi tujuan pengstrukturan semula Jabatan Mufti telah disampaikan oleh wakil Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu Puan Suzina Mohd. Thani. Wakil Jawi Cawangan Putrajaya serta AJK penaja PerWEP.

K

PerWEP merupakan sebuah pertubuhan yang bertujuan mengumpulkan golongan warga emas yang berusia 55 tahun ke atas, sama ada yang masih bekerja atau telah bersara, bagi mengisi dan memanfaatkan masa mereka dengan input-input yang berfaedah.

Lawatan tersebut turut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan Puan Hakimah Mohd Yusoff dari Bahagian Hab Halal Jakim.

Dalam ucapan pelancaran, Tan Sri Samsudin berharap agar PerWEP dapat berperanan sebagai sebuah institusi bukan kerajaan yang boleh membantu pihak kerajaan dalam membentuk nilainilai murni dalam masyarakat, seterusnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga kearah pengukuhan jalinan komuniti.

etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah menerima lawatan dari HE David Kersey, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia pada 28 April 2010. Beliau ditemani oleh Setiausaha Pertama di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Encik Brad Burgess.

Tujuan lawatan adalah membincangkan kerjasama dalam bidang halal di New Zealand. Di samping itu, Jakim juga turut mengambil peluang berbincang mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan untuk pegawai Jakim di institusi pengajian tinggi New Zealand.

Pelancaran

Penubuhan PerWEP

B

uat julung-julung kalinya Majlis Pelancaran Penubuhan Persatuan Warga Emas Putrajaya dan Mesyuarat Agung kali Pertama (PerWEP) telah diadakan pada 30 Mac 2010 di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Bin Osman dan turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari UKM,Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Md. Ali Sarbini, Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Hj. Manaf Mat,

12

| Mei 2010

Sempena majlis ini juga, Dato’ Haji Wan Mohamad telah diumumkan sebagai penaung PerWEP yang pertama. Pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi (PerWEP), Dato’ Hj. Zainul Hj. Ayob. Dalam majlis yang sama, YDP Persatuan Usia Emas Malaysia, Tuan Hj. Syed Barkat Ali Syed Ali telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan dan Sumbangan Warga Emas Sebagai Penjaga Nilai (Custodian of Values) dan pengikat Kasih Sayang Keluarga dalam Pengukuhan Komuniti.”


K

elemahan reka bentuk, kegagalan sistem kalis air dan kelemahan kualiti kerja merupakan antara faktor kebocoran yang berlaku di Masjid Putra sejak beberapa tahun lalu. Berikutan dengan itu, sebanyak RM24.9 juta telah diperuntukkan bagi membaiki segala kerosakan tersebut. Pihak JKR Putrajaya telah

Kebocoran di Masjid Putra

Sudah Diperbaiki melantik syarikat Teamcoat Engineering Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama menerajui projek ini bermula Disember 2007 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Menurut Pengarah JKR Putrajaya, Dato’ Abd Rahim Hj. Ahmad, kerosakan yang berlaku turut disebabkan faktor usia masjid itu sendiri yang sudah lebih 10 tahun yang memerlukan banyak kerja pembaikan dan penyelenggaraan. Majlis penyerahan siap bagi kerja-

Persaraan Ketua Pengawal Keselamatan Jakim,Tuan Syed Adanan

T

anggal 8 April 2010 merupakan hari terakhir bagi Tuan Syed Adanan Syed Nordin memegang jawatan sebagai Ketua Pengawal Keselamatan di Jakim. Ketua Pengarah Jakim telah meluangkan masa mengiringi beliau semasa mengetik kad perakam waktu buat kali yang terakhir. Suasana pilu jelas terpancar di wajah beliau dan semua kakitangan yang menghadirinya. Tuan Syed Adanan telah memulakan perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam pada 6 Februari 1984 di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah ditempatkan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selepas berjaya dalam kenaikan pangkat sebagai Pengawal Keselamatan KP14. Beliau memulakan perkhidmatan di Jakim pada 1 Ogos 2000 dan berkhidmat di Jakim selama 9 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau di Jakim, beliau merupakan seorang kakitangan yang sangat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugasnya demi memastikan keselamatan di Jakim. Atas kecemerlangan beliau dalam menjalankan perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007. Warga Jakim melahirkan rasa bangga kerana mempunyai seorang kakitangan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Diharap dengan semangat yang ada pada diri beliau dapat menggerakkan kakitangan Jakim untuk mencontohi perkhidmatan beliau.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri, Encik Samsuni bin Mohd Nor, Pengarah Urusan Teamcoat Engineering Sdn. Bhd., Ir. Md. Nasir Ibrahim dan Imam Besar Masjid Putra, Tn. Hj. Abd Manaf Hj. Mat.

