5
9
Tahukah Adik-adik
Celoteh Abang Zul
Kuda Tidak Tafhimul Quran Berkaki? Mengapa Saya Dilahirkan?
Da’ie Kecil
Celoteh Abang Celoteh Abang ZulZul
Ulat Buku yang Baik Cinta Perpustakaan
SUBHANALLAH
MUTIARA HADITH Kelahiran Rasulullah SAW Membawa Rahmat 2
Al-Hambra: Keajaiban Seni Bina Islam
FARDU AIN/KIFAYAH
BERSAMA KAK KUSYI
21
BELAJAR TAUHID: Al-Qabidh: Yang Maha Menyempitkan 3 ADAB ISLAMIAH: Bagaimana Hendak Menyambut Tahun Baru dan Mencapai Azam? 4 TAFHIMUL QURAN: Mengapa Saya Dilahirkan? 5
Beradab dengan Tetamu
Agungnya Kalimah Allah
24
ULUL ALBAB
KARYA PEMBACA
25
FABEL Azam Baru: Hilangkan Kedengkian
27
BELAJAR JAWI
30
BELAJAR KHAT
33
KEPUTUSAN SILANGKATA
34
TEKA SILANGKATA
35
PERUBATAN/KESIHATAN: Ajaibnya Tubuh Kita 6 TEKNOLOGI: Olympiastadion vs Labahlabah dan Pepatung 8 DOA: Hendak Memulakan Pembelajaran
9
MENGENAL CIPTAAN TUHAN TAHUKAH ADIK-ADIK: Januari 2010: Keajaiban Astronomi Sejak Ribuan Tahun 10
AYRA & AIMAN Zikir dan Fikir
12 14
SOAL JAWAB AGAMA Bersama Ustazah Majidah
16
AKTIVITI Rancangan Realiti TV Adik-adikku
CELOTEH ABANG ZUL Da’ie Kecil
Galeri Ilmu Sdn Bhd
PEDOMAN
23
BELAJAR BAHASA
KISAH NABI Bertemu Lelaki Misteri
KEMBARA BUKU
22
18
20
TEMA: Angka
36
PERMAINAN UJI IQ
38
PERADUAN MEWARNA TEMA: Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW 40
KEPUTUSAN PERADUAN MEWARNA 41
HADITH
Membawa Rahmat Oleh: Ustazah Majidah
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda, “Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepadaku.”
A
dik-adik, Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di Mekah, pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal pada Tahun Gajah. Sesungguhnya Baginda adalah Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa rahmat kepada seluruh alam, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiyaa’ ayat 107, maksudnya; “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Merayakan maulidur rasul merupakan salah satu cara untuk kita memuliakan Rasulullah SAW. Allah SWT mengingatkan kita supaya mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW ini, kerana ia dapat mengukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda. Seterusnya tidak melupakan ajaran dan sunnahnya dalam meneruskan perjuangan baginda. Kita digalakkan berselawat ke atas Nabi SAW. Allah SWT telah berfirman yang
maksudnya; “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab:56)
Jom cintai Rasul!
BELAJAR TAUHID
A I N / K I FAYA H
A
Oleh: Ustazah Nizatul Shasha Danian
l-Qabidh merupakan antara nama-nama Allah yang bererti Allah Yang Maha Menyempitkan. Kalimah ini kadang kala disebut seiring dengan Al-Basit, yang bererti Allah Yang Maha Melapangkan. Adik-adik, kesempitan dan kelapangan menjadi lumrah kehidupan manusia. Tiada sesiapa pun manusia di dunia ini menginginkan kehidupan yang sempit, sukar dan susah. Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan kehidupannya termasuk rezeki, jodoh juga ajal menurut kehendak Allah SWT. Namun, manusia juga dibekalkan dengan iman, akal fikiran serta pancaindera untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik, harmoni dan diberkati Allah. Dalam kehidupan ini setiap manusia pastinya diuji. Orang yang kaya menjadi fakir atau miskin, yang sihat menjadi sakit, yang bahagia menjadi sengketa, yang lapang dada dan fikiran menjadi sempit, yang gembira dan senang menjadi sedih dan sukar, dan begitulah seterusnya. Semua ini bukti kewujudan sifat Allah yang disebut Al-Qabidh.
Oleh itu, dalam kehidupan ini janganlah kita terlalu leka dan alpa dengan nikmat dan isi dunia yang bersifat sementara, kerana akhirat jualah yang kekal selamanya. Kesempitan yang dirasai kadang-kala membuatkan jiwa raga manusia rasa terhimpit, tertekan dan menderita. Akan tetapi, berbekalkan keimanan, ketaqwaan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah Rabbul Jalal, pastinya kesempitan itu dapat dihadapi dengan penuh kesabaran, ketenangan dan raja’ kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan melapangkan kesempitan itu.
ADAB ISLAMIAH
Bagaimana Hendak Menyambut Tahun Baru Dan Mencapai Azam?
A I N / K I FAYA H
Oleh: Nur Adilah Binti Mohd Azam
A
dik-adik, berasaskan peredaran bulan dan matahari, manusia mencipta kalendar Masihi. Kalendar Hijriah pula dikira bermula dari tarikh penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Namun, kedua-dua sistem kalendar itu adalah atas ketentuan Allah SWT. Dalam surah Yunus ayat 5, Allah menjelaskan, “Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....� Kini kita sudahpun melangkah ke tahun baru. Ketibaannya sudah tentu menjadi satu kebanggaan. Oleh itu adik-adik, ia perlu disambut dengan sebaik mungkin dan hindari daripada unsur-unsur maksiat. Terdapat beberapa adab untuk adik-adik jadikan panduan dalam menyambut tahun baru. Menyambut
tahun
baru
dengan
penuh
keinsafan, menyesal atas kesilapan yang lalu dan berazam untuk tidak melakukannya lagi. Menyambutnya bukan dengan menjerit dan melolong.
