• TAHUN 21 • BILANGAN 130
• APRIL 2010 • RABIULAKHIR - JAMADILAWAL 1431 H
PERCUMA
www.islam.gov.my
Meja Pengarang
Sidang Redaksi PENAUNG Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam /Malaysia PENASIHAT Mohd Noor Abd. Hamid Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim
T
Buang Bayi: Cetek Nilai Agama
ong sampah, sungai, kaki lima, masjid dan surau. Barangkali tempat-tempat sebeginilah yang menjadi sasaran ibu atau lebih tepat remaja yang membuang bayi mereka. Fenomena buang bayi seringkali dikaitkan dengan bayi luar nikah atau pasangan kekasih yang terlanjur dengan hubungan haram mereka. Untuk menutup malu, maka bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa remaja yang tidak bertanggungjawab atas keseronokan sementara dan keterlanjuran perbuatan terkutuk mereka. Gejala buang bayi semacam isu bermusim. Kebelakangan ini, saban hari ada sahaja kes buang bayi dilaporkan di media massa. Gejala ini memberi isyarat masyarakat kita yang masih sakit dan tenat dalam soal akhlak dan moral, juga kegagalan dalam sistem pendidikan sama ada secara formal atau sebaliknya, iaitu di rumah. Remaja yang terjebak dalam bergaulan bebas tanpa batasan ini turut dipengaruhi cara hidup yang tidak seimbang antara kehendak rohani dan jasmani, selain daripada persekitaran iaitu suasana yang tidak kondusif di rumah seperti kemiskinan, perceraian atau pergaduhan ibu bapa dan sebagainya. Inilah akibatnya jika nilai agama yang diletakkan pada kedudukan yang paling rendah. Begitu juga dengan pergaulan dengan rakan-rakan. Kalau baik rakan-rakannya, maka baiklah remaja tersebut. Namun jika sebaliknya, jika tidak semua, sedikit keburukannya akan terpalit kepada rakannya. Banyak lagi faktor berlakunya gejala ini, dan tidaklah disalahkan kepada remaja terbabit 100% kerana ibu bapa, keluarga, masyarakat turut mempunyai peranan masing-masing.
KETUA PENGARANG Mohamad Saari Pengarah Bahagian Penerbitan PENGARANG Mohd Yusof Sham PENOLONG PENGARANG Mohd Firdaus Mohd Suhani JURUFOTO Jamal Ibrahim PENGEDAR Unit Edaran Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Putrajaya ATUR HURUF / REKA BENTUK Visual Print Sdn. Bhd.
Remaja yang terlanjur seharusnya dibimbing dan diberi perlindungan sewajarnya, bukan dicemuh, dicela, akibatnya dia tersisih dan mengalami tekanan mental yang menyebabkan ketidakwarasan dalam membuat keputusan secara rasional. Berikan peluang kepada mereka kembali ke pangkal jalan. Golongan muda merupakan golongan pelapis yang bakal mencorak generasi akan datang. Generasi bagaimana yang kita lahirkan? Jika masalah ini terus meruncing, lambat laun, masyarakat tidak hairan dan tidak acuh ia berlaku di sekeliling kita. Pembangunan fizikal memang tidak dinafikan kepentingannya kepada kita, namun ia mesti diseimbangkan dengan pembangunan rohani. Jati diri dan rohani yang kuat merupakan asas dan benteng mendindingi segala cabaran yang dihadapi. Ia perlu ditanam sejak dari kecil lagi supaya ia sebati dalam diri setiap insan. Jika kita menganggu anak kucing, sudah tentu ibunya akan mendengus kepada kita. Jika haiwan pun tahu nilai kasih sayang, apatah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, tentulah nilai tersebut lagi tinggi. Bayi yang dikurniakan oleh Allah mempunyai hak untuk hidup. Jangan disebabkan keterlanjuran bayi tersebut menjadi mangsanya, membunuhnya secara kejam. Fikirlah dahulu akibat dan dosanya sebelum dibuang.
Percetakan Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Kandungan • Wajih Juara Adik-adikku
3
• Kempen 1M1H Dapat Sambutan Luar Biasa • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Disambut Sederhana Tapi Meriah
4 5
• Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jakim ke Perpustakaan Negara 11
• 21 Qari dan Qariah Terima Imbuhan Khas daripada Kerajaan Malaysia 6
• Kunjungan Ketua Pengarah IKIM ke Jakim 12
• 1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami 7
• KP Jakim Terima Kunjung Hormat PKPU 12
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-90 di USIM 10
• Ekspedisi Kasih III Erat Silaturrahim 13
• Persidangan Ketua-ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82 10
• IKIM dan ILIM Kongsi Kepakaran 14
• KP Jakim Kunjungi Mufti Sabah • Taklimat Halal kepada MUIS
2
11
| April 2010
11
• Al-Quran: Kitab Edisi Terakhir Tiada Tandingan 14
Wa j i h J u a r a
T
eka-teki program realiti TV ‘Adik-adikku’ akhirnya terjawab apabila Muhammad Wajih Zakwan Hanif, 12, telah muncul juara. Persembahan yang bersahaja serta mencuit hati itu telah berjaya menarik hati para juri memilih beliau mengalahkan enam rakannya yang lain. Sekali gus melayakkan Adik Wajih membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, trofi, hadiah iringan berserta hadiah misteri sumbangan PKPU berupa pakej umrah bernilai RM6,000. Masalah kesukaran untuk melihat tidak menghalang Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 12, daripada merangkul tempat kedua dengan membawa pulang RM8,000, trofi serta hadiah iringan. Tempat ketiga diraih Muhammad An-Naim Yasim, 14 yang membawa pulang hadiah
wang tunai RM6,000, trofi serta hadiah iringan. Finalis lain yang berjaya ke peringkat akhir ini ialah Amin Al-Hadi Ab. Hadi, Nur Syariqah Mohd Paris, Nurul Syazwina Mohd Sukri dan Nor Syamira Liana Nor Ashaha. Progam anjuran Jakim dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV1 pada 18 Mac 2010. Ia bertujuan membina karisma dan kepimpinan kanak-kanak dalam persiapan melahirkan pendakwah muda. Antara kriteria utama yang diambil kira ialah pidato, bertarannum, nasyid dan mengaji.
