Buletin Jakim Januari 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 127

PERCUMA

• JANUARI 2010 • MUHARRAM - SAFAR 1431 H JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

QARI DAN QARIAH CILIK TONJOL BAKAT www.islam.gov.my

Januari 2010 |


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Meja Pengarang Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

Dakwah kepada Kanak-kanak

K

eberkesanan sesuatu usaha atau program dakwah bukanlah bergantung pada berapa besar atau grand sesuatu program, namun perlu melihat pada kesesuaian mengikut tahap golongan sasaran. Zaman sekarang jika tertakluk pada dakwah bil-lisan sahaja, usaha dakwah tidak berkembang dan jumud di takuk lama. Usaha dakwah perlu disesuaikan menggunakan segala medium yang ada di sekeliling dengan mengambil kira demografi sasaran seperti tahap umur, pendidikan, ideologi, bahasa, minat dan sebagainya. Baru-baru ini Jakim membuat rakaman rancangan realiti untuk kanak-kanak iaitu Adik-adikku, yang disiarkan di TV1 pada awal tahun 2010. Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha dakwah terhadap anak-anak yang sememangnya terdedah kepada hiburan yang sarat di media penyiaran, terutama di kaca televisyen. Program ini mengambil konsep rancangan realiti yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Lantaran itu, rancangan Adik-adik dapat menjadi alternatif program realiti berbentuk Islamik, berbeza dengan program kebanyakan yang lebih menjurus kepada hedonisme dan lagho. Program seperti ini diharap bukan sahaja sebagai hiburan kepada anak-anak, malah sebagai medium untuk menambah ilmu dan membentuk generasi yang berkualiti. Walaupun program tersebut belum diketahui sambutannya, namun apa yang penting ialah kesannya yang mendalam dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai ibu bapa pula, kita perlulah pandai menyaring dan menyediakan hiburan yang sesuai kepada anak-anak. Teringat pada bait lirik lagu Raihan yang berjudul Mari Berhibur,“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.” Marilah kita menyokong program-program seperti ini.

ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd.

Kandungan • Multaqa Guru SMAN/SMAR Negeri Kedah

3

• Memantapkan Pensijilan Halal Malaysia

10

• Qari dan Qariah Cilik Tonjol Bakat

4

• Sampai Bila Kita Harus Bicara; Nafsu Besar, Jiwa Kecil?

11

• Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Bersidang

• TKP (P) Tinjau Projek di Labuan dan Lawas

11

5

• Konvokesyen Ke-13 Rai Graduan PLD Kudat

12

• Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari

5

• Rancangan Realiti TV Kanak-kanak ‘Adik-adikku’

12

• Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia

6

• Korban PKPU Merentasi Negara

13

• Pendakwah Sabah Berhimpun

6

• Ekspedisi Kasih Aidiladha di Pos Hendrop, Gua Musang

13

• KP Jakim Bertemu Pegawai Kader di Sabah

7

• Jakim Berusaha Wujud Dewan Huffaz

14

• Amanat KP Jakim kepada Warga Jakim Sabah

7

• SAR Kampung Baru Penuhi Keperluan Setempat

14

• Senarai Kenaikan Pangkat, Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai Jakim

15

• Berita Bergambar • Dialong Mahasiswa UKM-Ikmas: Dakwah Multi Etnik

2

| Januari 2010

8-9 10


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Multaqa Guru SMAN/SMAR Negeri Kedah

P

ada 13 hingga 15 November 2009, Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam Jakim telah menganjurkan Multaqa Guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Negeri Kedah Tahun 2009 bertempat di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom (B). Seramai 120 orang guruguru SMAN/SMAN negeri Kedah telah mengikuti program ini. Program ini merupakan kesinambungan program multaqa yang diadakan pada siri-siri sebelumnya. Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan isu semasa pendidikan negara khususnya mengenai perkembangan terkini pendidikan Islam, selain daripada memberi pendedahan kepada peserta tentang ilmu pendidikan, pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Jamil Khir menyatakan kerajaan sentiasa memberi perhatian dan komitmen yang tinggi terhadap sistem dan pengurusan pendidikan Islam di negara ini. Sejajar dengan hasrat untuk membangun dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi, kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran sekolah-sekolah agama negeri dan rakyat pada tahun 2004 sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah, melengkapkan prasarana, menyediakan bantuan kewangan dan memelihara kebajikan guru serta murid. Pada masa ini terdapat sebanyak 303 buah Sekolah Menengah Agama seluruh negara iaitu 126 buah SMAN dan 177 buah SMAR. Mengikut statistik terkini bilangan Sekolah Agama Negeri dan Rakyat yang telah berdaftar di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah 139 buah (45.87%) iaitu 60 buah SMAN dan 79 buah SMAR. Hanya 17 buah daripada 2,255 SMAN dan SMAR (0.75%) yang berdaftar di bawah program SABK di seluruh negara.