Kita
perlu
bersyukur
dan
berdoa
supaya mendapat kebaikan pada tahun baru. Bertukar-tukar
ucapan
selamat
dan
saling
mendoakan sesama kawan-kawan serta sanak saudara dalam suasana yang penuh kasih sayang dan harmoni. Berazam untuk meningkatkan kualiti diri. Adik-
adik, kejayaan tidak datang bergolek. Kebaikan dan nilai murni juga tidak dapat dicapai tanpa azam dan usaha yang gigih.
Bagi mencapai azam yang ditanam, ada beberapa langkah yang boleh adik-adik jadikan panduan. 1. Menetapkan matlamat dengan jelas. Pastikan matlamat yang adik-adik tetapkan itu dapat memberi semangat kepada adik-adik untuk terus berusaha bagi mencapai yang terbaik. Contohnya, adik-adik boleh menetapkan untuk mendapat A dalam semua mata pelajaran. 2. Merancang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Buat pelan tindakan untuk matlamat adik-adik. Pelan itu sama ada berbentuk jadual aktiviti dan pembelajaran yang tersusun secara mingguan ataupun harian. 3. Melaksanakan perancangan. Adik-adik perlu fokus pada perancangan yang disusun supaya tidak terganggu dengan perkaraperkara yang melalaikan. Pastikan adik-adik melaksanakan segala perancangan yang ditetapkan dalam pelan tindakan. 4. Berdoa dan berharap dengan sepenuh hati kepada Allah SWT. Perkara yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan kekuatan dalam melaksanakan segala perancangan adik-adik, serta mohon dipermudahkan segala urusan. Kita perlu sentiasa bersangka baik dan yakin dengan pertolongan daripada Allah SWT. Sesungguhnya semua ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
TAFHIMUL QURAN
Surat Daripada Hati Mengapa Saya Dilahirkan?
A I N / K I FAYA H
Oleh: Ahmad Yusuf Yahaya
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara menciptakan manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” (al-Insan:2)
D
i situlah bermulanya fitrah kejadian diri saya, di
Sekali lagi persoalan saya telah terjawab. Rupa-
dalam rahim ibu. Sejak itulah juga bermulanya
rupanya saya dilahirkan untuk menjadi khalifah di bumi Allah
persoalan
ini, iaitu makhluk yang diamanahkan untuk memakmurkan
pertama
kehidupan
saya
ini
-
Mengapa saya dilahirkan? Selama sembilan bulan saya berada di dalam rahim ibu. Kemudian ditambah 10 hari lagi untuk memastikan saya benar-benar matang. Selama itu jugalah saya mendengar ibu berdoa, “Ya Allah ya tuhanku, jadikanlah anak di dalam
dan memanfaatkan nikmat Allah di bumi ini. Saya juga bertanggungjawab untuk memastikan tiang agama Islam terus tegak, serta sinar Islam terus berkembang di bumi ini. Ya, menjaga bumi ini, berdakwah dan mempertahankan agama Allah, itulah tugas saya sebagai khalifah.
kandunganku ini hamba yang beriman kepada-Mu, serta
Selama saya berada di dalam kandungan ibu, saya
taat dengan perintah-Mu, sepertimana firman-Mu di dalam
terus mendengar rintihan doa ibu dan ayah. “Ya Allah,
Al-Quran yang bermaksud, “Aku tidak menciptakan jin dan
jadikanlah anak kami ini, anak yang soleh, yang mampu
manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”
berbakti kepada kami, yang akan mendoakan kami setelah
[Az-Zariyat:56]
kami kembali kepada-Mu.” Kerana sesungguhnya Nabi
Allah telah memberikan jawapan kepada soalan saya tadi. Sesungguhnya saya dilahirkan untuk melakukan ibadah kepada Allah, untuk tunduk dan patuh kepada-Nya. Iaitu melakukan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya. Beramal dan beribadah, sebagai tanda syukur atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada saya. Kemudian, selama tempoh 38 minggu saya berada di dalam kandungan ibu, saya mendengar pula rintihan doa ayah, “Ya Allah yang maha pengasih, jadikanlah anakku ini khalifah yang berguna dibumi-Mu, kerana sesungguhnya Engkau membenarkan kandungan ini berkembang sihat untuk menjadikannya khalifah-Mu.” Allah berfirman yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat: ‘Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka bekata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” [Al-Baqarah, ayat 30]
pernah bersabda yang bermaksud, “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang berguna, dan doa anak yang soleh.” Tahulah saya satu lagi tujuan saya dilahirkan iaitu supaya saya menjadi anak yang soleh, yang bakal menyenangkan hati ibu dan ayah, yang mampu berbakti kepada mereka, dan yang paling penting, untuk mendoakan kesejahteraan mereka sekarang dan setelah mereka tiada kelak. Sekarang saya faham tujuan sebenar kenapa saya dilahirkan ke muka bumi ini. Segalanya telah dijawab oleh Allah di dalam al-Quran. Semuanya telah didoakan oleh ibu dan ayah sejak saya di dalam kandungan lagi. Oleh itu, mulai sekarang, saya akan berusaha bersungguhsungguh untuk menjadi hamba Allah yang taat, khalifah yang berguna di bumi ini, serta menjadi anak yang soleh, yang akan berbakti kepada ibu bapa saya kelak.
“Ya Allah, jadikanlah saya anak yang soleh, hamba yang taat, dan khalifah yang berguna di muka bumi-Mu. Amin.”
ANATOMI/PERUBATAN
Ajaibnya Tubuh Kita
Oleh: Dr. Samhani Ismail
yangkan Cuba adik-adik ba kiranya apa akan jadi se yai satu kita hanya mempun ga? mata dan satu telin
Bagaimana sekiranya perut yang berada di atas leher, bukannya kepala?
Kenapa ib u jari tangan b oleh bergera k dalam pelbagai arah sedangk an jari-j ari lain tida k boleh?
u Kenapa kita perl r, makan, tidu n membuang air da ? berpeluh
B
anyak soalan yang kita sendiri tidak dapat menjawab walaupun perkaraperkara tersebut berlaku pada tubuh kita sendiri. Jadi bolehkah kita bermegah dan melupakan Allah yang mereka cipta tubuh kita yang ajaib ini.Ya, tubuh kita memang ajaib. Kita ada otak, tangan, badan, perut, hati, jantung, akal, emosi dan sebagainya. Allah menjadikan tubuh badan kita terdiri daripada pelbagai sistem. Sains mengkelaskan sistem-sistem ini sebagai sistem rangka, sistem otot, sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem saraf dan sistem penghadaman. Sistem-sistem ini mempunyai tugas masingmasing dan sentiasa bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain bagi memastikan kita sentiasa sihat.