Norzizi Zulkifli, pensyarah dan penggiat teater, Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Ustaz Badli Shah Alauddin, Ketua Bahagian Dakwah dan Tarbiah, Jabatan Agama Islam Pahang. Turut hadir menyaksikan saingan akhir rancangan tersebut ialah bekas Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz.
Peserta dinilai oleh tiga orang juri profesional yang terdiri daripada April 2010 |
3
Kempen 1M1H Dapat Sambutan Luar Biasa
K
empen Satu Malaysia Satu Halal (1M1H) telah diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Februari 2010 dan pelancarannya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia AlSultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman, merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Februari 2010. Objektif utama kempen 1M1H ini adalah bagi memberi kesedaran kepada pengguna terhadap pengurusan halal di Malaysia secara menyeluruh termasuk aspek halalan toyyiban, standard halal, analisis halal, R&D, sistem kualiti dalam sistem pensijilan halal Malaysia, e-halal, promosi, piawaian halal dan sebagainya. Ia juga meningkatkan kesedaran dan keprihatinan kepada pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada pengguna supaya membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Di samping itu kempen ini menyediakan satu platform bagi pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal. Kempen 1M1H ini adalah anjuran Jakim dengan kerjasama Masjid Negara, JAWI, Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), DBKL, Daganghalal.com, Kementerian Kesihatan Malaysia, Tabung Darah Negara, Polis Diraja Malaysia, Permodalan Nasional Berhad, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia, JKR dan Kosmo adalah media rasmi kempen 1M1H. Selain daripada Kosmo, kempen ini mendapat liputan meluas daripada media massa lain dan juga media elektronik termasuk lintas lansung daripada RTM, Bernama, NTV7 dan TV9. Jakim telah membuka sebanyak 60 gerai kepada usahawan bumiputera, industri kecil sederhana, syarikat multinasional, dan agensi-agensi yang terlibat dengan halal. Kempen ini dibuka seawal jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan dibuka kepada orang awam secara percuma. Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang program ini ialah seperti Seminar Halalan Toyyiban yang dihadiri 350 usahawan halal, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Pelancaran Anugerah Usahawan Halal oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Aktiviti lain seperti jualan amal, kempen derma darah oleh Tabung Darah Negara, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, analisis kulit dan produk Halal oleh Jabatan Kimia Malaysia, pertandingan masakan halalan toyyiban, pertunjukan Busana Muslim, nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Saujana, pertandingan mewarna, pertandingan melukis, jualan murah oleh usahawan halal dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Melalui kempen ini, masyarakat dan usahawan halal diharap mendapat kefahaman yang sebenar mengenai integriti pengurusan halal di Malaysia dan merebut peluang perniagaan halal yang berjumlah trilion ringgit. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) serta isteri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim serta suami, dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz serta isteri. Turut hadir ketua jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dengan pensijilan halal seperti Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, HDC, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM, KPDNKK, dan Kementerian Kesihatan Malaysia. 4
| April 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Disambut Sederhana Tapi Meriah
M
ajlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan
Tahun
1431H/2010M
telah
dirasmikan oleh Sultan Negeri Kedah Darul
Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 26 Februari 2010 bertempat di Dewan Solat Utama,
Masjid Putra, Putrajaya. Sambutan kali ini bertemakan “Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah.”
