Buletin Jakim September 2010

Page 1

• TAHUN 21 • BILANGAN 135

• SEPTEMBER 2010 • RAMADAN - SYAWAL 1431 H

PERCUMA

www.islam.gov.my


Meja Pengarang Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd. Percetakan Visual Print Sdn. Bhd.

Bahaya di Mana-mana

J

enayah merujuk sesuatu perbuatan jahat yang salah di sisi undang-undang. Kes jenayah seperti kes bunuh, rogol, samun, rasuah, gangster, mencuri dan sebagainya di negara kita semakin meruncing dan amat membimbangkan. Terbaru, kes bunuh membabitkan jutawan kosmetik yang dibunuh dengan kejam. Mangsa bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah mayatnya dibakar dan dibuang di sungai. Apa yang mengejutkan kita ialah jenayah bunuh tersebut membabitkan jenayah kolar putih. Kita tidak seharusnya merasa berada dalam zon yang selamat kerana bahaya berada di mana-mana tanpa mengenal pangkat, dan usia. Kita juga tidak boleh berfikir jenayah berada jauh daripada kita. Walaupun menggunakan kereta paling mahal, duduk di bangunan yang serba canggih, tidak mustahil kereta mahal tersebut mengalami kemalangan, bangunan canggih tersebut boleh musnah. Kita mungkin tidak mampu mengelak sesuatu jenayah itu berlaku, namun risikonya boleh dikurangkan melalui langkah berjaga-jaga serta tidak mendedahkan diri dalam bahaya. Jenayah berlaku apabila terdapat ruang dan peluang untuk mereka melakukannya. Langkah menutup ruang-ruang tersebut mampu mengurangkan dan menyukarkan hasrat untuk melakukan demikian. Contohnya seperti tidak keluar ke tempat-tempat sunyi seorang diri terutama golongan wanita, tidak menyimpan wang tunai yang banyak di rumah, menambah kunci tambahan pada pagar rumah, motor atau kereta, dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud “… Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” Kita perlu sentiasa berwaspada terhadap keadaan di sekeliling kita. Ada masanya kita perlu menjadi tepi kain orang demi menjadi keselamatan dan kesejahteraan ummah. Jika sangsi dengan pergerakan orang di sekeliling kita seperti berlaku pergaduhan, tindak tanduk yang meragukan, kita perlu bertindak segera dengan menghubungi pihak-pihak berkaitan. Jika kita dapat memainkan peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, sudah pasti kes jenayah dapat dibanteras dan diatasi.

Kandungan Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan Dapat Sambutan Hangat

3

Kewangan Islam: Cabaran dan Harapan - KP Jakim

11

22 Program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

4

12

Ihya’ Ramadan Menteri di JPM Meriah

5

Rakaman Takbir Raya Bersama Empat Imam Jemputan Luar

6

TKP(P) Lawat Tapak SRA Presint 9

Menteri di JPM lancar Manual Islam dan HIV/AIDS Jakim dan 1MDB Materai Kerjasama Dua Hala dalam Pemberian Biasiswa

12

1Malaysia 1Halal di Johor Meriah

13

7

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Bersidang Kali ke-91

13

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2

7

Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia

14

Timb. Ketua Menteri Sabah Rasmi Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak untuk MAS & MASwings

14

Senarai Pertukaran dan Penempatan Pegawai Jakim Bulan Ogos 2010

15

Berita Bergambar

8–9

Ibu Bapa dan Keluarga Penting Menjayakan Institusi Kekeluargaan - Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

10

Bubur Lambuk Drive Thru Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tarik Perhatian Awam

