Buletin Jakim Jun 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 132

• JUN 2010 • JAMADILAKHIR – REJAB 1431 H

PERCUMA

www.islam.gov.my buletin jakim_JUN.indd 1

7/7/10 4:05 PM


Meja Pengarang Sidang Redaksi

Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Perbelanjaan

PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

S

emua orang tahu kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Beribadat, bekerja, melaksanakan tanggungjawab, semuanya memerlukan kesihatan sama ada kesihatan jasmani mahupun rohani. Bagi memastikan segala tugasan diselesaikan dengan sempurna, pastinya kita memerlukan tahap kesihatan yang baik. Kita tidak terlepas daripada diserang pelbagai penyakit. Sebagai penjawat awam, kita diberi kemudahan untuk cuti sakit. Demam, selsema, batuk begitu sinonim dengan cuti sakit.

PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan

Jika kita tahu akan kepentingan kesihatan, berapa ramai yang cakna terhadapnya? Berapa cawan minuman manis dan ais kita ambil dalam sehari? Berapa kali kita jogging dan bersenam dalam sebulan? Adakah makanan yang diambil betul-betul seimbang? Merokok? Makanan segera? Pensyarah saya pernah meninggalkan pesan, dalam sehari hanya dua cawan minuman manis sahaja yang diteguk, selainnya air masak. Memang diakui, pengarang sendiri kurang perihatin terhadap persoalan tersebut. Namun kita perlu sedaya upaya merubah gaya hidup dan pemakanan yang lebih sihat.

PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani PELATIH PRAKTIKAL Latifah Kasmuri

Waktu muda perlu disebatikan dengan cara hidup sihat supaya ia menjadi amalan hingga hari tua. Kelewatan dalam menjaga kesihatan memungkinkan pelbagai penyakit bertandang dalam diri kita. Kalau dalam usia 30-an diserang pelbagai penyakit, bagaimana hendak bertahan 30, 40 tahun lagi? Kesannya pada ketika ini, kita perlu membelanjakan sebahagian wang dalam kocek kita bagi menampung kos perubatan. Sepatutnya, wang tersebut boleh dilaburkan atau digunakan ke saluran lain yang berfaedah, namun nasi sudah menjadi bubur, segalanya sudah terlambat. Beringat sebelum terlewat, pencegahan dan amalan hidup sihat di samping diet seimbang mampu mengurangkan risiko penyakit. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangi lima perkara. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati.” (Riwayat al-Hakim dan Ibnu Majah).

JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd. Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Kandungan • RM5.1 Juta untuk 17 Pelajar SMAN, SMAR

3 • Sistem Kewangan Islam Bentuk

10 • Walkabout

• Promosikan Gagasan 1Malaysia dan Konsep Wasatiyyah - YAB PM

4 • TKP Perkhidmatan Awam Malaysia 11

• Wasatiyyah Pendokong Gagasan 1Malaysia 1Ummah

4

Keluarga Berkualiti Rasmikan Penutupan Retreat Khas Bina Insan Kepimpinan Pegawai Kanan HEI

13

TKP(P) Jakim ke PLD Kudat dan PLI Lahad Datu • Penerima Anugerah 14 Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 Jabatan Perdana Menteri

5 • 17 Pegawai Ikuti Kursus Dakwah

12

• Menteri di JPM Bertemu Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie

6 • Kunjung Hormat KP Jakim ke

12 • Senarai Penempatan 15

• Finalis Adik-Adikku Berforum

6 • Kunjungan Hormat Jakim kepada SUK Negeri Melaka 7

12

• Persidangan Penyelarasan Undang- Undang Syarak dan Sivil

• Kakitangan Kerajaan Didedahkan dengan Kewangan Islam

buletin jakim_JUN.indd 2

Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA

8-9

• Berita Bergambar

2

dan Fatwa di Mesir

• Executive Dialogue: Alkohol dan Kesejahteraan Masyarakat

dan Pertukaran Pegawai Guna Sama Jakim Mei 2010

13

| Jun 2010

7/7/10 4:05 PM


RM5.1 Juta untuk 17 Pelajar SMAN, SMAR

S

ebanyak RM5.1 juta diperuntukkan kepada 17 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang terpilih untuk menerima biasiswa bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir. Setiap pelajar menerima RM300,000 bagi tempoh enam tahun pembelajaran mereka di sana. Penyerahan biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa 1Malaysia Development Berhad di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 26 Mei 2010.

“Bidang kritikal ini termasuklah bidang perubatan dan kewangan Islam seiring dengan hasrat kita untuk melahirkan umat yang cemerlang dan membangun,” jelasnya. Nama Penerima

Pelajar Baru 1. Sakinah Abdullah Fadzil, pelajar Universiti Tanta berasal dari Terengganu 2. Madihah Haji Mat Ali dari Kelantan 3. Neena Farhana Sani dari Selangor 4. Muhammad Ihsan Khalib Jaafar dari Selangor 5. Mohammad Ilham Hakimi Mohd Zaidi dari Kelantan Tahun 1 6. Aimi Syahirah Bahaman, pelajar Universiti Ain Shams, berasal dari Perak

Dato’ Sri Mohd Najib berkata, beliau mahu pelajar sekolah agama yang cemerlang menjadi golongan ulul albab. “Ini selaras dengan konsep kesepaduan ilmu dalam Islam, ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi untuk melahirkan golongan ulul albab yang bercirikan pemikiran saintifik bagi membangunkan tamadun Islam,” katanya. Menurut beliau lagi, pelajar jurusan agama mempunyai dua pilihan melanjutkan pelajaran iaitu dalam agama atau bidang kritikal lain.