Sistem rangka Sekeping gambar tanpa bingkai akan lemah terkulai. Begitu juga tubuh kita. Isi-isi otot dan organ tubuh kita disokong oleh bingkai yang kukuh. Bingkai inilah yang mendirikan kita dan membolehkan kita membengkokkan tangan, menggerakkan kaki, menunduk, melompat dan berbuat apa saja yang kita mahu. Bingkai ini juga melindungi organ-organ penting tubuh seperti jantung, hati dan limpa daripada tercedera. Bingkai ini adalah tulang rusuk yang membentuk seperi rumah kepada organ penting tubuh.
Sistem saraf
Sistem saraf Semua aktiviti yang kita lakukan seperti berjalan, melihat, bercakap, berfikir dan bernafas dikawal oleh sistem saraf.
Sistem pernafasan
Terdiri daripada otak dan jaringan saraf. Otak manusia adalah organ tubuh yang sangat hebat. Di dalamnya terdapat berbilion-bilion sel neuron. Otak mengawal segala tindakan yang kita lakukan seperti bergerak, bercakap, bernafas, mengangkat, melihat dan sebagainya dengan arahan yang ia keluarkan.
Cuba adik-adik tarik nafas, tahan seketika dan lepaskan. Apa yang adik-adik rasa? Kita menyedut oksigen melalui hidung dan mengeluarkan karbon dioksida. Kita memerlukan tenaga untuk hidup. Apabila kita makan, makanan yang kita telan akan dibakar menggunakan oksigen yang kita sedut, lalu terhasillah tenaga.
Sistem Otot
Sistem penghadaman
Semua pergerakan badan seperti berlari dan melompat dihasilkan oleh otot-otot. Daging di seluruh tubuh kita membentuk otot yang boleh mengecut dan mengendur. Otot mengecut lalu menarik tulang yang melekat padanya sehingga kita boleh menggenggam dan bekerja.
Semua yang kita makan akan dipecahkan kepada nutrien-nutrien yang lebih kecil. Nutriennutrien ini sama ada vitamin dan zat-zat lain seterusnya digunakan bagi membina tubuh yang sihat dan sempurna.
Sistem peredaran darah Allah menjadikan jantung berada di kedudukan yang tinggi pada struktur tubuh kita. Jantung, darah dan salur darah bekerjasama membentuk sistem peredaran darah. Dengan ketinggian tersebut, jantung mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh di samping mengambil gas karbon dioksida serta bahan buangan lain daripada tubuh untuk dilupuskan.
Begitulah kehebatan Allah yang jelas ternampak pada tubuh kita. Apabila adik-adik memerhatikan tubuh sendiri dan melihat tanda kebesaran Allah di situ, ucaplah Subhanallah. Allah yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana.
TEKNOLOGI
Olympiastadion
VS Labah-labah dan Pepatung
O
Oleh: Ustazah Majidah
lympiastadion yang terletak di utara kota M端nchen, Munich dan berada dalam kompleks olahraga Olympiapark Munchen merupakan stadium utama untuk sukan olimpik musim panas pada tahun 1972. Stadium yang direka oleh jurutera dari Jerman, G端nther Behnisch ini dapat memuatkan 80,000 penonton pada satu-satu masa.
Tahukah adik-adik, stadium yang menjadi kebanggaan masyarakat ini pada hakikatnya dibina dengan mengambil ilham daripada sarang labah-labah dan pepatung? Jika adikadik perhatikan, siling yang menyalut stadium ini kelihatan seperti sarang labah-labah, bukan? Sebenarnya, struktur puncak sarang labahlabah yang dibina dengan membentangkan jaring di atas rumput dan semak telah dijadikan sebagai sebuah model untuk membina siling stadium ini.
kecil secara anggarannya. Disebabkan struktur ini, sayapnya tidak koyak dan mampu menahan tekanan udara. Oleh itu, jurutera yang membina Olympiastadion ini mengambil ilham daripada struktur yang sama.
Manakala, pembinaan bumbung stadium pula berdasarkan kepada prinsip sayang pepatung. Adik-adik, sayap pepatung sebenarnya sangat kuat walaupun ia tipis kerana sayapnya terbina dari 1,000 unit petak
(Sumber Info: Bagi Golongan Yang Berpemikiran, Harun Yahya, 2006)
Jelaslah adik-adik, betapa agung dan besarnya ciptaan Allah SWT. Walau secanggih mana sekalipun ciptaan manusia, namun kita tetap menjadikan ciptaan Allah SWT sebagai rujukan untuk mendapat ilham. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
(Gambar: Internet)
DOA
Doa Hendak Memulakan Pembelajaran “Ya Allah, keluarkan kami daripada kegelapan serta keraguan dan muliakan kami dengan cahaya kefahaman. Kurniakan kami dengan ilmu pengetahuan, permudahkan bagi kami pintu-pintu kelebihanmu dan sempurnakan bagi kami cahaya kefahaman, wahai Tuhan yang Penyayang daripada segala yang Penyayang.�
TAHUKAH ADIK-ADIK?
C I P TA A N T U H A N
T
Januari 2010: Keajaiban
Astronomi Sejak Ribuan Tahun
Oleh: Ustazah Majidah
ahukah adik-adik, pada hari pertama Tahun 2010, telah terjadi keajaiban yang diperkatakan oleh para ahli astronomi sebagai peristiwa pertama yang berlaku sejak ribuan tahun. Selain itu, dalam 15 hari pertama tahun baru, kita masih dapat melihat hujan meteor, serta
pemandangan ajaib dari gerhana matahari yang juga sudah lama tidak berlaku.
