Buletin Jakim Julai 2010

Page 1

UAR

S

K

AN

KEL

• TAHUN 21 • BILANGAN 133

H A

• JULAI 2010 • REJAB – SYAABAN 1431 H

Sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010

Karnival Inovasi Islam

Sambut Saranan PM

PERCUMA

www.islam.gov.my


Meja Pengarang Sidang Redaksi

Penjawat Awam perlu inovatif dan kreatif

PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

S

ebut sahaja tentang inovasi, mungkin ada antara kita yang terbayang penciptaan mesin atau alat yang hebat dan rumit. Mana mungkin kita mampu mereka cipta peralatan sedemikian. Jika kita berfikiran seperti itu, sangkaan kita jauh meleset tentang inovasi. Inovasi merujuk kepada kaedah, sistem atau alat yang baru diperkenalkan.

PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan

Dalam konteks kita sebagai penjawat awam, kita juga boleh menjadi inovator dalam skop kerja kita, seperti pengurangan proses kerja yang tidak memberi kesan terhadap output, malah meningkatkan output. Jika dalam sehari kita boleh menyiapkan lima kerja, namun pengurangan aliran proses tersebut, membolehkan kita menyiapkan tujuh kerja dalam sehari.

PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara menggesa semua penjawat awam supaya menggunakan e-mel secara menyeluruh. Penggunaan e-mel bukan sahaja dapat menjimatkan kertas, namun jauh lebih efisien serta menjimatkan masa dan kos. Jika kita dapat amalkan sebagai budaya kerja, secara tidak langsung dapat meningkatkan output dan hasil kerja.

PELATIH PRAKTIKAL Latifah Kasmuri JURUFOTO Jamal Ibrahim

Kita mesti pernah mendengar Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dalam Pekeliling Kemajuan Awam Bilangan 1 2006. Anugerah ini diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi oleh agensi kerajaan di samping memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja.

PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya

Yang penting ialah kita sentiasa berfikir dan berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja. Jika sesuatu inovasi yang kita hasilkan tidak dapat diaplikasi dan dimanfaatkan untuk orang lain untuk diri sendiri pun ia sudah cukup baik.

ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd.

Sidang Redaksi Buletin Jakim mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak 1431H.

Percetakan Visual Print Sdn. Bhd.

Kandungan • Pertahan Palestin daripada Taklukan

3

• Sekilas Pandang Karnival Inovasi

• Anugerah Inovasi Islam Buka Lembaran Baru Inovator Islam

Israel

4

• Karnival Inovasi Islam Sambut Saranan PM • Inovasi Aplikasi Kewangan Islam: Manifestasi

• Dewan Huffaz Memperkasakan

5 6

Rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

8-9

• Berita Bergambar • Jakim Rai Wira Gaza

10

Pendidikan Tahfiz di Malaysia • Perjumpaan YAB Perdana Menteri

7

• Nilai Teras Budaya dalam Gagasan

| Julai 2010

12 13

1Malaysia • Senarai Kenaikan Pangkat, Pertukaran 14 dan Lantikan Baru Pegawai Jakim • Atur Cara Karnival Inovasi Islam 14-15 Peringkat Kebangsaan

2

11

Bersama Guru-Guru Kafa

Kewangan Menjana Kemakmuran • Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

10


Sekilas Pandang Karnival

Inovasi Islam K

arnival Inovasi Islam 2010 yang diadakan di Qiblat Walk, Presint 3, Putrajaya (hadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) pada 5 hingga 8 Ogos 2010 merupakan program anjuran Jakim dengan kerjasama Johor Corporation, TMTelekom Malaysia Berhad, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Taqwa MAIWP dan KFC. Majlis Perasmian dan Pelancaran Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010 ini dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pada 5 Ogos 2010 bermula jam 8.00 malam. Seterusnya diikuti dengan siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Inovasi Menjulang Tamadun Baru.” Karnival yang julung-julung kali diadakan ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu menonjolkan ideaidea kreatif dan inovatif serta produkproduk inovasi Islam di samping memberi pengiktirafan kepada pihakpihak yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang inovasi Islam di Malaysia. Bersempena dengan karnival ini, penganjur telah meletakkan tema majlis “Inovatif 1Malaysia 1Ummah.” Tema ini dilihat sebagai suatu usaha yang tepat dalam menyuburkan budaya

inovasi di kalangan masyarakat. Acara kemuncak pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Karnival Inovasi Islam adalah Majlis Anugerah Inovasi Islam 2010 yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Anugerah berprestij ini terdiri daripada satu Anugerah Utama Inovasi Islam 2010 dan empat sektor Anugerah Inovasi Islam 2010 iaitu halal, kewangan, pengurusan masjid mandiri dan pengurusan pendidikan Islam.

Selain itu, karnival juga mengetengahkan aktiviti di pentas utama berbentuk persembahan dan demonstrasi. Dengan mengambil kira pelbagai golongan sasaran, pelbagai demonstrasi hasil inovasi dan kreativiti akan dapat disaksikan oleh para pengunjung seperti masakan selera 1Malaysia, perubatan alternatif, animasi Islam, pertanian herba dan perladangan, Zul Design Autotronic dan animasi Islam Upin dan Ipin.