dari Selangor 10. Nurushifa Shopuan Anuar, pelajar Universiti Alexandria, berasal dari Selangor Tahun 2 11. Omar Nazmi, pelajar Universiti Tanta berasal dari Kelantan 12. Ahmad Azim Maskury, pelajar Universiti Zaqaziq berasal dari Kelantan 13. Siti Nur Amirah Ahmad Daud, pelajar Universiti Mansourah berasal dari Perak 14. Syarifuddin Assidiqin Adam Shukri, pelajar Universiti Tanta berasal dari Kelantan 15. Wan Munira Wan Mohd Mahidin, pelajar Universiti Zaqaziq berasal dari Selangor 16. Muhamad Azizi Mejan, pelajar Universiti Mansoura berasal dari Selangor 17. Maryam Jameelah Abd Hamid, pelajar Universiti Zaqaziq berasal dari Kelantan

7. Muhamad Hanif Mat Halim, pelajar Universiti Tanta, berasal dari Pahang 8. Nur Rasyidah Muhd Siddek, pelajar Universiti Al-Azhar, berasal dari Selangor 9. Nurul Khausar Kamaruzaman, pelajar Universiti Al-Azhar, berasal

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 3

3

7/7/10 4:05 PM


Promosikan Gagasan 1Malaysia dan Konsep Wasatiyyah - Yab Pm

Wasatiyyah Pendokong Gagasan 1Malaysia 1Ummah

“G

andingan Gagasan 1Malaysia dan konsep wasatiyyah dalam Islam yang mementingkan ke­sederhanaan dan keseimbangan perlu terus dipromosikan bagi membentuk ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di negara ini bagi memastikan sokong­an padu rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti negara ini.” Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang telah berlangsung pada 25 Mei 2010 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Antara lain beliau juga menyarankan semua agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri menjajarkan semula hala tuju, perancangan dan tindakan masing-masing supaya selaras dengan konsep Indeks Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan memastikan denyut nadi rakyat khususnya yang beragama Islam difahami dan dipenuhi dengan mengambil tindakan yang boleh menghasilkan impak kreatif. Baik bagaimana sekali pun setiap agenda dan dasar yang hendak dilaksanakan, ia akan gagal jika tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Mesyuarat ini dihadiri oleh YAB Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri, Exco-exco Agama Negeri, ahli-ahli dilantik MKI, ketua-ketua agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri. Turut hadir ialah YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri, Peguam Negara dan Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. Mesyuarat telah membincangkan empat kertas cadangan dan mengambil maklum 15 kertas makluman. 4

buletin jakim_JUN.indd 4

M

enteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) dalam ucapan aluannya ketika mempengerusikan Wacana Panel Pemikir Konsep Wasatiyyah pada 20 Mei yang lalu memaklumkan konsep wasatiyyah ini akan dipromosikan sebagai pendekatan yang bersesuaian dalam mendokong Gagasan 1Malaysia yang telah difahami dan diterima rakyat seluruhnya. Pandangan ini diterima secara positif oleh ahli panel pemikir yang mewakili kumpulan professional, ulama’, umara’, badan korporat, NGO dan kakitangan kerajaan. Wacana yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Penasihat Khas Agama Kepada Perdana Menteri, YB Dato` Seri Dr. Abdullah

Md. Zin, YB Haji Shabudin Haji Yahaya, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam sesi rumusan wacana, ahli panel pemikir telah mencapai persetujuan untuk menetapkan beberapa pengisian, hala tuju dan perancangan pelaksanaan konsep wasatiyyah selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin mewujudkan perpaduan yang lebih harmoni di kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya.

| Jun 2010

7/7/10 4:05 PM


Persidangan Penyelarasan

Undang-Undang Syarak dan Sivil membahas dan mendapatkan pandangan mengenai undang-undang atau kaedahkaedah yang berkaitan dengan hal ehwal Islam serta isu-isu undang-undang yang berbangkit yang berkaitan dengan kemaslahatan masyarakat Islam. Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B). Beliau mencadangkan tiga perkara penting dalam ucapannya iaitu keperluan untuk menaik taraf dan memperkasakan Jawatankuasa Teknikal

P

ersidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Kali ke-20 yang diurussetiakan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Jakim telah diadakan pada 14 dan 15 Mei 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Persidangan tahunan ini menemukan ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Undangundang Syarak/Sivil yang dipengerusikan oleh Tan Sri Sheikh Ghazali Abd Rahman dengan mufti-mufti, penasihat undangundang, YAA Ketua Hakim Syarie negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Setiausaha atau Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam negeri. Persidangan ini diadakan untuk membincang,

Undang-undang Syarak/Sivil agar segala keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diguna pakai di seluruh Malaysia. Justeru beliau mencadangkan ia perlu diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja.

ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman denda tidak lebih daripada RM5000, penjara tidak lebih daripada tiga tahun dan sebat tidak boleh melebihi enam kali sebatan. Ketiga, Dato’ Seri Jamil Khir memaklumkan cadangan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang dihasratkan oleh Jakim dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pindaan tersebut akan dibentangkan dalam sesi persidangan Parlimen pada bulan Jun yang akan datang ini. Sekiranya diluluskan, segala permasalahan yang timbul berkaitan dengan halal seperti masalah self declaration oleh pihak yang tidak berautoriti dapat diselesaikan. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut membentangkan kertas mengenai cadangan Menaik Taraf Mahkamah Syariah di Malaysia. Dalam sesi pembentangan kertasnya, beliau menerangkan konsep Mahkamah Syariah yang baru yang hampir setaraf dengan Mahkamah Sivil dan konsep ini akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk kelulusan.

Kedua, beliau mencadangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1984 dipinda bagi membolehkan Mahkamah Syariah dalam bidang kuasa jenayahnya, boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang syariah selain hukuman mati dan boleh membuat perintah penahanan terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan jenayah syariah. Pada masa

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 5

5

7/7/10 4:05 PM


Menteri di JPM Bertemu Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie

B

idang penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia bagaikan mendapat semangat dan nafas baru apabila mendapat sokongan padu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) mengenai cadangan penubuhan Jabatan Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.