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut ialah Sultanah Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan isteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan dan isteri; serta Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz dan isteri. Turut hadir pada majlis ini menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, duta-duta, ketua-ketua jabatan dan tetamu kehormat yang lain. Majlis yang bermula seawal pagi cukup meriah kerana disertai oleh hampir 10,000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan bermula dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ke
Dataran Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman seterusnya berarak menuju ke Masjid Putra. Perarakan diiringi dengan alunan selawat kepada baginda Nabi SAW. Turut diadakan ialah ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri. Pertandingan sepanduk turut diadakan dengan lima kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori kerajaan, johan dimenangi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) naib johan. Kategori badan berkanun dimenangi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyandang naib johan; kategori swasta dimenangi oleh Bank Islam dan KL StarRail sebagai naib johan; kategori badan bukan kerajaan pula dimenangi Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur sebagai johan dan Pengasih sebagai naib johan; dan akhir sekali kategori sekolah dan IPT iaitu SRI Kafa Masjid Az-Zubair sebagai johan dan SMK Pandan Jaya sebagai naib johan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada tujuh penerima. Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW 2010 disandang oleh Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid (Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, UIAM) yang membawa pulang RM50,000, sijil dan plak. Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW pula ialah Profesor Dr. Yakob Che Man (Pengarah, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM), Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik (Bekas Pengarah Kesihatan), Nik Nur Madhihah Nik Mohd Kamal (Pelajar Cemerlang SPM 2008), Hajah Faiza Bayumi Syed Ahmad (Usahawan), Datuk Hassan Din Al-Hafiz (Pendakwah Bebas) dan Dr. Tan Swee Lian (Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, MARDI). Masing-masing menerima wang tunai RM22,000, sijil dan plak. Majlis sambutan yang dihoskan oleh Ustaz Iszam Padil dan Ustaz Abdul Rahman Daud ini diakhiri dengan persembahan khas marhaban, nasyid dan lagu tema Maulidur Rasul oleh kumpulan nasyid Far-East, Munsyideen, Encik Tarmizi Abdul Rahman serta kumpulan DG-Wa dari Jakim. April 2010 |
5
21 Qari dan Qariah
Terima Imbuhan Khas daripada Kerajaan Malaysia
S
eramai 21 daripada 23 orang qari dan qariah yang telah menjadi johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Jakim telah menerima imbuhan khas daripada kerajaan Malaysia. Majlis penyampaian imbuhan tersebut yang dianjurkan oleh Jakim dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri ini telah diadakan pada 3
6
| April 2010
Mac 2010. Cek sumbangan imbuhan kali pertama telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor. Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan YBhg. Datin Seri Fatmawati Hj. Saidin serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Turut memeriahkan majlis ialah Dato’ Zainol Othman, Tan Sri Ibrahim Lembut, Tan Sri Sheikh Ismail bin Muhammad dan ketua-ketua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta ahli keluarga penerima. YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyatakan pemberian imbuhan khas bermula dari Oktober 2009 hingga sepanjang hayat penerima. Pemberian imbuhan ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam menghargai johan qari dan qariah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Ia juga menjadi suntikan semangat yang berterusan agar ilmu tilawah
dan tarannum al-Quran dapat dikembangkan sewajarnya bagi diwarisi oleh golongan muda. Sebelum itu, Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah Jakim dengan Johan Qari Qariah telah diadakan di ILIM pada 2 Mac 2010.
1 Malaysia:
Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami
G
agasan 1Malaysia merupakan gagasan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Gagasan ini berpaksikan Perlembagaan, kedaulatan undangundang, Rukun Negara dan raja berpelembagaan serta ciri budaya yang diamalkan selama ini. Seharusnya umat Islam khususnya para ilmuwan dan pemikir Islam mengambil peluang daripada gagasan ini meningkatkan pelaksanaan agenda Islam dan umatnya. Seminar 1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami anjuran Jakim dan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 12 dan 13 Mac 2010 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Acara kemuncak seminar ini ialah Syarahan Perdana yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud yang bertajuk “1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islami.” Majlis Syarahan tersebut turut dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman, para mufti, ahli-ahli Parlimen, YAA JKSM, ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan kerajaan, para profesional dan golongan akademik dari institut pengajian tinggi tempatan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan. Sepanjang dua hari seminar berlangsung, sebanyak 14 kertas
pembentangan yang merangkumi bidang pendidikan, perundangan dan syariah, komunikasi dan media, sains dan teknologi, hubungan etnik serta pentadbiran dan pengurusan telah dibincangkan. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Strategi, Kaedah dan Pelaksanaan Dakwah dalam Membina Jati Diri Kebangsaan.” 10 resolusi telah dihasilkan daripada seminar ini.
April 2010 |
7
B 1.
Perasmian Kursus Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran (STTQ) siri ke-4 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha pada 11 Mac 2010 di ILIM, Bangi.
2.
Bengkel Semakan Semula KPI Jakim anjuran Bahagian Penyelidikan bertempat di ILIM pada 22 Mac 2010.
3.
Bahagian Dakwah Jakim telah mengadakan kunjungan kerja ke Jabatan Penjara Malaysia pada 9 Februari 2010.
4.
Pada 17 dan 18 Februari 2009 Bahagian Kesuma telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia di ILIM, Bangi.
2 5.
Jakim Cawangan Sarawak turut menyertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak yang berlangsung di Bandar Sri Aman pada 26 Februari 2010.
6.
Atase Halal di Australia telah mengadakan Audit Pemantauan Rumah Sembelih pada 4 Mac 2010.
7.
Bahagian Hab Halal Jakim bersama dengan KPDNKK, Putrajaya menjalankan serbuan ke atas sebuah premis makanan yang beroperasi di Kota Damansara.
7 8.
Delegasi Poland dalam lawatan kerja ke Jakim pada 29 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat Utama Jakim.
9.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1431H turut disambut oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam di Australia.
10. Pengarah Jakim Cawangan Sabah telah melakukan lawatan tinjauan mesra (walkabout) ke Pusat Latihan Dakwah Sikuati, Kudat pada 1 dan 2 Mac 2010. 11. Pada 2 Mac 2010 lalu, Jakim Cawangan Sabah mengadakan majlis penyerahan kutipan derma yang telah dikumpulkan dari semua bahagian Jakim kepada mangsa-mangsa kemalangan PLD Kudat.
8
| April 2010
e
r
i
1
3
4
5
6
8
9
10
11
t a
B
e
r
g
a
m
b
a
r
12. Bahagian Dakwah telah mengadakan Majlis Silaturrahim Bersama Saudara Muslim Cina di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, Taman Melawati Kuala Lumpur pada 6 Mac 2010. 13. Jakim Cawangan Sabah sertai aktiviti cerapan anak bulan yang diadakan setiap hujung bulan Hijrah.