Antara yang menarik dalam program ini adalah penglibatan lebih 180 buah booth dalam ekspo pameran dan jualan yang menarik penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam, pusat penyelidikan dan makmal sains kerajaan dan swasta, syarikat Government Linked Company (GLC) dan lain-lain. 19 program berbentuk kelimuan seperti seminar, forum dan bengkel telah diatur oleh penganjur antaranya seperti siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam, Seminar Masjid Mandiri, Bengkel Inovasi Tahsin-Qiraat, Seminar Sains Solat yang akan dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Ibrahim (Fakulti Bioperubatan, UM), Bengkel Kreativiti Seni Khat, Bengkel Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain-lain. Turut dianjurkan adalah Bengkel Inovasi Cepat Baca Al-Quran (CBQ) dan Diskusi Inovasi bersama Angkasawan iaitu Dr. Faiz Khaleed di samping Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dan dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Othman.

Pelbagai persembahan diatur sepanjang karnival tersebut berlangsung seperti persembahan wayang kulit versi baru, persembahan nasyid dari kumpulan nasyid tanah air seperti kumpulan Inteam dan Far East, pertunjukan seni mempertahankan diri, pementasan al-Bukhari, persembahan permainan rakyat, persembahan finalis program realiti ‘Adik-adikku’ dan demonstrasi animasi kartunis dari MOY & APO.

Julai 2010 |

3


Anugerah Inovasi Islam Buka Lembaran Baru Inovator Islam

P

emberian Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan tahun 2010 merupakan julung-julung kalinya diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada individu atau manamana pihak yang telah memberi sumbangan besar kepada penghasilan produk-produk inovasi Islam dalam bidang hal ehwal Islam di Malaysia. Idea mewujudkan anugerah ini lahir daripada saranan Perdana Menteri Malaysia supaya produk-produk inovasi dan penemuan baru dalam bidang hal ehwal Islam dapat ditonjolkan bagi memperkasakan nama Malaysia sebagai negara Islam contoh di persada dunia. Saranan beliau dibentangkan dalam ucaptamanya sempena Majlis Pertemuan Ulama’ dan Umara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya pada 5 Februari 2010. Saranan beliau selaras dengan pengisytiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia. Inovasi Islam merujuk kepada sebarang sumbangan oleh individu atau sekumpulan orang sama ada berbentuk cetusan idea-idea kreatif yang didokumentasikan, penghasilan produkproduk dan sistem pengurusan serta perkhidmatan yang berinovatif dan berupaya menambah nilai output semasa serta membawa kepada transformasi pembangunan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Kesannya akan memberi faedah kepada masyarakat melalui perkhidmatan cemerlang, berkualiti, produktif, dapat menjimatkan kos serta menghasilkan produkproduk berprestasi tinggi yang lebih efektif.

(i) Inovasi Institusi Masjid Mandiri

(ii) Inovasi Institusi Pendidikan Islam

Anugerah Utama Anugerah ini dinamakan sebagai Anugerah Khas Inovasi Islam 2010 yang diberikan kepada individu atau mana-mana pihak yang telah memberi sumbangan besar dalam pelbagai bidang inovasi Islam merangkumi sistem pengurusan dan perkhidmatan hal ehwal Islam, pendidikan, penyelidikan, kesihatan, sosio budaya dan ekonomi. Sektor Perkhidmatan Anugerah ini diberikan kepada mana-mana pihak atau institusi yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang inovasi perkhidmatan Islam seperti berikut :

4

| Julai 2010

Institusi pendidikan yang berjaya menghasilkan produkproduk pendidikan yang inovatif serta berupaya menambah nilai output semasa serta berperanan sebagai pusat perkembangan masyarakat yang membawa kepada transformasi pembangunan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Sektor Produk Anugerah ini diberikan kepada pihak-pihak atau institusi yang telah memberi sumbangan besar dalam penghasilan produkproduk inovasi Islam seperti berikut : (i) Inovasi Produk Halal

KATEGORI ANUGERAH INOVASI YANG DIPERTANDINGKAN Bagi tahun 2010, Jakim memfokuskan pemberian Anugerah Inovasi Islam kepada lima kategori seperti berikut :

Institusi masjid yang memperlihatkan tahap kecekapan pengurusan masjid, kepimpinan, pengimarahan, kemudahan prasarana, persekitaran yang berupaya menambah nilai output semasa, sentiasa bersungguhsungguh untuk maju tanpa mengharapkan sepenuhnya dana dari pihak kerajaan serta membawa kepada transformasi pembangunan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Produk makanan atau barang gunaan Islam yang berupaya menambah nilai output semasa serta membawa kepada transformasi pembangunan pengurusan halal yang memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

(ii) Inovasi Sistem Kewangan Islam

Institusi kewangan yang berjaya menghasilkan produk dan instrumen kewangan Islam secara telus dan praktikal yang berupaya menambah nilai output semasa, menampilkan etika pengurusan yang menepati nilai-nilai murni Islam serta membawa kepada transformasi pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Kriteria Asas Pemilihan Anugerah Inovasi Islam ini adalah sebagai panduan untuk memastikan setiap hasil inovasi (produk, perkhidmatan, idea kreatif) yang dipertandingkan memenuhi ciri-ciri inovasi yang ditetapkan seperti inovatif, keaslian, signifikan, relevensi, efisien, dan sebagainya. Semua pencalonan dinilai bagi memastikan setiap pencalonan memenuhi syarat-syarat serta skema pemarkahan yang telah ditetapkan.