Penguatkuasaan Syariah dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri sebagai usaha memperkasakan bidang penguatkuasaan dan bidang pendakwaan syariah setanding dan seiring dengan Institusi Mahkamah

Syariah yang telah diperkasakan melalui penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Sokongan tersebut dizahirkan dalam Majlis Perjumpaan dan Makan Malam Dato’ Seri Jamil Khir bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie seluruh Malaysia pada 17 Mei 2010 bertempat di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Dato’ Seri Jamil Khir dalam ucapannya telah menyokong cadangan penubuhan Jabatan

Finalis

Adik-Adikku

F

Berforum

orum Perdana Khas Adik-adikku telah menampilkan para finalis rancangan realiti Adik-adikku selaku ahli panel forum, seperti Muhammad Wajih Zakwan Hanif, johan program realiti Adik-adikku musim pertama, Amin Al-Hadi Ab. Hadi, Muhammad An-Naim bin Yasim dan empat orang panel yang lain. Manakala Encik Mohd Noor berjaya mempengaruhi penonton selaku pengerusi forum tersebut. Rancangan Khas ini telah berlangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur pada 2 Mei 2010. Gaya bersahaja dan kepetahan para panel forum ini telah menarik minat lebih 1500 penonton yang membanjiri Dewan Muktamar Jawi. Sebanyak dua siri rakaman forum yang berlangsung iaitu siri pertama dengan tema “Kasih Ibu” sempena sambutan Hari Ibu dan siri kedua bertajuk “Ramadhan.” Penganjuran rancangan khas Forum Perdana ini merupakan hasrat Ketua Pengarah Jakim sebagai landasan bagi mengetengahkan bakat-bakat peserta

6

buletin jakim_JUN.indd 6

finalis Adik-adikku musim pertama. Turut hadir menyaksikan forum ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim yang telah menyampaikan cenderahati kepada ahli panel.

| Jun 2010

7/7/10 4:06 PM


Kakitangan Kerajaan Didedahkan dengan

Kewangan Islam

A

ntara ciri asas kewangan Islam yang membezakan dengan kewangan konvensional ialah bersumberkan hukum iaitu Quran dan sunnah serta saling meredai. Teori asas kontrak dalam Islam menegaskan harta hanya boleh berpindah daripada satu pihak kepada pihak lain melalui kontrak atau akad yang sempurna dan sahih. Antara elemen yang diharamkan dalam kontrak kewangan Islam ialah riba, gharar, maisir, penipuan, paksaan kesilapan, penyelewengan dan sebagainya.

Seminar ini dianjurkan untuk memberi informasi serta meningkatkan kefahaman di kalangan pegawai perkhidmatan awam mengenai sistem kewangan Islam. Para peserta juga telah didedahkan mengenai asas dan kepentingan muamalat Islam dalam meningkatkan ekonomi negara. Seminar ini secara khususnya disasarkan kepada pegawaipegawai kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam industri kewangan Islam di Malaysia.

Seminar Perbankan Islam Kepada Pegawai Kerajaan anjuran Jakim dengan kerjasama Persatuan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Akademi Penyelidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) telah diadakan pada 10 Mei 2010 di Auditorium D8, Putrajaya.

Seminar telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif ISRA, Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin. Lebih 700 orang peserta telah menghadiri seminar terdiri daripada pegawai kerajaan di sekitar Putrajaya, Lembah Kelang dan

Selangor, kakitangan institusi pengajian tinggi, dan pegawai institusi-institusi kewangan. Pengisian seminar ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Ketua Jabatan Penyelidikan ISRA. Beliau telah membentangkan dua kertas kerja, iaitu “Falsafah dan Prinsip Kewangan Islam” dan “Perbezaan Produk Perbankan Islam dan Konvensional: Satu Analisis Kritikal.”

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 7

7

7/7/10 4:06 PM


Berita Bergambar

1. Mesyuarat Panel Kajian Syariah Kali ke-71 pada 26 hingga 28 April 2010 di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur.

2. Kursus Penyiasatan Penguatkuasaan Syariah di Maktab Latihan PDRM, Kuala Lumpur pada 18 hingga 30 April 2010.

3. Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1431H/2010M di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Besut, Terengganu bermula 10 hingga 13 Mei 2010.

4. Program Berambeh Masjid di Masjid Babussalam, Kampung Jeriah, Sibu pada 9 Mei 2010. 5. Pemantauan di premis-premis buku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur oleh Cawangan Kawalan Media, Bahagian Penyelidikan. 6. Muzakarah Pemantapan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah di Hotel De Palma Ampang pada 16 hingga 18 Mei 2010.

7. Mini Pameran dan Jualan Buku di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada 14 Mei 2010.

8

buletin jakim_JUN.indd 8

8. Seminar Percetakan Jakim anjuran Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah diadakan pada 26 Mei 2010 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya.

| Jun 2010

7/7/10 4:06 PM


9. Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Kursus Tahsin Ibadah kepada penghuni-penghuni (banduan) penjara.

11. Program Sehari Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Kuala Langat yang telah berlangsung pada 27 Mei 2010.

10. Jakim Cawangan Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah membuat tinjauan masyarakat Islam yang mendiami pulau-pulau di perairan bahagian utara Sabah pada 26 April 2010.

12. Forum Ehwal Islam di Kem Rascom Sibu pada 14 Mei 2010.

13. Jakim Cawangan Sarawak telah menerima lawatan Jabatan Agama Islam Selangor dan NGO Islam pada14 Mei 2010. 14. Dakwah Bil Hal di Kampung Merindon, Lubok Antu dan Kampung Ensebang Jaya, Serian pada 15 Mei 2010.

15. Seminar Penghayatan Islam yang disertai oleh guru-guru pelatih yang beragama Islam di Miri pada 16 hingga 18 April 2010.