3 14
12
13
15
16
17
18
19
20
14. Pada 3 Mac 2010, Bahagian Kesuma telah mengadakan Seminar Standard Penarafan Masjid Malaysia (Zon Sabah) di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) Kota Kinabalu, Sabah. 15. Jakim Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Kampung Stumbin, Sri Aman telah menganjurkan Forum Ehwal Islam pada 11 Mac 2010. 16. Jakim telah mengadakan program Rakan Setia Masjid siri ke-3 pada 8 hingga 12 Mac 2010 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub. 17. Kunjungan hormat Mr. Frank Michel, Setiausaha 1, Kedutaan Besar Jerman ke Jakim di Kuala Lumpur pada 25 Mac 2010. 18. Yadim dengan kerjasama Pusat Latihan Sarawak telah menganjurkan Program Perkampungan Generasi Khalifah untuk golongan belia dan mahasiswa Islam Sarawak pada 26 hingga 28 Mac 2010. 19. Program Dakwah Bil Hal bersama AADK pada 23 Feb 2010 di Surau Jumaat, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. 20. Muzakarah Pemahaman Arahan Tetap Pengarah JAIN Tahun 2007 Peringkat Zon Selatan telah diadakan pada 17 dan 18 Februari 2010 di ILIM, Bangi. 21. Jakim Sabah mendapat Anugerah Kontinjen Terbaik Perarakan Maulidur Rasul 1431H. 22. Gerai Jakim berjaya mengumpul lebih RM10,000 hasil jualan buku semasa Pesta Buku Antarabangsa 2010 yang lalu.
21
22
April 2010 |
9
Persidangan
Ketua-ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-90
Bersidang di USIM
M
uzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-90 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Mac 2010. Muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin bermula pada jam 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh seramai sebelas orang para mufti, enam orang Ahli Dilantik oleh Majlis RajaRaja dan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz selaku Setiausaha Jawatankuasa. Turut hadir pada muzakarah ini ialah dua Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor dalam perutusannya melahirkan kebimbangan terhadap masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. Sikap dan tindak tanduk mereka yang sanggup membuang bayi dan mendera anak-anak sehingga membawa maut, membayangkan seolah-olah agama tidak dijadikan pegangan dan panduan hidup. Beliau berharap semua ahli muzakarah dapat sama-sama membantu mempertingkatkan usaha membimbing masyarakat supaya kepincangan akhlak dan moral yang berlaku ini dapat dibendung segera. Beliau turut melahirkan pandangan terhadap kepentingan konsep al-Ifradh wa at-Tafridh di kalangan umat Islam seperti mana konsep wasatiyah yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri. Sebanyak lima kertas kajian hukum telah dibentangkan pada muzakarah kali ini dan satu sesi taklimat mengenai penggunaan tanda dakwat bagi pesakit kanser telah disampaikan oleh Dr. Zabedah Othman, Pakar Perunding Kanan Onkologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. 10
| April 2010
P
ersidangan Ketua-ketua Jabatan (PKJ) Kali Ke-82 telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Persidangan yang diurusetiakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua/ Timbalan Yang Dipertua/CEO Majlis Agama Islam Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta wakil kementerian/jabatan/agensi di peringkat persekutuan seperti Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia (BAKA), Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat), Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Persidangan selama dua hari telah membincangkan tujuh kertas cadangan dan lima kertas makluman bagi mendapat pandangan, persetujuan serta makluman ahli-ahli persidangan dalam pelbagai isu pengurusan hal ehwal Islam. Ahli-ahli persidangan juga berpeluang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh wakil Kementerian Pelancongan, SIRIM Berhad, Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) dan Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV). Majlis Penangguhan telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim. Dalam ucapan penangguhannya, Dato’ Seri Jamil Khir meminta semua jabatan dan agensi hal ehwal Islam supaya menyusun hala tuju kerja masing-masing supaya selaras dengan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Beliau juga meminta supaya isu-isu seperti dana Bantuan Sokongan Keluarga (BSK), biasiswa 1Malaysia, perjawatan hakim syarii, isu sebatan, isu penggunaan kalimah Allah dan isu halal diberi perhatian dan keutamaan oleh semua agensi agama. Dalam majlis yang sama, Dato’ Seri Jamil Khir telah menyaksikan penyampaian sijil ISO 1900:2005 oleh SIRIM Berhad kepada Ketua Pengarah Jawhar, Dato’ Dr. Sohaimi bin Mohd Salleh. Selain itu, YB Menteri juga telah melancarkan Modul Diploma Pengurusan Islam (DPI) yang telah digubal oleh Bahagian Latihan Jakim. Beliau melahirkan rasa bangga dengan penghasilan modul berkenaan dan berharap pelaksanaannya akan melahirkan pegawai hal ehwal Islam yang berkaliber, berketrampilan dan berwibawa dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam yang cemerlang. Beliau turut menyarankan agar agensi agama di peringkat negeri memanfaatkan modul ini dalam proses prapengambilan pegawai mereka.
KP Jakim Kunjungi Mufti Sabah
K
etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah membuat kunjungan hormat kepada Mufti Kerajaan Negeri Sabah, SS Datuk Hj. Ahmad Alawi Hj. Adnan pada 22 Mac 2010 di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
Taklimat Halal k e p a d a M UIS
Kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalin hubungan erat antara Jakim dan Pejabat Mufti serta membincangkan beberapa perkara berkaitan isu-isu agama dan kepentingan ummah terutamanya di Sabah. Hadir sama mengiringi Dato’ Haji Wan Mohamad ialah Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Ustaz Aziz Hj. Mohamad. Kunjungan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda ikatan ukhuwah dan close partner antara dua pihak.