Gerhana Bulan Ketika Blue Moon Gerhana bulan pada kali ini terjadi pada 1 Januari 2010 pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia. Seluruh proses telah berlangsung selama satu jam. Gerhana pada kali ini sangat menarik kerana ia berlaku ketika fenomena di panggil Blue Moon. Fenomena ini amat jarang berlaku iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Lebih menarik, fenomena ini juga sangat jarang berlaku pada awal tahun baru Masihi iaitu setiap 19 tahun. Mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan gerhana bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Semasa kejadian ini, Jakim, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur mengadakan Program Pencerapan gerhana bulan separa di perkarangan Masjid Negara.
10
Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari 2010 (Jumaat) pula berlaku satu fenomena alam yang cukup menakjubkan iaitu gerhana matahari Cincin (Annular). Gerhana Matahari Cincin pada kali ini telah merentasi 300 kilometer permukaan bumi. Bayangan bulan akan menyentuh daratan Afrika dan menuju ke pulau Maldives yang terletak di Lautan Hindi. Negara Maldives merupakan tempat gerhana yang terlama mencapai tempoh annulariti iaitu sekitar 10 minit dengan koordinat longitude 73d 29m 00s Timur dan latitude 4d 10 m 00s Utara dengan ketinggian dari aras laut sekitar 10 meter. Gerhana Matahari Cincin ini memiliki tempoh annulariti yang paling lama dalam abad ini dan ia merupakan gerhana matahari pertama yang kelihatan di China sejak 22 tahun. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Tidak begitu adikadik? Allah telah menciptakan sekalian alam ini dan Dialah jua yang berkuasa menentukan pergerakan setiap cakerawala yang beredar mengikut apa yang
C I P TA A N T U H A N
telah ditetapkan oleh-Nya. Sebagai manusia, kita hendaklah menggunakan akal fikiran kita untuk mengkaji dan mempelajari maksud serta tujuan setiap apa yang berlaku di muka bumi ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga turut menganjurkan Program Cerapan dan Solat Sunat Gerhana Matahari (Solat Sunat Kusuf) dan cerapan gerhana di empat buah masjid utama iaitu, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Putrajaya), Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Planetarium Negara, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor.
11
Zikir dan Fikir Cerita : Rafidah Abd. Rahaman Lukisan: Wanzu (www.alwancomics.com)
12
13
NABI
Bertemu Lelaki Misteri
Oleh: Ummi Na Lukisan: Nurie
W
ajah Nabi Musa berseri-seri kegembiraan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Yusha’. Kini dia tahu di manakah tempat dia dapat bertemu dengan hamba Allah yang dicarinya itu. Nabi Musa berkata kepada Yusha’: “Inilah tempat yang kita tuju dan di situlah kita akan menemui orang yang kita cari-cari selama ini. Marilah kita kembali ke tempat batu karang itu yang akan menjadi pengakhiran dari perjalanan kita yang sejauh ini.” Setibanya di tempat mereka kehilangan ikan itu, kelihatan seorang lelaki yang bertubuh kurus langsing, bercahaya dan berseri wajahnya. Tampak jelas sinar ketaqwaan dan keimanan serta tandatanda orang yang soleh pada wajah lelaki tersebut. “Siapakah engkau?” Bertanya orang soleh itu. Musa menjawab. “Aku adalah Musa.” Orang soleh itu bertanya lagi : “Musa, Nabi bani Israel?” “Benar,” jawab Musa, lalu bertanya semula. “Bagaimana engkau mengetahui bahawa aku adalah Nabi bani Israel?” “Dari yang mengutusmu kepadaku,” jawab orang soleh itu. 14
*Sekadar gambar hiasan. “Inilah hamba Allah yang ku cari.” Berkata Musa dalam hatinya lalu mendekati lelaki soleh itu. “Bolehkah aku mengikutimu dan berjalan bersamamu ke mana sahaja engkau pergi sebagai bayangmu dan sebagai muridmu? Aku akan mematuhi segala perintah dan sarananmu.” Tahukah adik-adik siapa sebenarnya lelaki itu? Ya, mengikut pendapat kebanyakan ulama’, orang soleh dalam kisah ini sebenarnya ialah Nabi Khidir. Nabi Khidir menjawab permintaan Musa dengan katanya: “Engkau tidak akan sabar dan tidak akan dapat menahan diri engkau mengikut dan berjalan bersamaku. Engkau akan mengalami dan melihat hal-hal yang pelik yang kelihatan seolah-olah perbuatan
itu salah dan mungkar. Namun, pada hakikatnya ia adalah benar dan wajar. Engkau sebagai manusia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan dan tingkah laku yang ganjil menurut pandanganmu.” Musa menjawab iaitu selaku seorang murid yang ingin belajar serta menambah pengetahuan: “Insya-Allah engkau akan mendapati aku seorang yang sabar yang tidak akan melanggar perintah atau petunjukmu.” Berkatalah Nabi Khidir kepada Musa: “Jika engkau benar-benar ingin mengikutku dan berjalan bersama aku maka engkau harus berjanji tidak akan mendahului bertanya tentang sesuatu sebelum aku memberitahunya kepadamu. Engkau harus berjanji bahawa engkau
tidak akan menentang segala perbuatan dan tindakan yang aku lakukan di hadapanmu walaupun menurut pandanganmu, perbuatanku dan tindakanku itu salah dan mungkar. Aku dengan sendirinya akan memberi alasan dan tafsiran bagi segala tindakan dan perbuatanmu kepadamu kelak pada akhir perjalanan nanti.” Maka dengan syarat yang dikemukakan oleh nabi Khidir, Nabi Musa pun bersetuju dan berjanji untuk mematuhinya. Lalu mereka pun memulakan perjalanan itu bersama-sama.
Bersambung…
* Sekadar gambar hiasan. 15
Soalan 1
Ustazah, bolehkah kita percaya kepada ramalan bintang/zodiak? Daripada: Balqis Nur Hanis binti Zulhaide, Precint 9, Putrajaya.
VIRGO CANCERINI GEM
Jawapan 1
Percaya kepada ramalan bintang/zodiak adalah perbuatan syirik. Walaupun perbuatan ini termasuk dalam kategori syirik kecil, tetapi ia adalah perbuatan yang berdosa. Allah hanya akan mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik ini apabila dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan melakukannya lagi.