Januari 2010 |

3


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Qari dan Qariah Cilik Tonjol Bakat

B

ahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urus Setia Lepai telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Khatam al-Quran Muridmurid KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 pada 20 hingga 22 November 2009 bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 27 peserta telah mengambil bahagian bagi mewakili setiap negeri kecuali Sarawak hanya seorang peserta qari. Program ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di kalangan murid-murid KAFA di peringkat kebangsaan di samping mempamerkan bakat dalam bacaan al-Quran. Majlis yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan En. Mohd Suhail Najid dari Yayasan Taqwa. Majlis dimulakan dengan upacara khatam al-Quran beramai-ramai yang disertai seramai 400 murid KAFA mewakili setiap negeri. Majlis tersebut dipimpin oleh para munabbih yang dilantik khas yang juga merupakan jemaah hakim majlis tilawah. Adik Amir Naufal Mohd Rashid dari Perak telah muncul sebagai juara qari dengan catatan markah sebanyak 80 markah sementara juara qariah pula disandang oleh peserta dari Sabah iaitu adik Nur Fareezah Saharuddin dengan catatan markah sebanyak 79 markah. Kedua-dua mereka memenangi wang tunai RM1,000, piala iringan, set persalinan kain sembahyang bagi qariah dan baju Melayu bagi qari serta sijil penyertaan. Bagi kategori qari, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Kedah iaitu adik Ibrahim Idham Hj. Suhaimi sementara tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhammad Afif Rosly dari Perlis. Manakala bagi kategori qariah pula, tempat kedua telah disandang oleh peserta dari Johor iaitu adik Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dan tempat ketiga adik Nor Azahara Azman dari Kelantan. Dalam ucapan perasmian penutupan, Dato’ Dr. Mashitah berharap majlis seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang kerana bakat daripada qari dan qariah dapat dicungkil sejak dari kecil lagi. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutama Yayasan Taqwa atas keprihatinan dan bermurah hati menghulurkan sumbangan.

4

| Januari 2010


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Bersidang

P

ada 6 hingga 8 Disember 2009, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang Jakim dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Persidangan Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarii Seluruh Malaysia kali ke-5 di Everly Resort Hotel, Tanjung Kling, Melaka. Persidangan yang bertemakan “Pencegahan Teras Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah” telah disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri dari seluruh Malaysia. Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr.

B

Mashitah Ibrahim pada 7 Disember 2009. Dalam ucapannya, beliau mencadangkan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan dan Pendakwa Syariah bagi tujuan untuk memantap dan memperkasakan agensi penguatkuasaan syariah di negara ini seperti kewujudan Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri. Dalam majlis tersebut, Dato’ Dr. Mashitah turut melancarkan Buletin Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka, Datuk Meor Hashimi Abd. Hamid, Ketua Penolong Setiausaha Negeri Melaka, En. Roslan Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-undang Jakim, Tuan Haji Abdul Latif Ibrahim.

SIMPOSIUM KEPIMPINAN WANITA HADHARI

ahagian Hadhari dan Pembangunan Insan Jakim telah menganjurkan Simposium Kepimpinan Wanita Hadhari Peringkat Kebangsaan bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan pada 23 hingga 25 November 2009. Simposium ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai kanan wanita dari pelbagai jabatan dan agensi gred 48 dan ke atas.

Objektif utama pelaksanaan simposium ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kaum wanita terhadap fungsi dan peranan mereka sebagai pemimpin dalam organisasi untuk membangunkan negara mengikut bidang tugas dan keupayaan masing-masing. Di samping itu, simposium ini juga bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan wanita dalam aspek pelaksanaan tugas dan amanah serta menjadi role model dalam pengurusan organisasi dan seterusnya untuk memantapkan sahsiah serta memperkukuhkan integriti dalam kehidupan dan tugas seharian. Simposium ini telah mendapat kerjasama para ilmuwan terkemuka seperti Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof Othman (Institut Islam Hadhari, UKM), Prof. Madya Dr. Arip Kosmo (UKM), Prof. Madya Dr. Halina Halizah Siraj (UKM), Tuan Haji Abdul Rahim Mohd. Noor (MAMPU) dan Ustaz Zamri Shafik (Jakim). Selain daripada ceramah, satu diskusi “Gagasan Satu Malaysia: Konsep dan Penghayatan” turut diadakan dengan dibarisi ahli panel seperti Dato’ Kamilia Ibrahim (Ahli MKI), YB Tuan Japferi Othman (Exco Kerajaan Negeri Perlis) dan Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim (Institut Islam Hadhari, UKM) dan Prof. Madya Datin Noor Aziah Haji Mohd Awal (UKM) sebagai moderator. Perasmian penutup simposium ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Januari 2010 |