Karnival Inovasi Islam

Sambut Saranan PM memberi pengiktirafan kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan inovasi Islam. Penganjuran karnival tersebut diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri pada Majlis Pertemuan Ulama’ dan Umara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Februari yang lalu.

M

ajlis Soft Launching dan Sidang Media Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan diadakan pada 21 Julai 2010 di Dewan Syura Jakim. Karnival yang diadakan dari 5 hingga 8 Ogos di Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya ini menonjolkan idea-idea kreatif dan produk inovasi Islam kepada rakyat di negara ini. Karnival empat hari yang julung kali diadakan itu dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin, dengan sasaran 150,000 orang pengunjung dijangka membanjiri persekitaran kawasan masjid tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) berkata penganjuran karnival tersebut bertujuan

“Saranan Perdana Menteri itu selaras dengan pengisytiharan 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia di samping dapat memperkasakan nama Malaysia sebagai negara Islam contoh di persada dunia,” katanya pada sidang akhbar mengenai program tersebut. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Karnival bertemakan ‘Inovatif 1Malaysia 1Ummah’ itu mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan termasuk Perbadanan Putrajaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sektor swasta antaranya Johor Corporation dan Telekom Malaysia Bhd. (TM). Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, sebanyak 20 aktiviti utama melibatkan program keilmuan, demonstrasi produk inovatif dan persembahan kebudayaan Islam diatur selain pemberian Anugerah Inovasi Islam 2010.

Anugerah tersebut akan melibatkan sektor halal, kewangan Islam, pendidikan Islam dan pengurusan masjid mandiri yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada majlis perasmian karnival. “Anugerah itu melibatkan perkhidmatan dan produk masyarakat secara meluas dan memanfaatkan umat Islam serta bukan Islam selain dikembangkan hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya. Katanya, lebih 180 tapak gerai disediakan sepanjang karnival tersebut di samping pelbagai program yang akan disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM). Antaranya Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bertajuk ‘Inovasi Menjulang Tamadun’ pada malam perasmian, pameran reka cipta inovasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA), demonstrasi Zul Design Autotronic, pameran halal dan lain-lain. Sehubungan itu Jakim mengalu-alukan penglibatan semua pihak dan penyertaan orang ramai bagi memeriahkan karnival tersebut.

Julai 2010 |

5


Inovasi Aplikasi Kewangan Islam: Manifestasi Kewangan Menjana Kemakmuran

I

bra’ merupakan fokus utama perbincangan dalam Muzakarah Ahli-ahli Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia Kali Ke-6 yang dianjurkan oleh Jakim dengan kerjasama Akademi Antarabangsa Kajian Syariah Dalam Kewangan Islam (ISRA) pada 31 Mei 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Muzakarah ini telah dihadiri seramai 176 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil ahli penasihat institusi kewangan di Malaysia seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bank, Takaful, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Islamic Banking & Finance Institute Malaysia Sdn Berhad (IBFIM), Association of Islamic Banking Institution Malaysia (AIBIM) serta wakil bahagian di Jakim. Tema muzakarah pada tahun ini ialah “Inovasi Aplikasi Kewangan Islam: Manifestasi Keadilan Menjana Kemakmuran.” Muzakarah ini antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama dan 6

| Julai 2010

penyelarasan di peringkat kebangsaan dalam bidang syariah dan mencapai harmonisasi syariah dalam sektor kewangan Islam. Di samping itu, muzakarah ini juga membincangkan tajuk-tajuk terpilih berkaitan isu-isu syariah yang relevan dalam kewangan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mencari penyelesaian terhadap isu-isu tersebut. Fokus perbincangan lebih menjurus kepada permasalahan ibra’, dari segi permasalahan fiqh, implimentasi dan aplikasi dalam penerbitan sukuk. Muzakarah dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin merangkap pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam. Turut serta, seorang pakar rujuk muzakarah iaitu Tan Sri Dato’ Sheikh Ghazali Ab. Rahman. Muzakarah yang diadakan selama satu hari ini menyaksikan pembentangan sebanyak tiga kertas kerja. Kertas pertama bertajuk “Ibra’: Perbahasan Fiqh dalam Konteks