Soalan 2
Ustazah, saya sedar kita perlu mencintai Allah. Tapi bagaimanakah cara untuk kita mencintai Allah? Daripada: Siti Nur Fatehah binti Rahman, Yishun, Singapura. Jawapan 2
Apa yang adik akan lakukan jika adik sangat sayang dan cintakan ibu bapa adik-adik? Tentu adik-adik akan taat dan patuh kepada mereka, bukan? Begitu juga dengan Allah SWT. Cara yang paling tepat untuk mencintai Allah SWT adalah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita perlu mencintai Allah SWT melebihi cinta kita kepada makhluk dengan cara mengutamakan perintah Allah dalam segala pekerjaan yang kita lakukan. Selain itu, apabila kita memerhati segala ciptaan Allah SWT di sekeliling kita juga dapat menimbulkan rasa kagum dan cintakan Allah. Kita sebagai hamba Allah SWT perlu merasakan Allah sentiasa melihat kita. Oleh yang demikian, perasaan cinta kepada-Nya dapat disemai dengan lebih mendalam. Kita juga perlu selalu ingat dan berdoa kepada Allah SWT serta memohon bantuan daripada-Nya dalam semua keadaan.
16
Soalan 3
Bagaimanakah cara untuk saya mengelakkan diri daripada bergaduh dengan kawan saya? Daripada Nur Tihani binti Helmi, Shah Alam, Selangor. Jawapan 3
Adik, kunci persahabatan adalah persefahaman dan kasih sayang. Sabda Rasulullah SWT, “Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.� Jika kita faham dan dapat menerima kelemahan yang ada pada sahabat kita dengan hati yang terbuka, insyaAllah kita akan sentiasa rasional dan tidak bergaduh. Selain itu, bahasa yang kita gunakan semasa berkomunikasi dengan kawan juga sangat penting. Kerana, hanya dengan bahasa boleh menyebabkan pergaduhan yang besar. Jadi, gunalah bahasa yang sopan dan lemah lembut supaya tidak ada hati yang terluka. Kita juga perlu sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain. Sekiranya kita menghormati orang lain, sudah tentu kita juga akan dihormati. Selain itu, jangan sekali-kali kita mengumpat kawan sendiri.
Soalan 4
Ustazah, mengapa masih ada doa yang Allah tidak makbulkan? Daripada Nur Diana binti Zakaria, Naka, Kedah. Jawapan 3
Adik, Allah tidak makbulkan doa kita kerana Dia lebih tahu masa yang sesuai dan apa yang terbaik untuk kita kerana Dia yang menjadikan kita. Allah Maha Penyayang dan Pengasih. Dia sentiasa kasihkan hamba-Nya dengan memberikan apa yang diperlukan oleh kita. Sebagai contoh, apabila seorang ibu yang sayangkan anaknya, sudah tentu dia tidak akan memberikan apa saja yang diminta oleh anaknya. Jika anaknya yang berumur dua tahun meminta jarum yang tajam, sudah tentu si ibu tidak akan memberikan jarum itu kepada anaknya, kerana ia akan membahayakannya. Tetapi jika anaknya yang berumur 15 tahun meminta jarum itu untuk menyelesaikan tugasan jahitan di sekolah, sudah tentu dia akan memberikan jarum tersebut. Sebagai orang dewasa, si ibu tahu siapakah yang lebih berhak untuk diberikan jarum tersebut walaupun kedua-duanya adalah anak kandungnya. Oleh itu adik-adik, jangan sekali-kali berputus asa dan teruskan berdoa dengan yakin kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
17
RANCANGAN REALITI
ADIK-ADIKKU
B
ahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) Jakim dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak, Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti TV kanak-kanak berkonsepkan keagamaan yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membina karisma kepimpinan dan kebolehan kanak-kanak dalam menyiapkan diri sebagai generasi pelapis kepimpinan masa hadapan. Sesi uji bakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 orang peserta yang terbaik. Antara kriteria yang diperlukan adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama tiga minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada lima kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masingmasing iaitu Dr. Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Planetarium Negara, Muzium Kesenian Islam, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya, tetapi mereka tetap akan tinggal di institut latihan bagi
18
menuntut ilmu bersama rakanrakan yang lain. Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang melalui siaran TV1 bermula 15 Februari 2010. Manakala
LDK
siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya. Siaran langsung pertandingan akhir dijadualkan berlangsung pada 18 Mac 2010 pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Berkuda
Aquaria KL
CC
l
e Memoria
Lawatan k
Disediakan oleh: Bahagian Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Memanah
19
CELOTEH ABANG ZUL
ABANG ZU L
DA’IE KECIL
B
agaimana dengan persekolahan adikadik? Sudah tentu sekarang sudah mula sibuk dengan pelbagai kerja rumah yang diberikan oleh guru, bukan? Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, adikadik perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan. Pada pertemuan kali ini, Abang Zul ingin mengajak adik-adik untuk mengenal dan seterusnya menjadi da’ie kecil. Siapakah da’ie kecil? Perkataan da’ie berasal daripada perkataan arab yang bermaksud, pendakwah. Adik-adik tentu fikir pendakwah ini adalah dikalangan orang dewasa yang sudah berusia 40 tahun ke atas, bukan? Sebenarnya tidak, adikadik. Tugas sebagai pendakwah tidak terhad kepada lingkungan umur tertentu sahaja. Adikadik juga boleh menjadi seorang pendakwah.
Bagaimana adik-adik hendak menjadi
seorang pendakwah? Sebagai pendakwah, adik-adik merupakan contoh ikutan kepada orang lain. Jadi, segala gejala negatif yang tidak bertepatan dengan agama dan budaya kita, perlu dielakkan. Sifat bangga diri dan sombong juga harus dijauhi. Seorang pendakwah perlu lebih menyantuni orang lain dan memiliki peribadi 20
yang mulia. Bersifat mesra, mudah didekati, menyayangi dan mengambil berat tentang keadaan orang lain juga adalah sifat yang perlu ada pada seorang pendakwah. Pernahkah adik-adik terfikir, suatu hari nanti negara kita akan dipimpin oleh adik-adik? Mungkin ada di kalangan adik-adik yang akan menjadi mufti kerajaan negeri, penceramah yang disegani, menteri kabinet, ketua pengarah, pemilik syarikat koporat, dan mungkin juga ada yang akan menjadi perdana menteri. Siapa tahu, bukan? Oleh yang demikian, adik-adik perlu gigih berusaha untuk membina kualiti diri sejak dari sekarang. Adik-adik perlu melengkapkan diri dengan segala bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tetapi ilmu yang dituntut perlulah diamalkan. Jika tidak, ia hanya akan menjadi sia-sia.