5


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PERSIDANGAN MUFTI-mufti seluruh malaysia

Pendakwah Sabah Berhimpun

B

ertempat di The Puteri Pacific Johor Baru, pada 4 hingga 6 Disember 2009, Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-5 telah diadakan bagi membincang dan menyelaras isu-isu pengurusan dan pembangunan institusi fatwa supaya ia sentiasa dikemas kini dan diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Jabatan Mufti Negeri Johor telah menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan kali ini, antaranya mengenai cadangan penstrukturan semula jabatan-jabatan mufti, cadangan penambahbaikan portal e-fatwa dan laman web jabatanjabatan mufti, draf pelan strategik jabatan-jabatan mufti dan cadangan mengadakan program pendidikan fatwa di negeri-negeri. Hasil daripada pembentangan kertaskertas kerja tersebut, persidangan telah bersetuju supaya beberapa tindakan segera diambil oleh Jakim dan Jabatan/ Pejabat Mufti Negeri bagi meningkat dan memperkasakan pengurusan fatwa. Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan telah dihadiri oleh SS Mufti dan Timbalan Mufti Negeri, kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan) Jakim, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jakim dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim. Bersempena dengan persidangan kali ini juga, YTM Tengku Mahkota Johor telah berkenan menerima menghadap ahli persidangan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Selain itu, ahli persidangan juga berpeluang melawat dan mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Operasi Iskandar Regional Development Authority (IRDA) mengenai pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia. 6

| Januari 2010

J

akim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Konvensyen Pendakwah Negeri Sabah Kali Ke-4 pada 11 hingga 13 November 2009 di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah dengan tema “Ke Arah Membangun Generasi Pewaris Dakwah.” Ucap Utama konvensyen ini disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan yang bertajuk “Ke Arah Membangun Generasi Pewaris Dakwah.” Antara pengisian lain termasuklah slot ceramah, pembentangan kertas kerja, forum bertajuk “Dakwah dalam Konsep 1 Malaysia” serta pembentangan resolusi oleh Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Perasmian penutup konvensyen telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Konvensyen kali ini dihadiri oleh seramai 156 orang peserta terdiri daripada pegawai Jakim, JHEAINS, Pegawai Daerah, penggerak dakwah, wakil NGO Islam Sabah, serta aktivis dakwah.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

KP Jakim Bertemu Pegawai Kader Di Sabah

J

akim Cawangan Sabah telah mengadakan majlis ramah mesra Ketua Pengarah Jakim bersama pegawai kader Jakim di Sabah dan Labuan pada 18 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Majlis perjumpaan ini merupakan salah satu program bersempena lawatan kerja Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz ke Sabah. Dalam ucapan amanat Dato’ Haji Wan Mohamad, beliau berharap semua pegawai kader Jakim dapat menjalankan tugas dan amanah. Dalam perjumpaan itu juga, pegawai kader berpeluang untuk berdialog bersama Dato’ Haji Wan Mohamad. Seramai 43 orang pegawai kader Jakim yang bertugas di Sabah dan Labuan telah menghadiri perjumpaan tersebut. Mereka merupakan pegawai kader Jakim yang bertugas di Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) PDRM, Taman Seri Puteri, Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu dan Sekolah Tunas Bakti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah. Majlis turut dihadiri oleh 23 orang penggerak dakwah dan 34 orang Penyelia KAFA di Sabah. Majlis perjumpaan tersebut turut disertakan dengan Taklimat Perkhidmatan dan Kerjaya oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesuma Jakim merangkap Exco Perkhidmatan dan Kerjaya, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Ustaz Zakuan Sawai, dan Taklimat Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Format Baru oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jakim, Puan Siti Nor Minu. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Pengarah Bahagian Latihan Jakim, Puan Hajjah Pauzaiyah Haron, dan Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz Haji Mohamad.