Kunjungan Hormat
Ketua Pengarah Jakim ke Perpustakaan Negara
K
K
eputusan Majlis Dialog Penyeragaman Persijilan Halal Malaysia antara Jakim dan MAIN/JAIN pada 22 dan 23 November 2009 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur bersetuju supaya Jakim perlu mengadakan kunjungan hormat ke negeri-negeri untuk menjelaskan konsep penyeragaman bersama antara MAIN dengan Jakim yang dicadangkan dan memohon perkenan negeri menerima pakai standard dan prosedur yang ditetapkan. Jakim telah selesai mengadakan kunjungan hormat ke negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak, Kedah dan yang terbaru ialah kunjungan ke negeri Sabah pada 22 Mac 2010 bertempat di Hotel Promenade. Satu taklimat diadakan kepada Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Haji Syed Abas Syed Ali dan ahli-ahli MUIS. Pada dasarnya MUIS telah bersetuju dengan cadangan mekanisme tersebut dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Tertinggi MUIS untuk pengesahan.
etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjungan hormat ke Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur pada 1 Mac 2010. Rombongan disambut oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dato’ Roslin Abu Bakar. Rombongan turut disertai oleh pengarah bahagian dan pegawai kanan Jakim. Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama antara Jakim dengan Perpustakaan Negara khususnya dalam usaha menyebarkan dakwah melalui peranan masjid sebagai pusat bacaan. Jakim juga berhasrat untuk mewujudkan pusat sumber khusus bagi golongan remaja dan kanak-kanak di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdin dan meningkatkan kemudahan sedia ada yang terdapat di perpustakaan Masjid Negara dan Masjid Putra, selain daripada mendapatkan nasihat dan pandangan serta sumbangan bahan-bahan bacaan yang sesuai. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara bersedia bekerjasama dengan Jakim untuk menjadikan masjid sebagai pusat jemaah sebagai satu tarikan. Rombongan telah diberi taklimat mengenai maklumat berkaitan Perpustakaan Negara dan telah dibawa melawat sekitar Perpustakaan Negara. April 2010 |
11
Kunjungan beberapa exco PKPU yang diketuai oleh Yang Dipertua PKPU, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim, timbalan beliau, Tuan Haji Munir Md Salleh, serta Encik Ruslan Said dan Encik Zakaria Othman. Antara isu yang dibangkitkan ialah pengisian waran perjawatan baru yang telah diluluskan, isu kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) PHEI, isu pemangkuan dan kenaikan pangkat PHEI, dan isu prestasi dan tatalaku PHEI. Dato’ Haji Wan Mohamad telah memberikan reaksi positif terhadap segala usaha yang telah dilakukan oleh PKPU dalam membantu pihak pengurusan Jakim khususnya dalam isuisu perkhidmatan PHEI. PKPU memahami dan berpuas hati terhadap segala langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan Jakim dalam hal ini.
KP Jakim Terima Kunjung Hormat PKPU
K
etua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah menerima kunjung hormat daripada pihak Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU), Jabatan Perdana Menteri pada 3 Mac 2010 di Pejabat Ketua Pengarah Jakim.
Kunjungan Ketua Pengarah IKIM ke Jakim
K
etua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Haji Nik Mustafa Nik Hassan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jakim pada 3 Mac 2010 di Dewan Syura Jakim. Kunjungan Datuk Haji Nik Mustafa turut disertai oleh para pegawai kanan IKIM. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz mengalu-alukan kedatangan Datuk Haji
12
| April 2010
Dalam perjumpaan tersebut, PKPU sempat memaklumkan perkembangan terkini program-program yang telah dirancang termasuklah Sambutan 30 Tahun PKPU, pejabat operasi baru PKPU di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang bakal beroperasi sedikit masa lagi dan projek perniagaan serta pelaburan. Dalam pertemuan itu, Dato’ Haji Wan Mohamad turut mencadangkan kepada PKPU agar dapat melaksanakan tiga program iaitu pembelian bangunan khas PKPU, Konvensyen PHEI seluruh Malaysia dan kunjungan hormat PKPU ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Nik Mustafa dan rombongan beliau. Jakim turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan pengarah-pengarah bahagian Jakim. Dato’ Haji Wan Mohamad dalam ucapan alu-aluannya Datuk KP IKIM dan rombongannya ke Jakim dan berharap dapat mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua Jabatan sebagaimana yang telah dibincangkan semasa kunjungan Jakim ke IKIM dahulu terutamanya dalam bidang latihan, penerbitan, dakwah dan juga kerjasama dalam bidang media elektronik seperti radio dan televisyen. Datuk Haji Nik Mustafa dalam ucapannya pula turut menyentuh bidang-bidang kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh kedua-dua jabatan seperti perkongsian kepakaran pegawai dalam penyediaan modul latihan, perundingan dan syarahan, pengendalian dan penganjuran program dan juga penerbitan dan media seperti radio IKIM, terutamanya melibatkan input-input intelektual. Beliau turut menyentuh kerjasama dalam penganjuran seminar sama ada di peringkat kebangsaan dan juga serantau melibatkan negara anggota MABIMS berdasarkan kepada kepakaran masing-masing. Beliau juga mengesyorkan kerjasama dalam produk-
produk baru/alternatif seperti program bual bicara, dokumentari, klip video pendek dan juga kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik penyiaran seperti web TV. Kedua-dua Jabatan bersetuju supaya jalinan kerjasama sinergi tersebut dalam bidang-bidang berkenaan melalui pendekatan dan perspektif berbeza dapat dilaksanakan dengan segera dalam memartabatkan islam dan dapat memanfaatkan kedua-dua Jabatan dan ini selaras dengan gagasan YAB Perdana Menteri.
Ekspedisi Kasih III Erat Silaturrahim
B
ersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW, Bahagian Dakwah telah mengadakan Program Ekspedisi Kasih III di Kampung Orang Asli Pos Hendrop, Gua
Musang, Kelantan yang telah berlangsung pada 2 Mac hingga 4 Mac 2010.