Jom jadi da’iE!
Al-Hambra: Keajaiban Seni Bina Islam
I
Oleh: Ustazah Majidah
Istana Al-Hambra yang berdiri kukuh di bukit La Sabica, Granada ini menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Sepanyol. Istana ini didirikan oleh Kerajaan Bani Ahmar atau Bangsa Moor (Mooria) yang merupakan penguasa kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia (Sepanyol). Nama Al-Hambra berasal daripada bahasa Arab, hamra’ (jamak dari perkataan ahmar) yang bermaksud ‘merah’ kerana istana ini dihiasi jubin-jubin dan batabata yang berwarna merah. Penghias dindingnya yang kemerah-merahan dengan seramik yang bertemakan seni hiasan Islam di samping marmar yang putih dan indah menambahkan lagi keunikan istana ini. Istana yang dibina secara bertahap, antara tahun 1238M dan 1358M ini dilengkapi dengan tamantaman yang indah dan bunga myrtus communis serta bungaan lain yang harum semerbak. Hausyus Sibb (Taman Singa), merupakan salah satu taman yang sangat unik terdapat di sini. Taman yang diperbuat daripada marmar ini dikelilingi oleh 128 tiang dan terdapat kolam pancutan air yang dihiasi oleh 12 patung singa yang menjadi tempat mengambil wudhu’. Patung-patung singa ini akan memancutkan air melalui mulutnya pada setiap kali masuk waktu solat secara automatik. Keajaiban dan keunikan teknologi ini masih dikaji oleh orang-orang barat dan tidak dapat ditiru hingga kini. Seni binanya sangat indah dan mengagumkan dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka serta dihiasi dengan warna merah, biru dan emas. Terdapat satu ruang besar yang gelap berbentuk hemisfera dilengkapi dengan sistem penghantaran bunyi yang perlahan ke tempat yang jauh. Walaupun hanya dengan bunyi bisikan, namun ia dapat didengari hingga ke ruangan yang lain. Ukiran kalimah Allah
(Sumber gambar: internet)
pada dindingnya masih terpelihara dan jelas kelihatan hingga kini. Walaupun cuaca di Sepanyol sangat panas namun, marmar di dalam istana ini berupaya menjadikan kawasan dalamannya sangat dingin dan menyejukkan. Dinding luar dan dalam istana dihiasi ukiran kaligrafi Islam yang tiada tandingannya hingga kini. Pada zaman kegemilangannya, istana ini di lengkapi dengan barang-barang berharga yang diperbuat daripada logam seperti perak dan emas serta permaidani buatan tangan yang indah. Al-Hambra mempunyai dua lapis pintu masuk yang menjadi satu teknik teknologi pembinaan yang cukup strategik sebagai kubu pertahanan yang kuat oleh umat Islam. Di dalam istana yang menjadi mahkamah dan tempat raja-raja Islam Granada bersemayam ini juga terdapat pelbagai ruangan yang indah, antaranya: Ruangan Al-Hukm (Baitul Hukm): Ruangan pengadilan. Ruangan Bani Siraj (Bait Bani Siraj): Ruangan berbentuk bujur yang dipenuhi hiasan kaligrafi Arab. Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan): Dibina khusus untuk dua orang saudara perempuan Sultan Al-Ahmar. Ruangan Sultan (Baitul Mulk), ruangan Duta, ruangan As-Safa’, ruangan Barakah dan banyak lagi ruangan-ruangan yang unik dan indah. Kemasyhuran istana ini kerana daya pesona dan keindahan binaannya yang sungguh luar biasa menjadikan Al-Hambra didaftarkan sebagai salah satu Tempat Pusaka Dunia oleh UNESCO. Walaupun usianya sudah hampir lapan abad namun, Al-Hambra masih tetap berdiri kukuh sebagai bukti nyata kegemilangan dan peradaban Islam.
21
Beradab Dengan Tetamu
22
Galeri Ilmu Sdn Bhd 417643-K
Oleh: Ustazah Majidah
A
dik-adik, mulai bulan ini, mari kita sama-sama menjadi ulat buku dengan mengembara ke alam buku. Adik-adik tentu selalu membaca Majalah Asuh, bukan? Tapi, adakah adik-adik tahu siapakah yang bertanggungjawab menerbitkan Majalah ASUH, buku kanak-kanak yang menarik seperti Siri Meneroka Alam Haiwan, Hello Anak-anak Ayah, Siri Juara Muda, Janji Miftahul Raudhah dan pelbagai novel serta bukubuku lain.
Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB) adalah sebuah syarikat penerbitan milik bumiputera Melayu Islam yang menceburi bidang penerbitan media cetak dan elektronik serta pengiklanan. GISB berkembang berasaskan pengurusan yang berteraskan Islam dengan menekankan ketelusan, amanah dan keikhlasan bekerja untuk memberi khidmat yang terbaik untuk masyarakat. Adik-adik juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh GISB pada musim cuti sekolah seperti Kem Asuh, Kem Smart Solat, Kem Masa, dan Kem Asuh Jadi Baik. GISB boleh dikunjungi di No 44-46, Astana Karya, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor dan boleh dihubungi melalui talian 03-61421 614, Faks: 03-614 21 611 / 612 ataupun melalui emel: info@galeriilmu.com.my. Adik-adik juga boleh layari laman web dan blog GISB untuk menerokai segala maklumat dan bahan bacaan yang diterbitkan oleh GISB. Layarilah http://www.galeriilmu.com.my atau http::// bukugaleri.blogspot.com.