10

2

| September 2010


Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan Dapat Sambutan Hangat

K

arnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2010 yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” ini dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemuncak karnival ini ialah penyampaian Anugerah Khas Inovasi Islam dan empat kategori lain, iaitu Anugerah Sektor Halal, Sektor Kewangan Islam, Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Pengurusan Masjid Mandiri. Prof. Dr. Yaakob Che Man, muncul sebagai penerima Anugerah Khas Inovasi Islam 2010. Kategori Inovasi Masjid Mandiri dirangkul oleh Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor. Bagi kategori Inovasi Produk Halal, disandang oleh Pengarah Urusan Ambang Dorongan Sdn. Bhd., Pn. Rozaini

Saleh. En. Khairul Anwar Ramlan dari Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru menerima Anugerah Inovasi Pendidikan Islam, dan Bursa Malaysia Berhad; Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) penerima bagi kategori Inovasi Kewangan Islam. Selain pameran membabitkan 180 gerai pameran dan jualan, turut diadakan aktiviti lain seperti bengkel Inovasi Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, dialog industri, aktiviti untuk kanak-kanak, bicara mufti, dan pelbagai demonstrasi serta pertandingan. Sementara itu, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan program menjayakan agenda inovasi negara harus lebih praktikal demi memastikan ia dekat di hati rakyat dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, “Memasyarakatkan program itu terlebih dahulu adalah penting sebelum semua pihak membudayakannya dalam kehidupan seharian. ‘‘Penganjuran karnival ini juga bermatlamat untuk membuktikan ajaran Islam bukan sahaja menggalakkan umatnya melakukan ibadah dalam konteks ritual semata-mata tetapi amat menggalakkan sebarang kajian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penemuan- penemuan baru dalam pelbagai bidang yang dapat menjadikan seluruh urusan kehidupan ini better, faster and cheaper (lebih baik, lebih pantas dan lebih menjimatkan)” kata beliau dalam sekapur sirih buku cenderamata karnival tersebut.

September 2010 |

3


22 Program Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

M

ajlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 2010M/1431H. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) pada 6 Ogos 2010 bertempat di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan ini dilaksanakan selaras dengan hasrat menjadikan Ramadan sebagai bulan transformasi spiritual dan rohani, dan memperkenalkan masyarakat dengan programprogram penghayatan Ramadan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak oleh Jakim dan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dengan tema “Ramadan...Datangmu Dirindui Pergimu Ditangisi,” sebanyak 22 aktiviti telah diatur. Antaranya, Seminar Penghayatan Ramadan, agihan makanan kepada fakir miskin, penyampaian bantuan kepada fakir miskin, penyampaian sumbangan kepada anak yatim, penyampaian bantuan perubatan dan sumbangan Aidilfitri kepada pesakit hospital, serta program pengimarahan masjid dan surau seluruh negara termasuklah tazkirah Ramadan, tadarus alQuran, majlis khatam al-Quran, sambutan nuzul al-Quran, iftar Ramadan, solat tarawih dan qiyamullail. Menurut Dato’ Seri Jamil Khir, ia dibentuk dengan pendekatan holistik sebagai membangunkan agenda agama khususnya untuk menyambut bulan Ramadan. “Jangan kita biarkan Ramadan berlalu tanpa membuat apaapa bentuk transformasi perubahan ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah,” tambah beliau.

4

| September 2010


Ihya’ Ramadan Menteri di JPM Meriah

J

akim dan agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Ihya’ Ramadhan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 26 Ogos 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis ini telah berjaya menghimpunkan lebih 1200 orang pegawai dan kakitangan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis Ihya’ Ramadan ini dimulakan dengan bacaan alQuran oleh Hjh. Sharifah Khasif Fadzilah

Syed Badiuzzaman, Johan Qariah Peringkat Antarabangsa 2009. Dalam majlis ini juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) berbesar hati menyampaikan sumbangan hari raya kepada agensi-agensi di bawah beliau. Sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berjumlah RM74,200.00 ini khusus untuk kakitangan agensi yang terpilih sempena hari raya.

Majlis turut diserikan lagi dengan alunan ibtihalat dan selawat oleh Syeikh Amro Abdo Sayed Ahmed, imam jemputan dari Mesir. Kemuncak majlis adalah acara berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Syeikh Mahmood Mohamed El-Tantawi, yang juga merupakan imam jemputan dari Mesir.