Rombongan telah disambut dengan meriahnya bermula dengan perarakan dan selawat bermula di pintu masuk di Kampung Orang Asli Pos Hendrop sehinggalah di perkarangan Masjid Pos Hendrop. Pelbagai acara telah diadakan selama tiga hari program tersebut, antaranya pertandingan azan, menghafal surahsurah lazim, menghafal surah alFatihah dan sebagainya. Program ini berjaya menarik minat 64 Orang Asli untuk memeluk Islam. Program ini juga bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk setempat dan peserta rombongan. Selain itu, program seperti ini dapat memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk setempat dan memangkin rasa cinta dan kasih para peserta terhadap baginda Rasulullah SAW serta menghayati perjuangan dan sirah kehidupan baginda.
Jabatan dan agensi kerajaan yang turut serta dalam menjayakan program tersebut ialah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Jabatan Pelajaran Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Kelantan,
Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Gua Musang, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia, Pejabat RELA Daerah Gua Musang, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (MAIWP), Islamic Outreach ABIM (IOA), Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA), Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program Perasmian Penutup Ekspedisi Kasih telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Program seperti ini diharap dapat memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pengetahuan Islam serta pengalaman untuk diamalkan di kalangan mereka.
April 2010 |
13
Al-Quran: Kitab Edisi Terakhir Tiada Tandingan
O
leh sebab Islam dibawa oleh nabi yang terakhir, maka kitab yang dibekalkan kepada kita perlulah memenuhi nilai edisi terakhir dari segi keelokan, keindahan, kesempurnaan, kekemasan dan lengkap. Sekiranya ia tidak mempunyai ciri tersebut, ia bukan ciri kitab terakhir. Apabila manusia tewas dalam menyaingi keindahannya baik dari segi struktur, pemilihan kosa kata, mahupun makna yang terkandung, maka nyatalah al-Quran merupakan kitab yang mukjiz. Seminar Penghayatan al-Quran yang berlangsung pada 4 Mac 2010 di ILIM telah menampilkan beberapa orang tokoh yang telah mengupas secara tuntas beberapa aspek seperti bahasa dan komunikasi oleh Prof. Dato’ Dr. Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff (Universiti Malaya), Prof. Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM), dan Dr. Abd. Ghafar Surip (ILIM). Perasmian seminar telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Pada sebelah petang, satu forum berjudul “Bahasa al-Quran: Tonggak Penyatuan Ummah” yang telah diadakan yang dibarisi panel Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham (UKM), Ustaz Farid Ravi Abdullah (KUIS) dan telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (UPNM). Forum tersebut telah berjaya menarik hampir 300 orang peserta di Auditorium As-Syafie dan tayangan skrin di Auditorium Al-Ghazali bagi menampung kehadiran peserta yang amat menggalakkan. Antara persoalan yang dikupas pada forum tersebut ialah kelebihan al-Quran kepada kehidupan manusia. Ahli panel turut menjelaskan al-Quran mempunyai bahasa yang indah dari segi uslub dan balaghahnya yang tidak dapat dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain. Forum tersebut telah dirakam penuh oleh Bahagian Media Jakim dan Radio Salam FM.
IKIM dan ILIM Kongsi Kepakaran
P
ertukaran modul serta pengisian serta pertukaran tenaga penceramah dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) merupakan antara isu yang dibincangkan dalam lawatan IKIM ke ILIM pada 26 Mac 2010. Tiga orang wakil dari Pusat Perundingan dan Latihan Islam (PPLI) IKIM yang diketuai oleh Pengarah PPLI, Puan Siti Fatimah telah mengadakan lawatan kerja ke ILIM. IKIM menawarkan hebahan percuma melalui radio IKIM FM untuk ILIM mengiklankan atau menguarkan pada masyarakat berkenaan program-program ILIM. IKIM juga menyatakan hasrat dan minat untuk mengambil bahanbahan program ilmiah seperti seminar dan muhadharah anjuran ILIM untuk dijadikan bahan siaran di radio. 14
| April 2010
Perbincangan yang berlangsung hampir 2 jam telah membuahkan banyak persetujuan yang menguntungkan kedua belah pihak IKIM dan ILIM. Antara yang dipersetujui ialah tawaran penginapan serta kemudahan-kemudahan ILIM untuk kegunaan IKIM dalam menjayakan program bersama. Pertemuan yang diadakan di Bilik Syura Utama ILIM telah disambut oleh Pengarah ILIM, Tuan Hj. Paimuzi Yahya dan ketua-ketua pengarah ILIM. Turut hadir bersama ialah Dr. Nordin Ahmad dari Bahagian Pembangunan Insan Jakim. IKIM dan ILIM akan terus berhubung untuk memastikan program menambah baik modul masing-masing terlaksana serta akan terus menjalin hubungan untuk menaik taraf pencapaian yang lebih cemerlang.
PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI JAKIM MAC 2010 TARIKH KUAT KUASA
BIL
NAMA PEGAWAI
GRED
DARI
KE
1.
TUAN HAJI ABDUL MURAT BIN ABD. WAHAB
M54
BPSM
BAHAGIAN PERHUBUNGAN
1.3.2010
2.
TUAN HAJI MOHD YUSOP BIN HASAN
M54
BAHAGIAN PERHUBUNGAN
BPSM
1.3.2010
3.
WAN MORSITA BINTI WAN SUDIN
PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN IJTIHAD
16.3.2010
S54(M) PENGURUSAN FATWA DAN PEMBANGUNAN IJTIHAD
24.
ISZAM BIN PADIL
S44(M)
25.