16. 75 pelajar perubatan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences, Cyberjaya mengikuti Program Qiamullail Saudara Muslim anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 15 dan 16 Mei 2010. Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 9

9

7/7/10 4:06 PM


Sistem Kewangan Islam

Bentuk Keluarga Berkualiti

antara aspek penting dalam pembentukkan kesejahteraan keluarga. “Soal pendapatan, makan, minum yang halal dan haram atau syubhah perlu diambil kira kerana ia akan menjadi darah daging dalam tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika dilihat kebanyakan generasi sekarang menderhaka terhadap ibu bapa dan agama,” katanya. Hajah rohani turut menyentuh aspek merokok agar tabiat tersebut mesti ditinggalkan secara total kerana Islam tidak berkompromi dalam soal hukum halal haram. “Menurut kajian, lebih 50 peratus perokok terdiri daripada kalangan kaum Melayu atau Islam,” kata beliau lagi dalam ucapannya. Datuk Hj. Hassan Mahmud pula berkata bermula dengan pemilihan jodoh antara aspek kebahagiaan dalam rumah tangga.

P

erancangan kewangan secara Islam yang sempurna oleh suami isteri merupakan landasan untuk membentuk kesejahteraan dalam institusi kekeluargaan yang berkualiti antara kandungan yang dibincangkan dalam Seminar Rumahku Syurgaku bertemakan “Setulus Kasih Ayah, Semurni Kasih Ibu.” Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh dua orang panel iaitu wakil Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd., Pn. Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir, kertas kerja bertajuk “Bijak Mengurus, Keluarga Terurus” dan penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Hj. Hassan Mahmud Al-Hafiz membentangkan kertas kerja bertajuk “Kukuhkan Rumah Tangga, Erat Keluarga.” Antara inti pati kandungan yang dibentangkan ialah perancangan kewangan Islam dan tanggungjawab pasangan berumah tangga. Menurut Hajah Rohani, perancangan kewangan secara Islam 10

buletin jakim_JUN.indd 10

“Hal ini penting kerana ia melibatkan siapa yang akan menjadi ayah dan ibu kepada anak-anak penting untuk memikirkan syarat pemilihan pasangan hidup jika mahu kekal bahagia InsyaAllah hingga ke akhir hayat,” jelasnya. Seminar tersebut diadakan sempena dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa berjaya menarik minat hadirin hingga memenuhi ruang auditorium. Seminar tersebut juga diadakan serentak dengan Perhimpunan Bulanan Jakim Bulan Mei 2010. Seminar tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Seri Noorlina Wan Hussin. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan Pengerusi Puspanita Jakim, Hajjah Saadiah binti Ahmad Rashdi. Majlis turut mengucapkan takziah pada keluarga Ustaz Shukri bin Saad, Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang kembali ke rahmatullah pada 13 Mei yang lalu. Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh finalis Adik-adikku, Muhammad Wajih Zakwan Hanif dan Amin alHadi Abdul Hadi.

| Jun 2010

7/7/10 4:06 PM


TKP Perkhidmatan Awam Malaysia Sempurnakan Penutupan Retreat Khas Bina Insan Kepimpinan Pegawai Kanan HEI

B

ertempat di Institut Latihan Islam (ILIM) Wilayah Timur, Besut Terengganu, seramai 52 peserta yang terdiri daripada pegawai kanan Hal Ehwal Islam (HEI) Gred S48 ke atas telah melapor diri sebagai peserta Retreat Khas Bina Insan yang bermula pada 3 hingga 6 Mei 2010. Retreat ajuran Jakim dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama Hal Ehwal Islam (PKPU)menggariskan tiga fokus utama, iaitu untuk meningkatkan pengurusan jati diri kepimpinan, mengukuhkan sahsiah serta melahirkan pasukan pelapis kepimpinan organisasi yang mampu melaksanakan pendekatan inovatif, berhikmah dan strategik dalam menghadapi cabaran globalisasi. Penceramah jemputan terdiri daripada Dr. A. Bakar Sarpon (IIM), Tuan Hj. Sumali Amat (KDN), Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim (Penyandang Kursi Abdullah Fahim, UKM), Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Kolej Dar Al-Hikmah) dan Hj. Ahmad Fuad Mohd Amin (Bank Rakyat). Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dalam ucapan amanatnya menekankan perlunya para pemimpin membudayakan amalan berfikir dan banyak merancang, sentiasa mementingkan budaya al-ihtimam dengan memberi fokus kepada tugas dan fungsi organisasi serta melihat ke hadapan. Dalam konteks tersebut, pemimpin organisasi perlu berjiwa besar dan memikirkan apakah wajah organisasi untuk lima ke 10 tahun yang akan datang. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Dato’ Dr. Ismail bin Alias, dalam ucapan perasmian penutup, menyarankan para pemimpin perlu membudayakan amalan banyak mendengar sebelum bertindak. Dengan mendengar segala keluhan pelanggan akan membantu kita mencipta tranformasi pengurusan yang lebih berkesan. Selain sesi ceramah dan pembentangan kumpulan, retreat pada kali ini turut mengadakan lawatan Inovasi ke SMK Imtiaz, Besut Terengganu dan aktiviti outdoor dengan berakit menyusur muara sungai.

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 11

11

7/7/10 4:06 PM


17 Pegawai Ikuti Kursus Dakwah dan Fatwa di Mesir

K

ursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa merupakan salah satu usaha Jakim untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman dalam kalangan pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dalam pengurusan dakwah dan kefatwaan yang berhubung kait dengan masalah semasa ummah. Kursus ini berlangsung selama tiga bulan bermula 3 Mei 2010 hingga 19 Julai 2010. Sebelum berangkat ke Mesir, para peserta telah mengikuti Kursus Persediaan Bahasa Arab pada 12 hingga 16 April 2010 yang dikendalikan oleh Dato’ Mahamud Abdul, Pengarah Kursus Al-Bayan Corporation Sdn. Bhd.. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz mengingatkan supaya semua peserta mesti merebut peluang untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sedia ada serta menjaga disiplin diri sepanjang tempoh kursus. Beliau juga berpesan

agar semua peserta mengikuti setiap program yang telah diatur dan mesti hadir setiap sesi kuliah. Beliau berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan Bersama Peserta Kursus pada 15 April 2010 yang lalu.