September 2010 |

5


Menteri di JPM Lancar

Manual Islam dan HIV/AIDS

S

eminar Menyambung Kasih Ilahi, HIV/AIDS Bersama Ditangani dan Majlis Pelancaran Manual Islam dan HIV/ AIDS diadakan pada 5 Ogos 2010 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seminar sehari tersebut telah dihadiri oleh 800 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai Jakim, Jawi, MAIS, NGO serta imam dari Negeri Sembilan dan Melaka. Seminar yang dilaksanakan ini bertujuan menyampaikan maklumat terkini berkaitan penularan gejala HIV/AIDS di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Di samping itu, seminar ini juga telah menghimpunkan ilmuwan Islam, para imam, Pegawai Syarak, pemimpin masyarakat Islam serta NGO Islam bagi menjelaskan isu berkaitan Islam dan HIV/AIDS berpandukan manual yang dilancarkan. Antara pengisian pada majlis tersebut ialah pembentangan kertas kerja oleh Dato’ Dr. Faisal Ibrahim dan Dr. Zulkifli Al-Bakri. Sesi petangnya telah diisi dengan satu forum yang melibatkan beberapa ahli panel iaitu Dato’ Zaman Khan (MAC), Dr.Wan Sohor Bani Leman (UIA) dan Dr. Norsiah

6

| September 2010

Ali (KKM) dengan tajuk “Menyambung Kasih Ilahi, HIV/AIDS Bersama Ditangani.” Forum ini membincangkan langkah dan usaha yang sepatutnya dimainkan oleh setiap individu dan agensi berkenaan isu HIV/AIDS. Majlis Pelancaran Manual Islam & HIV/AIDS disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B). Manual ini diguna pakai oleh pemimpin masyarakat terutamanya para imam dalam memahami dan menangani perkembangan isu yang masih dipandang enteng oleh masyarakat umum sekarang.


Jakim dan 1MDB Materai Kerjasama Dua Hala dalam Pemberian Biasiswa

J

akim dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengukuhkan lagi kerjasama dua hala khususnya dalam pemberian biasiswa untuk lulusan Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAN/SMAR). Ini terbukti dengan termeterainya perjanjian persetujuan (MoA) antara Jakim dan 1MDB di ruang legar Pejabat Ketua Pengarah Jakim pada 4 Ogos 2010. Majlis Menandatangani MoA Biasiswa 1MDB ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk membentuk generasi ulul albab sebagaimana amanat beliau semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa 1MDB kepada 17 orang pelajar SMAN/SMAR pada 26 Mei 2010

S

yang lalu. Pembiayaan ini disediakan melalui Tabung Yayasan 1MDB yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Pada majlis ini, Jakim telah diwakili oleh Ketua Pengarah, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz manakala 1MDB diwakili oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, En. Shahrul Azral Ibrahim Halmi. Turut hadir menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B) dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

Dalam sidang media, Dato’ Seri Jamil Khir menjelaskan bidang perubatan di Mesir dipilih untuk penajaan biasiswa kerana kos pengajiannya yang lebih tinggi berbanding bidang-bidang lain, manakala kos sara hidup di Mesir pula adalah lebih rendah berbanding negara lain. Menurut beliau lagi, pada masa hadapan, Jakim dengan bantuan 1MDB tidak menolak kemungkinan untuk meluaskan lagi penajaan kepada bidang-bidang lain seperti perbankan Islam yang sangat relevan dengan keperluan pasaran kerja.