MOHD FAZIL BIN ZAIN
S44(M) JAIN, PULAU PINANG
26.
MOHD ARIF BIN ABD SAMAT
S44(M)
27.
BAHARUDDIN BIN MALEK
S44(M)
28.
MARZULINA BINTI OMAR
S44(M)
PENERBITAN
DAKWAH
DAKWAH
16.3.2010
JAWI, KL
16.3.2010
INFRA
JAWI, KL
16.3.2010
JAWI, KL
KEMENTERIAN PERTAHANAN
16.3.2010
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
16.3.2010
29.
MAJIDAH BINTI MOKHTAR
S44(M)
BAHAGIAN LATIHAN
HAB HALAL
16.3.2010
30.
YUSIDA BINTI YUSOF
S44(M)
JAIN, MELAKA
JAIN, MELAKA
16.3.2010 16.3.2010
4.
MAT RADZI BIN MAT ALI
S48
JAIS
DAKWAH
16.3.2010
31.
NOR DALILAH BINTI ZAKARIA
S44(M)
JAWI, KL
JAWI, KL
5.
MAHADZIR BIN MD. NOOR
S48
JAWI, KL
KESUMA
16.3.2010
32.
MAHFUZAH BINTI ZOHDI
S44(M)
KDN
ICT
16.3.2010
6.
TUAN HAJI OMA BIN MEHAT
S48
JAWI, KL
DARUL QURAN
16.3.2010
33.
ROSLAN BIN ISA
S44(M)
SAZALI BIN HARUN
C48
KKM
HAB HALAL
3.3.2010
JAB. MUFTI NEGERI PERLIS
16.3.2010
7.
JAB. MUFTI NEGERI PERLIS
8.
MOHD KORI BIN JUSOH
S48(M)
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
JAWI, KL
16.3.2010
S48(M)
JAIS
JAIS
16.3.2010
9.
MOHD SHAHIZAN BIN AHMAD
10.
KAMALDIN BIN MOHD DAMIN
S48(M)
JAIN, MELAKA
PENYELIDIKAN
16.3.2010
11.
HANIFUDDIN BIN ROSLAN
S48(M)
JAIS
JAIS
16.3.2010
12.
TUAN HAJI ZAINAL ABIDIN BIN HAJI SULAIMAN
S48(M)
JAIS
JAWI, KL
16.3.2010
13.
JAMALI BIN MOHD ADNAN
S48(M)
JABATAN PENJARA
DAKWAH
16.3.2010
14.
MOHD FAUZI BIN IBRAHIM
S44
JAIN, PULAU PINANG
JAIN, PULAU PINANG
15.3.2010
15.
JAMAL BIN ABDUL HALIM
S44
JAIN, PULAU PINANG
PPA, JELEBU
15.3.2010
16.
NORHAYATI BINTI ZAINUDIN
S44(M)
JAWI, KL
JAWI, KL
16.3.2010
17.
MOHD SAHIRMAN BIN AHMAD
S44(M)
JAWI, KL
JAWI, KL
16.3.2010
18.
SALINA BINTI SALLEH
S44(M)
JAWI, KL
19.
MUHAMMAD SHAHRIN @ SHARIN BIN ZULKIPLY
S44(M)
DAKWAH
20.
RUZITA BINTI MOKHTAR
S44(M)
HAB HALAL
21.
ABDUL JALAL BIN ABDUL MANAF
S44(M)
22.
SHAHIDAH BINTI SHUIB
S44(M)
23.
MOHD RUS BIN YUNUS
S44(M)
KEMENTERIAN KEWANGAN 16.3.2010 MASJID NEGARA
16.3.2010
KEMENT. PERDAGANGAN 16.3.2010 DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
34.
NOR LIZA BINTI MOHAMAD
S44(M) JAIN, PULAU PINANG
ILIM
16.3.2010
35.
AMRAN BIN AWALUDIN
S44(M)
JAB. HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
ILIM
16.3.2010
JAKIM, CAW. SARAWAK
1.4.2010
36.
MOHAMAD AFANDI BIN CHE HARUN
S41
JAWI, KL
37.
MURSILALAILI BINTI MUSTAPA SA’DI
S41
JAWI, KL
38.
HASLINDA BINTI LUKMAN
S41
DAKWAH
KESUMA
16.3.2010
39.
KAMALIAH BINTI HAMDAN
S32
JAWI, KL
PEJABAT MUFTI, KL
16.3.2010
40.
GHAZALI BIN MOHD GHANI
N32
BAKA,KL
JAWI, KL
16.3.2010
41.
ISMAIL BIN AB. RAHMAN @ ABDUL MANAN
S27
JAWI, KL
PUSAT SERENTI JERANTUT
8.3.2010
KEMENT. PEMBANGUNAN 16.3.2010 WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
42.
NURFAZILAH BINTI MADE
S27
DARUL QURAN
JAKIM, CAW. SABAH
8.3.2010
43.
SITI BADARIAH BINTI DAUD
S27
DARUL QURAN
PDRM
8.3.2010
44.
MOHAMMAD SOBIYAN BIN KHAILUDIN
S27
PUSPEN DENGKIL
HAB HALAL
8.3.2010
45.
SHUHAIMI BIN MAHMUD
S27
ILIM
KDN
3.3.2010
46.
FATIMAH BINTI AHMAD
S27
PPA, JELEBU
PENYELIDIKAN
8.3.2010
DARUL QURAN
16.3.2010
47.
SANIAH BINTI SAID
S22
PENYELIDIKAN
HAB HALAL
16.3.2010
DARUL QURAN
DARUL QURAN
16.3.2010
48.