Jakim mendapat tajaan penuh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) manakala selebihnya ditaja oleh agensi masing-masing.

Pada 1 Mei 2010, seramai 17 orang Pegawai Hal Ehwal Islam telah berangkat ke Mesir bagi mengikuti kursus tersebut. Para peserta terdiri daripada pegawai Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 10 orang pegawai

Kunjungan Hormat Jakim kepada SUK Negeri Melaka

Kunjung Hormat KP Jakim Ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Turut serta ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Pengarah ILIM, Pengarah Darul Quran dan Pengarah Bahagian Latihan Jakim.

P

ada 27 April 2010, Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Kunjungan tersebut telah disambut oleh Dato’ Mohd Tajudin Don, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.

12

buletin jakim_JUN.indd 12

Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan peluang-peluang baru latihan dan kursus di luar negara bagi Pegawai Hal Ehwal Islam serta pengiktirafan Diploma Darul Quran. Dikesempatan itu juga Dato’ Haji Wan Mohamad menyampaikan ucapan terima kasih atas peluang latihan yang telah diberikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya Kursus Khas Hal Ehwal Islam di Muslim College London, Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir dan peruntukan khas di bawah ILA kepada ILIM dan pusat-pusat latihan Jakim.

K

etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Omar Kaseh pada 26 April 2010 di pejabat beliau di Wisma Negeri, Melaka. Dato’ Haji Wan Mohamad turut diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jakim, Encik Zainudin Suleiman. Dalam pertemuan ringkas dan ramah mesra itu, Dato’ Haji Wan Mohamad telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan komitmen kerajaan Melaka dalam menjayakan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 1431H/2010M yang telah berlangsung di Malacca International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Dato’ Haji Wan Mohamad seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Jawatan­ kuasa Pengurusan Jakim Bil. 4 Tahun 2010 di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri, Melaka. Majlis diteruskan dengan pertemuan ramah mesra antara Ketua Pengarah Jakim dengan Dato’ Azizan Hamid, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), dan YB Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka.

| Jun 2010

7/7/10 4:06 PM


Executive Dialogue: Alkohol dan Kesejahteraan Masyarakat

E

xecutive Dialogue: Alkohol dan Kesejahteraan Masyarakat merupakan agenda utama perbincangan yang diadakan antara IKIM dan Jakim Cawangan Sabah. Perbincangan tersebut diadakan bersempena kunjungan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan kepada Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz Haji Mohamad pada 10 Mei 2010 di ibu pejabat Jakim Cawangan Sabah. Kunjungan hormat tersebut diadakan bagi menjalinkan

hubungan erat antara IKIM dan Jakim Cawangan Sabah serta membincangkan isu-isu kefahaman Islam di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam di Sabah. Dialog yang bakal diadakan pada bulan Oktober 2010 akan membincangkan isu berkaitan alkohol dari perspektif Islam,

adat dan sosial, kesihatan, undang-undang. Hadir sama semasa perbincangan ialah Ustaz Nahar Matamin mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan pegawai-pegawai Jakim Cawangan Sabah.

Walkabout Tkp(P) Jakim ke Pld Kudat dan Pli Lahad Datu

P

ada 11 hingga 13 April 2010 lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Nor Abd Hamid bersama Pengarah Kewangan Jakim, Tuan Hj. Awang Khalid Ali dan KPP Pembangunan, En. Rosnadi telah melakukan lawatan tinjauan mesra (Walkabout) ke Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kudat dan Pusat Latihan Islam (PLI) Lahad Datu, Jakim Cawangan Sabah. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ustaz Aziz Hj. Mohamad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah serta beberapa orang pegawai dari Jakim Cawangan Sabah. Sebelum itu, pada 2 dan 26 Mac lalu, Pengarah Jakim Sabah telah melakukan tinjauan dan lawatan ke pusat berkenaan. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat dan mengenal pasti beberapa masalah berhubung pembangunan di kedua-dua pusat latihan tersebut bagi mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya. Langkah tersebut bertepatan dengan saranan pimpinan tertinggi Jakim dan kerajaan agar pegawai-pegawai sentiasa turun padang melakukan tinjauan ke lokasi-lokasi berkenaan. Pada masa yang sama satu mesyuarat dan perbincangan bersama Pasukan Projek Negeri Sabah telah diadakan di PLI Lahad Datu bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pembangunan semula PLI Lahad Datu. Sehubungan dengan itu, Jakim telah bersetuju untuk menyegerakan pembaikan beberapa kerosakan yang berlaku di PLD Kudat dan PLI Lahad Datu.

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 13

13

7/7/10 4:06 PM


PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2009 JABATAN PERDANA MENTERI BIL.

NAMA PEGAWAI

JAWATAN

GRED

BIL.

NAMA PEGAWAI

JAWATAN

GRED

1.

ABD AZIZ @ AZIZ BIN CHE YACOB

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S54

57.

NORLIDA BT MOHD NOOR

PENERBIT RANCANGAN

B27

2.

ABDUL MURAT BIN ABD WAHAB

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

M54

58.

MASLIZA BT JAMALUDIN

C27

3.

MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S52

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN

4.

ZAWANAH BT MUHAMMAD

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S52

S22

5.

ZAKUAN BIN SAWAI

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

6.

AZIZ BIN HJ MOHAMAD

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

7.

MOHD FADZIL BIN ABU KASIM

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

8.

YAAKOB BIN ABDUL RAHIM

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

9.

HASHIM BIN HJ. SALLEH

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

10.

RAJA DARULEHSAN BINTI RAJA ARIFFIN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

11.

ZAINAB BT AB. RAHMAN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

12.

HASIFAH BINTI MOHD MURTADZA

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

M48

13.

EHSAN BIN MOHD HOSNI @ MOHD KUSNI

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

14.

MD. ALI BIN SARBINI

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

15.

NAZIHAN BT IDRIS

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

16.

DYG SITIAWA BT PGN SHAMSUDIN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

17.

ABDUL RONI BIN TAHIR

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

18.

NAFIZAH BINTI MD FAUZI

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S48

19.