23
Agungnya Kalimah
Allah
Oleh: Ustazah Taqwa Zabidi
A
dik-adik, kali ini ruangan pedoman ingin membawa adik-adik untuk sama-sama mengenali keagungan kalimah Allah. Apabila ditanya, “Siapa tuhanmu?” Maka jawablah, “Allah Tuhanku.” Sedarkah adik-adik bahawa kalimah tuhan dan Allah itu berbeza? Allah itu tuhan yang Esa dan tidak ada sekutu baginya. Tetapi bukan semua tuhan itu Allah kerana pelbagai agama menyembah pelbagai tuhan. Namun begitu, dalam banyak-banyak tuhan, hanya Allah Tuhan yang paling layak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah Allah itu kalimah yang agung, adik-adik. Walaupun ia hanya satu kalimah, tetapi tersirat disebaliknya makna yang tidak terbanding dengan apa-apa pun. Bagaimana kalimah Allah itu agung? Agungnya kalimah Allah ini sehingga kita sering menyebutkannya dengan adab yang tinggi. Tentunya ibu dan ayah kita juga ada mengingatkan kita jangan sebut kalimah Allah dalam tandas kerana menjaga keagungan dan kesuciannya. Agungnya kalimah Allah ini sehingga tidak ada perkataan yang layak ditafsirkan dengannya. Adik-adik, kalimah ini berasal daripada Bahasa Arab. Ia merupakan nama yang tidak sekali-kali boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa lain. Ini bermakna perkataan tuhan dalam Bahasa Malaysia, god dan lord dalam Bahasa Inggeris, bhagavÉna dalam Bahasa Hindi, andhewa dalam Bahasa Tamil, shàng dì bahasa Cina, eloh dalam Bahasa Hebrew, theos dalam Bahasa Greek atau apa sahaja bahasa lain yang membawa maksud tuhan tidak dapat diterjemahkan sebagai Allah. Agungnya kalimah Allah ini sehingga tidak ada agama lain yang boleh menyamakan Allah dengan tuhan mereka. Bahkan, tidak ada agama lain selain agama Islam yang boleh menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka yang lemah. Ini kerana Allah Maha Perkasa dan Maha Berkuasa dan tidak sama dengan tuhan yang lain. Jadi, mereka tidak layak menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan mereka. Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu berusaha mengenali Allah dan mempertahankan kalimah Allah agar tidak dipermain-mainkan atau disamakan dengan sesuatu yang lain.
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Muzakarah: Kali Ke-80 Tarikh: 1 – 3 Februari 2008 Tajuk: Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah Keputusan: Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsurunsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 24
CERPEN
BAHAGIAN DUA
P E M B AC A Oleh: Nur Adilah Bt Mohd Azam
“A
isyah... kita orang Islam sebenarnya tak elok beli anak patung berupa bentuk ciptaan Tuhan terutama benda yang berjasad dan yang sempurna untuk berada di dalam rumah. Tambah-tambah seperti barbie doll Aisyah dalam bilik semua tu,” jelas ibu kepadaku.. “Aisyah masih tak fahamlah, ibu.” beritahuku pada ibu. “Maksud ibu begini, apabila sesuatu benda tak bernyawa yang menyerupai manusia yang sempurna, malaikat tak masuk dalam rumah kita,” jelas ibuku dengan terang. “Yakah, ibu?” Aku membuat muka masam kepada ibuku.
“Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam ‘Fatawa Muasirah’ berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat sekiranya patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi seperti mana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung sahaja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang menceritakan bahawa isteri baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.”
Apabila aku membaca apa yang aku cari ini, aku mula melonjak gembira. Aku meneruskan “Ya Aisyah, betul cakap ibu tu,” beritahu lagi bacaanku. ayahku pula. Aku seakan-akan kurang pasti dengan apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahku. Aku merajuk dan terus meluru ke bilik. Di dalam bilik aku membuka komputer yang berada di atas mejaku, lalu aku melayari internet. Tanganku dengan segera mencari apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahku itu benar ataupun sekadar alasan untuk tidak mahu membelikan aku anak patung. Apabila aku mendapat maklumat mengenai apa yang aku cari, keyakinanku sedikit demi sedikit bertambah percaya kepada apa yang ibu dan ayah cakapkan tadi. Aku membaca hadis tersebut dengan nada berbisik.
“Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil (untuk mencacatkannya).” Apabila aku membaca ayat ini, aku cepatcepat masuk ke bilik mainanku lalu membelek kesemua patung Barbie yang ada. Malangnya semua patung mainanku menghampakanku. Sifat Barbie doll itu semuanya sempurna tidak ada kecacatan langsung. Aku mula keluar dari bilik dan terus berjumpa dengan ibu dan ayah.
25
“Ibu, ayah... tak mengapalah kalau ibu ayah terkejut namun dia menyambut semua patung tak belikan Barbie doll untuk Aisyah lagi,” jelas Barbie dengan wajah gembira. Aisyah. “Awak hadiahkan pada saya?” tanya Mei Ling Ibu dan ayah hairan melihat kelakuanku yang mahukan kepastian. berubah. Belum sempat ibu dan ayahku bersuara, Aku menyambung lagi percakapan.