SEMINAR AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2

empena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini, Jakim telah menganjurkan Seminar al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-2 pada 1 Ogos 2010 di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Seminar ini diisi dengan pembentangan empat kertas kerja oleh Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu, “Kepentingan Al-Quran Dalam Kehidupan” oleh Asy-Syeikh Samih Ahmad Khalid Uthaminah dari Jordan, “Ilmu Tarannum dan Pengamalannya dalam Pembacaan AlQuran” oleh Prof. Dr. H. Said Agil Husin

Almunawwar dari Indonesia, “Pemantapan Tajwid dalam Pembacaan al-Quran” oleh As-Syeikh Tan Sri Haji Hassan Haji Azhari dari Malaysia dan “Mukjizat al-Quran Pada Seni Bacaannya” oleh Asy-Syeikh Alaudin Al-Qaisy dari Iraq. Satu sesi forum yang bertajuk “Sistem Pengajian al-Quran Masa Kini dan Akan Datang” turut menyemarakkan seminar sehari ini. Ia membariskan tiga orang ahli panel daripada Hakim Tilawah al-Quran iaitu Asy-Syeikh Sayid Ali Abdul Majid dari Mesir, Asy-Syeikh Dr. Mohammed Ali Aatafay dari

Maghribi, dan Asy-Syeikh Dr. Al-Salem Mohammed Mahmoud Al-Shanqiti dari Saudi.

September 2010 |

7


Berita Bergambar

Seminar Ambang Ramadan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 5 Ogos 2010.

Program Info Ramadan Bersama SAHABAT Jakim Cawangan Sabah di Lintasan Deasoka Tamu Gaya, Kota Kinabalu pada 8 Ogos 2010.

Jakim Cawangan Sarawak telah menyertai Program Ziarah ke Kampung Long Busang Daerah Beliga, Kapit pada 21 hingga 23 Julai 2010.

8 8

| September 2010

Persidangan Aids Antarabangsa Ke XVIII di Vienna, Austria pada 17 hingga 22 Julai 2010.

Program Edaran Taqwim, Kurma dan Risalah Ramadan kepada Penumpang Bas Ekspres di Terminal Inanam, Sabah Pada 18 Ogos 2010.

Ceramah Khas Sempena Nuzul Quran di Masjid Negara pada 26 Ogos 2010.


Berita Bergambar

Program Ziarah Wad dan Majlis Iftar di Hospital Umum Sarawak pada 21 Ogos 2010.

Lawatan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPTM ke Jakim pada 09 Ogos 2010.

Program Jejak Pulau 2010 pada 19 hingga 22 Julai 2010 di Pulau Jambongan, Beluran.

Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 2/2010 Sempena Hari Pahlawan 2010 pada 30 Julai 2010 anjuran Masjid Negara.

Program Smart Study, Smart Solat & Smart Ramadan di Masjid Negara pada 21 Ogos 2010.

Kursus Asas Auditor anjuran Bahagian Hab Halal dengan kerjasama SIRIM pada 23 Julai 2010 hingga 24 Julai 2010 di Masjid Putra, Putrajaya dan Bahagian Latihan.

September 2010 |

9 9


Ibu Bapa dan Keluarga Penting Menjayakan Institusi Kekeluargaan - Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

“I

bu Bapa dan keluarga merupakan golongan penting dalam menjayakan institusi kekeluargaan.” Demikianlah intipati penting ucaptama yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim sempena Program Sesi Bersama Pemimpin: Perpaduan 1Malaysia pada 23 Julai 2010 di Dewan HIKMAH Petra Jaya, Kuching. Program yang dianjurkan oleh Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini turut dihadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri, YB Datin Hajah

Fatimah Abdullah dan Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Tuan Haji Mohamad Nawi Abu Bakar. Selain itu juga seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan persekutuan dan negeri, wakil-wakil jabatan, badanbadan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat juga hadir bagi memeriahkan majlis.

Bubur Lambuk Drive Thru Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tarik Perhatian Awam

M

asjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta telah mengedarkan bubur lambuk secara drive thru berhampiran masjid tersebut bagi membolehkan orang ramai mendapatkan dengan pantas dan mudah. Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kebajikan dan Khidmat Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustazah Fathiah Abdul Rahman berkata pihaknya mengedarkan 4000 bungkus bubur lambuk secara percuma setiap hari bermula jam 4 petang.