NOR AZIAN BINTI ABDULLAH

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

F44

20.

IDRIS BIN YUSOP

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

DG44

21.

ABDUL MUIN BIN SALLEH

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

DG41

22.

HAFIZAH BINTI ABDUL SHUKOR

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

23.

NURUL HAFIZAH BT MUHAMAD MOKHTAR

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

24.

MOHD ZAMRI BIN ABDUL HALIM

25.

59.

SELAMAH BT MAT SAMAN

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

60.

ROGAYAH BT DOM HAMZAH

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S22

61.

RAHMAH BT ABD MANAF

KETUA PEMBANTU TADBIR

N22

62.

HASNAH BINTI NAIM

KETUA PEMBANTU TADBIR

N22

63.

SITI NOR AMINAH BT SHEIKH AHMAD

KETUA PEMBANTU TADBIR

N22

64.

ZAINAB BT ZALAMUDDIN

KETUA PEMBANTU TADBIR

N22

65.

RABANI BT MAT

KETUA PEMBANTU TADBIR

N22

66.

DATIN HALIMAH BT KAMALUDDIN

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

N22

67.

NOOR AZYYATI BT ABDULLAH

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

68.

NOR HUDA BT NORDIN

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S22

69.

WAN MAKHTAR BIN ISMAIL

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17 S17

70.

NORHAYATI BT NASIR @ SALEH

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

71.

MOHAMAD FAUZY BIN ABDUL HALIM

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

72.

TUAN SHARIFATUL MUSLIM BT TUAN HAMZAH

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

73.

NIK RIDZUAN BIN NIK MOHAMED

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

74.

NOR ABIDAH BINTI ESA

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S22 S17

75.

DHIYANA NABILLAH BT KEPLI

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

76.

AHMAD MUSTAQEEM AMINUDDIN B MD NOR

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

77.

JACKSUL BIN SAPIN @ JUHADAY

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

S17

78.

ELIAS AL HAKKIM BIN MUHAMMAD

PEMBANTU TADBIR (KEW)

W17

79.

MASLINDA BT KASIM

PEMBANTU TADBIR (KEW)

W17

S41

80.

YUSNELIZALINA BT MOHD YUNUS

PEMBANTU TADBIR (KEW)

W17

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

81.

NORZILAWATI BINTI JAMALI

PEMBANTU TADBIR (KEW)

W17

HAFIZZUDIN BIN KADIR

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

82.

ROHALAH BT TARMIZI

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

26.

MEK SOM @ RASHIDAH BT CHE WIL

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

83.

NORIAH BT MOHD DAUD

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

27.

HAJI IBRAHIM BIN HAJI HAILEE

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

84.

AZILIAH BT A.WAHAB

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

28.

ABDUL KARIM BIN ZAKARIA

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

85.

NOOR ZIAH BT AB. RANI

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

29.

NOR HAYATI BT AB LATEH

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

86.

ROHANA BT SHAMSUDIN

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

30.

BAKRI BIN AMBOALA

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

87.

AWANG MOHAMMAT BIN AWANG KATOL

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

31.

NOR AISYAH BT MOHD YUNUS

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

88.

SARBANUN BT HJ ABD RAHMAN

PEMBANTU TADBIR (P/O)

N17

32.

ROSNAH BT ISMAIL

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

89.

MAZLINA BT MOHAMAD HANAFIAH

33.

NOR ROSNITA BT GANI

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

90.

RAINI BT KASKIN

34.

MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

91.

35.

AHMAD TERMIZI BIN ZAINUDIN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

92.

36.

SYAHNAZ BT SULAIMAN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

37.

ZAMZURI BIN RUSLAN

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

38.

MOHD AIZAM BIN MAS’OD

39.

PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)

N17

TUKANG MASAK

N17

SAKINAH BT ABDUL KADIR

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

ABDULLAH BIN ABDUL SAMAD

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

93.

FAIZUL RAMAN BIN SAMAH

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

S41

94.

MD SABRAN BIN SIDEK

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

95.

MUHYIDIN BIN MUSTAPA

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

MOHAMAD ZARIFI BIN MOHAMAD DAUD

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

96.

MOHD FATTAR BIN JAMALUDDIN

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

40.

A’AZAH BT AWANG KECIL

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S41

97.

RUZINA @ ROHANA BT MD ALI

PENGGERAK MASYARAKAT ORANG ASLI

S17

41.

DZUL HANAFIAH BT HJ ISMAIL

PENERBIT RANCANGAN

B41

98.

V. AGOS KURNIAWAN BIN MOHD HADIDIN

PENGGERAK SAUDARA KITA

S17

42.

ABU BAKAR BIN MOHAMMAD

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S38

99.

MOHD ROSLI BIN MOHD HAMIDI

43.

MOHD ADZMY @ AHAMED BIN SULAIMAN

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S38

100.

NORDIANNA BT LASSIM

44.

AZRI BIN ZAINAL ABIDIN

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S32

101.

S32

102.

45.

MOHD FADZLI BIN IBRAHIM

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

JURUTEKNIK AWAM

J17

PENERBIT RANCANGAN

B17

SYED AADNAN BIN SYED NORDIN

PENGAWAL KESELAMATAN

KP14

MOHD HANIF BIN ZAINAL ABIDIN

PENGAWAL KESELAMATAN

KP11

IRWAN FAUZI HASIBUAN BIN MOHAMAD TAHER

PEMBANTU AM PEJABAT

N4

46.

ASFAANI BIN HAJI ALI

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S32

103.

47.

ZANARIYAH BT BASARI

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S32

104.

MOHD REDZUAN BIN BAHARI

PEMANDU KENDERAAN

R3

48.

MOHD SHAM BIN MD IDRIS

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

F29

105.

ABD AZIZ BIN YAAKUB

PEMANDU KENDERAAN

R3

49.

MOHAMAD ISMAIL BIN NAJIR MOHAMAD

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S27

106.

WAZIR BIN ZAINAL

PEMANDU KENDERAAN

R3

50.