Aplikasi Semasa” yang dibentangkan oleh Tuan Haji Suhami Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful dari Bank Negara Malaysia. Kertas kedua bertajuk “Implimentasi Ibra’ Berasaskan Produk Harga Tangguh dalam Sistem Perbankan Islam: Analisis dari Perspektif Operasi Perbankan Islam dan Maqasid Syariah,” oleh Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki. Kertas ketiga bertajuk “Aplikasi Ibra’ dalam Penerbitan Sukuk” yang dibentangkan oleh Dr. Md. Nurdin Ngadimon, Pengarah Jabatan Pasaran Modal Islam, SC. Muzakarah pada kali ini turut disertai oleh pengulas-pengulas kertas kerja yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pengamal undangundang, akauntan, pensyarah dan pegawai bank. Sebanyak lima resolusi telah diputuskan dan muzakarah kali ini dapat dijalankan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

T

adbir urus yang terbaik adalah berteraskan kepada integriti, akauntabiliti, pengamanahan, pengawasan dan ketelusan adalah antara kandungan ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) dalam Majlis Perasmian Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya pada 11 Jun 2010.

lambang kebanggaan umat Islam di Malaysia.

serta pemasangan wifi untuk para jemaah dan pengunjung,” tambahnya.

“Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang dibina menggunakan 70% besi dan selebihnya adalah konkrit. Masjid ini mampu menampung sehingga 20,000 jemaah pada satusatu masa.

“Hasrat kerajaan juga ingin menjadikan masjid ini sebagai institusi penyatuan ummah melalui pendekatan 1Malaysia, 1Ummah,” jelasnya lanjut.

“Masjid ini juga akan dijadikan sebagai one stop centre yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan

Hadir sama Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, keberkesanan tadbir urus bergantung kepada sejauh mana pengurusan dan ahli jawatankuasa masjid menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Masjid yang bernilai RM200 juta yang mula dibina pada 5 April 2004 dan siap sepenuhnya pada 19 Ogos tahun lalu akan menjadi satu tanda pusat pentadbiran di Putrajaya dan menjadi Julai 2010 |

7


Kempen 1Malaysia 1Halal di Perlis

RM4.6 Juta untuk Projek ILIM Fasa III

Kolokium Bina Insan dan Pemantapan Sahsiah Pegawai-Pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Perak dan Selangor

Dialog Intelektual Fatwa Kali Ke-2

Mesyuarat Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak Ke-9

Kunjungan Hormat TKP(P) Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak 8

| Julai 2010

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah

Kem Ibadah Kanak-Kanak anjuran Masjid Negara


Berita Bergambar

Lawatan peserta Darul Ifta’ Mesir ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Program Mesra Desa di Pulau Mabul

Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Keindahan Bersamamu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Seminar Pengurusan Kewangan Efektif Hidup Lebih Produktif

Jelajah Konvoi Bermotor Belia Masjid 2010

Eksplorasi Ukhuwah Orang Asli Sekitar Kuala Lumpur

Gerai Jakim semasa Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa (MIHAS) 2010

Kunjungan hormat Majlis Qadhi-qadhi Negeri Pahang ke Jakim

Julai 2010 |

9


JAKIM RAI WIRA GAZA

P

rogram Semarak Bersama Wira Gaza telah diadakan pada 24 Jun 2010 di Auditorium Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B). Selain daripada memberi gambaran yang jelas tentang pengalaman dan maklumat terkini aktivis yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, program ini juga bertujuan memberi kesedaran dan keyakinan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesucian Baitul Maqdis serta mengukuhkan perpaduan dan kesatuan dalam kalangan penjawat awam dan ummah keseluruhannya. Program ini juga merupakan rakaman forum khas sempena kepulangan wira yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan mereka ini diraikan dalam Program Semarak Bersama Wira Gaza yang dianggotai oleh tiga orang ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Nor Azman Mohd. Samsudin (Haluan), Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (Haluan) dan Dr. Ir. Selamat Aliman (JIM). Antara lain forum tersebut mendedahkan kekejaman Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang telah terbukti misi tersebut bertujuan untuk

Pertahan Palestin daripada Taklukan Israel

“S

etiap umat Islam perlu bangkit dari­ pada kekejaman tentera Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin demi mempertahankan bumi yang pernah diduduki oleh para anbiya’ pada zaman dahulu.” Demikian menurut wakil Aman Palestin, Hajah Hashimah Salleh dalam ceramahnya “Selamatkan alAqsa, Bebaskan Palestin,” di Dewan Syura Jakim pada 4 Jun 2010. 10