10

| September 2010


Kewangan Islam: Cabaran dan Harapan - KP Jakim

S

istem Kewangan Islam wajar diperkasa kedudukan dan peranannya berteraskan prinsip Islamik yang tidak membebankan pengguna, mesra pelanggan, menyekat sebarang bentuk penindasan malah menjadi sistem pilihan bukan sahaja kepada umat Islam malah bukan Islam.

dalam bidang muamalat dan kewangan Islam yang berlatar belakang tahfiz alQuran. Sementara itu, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) akan mewujudkan Sijil Tinggi Muamalat yang melibatkan tenaga pakar daripada IPTA dan ISRA yang dijangka akan ditawarkan dalam sedikit masa lagi.

bersempena dengan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2010).

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz berkata, untuk mengekalkan daya tahan sistem kewangan Islam dalam industri kewangan antarabangsa yang mencabar, kita perlu bersikap terbuka dalam menerima inovasi berasaskan syariah dalam pembangunan produk kewangan Islam. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam kali ke-5 pada 5 Ogos 2010, bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur yang dianjurkan

Dato’ Haji Wan Mohamad telah diberikan penghormatan untuk meyampaikan ucaptama pada muzakarah tersebut bertajuk “Kewangan Islam: Cabaran dan Harapan.”

Muzakarah tersebut melibatkan penyertaan penasihat perbankan syariah negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura serta 25 institut perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Penganjuran muzakarah ini menghimpunkan 450 pembuat dasar, pakar-pakar kewangan syariah dan pengamal industri kewangan Islam yang memberi fokus kepada produk perbendaharaan patuh syariah, sukuk dan isu-isu kewangan global. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Jakim melalui Darul Quran juga telah menawarkan program Diploma Tahfiz WalMuamalat yang telah bermula semenjak 25 April tahun ini. Program ini diinspirasikan daripada strategi jangka panjang ke arah melahirkan modal insan serta tenaga pakar September 2010 |

11


Rakaman Takbir Raya Bersama 4 Imam Jemputan Jakim

R

akaman takbir sempena Aidilfitri pada tahun ini diadakan pada 25 Ogos 2010 yang dihadiri lebih 20 orang kakitangan Jakim antaranya Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Putra, Tn. Hj. Abdul Manaf Haji Mat dan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tn. Hj. Md. Ali Sarbini. Rakaman Takbir Raya yang dikendalikan oleh Bahagian Media Jakim tersebut turut dihadiri oleh imam tarawih jemputan Jakim yang berada di tiga buah masjid utama turut hadir dan mengepalai takbir tersebut.

Imam-imam tersebut ialah Syeikh Abdul Rahman Taha Radwan dari Masjid Negara, Sheikh Badawi Rami dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan 2 orang imam dari Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Syeikh Amro Abdo Sayed Ahmed dan Syeikh Mahmood Mohamed El-Tantawi. Rakaman tersebut dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia menerusi RTM1 pada malam dan hari raya.

TKP(P) Lawat Tapak SRA Presint 9

P

ada 23hb Ogos 2010, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd. Noor Abd. Hamid telah mengadakan lawatan tapak pembinaan Sekolah Rendah Agama di Presint 9, Putrajaya.

SRA di Presint 9 ini dilengkapi dengan 12 bilik darjah, bilik guru, kantin, pondok pengawal dan lain-lain keperluan asas, sementara surau pula dibina untuk kapasiti 300 jemaah juga dilengkapi dengan kemudahan asas dan juga laluan berbumbung . Kelewatan projek ini disebabkan oleh kekurangan pekerja. Walau bagaimanpun, kontraktor cuba menambah bilangan pekerja dan bekerja lebih masa untuk menyiapkan projek ini. En. Mohd. Noor juga melahirkan rasa kurang berpuas hati dengan kemajuan di tapak memandangkan warga Putrajaya menanti penyiapan projek ini sudah sekian lama.