MUKTASYAF BIN IBRAHIM

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S27

107.

WAN ZUHAIMI BIN WAN ISA

PEMANDU KENDERAAN

R1

51.

NOR AISHAH BT RAMLI

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S27

108.

JANI BIN UNSING

PEMBANTU RENDAH AM

N1

52.

HALIFAH BT AHMAD

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

S27

109.

NORAZMAN BIN HADBILLAH

PEMBANTU AM PEJABAT

N1

53.

BAHADUR AZAM BIN ABU BAKAR

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

N27

110.

FARIHAH BT IBRAHIM

PEMBANTU AM PEJABAT

N1

54.

MOHD SHUHAIDI BIN MOHAMAD

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

N27

111.

ZUHAIRI BIN JOHARI

PEMBANTU AM PEJABAT

N1

55.

SITI AISHAH BT MHD NOR

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

N27

112.

AHMAD RIZAL BIN MOHD. HAMIDI

PEMBANTU AM PEJABAT

N1

56.

HAMIDAH BT ISHAK

PEREKA

B27

113.

MAHADIN BIN KAMALUDDIN

PEMBANTU AM PEJABAT

N1

14

buletin jakim_JUN.indd 14

| Jun 2010

7/7/10 4:06 PM


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI GUNA SAMA JAKIM MEI 2010 PENEMPATAN

PERTUKARAN BIL 1.

NAMA PEGAWAI SITI ALIYYA BINTI RUSSLY

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

BIL

M41

SEKSYEN PENGURUSAN SUMB. MANUSIA

UNIT PEPERIKSAAN

1.5.2010

1.

KHALIZA BINTI KHALID

N27

2.

ROZIANA BINTI SAMAD

N27

3.

SITI FATIMAH NOOR BINTI ABDUL LATIF

N27

LANTIKAN BARU

2.

NAJIHAH BINTI ABDULLAH @ AZAHARI

M41

UNIT PEPERIKSAAN

SEKSYEN PENGURUSAN SUMB. MANUSIA

1.5.2010

3.

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN

S41

DAKWAH

PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN IJTIHAD

3.5.2010

4.

ERI NIZAM BIN ABU SAMAH

5.

LUKMANUL HAKIM BIN ABD. GHANI

6. 7.

S38

IPK MELAKA

ILIM, CAW. TIMUR

3.5.2010

S32(M)

PULAPOL

JAWI, KL

3.5.2010

AHMAD SHAARANI BIN MAJID

S27

KUALA LUMPUR

KESUMA

24.5.2010

NORMYEZURA BINTI HAJI AHMAD

S27

PULAPOL MUAR

PULAPOL MUAR

24.5.2010

8.

AHMAD ARIFFUDIN BIN ABD RASHID

S27

KESUMA

HUB HALAL

3.5.2010

9.

ENUN BINTI JUFFRI

S22(M)

DARUL QURAN

PENYELIDIKAN

3.5.2010

10.

HAMLIZA BINTI ABD. MUNIR

S22

IPD

KESUMA

3.5.2010

11.

MOHAMED SYAFIROO BIN ZAHID SAPIAN

S22(M)

SEREMBAN

PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN IJTIHAD

3.5.2010

12.

MOHD NASUHA BIN AMAN @ AB RAHMAN

S17

IPD

IKTBN SEPANG

3.5.2010

13.

MOHD ARZEREN BIN MAHAZIR

S17

CHERAS

JAB. PENJARA

3.5.2010

14.

ISMAIL BIN ABDUL HAMID

R3

IPD

KHIDMAT PENGURUSAN

21.5.2010

NAMA PEGAWAI

GRED

KE

TARIKH KUAT KUASA

ICU, JPM

ILIM

10.5.2010

LANTIKAN BARU

HUB HALAL

4.5.2010

DARI

KHIDMAT PENGURUSAN 4.5.2010

4.

NORAINI BINTI MAHMAD ADZIMI

N27

LANTIKAN BARU

BPSM

4.5.2010

5.

SUTRAH BINTI MAHMUD

N27

LANTIKAN BARU

ILIM

4.5.2010

6.

MOHAMAD AZARUDDIN BIN MOHAMAD NOR

R3

LANTIKAN BARU

KHIDMAT PENGURUSAN 20.5.2010

PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S32 KE GRED S38 BIL

NAMA PEGAWAI

1.

NORALIFAH BINTI ISMAIL

2.

MOHD ADZMY BIN SULAIMAN

DARI

KE

MASJID PUTRA

ILIM

TARIKH KUAT KUASA 1.5.2010

KESUMA

IPK, NEGERI SEMBILAN

1.5.2010

PEMANGKUAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 KE GRED S22 BERKUAT KUASA 1 MEI 2010 BIL

NAMA PEGAWAI

DARI

KE

BIL

NAMA PEGAWAI

DARI

KE

MASJID NEGARA

PDRM

DAKWAH

PDRM

MASJID NEGARA

PDRM

JAWI, KL

PDRM

37.

NORFARAZILA BINTI NORDIN

PDRM, SELANGOR

PDRM

38.

ROSILAWATI BINTI AWANG

PDRM, KEDAH

PDRM

39.

HASSAN BASRI BIN OTHMAN

MD. SHUKRI BIN ABDULLAH

PLPP, BANGI

PDRM

40.

FAUZI ANAK BENGAN @ ABDUL AZIZ

5.

BURHANUDDIN BIN MAT ZIN

PUSAT SERENTI, BATU KURAU

PDRM

41.

ZURAINI BINTI IBRAHIM

6.

NOR HUDA BINTI NORDIN

BAHAGIAN KESUMA

PDRM

42.

NORILLAILI BINTI CHE DERAMAN

DAKWAH

PDRM

43.

NORHAYATI BINTI NASIR @ SALEH

DAKWAH

PDRM PDRM

1.

RUZEETA BINTI SAAD

2.

MOHD HISYAM BIN AYUB

3.