Amanat KP Jakim kepada Warga Jakim Sabah

M

ajlis Ramah Mesra Ketua Pengarah Jakim Bersama Warga Jakim Cawangan Sabah telah diadakan pada 19 Oktober 2009 di ibu pejabat Jakim Cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Majlis ramah mesra ini memberi peluang kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz untuk menyampaikan amanat kepada warga Jakim Cawangan Sabah. Dalam ucapan amanatnya, beliau berharap semua warga Jakim Cawangan Sabah menitikberatkan soal itqan (kesungguhan) semasa melaksanakan program. Beliau turut memperingatkan fokus Jakim Cawangan Sabah di Negeri Bawah Bayu ini adalah untuk melahirkan kader serta melaksanakan program-program pengajian dan latihan. Sehubungan itu, empat buah institusi di bawah Jakim Cawangan Sabah iaitu Pusat Latihan Islam Kundasang, Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Pusat Latihan Dakwah Kudat dan Pusat Latihan Dakwah Keningau perlu diperkasakan. “Kerja kita umpama pendakwah, perlu banyak berkorban apabila melaksanakan program. Keseluruhan masa dikorbankan untuk kerja dakwah. Jika kita letak diri kita sebagai pendakwah, kita akan berasa seronok apabila membuat kerja,” ujar beliau. Dato’ Haji Wan Mohamad juga menyentuh kerjasama pintar yang perlu dilakukan oleh Jakim Cawangan Sabah melalui hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Penyelidikan Jakim, Tuan Haji Razali Haji Shahabudin, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz bin Haji Mohamad, pengetua-pengetua pusat latihan dan kakitangan Jakim Cawangan Sabah. Januari 2010 |

7


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Berita Berga Bahagian Dakwah Jakim dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), dan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Manchong telah mengadakan Program Korban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha di KOA Bukit Manchong, Hulu Selangor pada 26 dan 27 November 2009.

Pada 15 hingga 17 November 2009, Jakim telah menganjurkan Persidangan Ketua Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk (NCR) Seluruh Malaysia Kali Ke-21 bertempat di Hotel Renaissance, Melaka.

Kursus Asas PHEI Siri 10 dan 11/2009 telah diadakan pada 29 Oktober dan 8 hingga 14 November 2009 bertempat di Pusat Pemantapan Akidah (PPA), Jelebu.

Kursus Asas Ilmu Tarannum untuk Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awan dan Swasta Tahun 1430H/2009 telah diadakan di Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan bermula 16 hingga 19 November 2009.

Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam Jakim dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengadakan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pengetua SMAN/ SMAR 2009 pada 1 hingga 13 November 2009 di IAB, Kementerian Pelajaran, Sri Layang Genting Highlands, Pahang.

Lawatan 1Malaysia dari Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Cheras ke Jakim telah diadakan pada 14 November 2009.

8

| Januari 2010

Jakim dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dan Islamic Outreach ABIM telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Garis Panduan Pelancongan Masjid di Hotel Selesa, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula 4 hingga 6 November 2009.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

ergambar

Bahagian Penyelidikan Jakim dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Bengkel Pemantauan Laman Web Berunsur Islam buat kali pertama pada 15 hingga 17 November 2009 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu dengan kerjasama SMK Senaling dan SMK Tunku Kursiah Kuala Pilah telah menganjurkan Kursus Pemantapan Akidah pada 10 hingga 12 November yang dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar tingkatan 3 dan 4.

Pada 9 November hingga 20 November 2009, Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan Kursus Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Ambilan Ketiga Tahun 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Bahagian Dakwah Jakim dengan Puspanita Jakim telah menganjurkan Program Ziarah Ukhuwah Bersama Pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Putrajaya pada 12 November 2009 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Putrajaya.

Bengkel Pemurnian Soal Jawab Agama Internet (SJAI) Bil 2/2009 yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jakim telah diadakan pada 4 hingga 6 November 2009, di De Rhu Beach Resort, Beserah, Kuantan.

Pada 7 November 2009 rombongan Jakim Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah Jakim Cawangan Sabah dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (Sahabat), telah mengadakan lawatan ke kelas pengajian Teratak Fitrah, Likas, Kota Kinabalu.

Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Mufti Seluruh Malaysia anjuran Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2009 di Hotel Empress, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Januari 2010 |

9


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Dialog Mahasiswa UKM-Ikmas: Dakwah Multi Etnik

B

ertempat di Dewan Kenyalang, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) pada 17 November 2009, telah berlangsung Program Dialog Mahasiswa UKMIkmas yang membincangkan tajuk “Dakwah Multi Etnik.” Majlis dihadiri oleh Ketua Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham, Pengetua Ikmas, Ustaz Hamdan Jar’ee, Penolong Pengarah Kanan Jakim Cawangan Sarawak, Ustazah Norhayati Jaffri, para pensyarah UKM dan Ikmas, serta pelajar UKM dan Ikmas. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk bertukartukar fikiran di kalangan mahasiswa UKM dan Ikmas mengenai penyampaian dakwah multi etnik di Malaysia khususnya di Bumi Kenyalang.