Turut sama dalam lawatan tapak tersebut ialah En. Jamaludin Kasbi dan En. Azeezee Md. Nasir dari Bahagian Pembangunan JPM, Ustazah Zainab Abdul Rahman dari Jawi Cawangan Putrajaya, pegawaipegawai dari JKR WP Putrajaya, pegawai-pegawai dari Jakim dan kontraktor. Sebelum memulakan lawatan tapak, satu taklimat ringkas oleh Pn. Norhayati binti Ibrahim; KPP Bahagian Projek JKR WP Putrajaya. Projek ini telah terlewat dari jadual asalnya, tetapi kontraktor cuba menyiapkan projek ini dalam tahun ini dan dapat beroperasi pada Januari 2011. 12

| September 2010

Selepas taklimat, En. Mohd. Noor dan hadirin meninjau kawasan tapak sambil diberi penerangan oleh kontraktor bagi kerja-kerja yang sedang dijalankan. Akhir sekali sebelum mengakhiri sesi lawatan tersebut, En. Mohd. Noor sekali lagi mengingatkan kontraktor supaya menyiapkan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan agar bangunan sekolah dan surau dapat beroperasi awal tahun depan.


1Malaysia 1Halal di Johor Meriah

B

ahagian Hab Halal telah menjadikan negeri Johor sebagai destinasi ke-3 untuk mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Danga Bay, Johor Bharu. Negeri Johor sememangnya terkenal sebagai destinasi utama pelancongan dan mampu menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara terutama para pengunjung dari Singapura. Perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Datuk Zainal Abidin Osman. Dalam ucapannya, beliau menegaskan aspek berkaitan halal amat sensitif dan dituntut oleh agama Islam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah

Bahagian Hab Halal, Puan Hjh. Saimah Mukhtar. Objektif utama 1Malaysia 1Halal bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada para pengguna supaya membeli barangan yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal. Sebanyak 64 syarikat pengeluar produk halal dan lapan agensi kerajaan telah mengambil bahagian pada kempen tersebut.

Di samping itu juga, pelbagai acara menarik diadakan seperti kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pameran dan jualan produk dan perkhidmatan oleh usahawan, pertandingan melukis, mewarna dan dekorasi kek, demonstrasi dan tips masakan halalan toyyiban, pertandingan busana muslim, pertandingan usahawan halal negeri terbaik, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Seminar Halalan Toyyiban dan persembahan nasyid.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Bersidang Bagi Kali Ke-91

M

Ternakan Moden, Penggunaan Alkohol Dalam Makanan dan Minuman dan Garis Panduan Bersuci bagi Kakitangan Operasi Sistem Pembentungan.

Beberapa isu penting yang telah dibincangkan pada muzakarah kali ini, antaranya ialah Garis Panduan Penilaian Risiko dan Intervensi Primer Kemudharatan Alkohol, Haiwan Jalalah dalam Industri

Pakar-pakar dalam bidang berkenaan telah dijemput untuk memberikan taklimat dan penjelasan mengenai isu-isu tersebut antaranya Dr. Rozanim Kamarudin dan Dr. Rushidi Ramly; Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia serta Prof. Dr. Yaakob Che Man, Dr. Suhaimi Ab. Rahman dan Encik Dzulkifli Mat Hashim dari Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.

uzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bagi kali ke-91 telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2010 di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin ini telah dihadiri oleh para mufti dan timbalan mufti serta ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

Muzakarah kali ini juga telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti ke arah memantapkan lagi hubungan kerjasama dan kesepakatan dalam aspekaspek muamalat dan kewangan Islam yang melibatkan hukum hakam. Selain itu, muzakarah juga turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi Permodalan Nasional Berhad ke arah mempertingkatkan lagi kesempurnaan Islamic compliance dalam semua aspek pelaburan unit-unit amanah PNB.