| Julai 2010

keamanan dan kemanusiaan kerana tiada sebarang senjata dibawa dalam kapal tersebut serta tidak berlayar di zon larangan. Turut digambarkan suasana semasa diserang peluru yang dilepaskan seperti hujan. Namun mereka sedikit pun tidak berasa gentar kerana apa yang penting daripada nyawa adalah misi menyalurkan bantuan. Zikir, solat serta wuduk merupakan amalan yang sentiasa dijaga semasa dalam pelayaran. Para panel turut menceritakan kesedaran terhadap jihad dan keperluan menyediakan diri dengan kekuatan iman, amal dan akhlak yang terbaik. Turut hadir bersama memeriahkan dan menjayakan program ini ialah lima orang sukarelawan yang terlibat dalam misi Kapal Mavi Marvara iaitu En. Jamaluddin Elias (Yayasan Amal), En. Hasanuddin Muhd.Yunus (Aqsa-Assharif), En. Mustaffa Mansur (Mappim), En. Abdul Halim Muhamed Ridzuan (Muslim Care) dan En. Muhammad Nizam bin Muhammad Awang (Haluan). Beberapa pengisian di dalam program tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada para hadirin seperti tayangan video tentang kekejaman Rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin dan kebiadaban mereka terhadap kapal-kapal misi bantuan kemanusiaan iaitu kapal Mavi Marvara dan Rachell Corrie.

Beliau turut melahirkan rasa sedih terhadap umat Islam yang tidak mengambil berat kepada saudara Islam di Palestin. “Sikap mengambil tahu sahaja tidak cukup untuk membantu penduduk Palestin tetapi sikap mengambil berat adalah lebih penting dalam menghulurkan bantuan kepada mereka di sana,” katanya. Tambah beliau lagi, Palestin perlu dilindungi daripada terus dimusnahkan oleh kekejaman rejim Zionis kerana bumi Palestin adalah bumi jihad hingga kiamat. “Dahulunya Palestin dikenali dengan Baitul Maqdis kerana di sinilah kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi peristiwa Isra’ Mikraj. Palestin juga merupakan bumi perjuangan dan bumi kenabian serta keberkatan kita semua,” jelasnya lagi. Hajah Hashimah berkata, umat Islam di seluruh perlu menentang kekejaman Israel dengan memboikot barangan keluaran mereka supaya dapat meruntuhkan ‘tembok besar’ mereka hasil daripada penjualan barangan tersebut. “Walaupun kita tidak mampu untuk berjuang di Palestin tetapi dengan cara memboikot barangan keluaran mereka, kita boleh merobohkan bangunan-bangunan yang mereka dirikan di bumi Palestin,” jelasnya lanjut.


Dewan Huffaz Memperkasakan Pendidikan Tahfiz di Malaysia

L

embaran Dewan Huffaz Kebangsaan yang dilancarkan pada 27 Jun 2010 yang lalu membuka satu fenomena baru bagi golongan huffaz al-Quran di seluruh negara. Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Jakim, Imam Besar Masjid Negara, Pengarah Darul Quran serta huffaz di seluruh negara menjadi satu inspirasi ke arah pemangkin kemajuan tahfiz di Malaysia. Matlamat utama penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan adalah untuk memperkasa dan memartabatkan pendidikan tahfiz al-Quran di Malaysia.

Bagi sesetengah tetamu yang hadir ke majlis tersebut, mereka berharap dengan adanya Dewan Huffaz ini dapat mengumpul semula huffaz yang mahir dan memiliki kepakaran dalam bidang profesional yang tertentu seperti bidang kedoktoran, peguam, jurutera dan sebagainya. Kini jumlah penghafal al-Quran yang dikenal pasti di negara ini dianggarkan antara 5000 dan 6000 orang. Antara agenda penubuhan Dewan Huffaz Kebangsaan adalah untuk mewujud dan menyelaraskan sijil tahfiz yang diiktiraf oleh JPA bagi memudahkan golongan huffaz ini mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta setimpal dengan taraf pendidikan mereka. Majlis tersebut turut mengadakan forum yang menampilkan bekas pelajar keluaran Darul Quran yang pertama, iaitu Tan Sri Syaikh Ismail al-Hafiz, Imam Besar Masjid Negara dan Pengarah Maahad Tahfiz Al-Quran negeri Pahang iaitu Dato’ Hj. Zulkifle Hj. Ali al-Hafiz yang membicarakan topik “Dewan Huffaz Kebangsaan Ke Arah Pemangkin Kemajuan Tahfiz di Malaysia.” Sebelum majlis pelancaran berakhir, satu pembentangan kertas kerja mengenai hala tuju Dewan Huffaz Kebangsaan telah disampaikan oleh Dr. Abd Rahman Abd. Ghani Al-Hafiz iaitu Dekan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Julai 2010 |

11


Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Guru-guru KAFA

T

anggal 15 Jun 2010, melalui Bahagian Kemajuan Islam (Pendidikan) Jakim buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Guru-guru KAFA Peringkat Kebangsaan 2010. Program ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk bertemu dan beramah mesra dengan guruguru KAFA seluruh negara. Majlis perjumpaan ini telah berlangsung di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) dan berjaya mengumpulkan 1500 orang guru KAFA seluruh negara.