Memantapkan Pensijilan Halal Malaysia

di seluruh Malaysia. Penelitian terhadap isu-isu yang dibangkitkan antara ahli persidangan adalah penting dalam mencapai kata sepakat supaya pengurusan hal ehwal Islam dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan cekap.

I

su pensijilan halal Malaysia menjadi fokus utama yang dibincangkan dalam Persidangan Ketua-ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang diadakan pada 8 hingga 10 November 2009 di Kuala Terengganu barubaru ini. Antara isu diutarakan ialah laporan kajian audit terhadap pengurusan KAFA dan pengurusan imbuhan elaun imam

10

| Januari 2010

Perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Khazan Che Mat. Persidangan ini dihadiri oleh Ketua-ketua Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri, ketua-ketua agensi seperti Biro Bantuan Guaman, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yadim, Jawhar, JPP Kelantan, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, KAGAT, Baka PDRM serta pegawai-pegawai kanan Jakim. Ahli persidangan juga telah dibawa melawat ke Muassasah ar-Rahnu yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan ILIM Wilayah Timur di Besut, Terengganu.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Sampai Bila Kita Harus Bicara; Nafsu Besar, Jiwa Kecil?

P

ada 14 November 2009, Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sesi rakaman forum diadakan sebanyak dua sesi, dimulakan dengan tajuk pertama “Sampai Bila Kita Harus Bicara” yang mengupas mengenai isu kegawatan permasalahan sosial dalam masyarakat yang semakin berleluasa. Barisan ahli panel terdiri Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof. Adeeba Kamarulzaman, Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Tn. Hj. Azmi Abdul Hamid, artis dan perunding motivasi, Dr. Fazley Yaakob, serta Pengerusi Forum, Ustaz Mizra Hilmi Abu Bakar (AADK). Sesi kedua pula bertajuk “Nafsu Besar, Jiwa Kecil?” dibarisi oleh tiga ahli panel iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, Dato’ Kamilia Dato’ Ibrahim, Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI), Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (International Syariah Research Academy For Islamic Finance) dan Ustaz Mohd Ajib Ismail (Jakim). Sesi ini membicarakan usaha masyarakat yang tidak seberapa dalam mencapai suatu matlamat walaupun kehendak serta semangat sentiasa berkobar-kobar, ditambah lagi dengan peluang dan galakan yang ada di mana-mana. Forum yang dirakamkan ini disiarkan di TV1 pada awal bulan Disember 2009 dan awal Januari 2010. Perkongsian kepakaran yang terjalin antara semua pihak diharap dapat diperluaskan dalam usaha menangani permasalahan sosial dan perpecahan masyarakat.

P

TKP(P) Tinjau Projek di Labuan dan lawas

ada 5 hingga 7 November 2009, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan beberapa orang pegawai Jakim telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa buah projek di sekitar Labuan dan Lawas. Tujuan lawatan ini dibuat adalah untuk memantau projek pembangunan Jakim, melihat dengan lebih dekat status fizikal terkini projek tersebut serta mengenal pasti masalah yang dihadapi di tapak projek. Semasa di Labuan, terdapat tiga buah projek dalam pembinaan dan tujuh lokasi cadangan projek Jakim dan Jawi di Labuan telah dilawati. Antara projek dalam pembinaan ialah Masjid Sungai Labu, Masjid Durian Tunjong, dan Surau Kiamsang, manakala projek yang dicadangkan oleh Jawi Labuan ialah Masjid, SRA dan SMA Sungai Berdaun, menyewakan kawasan tanah perkuburan Islam yang kosong kepada penduduk tempatan, menambah bangunan di Masjid Layang Layangan, pembangunan Kompleks Islam di Tg. Taras, pembaikan cerun runtuh di tanah perkuburan Islam Tg. Keramat, kerja naik taraf Masjid An-Nur, dan tambahan ruang pejabat di Jawi Labuan. Pada 6 November 2009 peserta lawatan telah melawat projek pembinaan Pusat Latihan Islam Lawas, Sarawak. Keesokannya pula, rombongan menuju ke destinasi terakhir lawatan ini iaitu Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas), di Telaga Air. Januari 2010 |

11


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Konvokesyen Ke-13 Rai Graduan PLD Kudat