September 2010 |

13


Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia

B

ahagian Pengurusan Fatwa telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Pengurusan Fatwa Jabatan Mufti Seluruh Malaysia pada 27 hingga 29 Julai 2010 di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini merupakan kesinambungan kepada bengkelbengkel penyelarasan pengurusan yang telah diadakan sebelum ini. Pada bengkel kali ini, wakil-wakil dari Jabatan Mufti yang dijemput adalah terdiri daripada kalangan Timbalan-timbalan Mufti serta Pegawai Istinbat dari Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Bengkel kali ini memfokuskan isu pengistinbatan fatwa melalui proses dan metodologi yang dipraktikalkan ulama’ dan sarjana Islam. Tiga kertas kerja pembentangan telah dibengkelkan bagi mengupas dan membincangkan isu dan tema bengkel kali ini. Berdasarkan perbincangan dan diskusi yang telah dilaksanakan, bengkel ini telah merumuskan satu cadangan draf garis panduan istinbat fatwa / kaedah istinbat fatwa bagi digunakan sebagai panduan mengistinbat fatwa dan hukum di peringkat negeri.

Timb. Ketua Menteri Sabah Rasmi Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak untuk MAS dan MASwings

M

ajlis Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan Imsak 1431H/2010M Bagi Negeri Sabah untuk Edaran Pesawat Malaysia Airlines dan MASwings Sdn. Bhd. anjuran Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri Sabah, Malaysia Airlines, MASwings Sdn. Bhd. dan Malaysia Airports Sdn. Bhd. Kota Kinabalu diadakan pada 6 Ogos 2010 di Check In Island C, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Pelancaran taqwim ini merupakan suatu inovasi dan alternatif kepada taqwim bersaiz konvensional dengan memperkenalkan taqwim bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja terutama oleh golongan musafir. Sesi gimik pelancaran taqwim dilaksanakan dengan menggunakan MASwings aircraft ATR7 dan YB Datuk Seri 14

| September 2010

Panglima Haji Yahya Hussin mengedarkan taqwim kepada para penumpang di dalam pesawat berkenaan. Selain daripada memberikan maklumat waktu berbuka puasa dan imsak yang merangkumi sembilan zon seluruh negeri Saba, taqwim ini juga memuatkan panduan ringkas puasa Ramadan berserta zikir solat sunat Tarawih dan solat sunat witir.


Sebanyak 6,500 naskhah taqwin diedar kepada penumpang pesawat MASwings (bagi penerbangan dalam negeri Sabah/ domestik) dan pesawat MAS (bagi penerbangan destinasi Kuala Lumpur Kota Kinabalu). Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan, Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat, Tuan Haji Abdul Roni Haji Tahir; Tuan Haji Khamis Jamil mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pengurus Kawasan Sabah Malaysia Airlines, Encik Morris Ong, Pengurus Wilayah Sabah MASwings Sdn. Bhd., Encik Shauqi Ahmad, dan Pengurus Keselamatan Malaysia Airports Sdn. Bhd. Tuan DSP Kossim Samsi.

PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM BULAN OGOS 2010 PERTUKARAN KE

TARIKH KUAT KUASA

JAB. AGAMA ISLAM PULAU PINANG

JAWI CAW. LABUAN

1.8.2010

S41

LATIHAN

HAB HALAL

1.8.2010

MUHAMAD MAZUAN RAZALY

S41

HAB HALAL

1.8.2010

SAIDI JAAFAR MOHD YAZID DISUN FOZI SAAD SHAHRIL REKAN

S41 S27 S27 S27

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM PENYELIDIKAN PERHUBUNGAN PERHUBUNGAN AADK SABAH

HAB HALAL HAB HALAL HAB HALAL JAWATAN KUMPULAN, JAKIM

1.8.2010 16.8.2010 16.8.2010 25.8.2010

GRED

DARI

KE

TARIKH KUAT KUASA

Dg44 C41 C41 M41 (Kontrak)

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN HAB HALAL HAB HALAL DARUL QURAN

2.8.2010 2.8.2010 16.8.2010 12.8.2010

BIL

NAMA PEGAWAI

GRED

DARI

1.