kerja membaiki kebocoran di masjid berkenaan telah disempurnakan oleh Dato’ Abd Rahim kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan turut disaksikan oleh

Jakim Kekalkan Kedudukan Naib Johan Festival Nasyid Peringkat JPM

K

umpulan Nasyid Jakim telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid peringkat JPM tahun 2010 yang telah diadakan pada 20 dan 21 April 2010 di Auditorium Blok B, JPM. Kemenangan ini sekali gus mempertahan kedudukan Jakim di tempat kedua dalam Festival Nasyid yang sama pada tahun lepas yang dimenangi oleh kumpulan DG-Wa. Dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan Jakim untuk menyertai Festival Nasyid peringkat Kementerian. Kumpulan Fajrul Islam ini merupakan kumpulan baru bagi Jakim yang dianggotai oleh lima orang kakitangan Jakim di Sabah. Dengan lagunya “Ummah Perkasa,” kumpulan ini telah dilatih oleh tiga orang jurulatih yang berwibawa iaitu komposer terkenal En. Farihin b Abd Fatah, Ustaz Mohd Asa’ri bin Abdan, dan Ustaz Nabil Ahmad. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zainol Othman telah merasmikan majlis tersebut sekali gus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Mei 2010 |

13


Penguasaan ICT Memperkasakan Institusi Tahfiz - TKPO Jakim

T

KPO Jakim menyarankan agar Darul Quran dan MTQN dapat mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam usaha memperkemaskan lagi pengurusan sesebuah maahad tahfiz. Menurut beliau, penguasaan ICT sangat penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat, selain memudahkan sesuatu urusan. TKPO turut menyarankan penggunaan aplikasi dalam

talian bagi urusan peperiksaan dan akademik dilaksanakan dengan segera oleh maahadmaahad tahfiz. Beliau berkata demikian semasa Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke20 di Residence Hotel, Kuala Terengganu pada 5 hingga 7 April.

oleh Exco Penerangan dan Agama Terengganu, YB Tn. Hj. Khazan Che Ma. Turut hadir ialah Mufti Negeri Terengganu, SS Dr. Hj. Alias Abdullah.

Persidangan yang diadakan dwitahunan ini telah dirasmikan

Persidangan KPNCR Seluruh Malaysia Kali Ke-22

Saya khuatir jika kita lambat menyedari dan bertindak, corak pengurusan, pembentukan dan pembangunan institusi keluarga dalam tempoh 10 tahun akan datang akan berubah menjadi lebih kronik.

P

Saat itu, tidak mustahil akan timbul di negara ini pihakpihak yang menuntut hak supaya negara mengiktiraf perkahwinan sejenis, melihat perkahwinan sebagai adat atau simbolik sematamata, menerima hidup bersekedudukan sebagai budaya masyarakat moden,

embangunan Industri Makanan Halal telah menarik minat pengusaha daging Halal di Australia bagi mendapatkan pengesahan Halal dan kebenaran mengeksport daging Halal ke Malaysia. Pada tahun 2010 ini, sebanyak lima buah rumah sembelih baru telah mendapat kelulusan mengeksport daging Halal ke Malaysia dan ini menjadikan jumlah premis rumah sembelih yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia untuk mengeksport produk berasaskan daging halal ke Malaysia adalah sebanyak 28 buah. Pada 8 April 2010 yang lalu, TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Dato’ Salman Ahmad sekali lagi sudi meluangkan masa untuk turut serta di dalam program Audit Pemantauan yang dilaksanakan oleh Atase Halal Australia. Program audit kali ini dilakukan di Rockdale Beef Pty. Ltd, Yanco, New South Wales turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia. Program ini telah memberikan pendedahan kepada TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mengenai prosedur pelaksanaan audit pematuhan berdasarkan MS 1500:2009 dan juga proses yang dilaksanakan oleh rumah sembelih lembu berbanding biri-biri yang dilaksanakan sebelum ini. 14