Majlis tersebut juga diserikan dengan kedatangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), timbalan beliau, YB Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Pengerusi Lepai, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan KAFA Peringkat Kebangsaan 2009 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Tokoh Guru KAFA Lelaki 2009 telah dianugerahkan kepada En. Abd. Halim Talib dari Kuala Nerang, Kedah manakala Tokoh Guru KAFA Perempuan 2009 disandang oleh Pn. Zaiton Jamaluddin dari Gombak, Selangor. YAB Perdana Menteri juga menyampaikan anugerah kepada 10 orang pelajar cemerlang Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Peringkat Kebangsaan 2009 dan 10 negeri yang mendapat 100% lulus UPKK 2009. Hadiah-hadiah tersebut telah disumbangkan oleh Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis gilang gemilang ini diakhiri dengan sesi bergambar YAB Perdana Menteri bersama penerima-penerima anugerah. 12

| Julai 2010


Nilai Teras Budaya dalam

Gagasan 1Malaysia

“L

apan nilai teras iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah diri, perikemanusiaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti merupakan asas dalam Gagasan 1Malaysia.” Demikian menurut Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ismail Hj. Ibrahim dalam syarahannya

yang bertajuk “Gagasan 1 Malaysia, Peradaban dan Identiti Bangsa” di Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM, Bangi pada 17 Jun 2010. Beliau berkata, pendidikan merupakan agen perubahan penting dalam menangani taasub melulu dalam politik, perkauman, agama dan sosiobudaya. “Umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah untuk menjadi umat yang kuat,” katanya. Tambahnya lagi, masyarakat

Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin Beliau mencadangkan dan Pengarah Institusi Islam penyelidikan sistem pendidikan Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Islam tidak hanya tertumpu Mohd. Yusof Othman. kepada ritual semata-mata tetapi lebih mengikut peredaran zaman dan pendidikan agama harus dimantapkan. Islam sendiri perlu mengubah mentaliti dan sikap untuk menerima keadaan semasa bagi menangani cabaran 1Malaysia dalam membentuk budaya hidup.

“Lapan nilai teras iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah diri, perikemanusiaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti merupakan asas dalam Gagasan 1Malaysia.”

Pada majlis yang sama diadakan Majlis M e n a n d a t a n g a n i Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Jakim, penyampaian cek dana penyelidikan Jakim kepada UKM dan Pelancaran Buku Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shah. Turut hadir Mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator

Julai 2010 |

13


PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM BULAN JUN 2010 BIL

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

PEMANGKUAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S32 KE GRED S38 BERKUAT KUASA 16 JUN 2010

TARIKH KUAT KUASA

1.

AINUDDIN BIN DOLHAKIM

S44 (M)

JAKIM CAW. SARAWAK

JABATAN PENJARA

7.6.2010

2.

MOHD NAZARUDI BIN MOHD NADZIR

S32(M)

JAWI

MASJID NEGARA

16.6.2010

3.

ATFAN BINTI MOHAMED

S27

DARUL QURAN

PDRM

16.6.2010

4.

MOHAMAD SANI BIN MAHAT

S27

PUSPEN SUNGAI PETANI

JABATAN PENJARA MALAYSIA

16.6.2010

5.

SUHRAWARDI BIN SAIDIN

S17

PUSPEN SUNGAI PETANI

KBS

16.6.2010

BIL

GRED

DARI

KE

1

KAMARUDIN BIN SAID

NAMA PEGAWAI

S38 (M)

MASJID PUTRA

DARUL QURAN

2

MOHD SABRI BIN ABDUL RAHMAN

S38 (M)

IPK, KEDAH

DARUL QURAN

PEMANGKUAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 KE GRED S22 BERKUAT KUASA 16 JUN 2010 BIL

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

KE

1

WAN FAUZIAH BINTI ZAKARIA

S22 (M)

PENYELIDIKAN

PDRM

6.

AHMAD HAFIZ BIN ABD. KADIR

S17

JAWI

KESUMA

16.6.2010

2

DG. ZURIANA BINTI AG. ALI OMAR

S22 (M)

JAKIM CAW. SABAH

PDRM

7.

AZIZI DZULHELMI BIN DZULKEFLE

S17

IPD PADANG BESAR

PERHUBUNGAN

16.6.2010

3

TENGKU NORAZLAN BIN R. AB. RASHID

S22 (M)

MASJID NEGARA

PDRM

8.

IBRAHIM BIN MAT

S17

PGA, KULIM

KBS

16.6.2010

4

KHALIL BIN HAJI ISMAIL

S22 (M) IKBN CHEMBONG, REMBAU N9

PDRM

9.

RASHID BIN AB. HAMID

S17

PENJARA PENOR

KBS

16.6.2010

5

RAFIDAH BINTI AB. RAZAK

S22 (M)

PDRM

10.

SYAHRUL NIZAM BIN ABDUL RAZAK

S17

IPD DUNGUN

MASJID PUTRA

16.6.2010

6

MUHAMAD RASHIDI BIN SHAFIE

PDRM

11.

MOHD RIDHUWAN BIN ISMAIL

S17

JAWI

AADK

16.6.2010

S22 (M) PUSPEN KAMPUNG SELAMAT, TASIK GELUGOR, PP

12.

MAT TAJUDDIN BIN MUHAMAD

S17

RELA

KESUMA

16.6.2010

7

ADENAN BIN ZEN

S22 (M)

JAKIM CAW. SARAWAK

PDRM

13.