ROHAIDA BINTI SULAN
N17
MAHKAMAH TINGGI, KL
PPA, JELEBU
4.3.2010
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM
16.3.2010
DARUL QURAN
LANTIKAN BARU PEGAWAI JAKIM MAC 2010 BIL 1.
NAMA PEGAWAI SITI JUBAIDAH BINTI MOHAMED
GRED
DARI
KE
TARIKH KUAT KUASA
C41
LANTIKAN BARU
HAB HALAL
2.3.2010
2.
SHAHIZA BINTI SHAHAR
F41
LANTIKAN BARU
ILIM
5.3.2010
3.
NOR AISYA BINTI ZAKARIA
M41
LANTIKAN BARU
ILIM
3.2.2010
4.
FAIDZUL FAHMI BIN ISNAN
S27
LANTIKAN BARU
PUSPEN, DENGKIL
8.3.2010
5.
ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD
S27
LANTIKAN BARU
PUSPEN, BATU KURAU
8.3.2010
6.
AR JUNADI BIN JAMALUDDIN
S27
LANTIKAN BARU
PUSPEN JERANTUT
8.3.2010
7.
MOHD SHUKRI BIN HAJI SHAFIE
S27
LANTIKAN BARU
PUSPEN, GAMBANG
8.3.2010
8.
ABDUL LATIF BIN ABDULLAH
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
30.
SYUHANA BINTI AB GHANI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
31.
NOR HUSNA BINTI NE’MAT
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
32.
MOHAMAD SYAKIR BIN AZMI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
33.
HASIFAH BINTI MORNI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
34.
NOHUSNA BINTI ABU BAKAR
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
35.
SHAIKH AHMAD NIR SHAFIQ BIN SHAIKH ZAINUDDIN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
36.
MOHD AZHAR BIN SALIM
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
37.
ALWI BIN MAT ZIN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
38.
ITUNEJALELAH KEKIJIN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
39.
MOHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN IBRAHIM
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
9.
AZARI BIN MOHAMAD ZULKIPLI
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
10.
ZUKLA PILI BIN ABD MUTALIB
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
40.
ZAHARI BIN AB TALIB
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
11.
AZIZUL AZAM BIN MD ESA
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
41.
NAZWA HANIM BINTI ABU BAKAR
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
12.
MUHAMMAD FAIZAL BIN HUSSAIN
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
42.
NOR HALIZA BINTI HALIB @ YAHAYA
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
13.
MOHD ZAMRI BIN SHAFIE
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
43.
SITI HAJAR BINTI TALIB
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
14.
ZAINUL HILMI BIN ABD JALIL
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
44.
AHMAD SHAARANI BIN MAJID
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
15.
AHMAD KHIRWAN BIN SAID
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
45.
HUZAIFAH BIN ZAKARIA
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
16.
MOHD NASHRIQ BIN MOHD SABARUDDIN
S27
LANTIKAN BARU
JAWI, KL
8.3.2010
46.
KU MUHAMMAD FIRDAUS BIN KU ALI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
17.
MUHAMMAD ARIFF BIN HAJI MOHD RAJOLI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
18.
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAKARIA
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
19.
ANIZA BINTI ARBAIN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
20.
SURYATI BINTI EMBONG
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
21.
MOHAMMAD I’ZUDDIN BIN AHMAD
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
22.
AHMAD NIZZAM BIN RASALI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
23.
MUHAMMAD AZIZI BIN AHMAD SHAKRI
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
24.
NOOR ZURAINI BINTI ZAKARIA
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
25.
MOHD AZMI BIN SULAIMAN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
26.
ROSMAH BINTI SUIGEM
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
27.
ROSIDI BIN MANSOOR
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
28.
RAFIDAH BINTI ABDUL KADER
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
29.
MOHD NIZAM BIN ABDUL MUTALIB
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
47.
MOHD NORISZUN BIN OTHMAN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
48.
MOHD KHAIRI AMBRI BIN ROSLAN
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
49.
MOHD RUZEE BIN SIDEK
S27
LANTIKAN BARU
PDRM
8.3.2010
50.
SHUHAIMI BIN MAHMUD
S27
LANTIKAN BARU
KDN
8.3.2010
51.
TUAN NOR AZNIHA BINTI LONG AHMAD
S27
LANTIKAN BARU
KDN
8.3.2010
52.
MOHAMAD RASEDI BIN MAHMUD
S27
LANTIKAN BARU
KDN
8.3.2010
53.
DG KU APSAH BINTI PG AG ABBAS
S27
LANTIKAN BARU
KDN
8.3.2010
54.
HABIBURRAHMAN BIN HAJI MUHD SEDEK
S27
LANTIKAN BARU
KDN
8.3.2010
55.
UMAR MUKHAIRIZ BIN MOHD NOR
S27
LANTIKAN BARU
JABATAN PENJARA
8.3.2010
56.
SAHAL BIN HARUN
S27
LANTIKAN BARU
JABATAN PENJARA
8.3.2010
57.
MOHD FATHUL AMRI IN MOHD SALED
S27
LANTIKAN BARU
JABATAN PENJARA
8.3.2010
58.
KAMARULAZMI BIN MUHAMAD
S27
LANTIKAN BARU
JABATAN PENJARA
8.3.2010
59.
MOHAMMAD BIN MOHD NAZIR
FT17
LANTIKAN BARU
ILIM, BESUT
12.3.2010
April 2010 |
15
Sekalung Tahniah
YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM (B) Atas khidmat cemerlang setahun menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Semoga Allah merahmati Dato‘ Seri. Daripada Warga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
| April 2010