| Mei 2010

lahir persatuan antiperkahwinan yang mendokong ideologi kebebasan sebagai hak mutlak individu, berlaku perubahan nilai dalam keluarga dan institusi perkahwinan, bertambahnya kes haruan makan anak, keganasan keluarga yang melampaui batasan undangundang, pengabaian-

penganiayaan dan penderaan terhadap kanak-kanak, wanita dan ibu bapa yang sudah tua.” Itulah luahan rasa dan kebimbangan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dalam ucap utama beliau semasa merasmikan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke 22 pada 27 dan 28 April 2010 bertempat di ILIM, Bangi. Beberapa kertas cadangan pelan tindakan, makluman dan taklimat telah dibentangkan sepanjang berlangsungnya persidangan ini.

Audit Pemantauan Rumah Sembelihan

Bersama TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia


Al-Fatihah

disahkan meninggal dunia pada usia 50 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Che Salmah Osman, 48 tahun, dan dua orang anak lelaki, Mohd Hafizi, 21 tahun dan Mohd Hanif, 19 tahun. Allahyarham telah berkhidmat di Jakim sejak tahun 1986. Allahyarham merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah.

P

ada 13 Mei 2010 seluruh warga Jakim dan ILIM, Bangi dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Mohd Shukri Saad, Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Sains Dakwah, ILIM. Allahyarham telah dikejarkan ke Hospital Serdang setelah dilaporkan pengsan di rumahnya. Setibanya di hospital pada jam 12.30 tengah hari, beliau telah

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Jakim April 2010 BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

1.

MOHD SHOKRI BIN HAJI MUSTAFFA

S48

JAIN MELAKA

BHG. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

1.4.2010

2.

TUAN HAJI OMAR BIN MEHAT

S48

JAWI, KL

DARUL QURAN

1.4.2010

3.

Y.M DATIN RAJA DARULEHSAN BT RAJA ARIFFIN

S48

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

BAHAGIAN LATIHAN

1.4.2010

4.

OSLAN AFFANDI BIN ABDULLAH

S41

JAKIM CAW. SARAWAK

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

12.4.2010

5.

KAMARUDDIN BIN MOHAMAD TOHA

S44

JAIN SELANGOR

DAKWAH

19.4.2010

6.

ABDUL LATIF BIN MOHTAR

S22

CBSG

PDRM

15.4.2010

7.

MOHD JEFRI BIN A. MUKHTI

S17

CBSG

JKM

12.4.2010

8.

ILYANI BINTI MOHD YUSOF

N17 (KUP)

PERHUBUNGAN

PERHUBUNGAN

15.4.2010

9.

NORMAH BINTI JAAFAR

N17

KEMENTERIAN PELANCONGAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

12.4.2010

10.

NOOR HANNANI BINTI ABD HAMID

W17

KEMENTERIAN KEWANGAN

BAHAGIAN KEWANGAN

12.4.2010

11.

ZAMILA BINTI MOHAMAD

W17

KDN

DARUL QURAN

21.4.2010

Lantikan Baru Pegawai Guna Sama Jakim April 2010 BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

KE

TARIKH KUAT KUASA

1.

NURUL SAIDATINA BINTI ABDUL SHUKOR

W17

BAHAGIAN KEWANGAN

12.4.2010

2.

JUNAINI BINTI ABD GHANI

N17

BAHAGIAN LATIHAN

13.4.2010

3.

MUSZALIFAH BINTI MUSTAFFA

N17

MASJID NEGARA

13.4.2010

4.

SHARINA BINTI KAMARUDDIN

N17

BHG. PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM

12.4.2010

5.

AMNAN KHALADI BIN SULIMAN ATORIY

N17

PENGURUSAN FATWA

12.4.2010

6.

NUR HAZWANI BINTI ISMAIL

N17

BPSM

14.4.2010

Mei 2010 |

15


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 Tahun 1431H/2010M Tarikh | 29 Jun - 3 Julai 2010 bersamaan 12 - 20 Rejab 1431H Masa

| 8.00 - 11.00 malam

Tempat | Dewan Saadah Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah

“Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah�

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.