MOHAMMAD BIN KAMOS

N4

MASJID NEGARA

DARUL QURAN

1.6.2010

8

NORLIZA BINTI YASIN

S22 (M)

JKM

PDRM

14.

MOHAMAD JOHANIS BIN MOHD JAAFAR

N1

DARUL QURAN

MASJID NEGARA

1.6.2010

9

ABD. KADIR BIN ABD WAHID

S22 (M)

JAKIM CAW. SABAH

PDRM

10

MOHD SHAFIRUN BIN ZAKARIA

S22 (M)

PUSPEN SUNGAI PETANI

PDRM

15.

SITI SYARAH BINTI MOHD FOUZI

N17

LANTIKAN BARU

BKP

15.6.2010

11

TENGKU NOR HASIF BIN AB. RASID

S22 (M)

JAWI

PDRM

16.

NORLIWANA BINTI ABU BAKAR

N17

LANTIKAN BARU

HAB HALAL

15.6.2010

12

BAHARIM BIN ABU BAKAR

S22 (M)

IPD BACHOK

PDRM

17.

MOHD FADZLI BIN MOHD NOR

N1

LANTIKAN BARU

ILIM

3.6.2010

13

RAMLI BIN MAHMUD

S22 (M)

JABATAN AUDIT NEGARA

PDRM

14

MOHD YUSOF BIN ISMAIL

S22 (M)

JKM

PDRM

PENYELIDIKAN

ATUR CARA KARNIVAL INOVASI ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH : 5 – 8 OGOS 2010 BIL

TARIKH

1.

5 Ogos 2010 (Khamis)

MASA 9.00 Pg –12.00 Tgh

PROGRAM SEMINAR 1MALAYSIA 1UMMAH ( Peserta Umum )

10.00 Pg – 10.00 Mlm

2.

6 Ogos 2010 (Jumaat)

14

TEMPAT A

B

Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

CATATAN Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg Dakwah

EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM (SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg –12.00 Tgh

BENGKEL INOVASI ISLAM KPM (1) ( Peserta terpilih sahaja ) - Dr JAWI - Khat Board - I MISS

2.30 Ptg -4.30 Ptg

ANIMASI KARTUNIS DARI MOI & APO

3.00 Ptg – 5.00 Ptg

BENGKEL INOVASI SAINS ISLAM KPT (1) (UKM Peserta terpilih sahaja )

5.00 Ptg – 6.00 Ptg

PAMERAN & DEMO ORANG ASLI MUSLIM

5.00 Ptg – 7.00 Ptg

DEMOSTRASI MASAKAN SELERA 1MALAYSIA

8.00 Mlm

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Lawatan ke Pameran Inovasi

9.00 Mlm -11.00 Mlm

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL Oleh : YAB TAN SRI MUHYIDIN YASSIN Timbalan Perdana Menteri (Siaran Langsung RTM 1)

Bilik Bengkel Inovasi

Pentas Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : KPM

Penyelaras : Bhg Hadhari Penganjur : Jcorp Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : KPT

Pentas Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg Dakwah

Khemah Demonstrasi

Penyelaras : Bhg Hadhari Penganjur : Jcorp / Maggi

Pentas Utama

Penyelaras : JK Perasmian & Protokol Penganjur : Bhg Perhubungan

ANUGERAH INOVASI ISLAM (Siaran Langsung RTM 1)

Penyelaras : JK Anugerah Inovasi Penganjur : MOSTI

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM (Siaran Langsung RTM 1) TAJUK : “ INOVASI MENJULANG TAMADUN BARU”

Penyelaras : Perasmian Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

6.30 Pg – 7.00 Pg

BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1) (Peserta Umum) TAJUK : Penguasaan Sains & Teknologi Peranan Umat Islam

9.05 Pg – 9.15 Pg

SELAMAT PAGI MALAYSIA (Lintas Langsung)

| Julai 2010

Dewan Solat Utama

Tapak Ekspo

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg MEP / JAWI

Penyelaras : Bhg Hadhari Penganjur : Bhg MEP


10.00 Pg – 10.00 Mlm

3.

7 Ogos 2010 (Sabtu)

EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM (SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg – 12.00 Tgh

BENGKEL INOVASI TAHSIN – QIRAAT (Peserta terpilih sahaja )

10.30 Pg – 12.00 Tgh

PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT KEBANGSAAN Oleh : YB Datuk Seri Mejar Jen Jamil Khir bin Hj Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

1.00 tgh – 2.00 ptg

SOLAT JUMAAT (Siaran Langsung RTM 1

3.00 Ptg – 4.00 Ptg

PERSADA JURNAL – (Lintas Langsung RTM 1 )

3.00 Ptg – 4.30 Ptg

BENGKEL INOVASI KPT 2 (UPSI- E- Sansor Matematik ) (Peserta terpilih sahaja )