TUAN HAJI GHAZALI SAAD

S52

2.

MUHAMMAD HAFEEZ ABU SEMAN

3. 4. 5. 6. 7.

PENEMPATAN BIL

NAMA PEGAWAI

1. 2. 3. 4.

HANIZAN TAIB KHAIRUNNISA CHE OMAR NUR ANIS MOHD SANI NORFAZLINA MOHAMED SHAFIE

5.

MARZITA MOKHTAR

N36

-

ILIM

10.8.2010

6. 7.

AZAHARI MOHD SALLEH SALLEHAN MOHD SALLEH

N36 F29

LANTIKAN BARU

DARUL QURAN MASJID NEGARA

10.8.2010 20.8.2010

8.

JASNITA ABD RAHMAN

N27

LANTIKAN BARU

MASJID NEGARA

17.8.2010

9.

HAMID SABRAN

S17

-

23.8.2010

10. 11. 12.

ROSNAH AGAT DAYANG NOR ZAINAB IKHSAN DAYANG HANIDAWATI HAMZAH

N17 N17 N17

LANTIKAN BARU -

JAKIM CAW. SABAH DARUL QURAN BPSM PENYELIDIKAN

September 2010 |

2.8.2010 3.8.2010 16.8.2010

15


BUKU TERBITAN JAKIM ISTILAH-ISTILAH FIQAH DAN USUL : EMPAT MAZHAB Penulis Cetakan Pertama ISBN Harga Halaman

: : : : :

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 2010 978-983-042-451-4 RM 30.00 520 halaman

SINOPSIS Umat Islam mempunyai banyak keistimewaan dengan barisan cendekiawan dan tokoh ulama’ yang berkarya, yang menghasilkan pelbagai jenis ilmu sejak awal lagi. Hal ini makin berkembang dari satu zaman ke satu zaman hinggalah ke zaman ini. Karya-karya mereka itu sarat dengan istilah-istilah fiqah dan usul yang kadang-kadang berlainan antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Justeru, buku Istilah-Istilah Fiqah dan Usul : Empat Mazhab tulisan oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri ini dikemukakan bertujuan menjelaskan istilah yang diguna pakai oleh ulama’ mazhab, yang berkemungkinan berlaku kekeliruan dan kesamaran. Walaupun begitu, ia terhad kepada empat mazhab sahaja, iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

CERGAS FIZIKAL SOLAT SEMPURNA Penulis Cetakan Pertama ISBN Harga Halaman

: : : : :

Mohd Sufian bin Sulaiman 2010 978-983-042-450-7 RM 10.00 38 halaman

SINOPSIS Solat tiang agama. Ia menjadi kewajipan kepada setiap Muslim untuk menunaikannya sebanyak lima waktu sehari semalam. Ketika melaksanakan solat terdapat pergerakan-pergerakan tertentu seperti berdiri betul, ruku’, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir yang memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Buku Cergas Fizikal Solat Sempurna dapat dijadikan panduan tentang cara-cara melakukan senaman yang betul meliputi teknik regangan, kontraksi secara isometrik dan isotonik, selang rehat, bebanan dan sebagainya untuk membina fizikal yang cergas. Beberapa tips kecergasan dan teguran diberikan di dalam buku ini untuk mengatasi masalah kecederaan fizikal yang boleh menyebabkan lenguh, sakit dan kebas disebabkan oleh amalan senaman yang salah, agar kita mampu melaksanakan solat dengan sempurna.

16

Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di: Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 1, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. | September 2010 Tel: 03-8886 4575


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.