P

ada 14 November 2009, Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kudat Sesi 2009 telah diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Majlis Konvokesyen ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan atas kejayaan pelatih yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pengajian Islam dan Dakwah. Enam orang pelatih telah dipilih untuk menerima anugerah iaitu Anugerah Ketua Pengarah diterima oleh

Mohamad Faizal Mohamad Yunos, Anugerah Pengarah diterima oleh Saroja Khanay dan Nurul Husnah Ismail, Anugerah Khas Saudara baru kepada En. Batahong @ Bakri Abdullah berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pelatih berkenaan sepanjang pengajian. En. Batahong merupakan mantan pengkhutbah di gereja SDA. Di samping itu, Anugerah Pengetua diterima oleh Mohd Firdaus Selamah dan Sarmilah Mahallan. Setiap penerima menerima sijil, wang tunai berserta hadiah iringan.

Rancangan Realiti TV Kanak-kanak ‘Adik-Adikku’

P

ada 8 Disember 2009, satu program ramah mesra telah diadakan oleh Bahagian Media Elektronik (MEP) Jakim antara Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz bersama peserta Rancangan Realiti TV Kanak-kanak ‘Adik-Adikku’ di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.  Rancangan Realiti TV ini merupakan rancangan televisyen yang akan diterbitkan oleh Bahagian MEP dengan kerjasama RTM. Seramai 20 orang peserta telah dipilih daripada ratusan kanak-kanak seluruh Malaysia. Kesemua peserta ini akan menjalani sebuah program rakaman selama hampir satu bulan bermula 29 November 2009 sehingga 23 Disember 2009. Pertandingan akhir pula dijadualkan ditayangkan secara langsung pada 25 Februari 2010. Turut hadir pada malam ramah mesra tersebut ialah Encik Farihin Abdul Fatah, Rais (Ketua) Rancangan Realiti Adik-adikku, murabbi-murabbi terdiri daripada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Haji Farid Ravi Abdullah, Ustaz Haji Mohd. Zamri Zainuldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta program yang telah berjaya dalam uji bakat yang telah bersaing dengan ratusan peserta lain untuk sampai ke peringkat ini. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan daripada para peserta. Lebih menggamatkan majlis apabila Dato’ Haji Wan Mohamad sempat berbalas pantun dengan peserta secara spontan. Rancangan realiti ini bukan diterbitkan sekadar sebagai hiburan kepada para peserta ini, namun sebagai alternatif sebagai santapan rohani agar dapat membentuk generasi kanak-kanak yang berilmu dan berwawasan. 12

| Januari 2010


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Korban PKPU Merentasi Negara

B

uat pertama kalinya, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JPM berjaya mengadakan program ibadah korban sempena Aidiladha merentasi negara. Program yang dinamakan Ekspedisi Kasih dan Korban ke Kemboja ini berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember 2009. Program ini mendapat kerjasama dari Global Peace Mission (GPM) Malaysia, sebuah NGO yang bernaung di bawah ABIM dan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) iaitu sebuah NGO yang bergerak aktif membantu masyarakat Islam di Kemboja. Ekspedisi ini disertai seramai 24 orang rombongan dari PKPU, tiga orang mewakili GPM dan diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz merangkap Penasihat PKPU. Program ini merupakan projek percubaan untuk PKPU meninjau sendiri aktiviti ibadah korban yang dilaksanakan untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang ekspedisi ini termasuk majlis korban bersama penduduk di beberapa buah kampung terpilih seperti di Kampung Thom, Kampung Chnang dan lain-lain. Selain itu ahli ekspedisi sempat juga mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mufti Kemboja dan Kedutaan Malaysia di Kemboja. Peluang ini turut diambil dengan mengadakan majlis silaturahim dan dialog bersama NGO Islam di Kemboja. Ahli ekspedisi turut menziarahi beberapa buah masjid dan sekolah agama di Kemboja dan melihat sendiri sistem pendidikan masyarakat Islam di sana. Ekspedisi empat hari tersebut memberi pengalaman baru yang diperoleh di samping melihat nasib saudara seagama yang hidup di negara minoriti umat Islam dan kesan-kesan daripada kekejaman rejim Pol Pot di Kemboja. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Ekspedisi Kasih Aidiladha Di POS Hendrop, Gua Musang

P

rogram Ekspedisi Kasih Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan program yang dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan Bahagian Dakwah Jakim telah diadakan pada 28 November 2009. Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Agama Islam Daerah Gua Musang, Tok Batin serta agensiagensi lain. Program ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan pendedahan kepada masyarakat Orang Asli tentang sejarah ibadat korban serta memupuk semangat bekerjasama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam ibadat korban. Selain itu, melalui program ini, pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan menyeluruh tentang kesyumulan ajaran Islam dapat diberi secara teori dan praktikal. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, dan turut dihadiri kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Pengurusan) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha dan En. Mohd Noor Abd Hamid. Pada hari itu, enam ekor lembu telah dikorbankan dan yang paling membanggakan ialah, seramai 141 orang termasuk seorang penghulu telah memeluk Islam. Majlis pengislaman dan sumbangan telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Wan Mohamad.