3.00 Ptg – 4.30 Ptg

DEMONTRASI : * Animasi Islam Upin & Ipin * Pelancaran Handpone Spice M 1300

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : BPM

5.00 Ptg – 7.00 Ptg

RAPTAI PENUH PERSEMBAHAN ADIK-ADIKKU

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Bhg MEP, JAKIM

9.00 Mlm- 10.30 Mlm

CERAMAH : Ahlan Ya Ramadhan PERSEMBAHAN NASYID Kumpulan Rabbani, Hijjaz, Saujana, Raihan All One Dan lain-lain

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Bhg Hadhari

6.30 Pg – 7.00 Pg

BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1) ( Peserta Umum ) TAJUK : Memanfaatkan Bioteknologi

9.05 Pg – 9.15 Pg

HUJUNG MINGGU MALAYSIA (1) (Lintas Langsung)

9.00 Pg – 12.00 Tgh

SEMINAR INOVASI MASJID MANDIRI ( Peserta Umum )

10.00 Pg – 10.00 Mlm

4.

8 Ogos 2010 (Ahad)

Bilik Bengkel Inovasi Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Darul Quran Penyelaras : Bhg Dakwah Penganjur : Bhg Dakwah

Dewan Solat Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg MEP & KESUMA Studio IBC Angkasapuri Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg MEP,JAKIM Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : KPT

Dewan Solat Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg MEP & JAWI

Tapak Lokasi Karnival

Penyelaras : Hadhari Penganjur : Bhg MEP, JAKIM Dewan Serbaguna, BHEUU

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg KESUMA

EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM (SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg – 12.00 Tgh

BENGKEL INOVASI ISLAM KPM (2) ( Peserta terpilih sahaja ) - Solat Istimewa - Mesin Tayammum - E-Portel Pendidikan Islam

11. 00 Pg – 1.00 Tgh

KUIZ INOVASI DAN PELANCARAN PRODUK INOVASI INDUSTRI

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : ILIM / Bhg Hadhari

2.30 Ptg – 6.30 Ptg

DEMONSTRASI PRODUK : Zul Design Autotronic Produk Inovasi (IPTA) Produk Inovasi Pertanian Produk Inovasi Industri

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Bhg. Hadhari

3.00 Ptg – 5.00 Ptg

BENGKEL INOVASI CEPAT BACA AL-QURAN (CBQ) – KAGAT (Peserta terpilih sahaja )

3.00 Ptg – 5.00 Ptg

SEMINAR SAINS SOLAT (Umum )

9.00 Mlm – 10.30 Mlm

PERSEMBAHAN ADIK-ADIKKU (Siaran Langsung RTM 1) PERSEMBAHAN NASYID

6.30 Pg – 7.00 Pg

BICARA MUFTI (Siaran Langsung RTM 1) (Peserta Umum) TAJUK : Tingkatkan Ekonomi Dengan Pertanian

9.05 Pg – 9.15 Pg

HUJUNG MINGGU MALAYSIA (2) (Lintas Langsung RTM 1)

9.00 Pg – 11.00 Pg

BENGKEL KREATIVITI SENI KHAT & KALIGRAFI CINA (Peserta terpilih sahaja)

10.00 Pg – 10.00 Mlm

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : KPM

Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg LEPAI Dewan Serbaguna, BHEUU

Pentas Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : JAWI Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Bhg MEP, JAKIM / Bhg Hadhari

Dewan Solat Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg MEP, JAKIM & JAWI

Tapak Lokasi Karnival

Penyelaras : Hadhari Penganjur : Bhg MEP, JAKIM Bilik Bengkel Inovasi

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg Penerbitan

EKSPO & PAMERAN INOVASI ISLAM (SEKTOR SWASTA DI KIBLAT WALK & BAGI SEKTOR KERAJAAN DI SAHN MASJID TUANKU MIZAN)

10.00 Pg – 11.45 Tgh

DISKUSI INOVASI BERSAMA ANGKASAWAN (Peserta Umum )

10.00 Pg – 12.00 Tgh

BENGKEL INOVASI KPM 3 (Peserta terpilih sahaja ) - Panduan Celik Bahasa Arab - Modul TAJHAF

11.45 Tgh – 12.30 Tgh

Pentas Utama

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : Bhg Penyelidikan

Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni

Penyelaras : JK Keilmuan Penganjur : KPM

PERTANDINGAN MEWARNA INOVATIF ( Peserta terpilih sahaja)

Pentas Utama

Penyelaras : Bhg Hadhari Penganjur : Jcorp

12.30 Tgh – 1.15 Tgh

PERMAINAN RAKYAT (Batu Seremban /Congkak) (Peserta terpilih sahaja)

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : JCorp

2.30 Ptg – 3.30 Ptg

CERITA DALAM LAGU (Tadika Islam)

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Jcorp

3.30 Ptg – 4.30 Ptg

PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Pentas Utama

Penyelaras : JK Persembahan Pentas Penganjur : Jcorp

5.00 ptg – 6.00

MAJLIS PENUTUP

Pentas Utama

Penyelaras : JK Perasmi & Protokol Penganjur : Bhg Hadhari

Julai 2010 |

15



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.