AHMAD SHUKRI BIN ABDULLAH

4.

JKM SARAWAK

PDRM

ILIM BESUT

PDRM

7.

MUSHARIZA RIZUAN BIN MUSTAPHA

AADK PUTRAJAYA

PDRM

8.

ROSLINA BINTI MOHAMAD RADZIUF

KBS KEDAH

PDRM

44.

MAZLINA BINTI SAMSUDIN

JAWI KL

PDRM

45.

ROSFAIZA BIN MUHAMMAD

PENERBITAN

PDRM

AADK PERAK

PDRM

46.

MOHD SHAH BIN MOHAMAD SALIH

PEJ. MUFTI KL

PEJ. MUFTI KL

KESUMA

PDRM

47.

ZAMZURA BINTI MOHAMAD

JKM NEGERI SEMBILAN

PDRM

PDRM

48.

NOR ABIDAH BINTI ESA

AADK PAHANG

PDRM

49.

KHALMI BIN KALUNI

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

PDRM

50.

MOHD AZMAN BIN HAJI KARIM

PDRM

51.

HAZLIANA BINTI TAHAR

PDRM

52.

9.

EZDIANI BINTI MOHD TAHIR

10.

MOHAMAD MUNIF BIN MOHD TAJUDIN

11.

RASHIDAH BINTI MOHAMAD YUSOF

12.

ERNIZA BINTI KASSIM

13.

ROHAPIZAH BINTI ZAKARIA

14.

MD HAMIM BIN SHARIF

15. 16. 17. 18. 19.

RAZALI BIN DAUD ABDUL WAHAB BIN KHALID ROSNANI BINTI ALI SURIATI BINTI MAT ALI OTHMAN BIN MOHAMED

MASJID PUTRA

KESUMA

KESUMA PUSPEN RAUB PAHANG PENYELIDIKAN KESUMA JAWI KL

MASJID PUTRA

PDRM

JAKIM

PDRM

SARAWAK

PDRM

KBS

PDRM

MUHAMMAD SUARDI BIN SAFIEN

JAB. WAKAF, ZAKAT & HAJI

PDRM

PDRM

53.

MOHD NASIR BIN AHMAD DAMANHURI

JAB. WAKAF, ZAKAT & HAJI

PDRM

PDRM

54.

WAN AHMAD KHAIRUDDIN BIN WAN IBRAHIM

KEM. KESIHATAN PERAK

PDRM

PDRM

55.

NUZULZIMAN BIN AWANG ABDULLAH BIN MUSNIH

PPUU

PDRM

JAKIM SABAH

PDRM

20.

NORAZILA BINTI SHAFIE

JAWI KL

PDRM

56.

21.

SUHAIZA BINTI MAT HUSIN

DAKWAH

PDRM

57.

MUHAMMAD FAKHRUROZI BIN ELIAS

PDRM

58.

ROSMARIAH BINTI ABD. MANAN

PDRM

59.

AHMAD KAMAL HUSNI BIN MUHD SAID

PDRM

60.

ROSEIRMAYANIE BINTI MAT NOOR

JAWI, KL

PDRM

61.

FAKHRUL AZUAN BIN ISMAIL

IKBN, MUAR

PDRM

62.

ISNIATI BINTI HAMDAN

PDRM

63.

KHAIRUL FAHMI BIN DAUD

PEJ. MUFTI KL

PDRM

64.

MOHD AZLAN BIN HAJI OSMAN

JAWI, KL

PDRM

65.

PDRM

66.

PDRM

67.

ZARINA BINTI MOHD SOBRI

PDRM

68.

ASMASHANY BINTI TOKIMAN

PERAK

PDRM

MIZAN BIN RAZALI

PDRM

PDRM

PERAK

PDRM

22. 23. 24.

NOORAZYYATI BINTI ABDULLAH MARWANHAKIM BIN MOHAMED @ ISMAIL NORHALIMI BINTI CHE PI

25.

NURUL 窶連INI BINTI YAHYA

26.

AKMAL BIN AB. SAMAD

27.

NORLIZANA BINTI MD KHALID

28.

SUHAILAH BINTI ELMEE

29.

MASLIANA BINTI ZAKARIA

30. 31. 32.

SHARIFAH BINTI AZIZAN MOHAMMED AZMI BIN MOHAMMED SUZANARIAH BINTI SAMSUDIN

LEPAI PERHUBUNGAN JAWI KL

JAWI, KL

IPK PENDANG KBS KELANTAN KESUMA

JAWI LABUAN PDRM

JAWI

PDRM

LABUAN

PDRM

JAWI

PDRM

LABUAN

PDRM

PENYELIDIKAN

PDRM

JAB. PENJARA PERAK

PDRM

MOHD RAZMAN BIN MOHD ARSHAD

AADK

PDRM

ISIARA BINTI TAHIR @ TAHELE

KEDAH

PDRM

IPK

PDRM

33.

MAZLISHAM BIN ISMAIL

PEJ. MUFTI KL

PDRM

69.

34.

MOHD LUTHFI BIN BASAR

JAWI KL

PDRM

70.

NURLILA BINTI ASANULLAH

35.

MOHD FADZIL BIN OTHMAN

PERHUBUNGAN

PDRM

71.

SITI FAUZIAH BINTI NGADEMAN

36.

ZULFIKRI BIN MUSTAFFA

JAWI KL

PDRM

72.

SUHAIMI BIN AB. RAHMAN

PUSAT SERENTI BATU KURAU

PDRM

IPK

PDRM

Jun 2010 |

buletin jakim_JUN.indd 15

JAWI LABUAN

15

7/7/10 4:06 PM


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-52 Tahun 1431H/2010M

TARIKH : 27 JULAI – 3 OGOS 2010 BERSAMAAN 12 – 20 REJAB 1431H MASA

: 8.00 – 11.00 MALAM

“ Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah ”

TEMPAT : DEWAN MERDEKA, PWTC, KUALA LUMPUR

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis buletin jakim_JUN.indd 16

7/7/10 4:06 PM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.