Januari 2010 |

13


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

D

Jakim BErusaha Wujud Dewan Huffaz

arul Quran Jakim telah menganjurkan Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009 di De Rhu Resort, Balok bermula 23 hingga 25 November lalu. Konvensyen yang merupakan forum tahunan bagi menghimpunkan pensyarah tahfiz al-Quran seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Turut hadir ialah Pengarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim Che Man, Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Ustazah Zawanah Muhammad dan pengetua-pengetua maahad tahfiz al-Quran negeri dan swasta. Konvensyen yang bertemakan “Wahdah Huffaz Penjana Kecemerlangan Ummah� ini disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah maahad tahfiz negeri dan swasta. Dalam ucapan perasmian, Tuan Haji Othman menekankan kepentingan penyatuan antara penghafal al-Quran di negara ini bagi memperkasa dan mempertingkatkan profesionalisme para huffaz. Menurut beliau lagi, masanya telah tiba untuk mewujudkan suatu platform bagi menghimpunkan para huffaz, seterusnya memberi sumbangan besar dalam memartabatkan al-Quran di negara kita. Beliau menambah, bagi tujuan penyatuan tersebut, Jakim sedang giat berusaha merealisasikan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi mewujudkan Dewan Huffaz yang berperanan untuk mengangkat martabat para huffaz al-Quran. Dengan adanya Dewan Huffaz ini, ia dapat menjadi sumber rujukan utama pihak kerajaan dan institusi pengajian bagi memberi pandangan tentang isu-

isu yang berkaitan dengan al-Quran. Konvensyen ini telah diisi dengan beberapa pembentangan dan beberapa resolusi penting telah diputuskan pada akhir konvensyen.

SAR Kampung Baru Penuhi Keperluan Setempat

B

erikutan pertambahan penduduk dan pembangunan yang pesat di tengah Kuala Lumpur, pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur dilihat dapat memenuhi keperluan para pelajar yang semakin bertambah. Pada asalnya, bangunan sekolah ini mempunyai lima blok bangunan setingkat berdinding papan, namun semuanya berwajah baru. Bangunan baru sekolah ini mempunyai dua blok bangunan empat tingkat, satu rumah wakaf, pondok pengawal, bangsal dan rumah sampah. Majlis Penyerahan SRA ini telah diadakan pada 4 Disember 2009 di dewan sekolah tersebut. Majlis telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

14

| Januari 2010

Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JKR Kuala Lumpur, En. Mohd Azmi Che Kob, Ketua Penolong Pengarah Jawi, En. Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman, pegawaipegawai Jakim, dan guru-guru sekolah tersebut. Majlis penyerahan disempurnakan oleh pihak JKR kepada Jakim seterusnya penyerahan daripada pihak Jakim kepada Jawi sebagai end user. Projek pembinaan sekolah yang menelan kos RM 4 juta ini bermula pada 26 Julai 2007 dan disiapkan oleh kontraktor utama iaitu DSM Super Services Sdn. Bhd. pada 7 Julai 2009. Projek ini merupakan salah satu projek di bawah RMK-9.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

SENARAI KENAIKAN PANGKAT, PERTUKARAN DAN LANTIKAN BARU PEGAWAI JAKIM DISEMBER 2009 PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM BIL.

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

PEMBANGUNAN INSAN KESUMA PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN INSAN JAWI CBBP JAWI INFRA DAKWAH KPDN & KEPENGGUNAAN PERHUBUNGAN LEPAI LEPAI LEPAI LEPAI DAKWAH PPUU PENYELIDIKAN PENERBITAN JAWI PENYELIDIKAN KDN HADHARI DAKWAH DAKWAH DARUL QURAN RELA ILIM KESUMA PERHUBUNGAN JAWI

HAB HALAL PEMBANGUNAN INSAN HAB HALAL HAB HALAL KESUMA KESUMA PUU JAIN MELAKA HAB HALAL INFRA

TARIKH KUAT KUASA 16.12.2009 1.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 1.12.2009 1.12.2009 7.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009