“Yalah, Mei Ling,” Aku menjawab penuh ikhlas. Kesemua yang berada di situ turut “Aisyah dah faham apa yang ibu dan ayah tersenyum bersama. cakap tadi, jadi Aisyah ingat lepas ni….” Aisyah “Terima kasih, Aisyah,” balas Mei Ling dan terhenti di situ. mengambil patung Barbie tersebut tanpa banyak persoalan. “Aisyah ingat apa, sayang?” tanya ibuku. Setelah selesai semuanya aku berasa gembira Aisyah pada Mei Ling, boleh tak?” Terang aku dengan apa yang dilakukan olehku. Ibu dan ayah pada ibu dan ayahku. Ibu dan ayahku tersenyum sangat bangga denganku. Kami sekeluarga pun pulang ke rumah. dengan tingkah lakuku. Lalu ibu menjawab. “Aisyah nak bagi semua anak patung Barbie
Dalam hatiku berdoa kepada Allah yang “Mestilah boleh, tapi... Aisyah tak sayang semua patung Barbie tu?” tanya ibuku lagi Maha Berkuasa. untuk mendapat kepastian. Ayahku hanya diam “Ya Allah, kau berkatilah aku serta keluargaku mendengar. dan pandulah kami sekeluarga untuk mencari “Tak, lagipun Aisyah nak malaikat masuk keberkatan dari-Mu. Amin.” dalam rumah kita,” Aku menjawab sambil tersenyum. Ibu dan ayahku hanya tersenyum sambil memelukku. Pada keesokannya, aku serta ibu dan ayah pergi ke rumah Mei Ling dengan membawa semua patung Barbie. Apabila Mei Ling membuka pintu, dia sangat terkejut. “Eh, Aisyah! Ada apa dan kenapa dengan patung Barbie awak?” tanya Mei Ling kehairanan. Aku serta ibu dan ayah memandang Mei Ling dengan senyuman. “Mei Ling, saya nak hadiahkan patung Barbie ni pada awak. Ambillah.” Aisyah menghulurkan semua patung barbienya pada Mei Ling. Mei Ling 26
Tamat
AZAM BARU: HILANGKAN KEDENGKIAN Cerita : Salina Karto Lukisan: Reja
27
28
29
BERSAMA PAK SYARIF
J AW I
30
BE R S A M A PA K S YA R I F
J AW I
31
BERSAMA PAK SYARIF
J AW I
32
BE R S A M A U S TA Z I L H A M
33
Ingin Melanggan
Majalah Pendidik? Adik-adik yang berminat untuk melanggan majalah PENDIDIK boleh menghantar:
3. 4. 5.
Sampul surat beralamat sendiri. Ukuran sampul surat adalah 32cm x 23cm (saiz A4) Lekat setem RM1.00 bagi setiap sampul. Tuliskan perkataan PENDIDIK di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berkenaan. Satu sampul surat hanya untuk satu keluaran sahaja (2 naskah).
Sila hantarkan sampul surat adik-adik kepada:
32cm PENDIDIK
23cm
1. 2.
Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.
Setem
Kepada: Nurul Hayati bt Mohd Zain 1086, Jalan Ehsan, Kepong 52100 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 8886 4000 Faks: 03 - 8889 2046 Adik-adik ingin menambah kenalan? Adik-adik dapat berkenalan dan berhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar fikiran tentang pelajaran, memberi pendapat, nasihat dan sebagainya melalui ruangan ini. Adik-adik boleh menyertainya dengan mengisi borang dan sertakan sekeping gambar berukuran pasport. Hantarkan borang adik-adik kepada: Pengarang, Majalah PENDIDIK Bahagian Penerbitan JAKIM Aras 4, Blok D9, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya. Nama: Alamat:
Cita-Cita: Hobi: E-mel: Blog:
34
Gambar berukuran pasport
Muhammad Zawawi bin Sukur No. 20, Kampung Tanjung Batu Segari, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan. Nur Izzah Farhana binti Ghazali 110, Taman Mutiara 2, Jalan Cheroh, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur. Ulfah binti Mohd Redzuan No. 38, Jalan 5/26, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
h a i Hadsterntii Mi ena ik!
T E K A S I L A N G K ATA
Januari 2010
m k-ad i ad
TEKA SILANGKATA JANUARI 2010 2
1 3
4
5
6
7
8
9
10
S I L A N G K ATA
MELINTANG 1. Sedekah yang tidak perlukan modal 3. Pisau potong padi 4. Serangga yang dijadikan tajuk surah dalam al-Quran 7. Perang pertama dalam Islam 8. Sangat manis dan boleh dijadikan ubat 9. Sejenis ikan hiasan 10. Keturunan MENEGAK 1. Nabi yang berpangkat raja 2. Huruf hijaiyyah kelima 3. Bandingan 5. Tanah sawah 6. Makhluk yang akan dibunuh oleh Nabi Isa sebelum kiamat 7. Untuk mendapatkan ilmu
SYARAT PERADUAN: 1. Peraduan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.
Nama:
2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
Alamat:
Tel: Nombor SB/KP:
Umur:
3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas. 4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebelum keluaran Pendidik yang akan datang.
Hantarkan penyertaan adik-adik kepada: PERADUAN TEKA SILANGKATA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. 35
36
h a i Hadsterntii Mi ena ik!
T E K A S I L A N G K ATA
Januari 2010
m k-ad i ad
TEKA SILANGKATA JANUARI 2010 2
1 3
4
5
6
7
8
9
10
S I L A N G K ATA
MELINTANG 1. Sedekah yang tidak perlukan modal 3. Pisau potong padi 4. Serangga yang dijadikan tajuk surah dalam al-Quran 7. Perang pertama dalam Islam 8. Sangat manis dan boleh dijadikan ubat 9. Sejenis ikan hiasan 10. Keturunan MENEGAK 1. Nabi yang berpangkat raja 2. Huruf hijaiyyah kelima 3. Bandingan 5. Tanah sawah 6. Makhluk yang akan dibunuh oleh Nabi Isa sebelum kiamat 7. Untuk mendapatkan ilmu
SYARAT PERADUAN: 1. Peraduan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.
Nama:
2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
Alamat:
Tel: Nombor SB/KP:
Umur:
3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas. 4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebelum keluaran Pendidik yang akan datang.
Hantarkan penyertaan adik-adik kepada: PERADUAN TEKA SILANGKATA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. 37
38
39
h a i Hadsterntii Mi ena ik! m k-ad i ad
JANUARI 2010
Tema: Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW
M E WA R N A
SYARAT PERADUAN:
Nama:
1. Peraduan ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun sahaja.
Alamat:
2. Gambar hendaklah diwarnakan mengikut kreativiti adik-adik.
Tel:
Umur:
Nombor SB/KP: Nama Sekolah:
2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Bagaimanapun, peserta yang dipilih hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. 3. Borang penyertaan hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan tulisan yang kemas. 4. Penyertaan hendaklah tiba kepada pengarang selewat-lewatnya sebelum keluaran Pendidik yang akan datang.
40
Hantarkan penyertaan adik-adik kepada: PERADUAN MEWARNA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.