ILIM

14.12.2009

HAB HALAL HAB HALAL HAB HALAL HAB HALAL HAB HALAL KEM. BELIA & SUKAN HAB HALAL KDN PENYELIDIKAN HAB HALAL KDN PENYELIDIKAN HAB HALAL KESUMA DARUL QURAN PDRM JAWI HAB HALAL JPP KELANTAN HAB HALAL MASJID TUANKU MIZAN

16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 1.12.2009 1.12.2009 1.12.2009 1.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009 16.12.2009

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

NORIAH BINTI ISMAIL DR. NORDIN BIN AHMAD AHMAD ZAKY BIN MD ALI MAHAYUDDIN BIN ABU BAKAR AISHAH BINTI ABDUL MAJID KHAIRULJANNAH BINTI ABDULLAH MARZUKI BIN HASSAN SITI RAHMANIAH BINTI BACHOK MUHAMMAD NAIM BIN MOHD AZIZ MOHD ARIF BIN ABD SAMAD

S52 S48 S44 S44 S48 S44 S44 S44 S41 S41

11

DR. MOHAMAD ZAIN BIN DOLAH

S41

12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

ROSNAH BINTI ISMAIL HASLIZAWATI BINTI RAMLI KHAIRUNNISA’ BINTI YUSOF NIK MOHD NASRUN BIN NIK ABDULLAH RUZITA BINTI MOKHTAR AMALUDIN BIN DOLAH MAZLINA BINTI JALANI MOHD NIZAM BIN MOHD NOR RADIHAN BIN SAARI SYARIAH BINTI YSTIM MUSTAFA SHAHRIL AZWAN BIN HUSSIN ABDUL HALIM BIN DAUD MAZIDAH BINTI ARIPIN AZMI BIN MUDA FAIZAH BINTI AHMAD AKHIRI MOHD FADZLAH BINTI ABD RASHID MUHAMAD BADRI BIN RAMLI KAMARIAH BINTI ZAKARIA SUHAIMI BIN AB. RAHMAN SITI FAUZIAH BINTI NGADEMAN HASYIR BIN ROSLY

S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S41 S32 S27 S27 S27 S27 S26 S17 S17 S17

PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI GUNA SAMA BIL 1

2

NAMA PEGAWAI HARDIANA BINTI HALIPAH

4

SITI AYISAH BINTI SURIF NUR ILUNI HAYATI BINTI MOHD NOR AZMAN MAZIZAH BINTI AHAMAD SHAPAWI

6

WAN FAUZIAH BINTI WAN HUSAIN

3 5

7 8 9 10 11

MOHD ASHRAF BIN ABDUL MALIK MOHD HAFIZI BIN MOHD NASIR

FATHIAH BINTI MOHAMAD LAJIS FARRAH SHAZWANI BINTI CHE HAMID MOHD NUZUL HIQMI BIN SAIM MOHD YUSOF BIN SALIM

GRED

DARI

KE

C41

BARU

HAB HALAL

TARIKH KUAT KUASA 16.12.2009

C41

BARU

HAB HALAL

10.12.2009

C41

JAB. KIMIA

HAB HALAL

10.12.2009

F29

POLITEKNIK, KELANTAN

MASJID NEGARA

14.12.2009

PT N17

BARU

HAB HALAL

C41

M41 N1

BARU

ILIM

DARUL QURAN

HAB HALAL

HAB HALAL HAB HALAL

10.12.2009

16.12.2009 17.12.2009

14.12.2009

PT N17

BARU

FATWA

14.12.2009

R3

BARU

DARUL QURAN

2.12.2009

N27

BARU

MASJID TUANKU MIZAN Januari 2010 |

1.12.2009

15


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BUKU BAHARU JAKIM

Tajuk : Koleksi Artikel Kesihatan Cahaya Penerbit : Jakim Tahun Terbitan : 2009 Harga : Percuma Bilangan muka surat : 149 Sinopsis : Koleksi Artikel Kesihatan Cahaya memuatkan himpunan 28 artikel terpilih ruangan kesihatan dalam Majalah Cahaya yang diterbitkan oleh Jakim dua bulan sekali. Artikelartikel ini ditulis oleh panel penulis dan juga sumbangan para pembaca. Pelbagai aspek disentuh dalam koleksi artikel ini bagi memberi panduan dan penjelasan untuk kesihatan yang lebih baik.

Dapatkannya segera secara PERCUMA* di: Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. Tel : 03-8886 4575 *Sementara stok masih ada.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.